Sunday, April 20, 2014

It's Sunday


Ini gambar adik dua minggu lepas, lambat betul upload.
Main bola jaring jadi juara, dapat hadiah bekas tupperware ehhehe...
Masa nak keluar rumah untuk ke padang sukan, aku tak pakai sunblock. Malas masa tu. Bila dah tengahari cuaca dah makin panas. Muka pun rasa berbelang-belang. Dahla payung tak bawak.
Bila balik umah, muka aku hangus rentung, teruk betul! Menyesal aku tak pakai sunblock.
Dalam masa beberapa hari aku repair balik guna serum, sunblock dah tak tinggal dah lepas tu. Alhamdulillah back to normal tak menakutkan macam hari tu hahaha...
Zaman student dolu dolu mana pakai sunblock. Lagi hangus rentung. So moralnya bawakla sunblock di dalam beg anda, tak pakai bedak tak apa asalkan jangan tak pakai sunblock.
Cuaca pun sekarang ni agak panas masa tengahari. Bila petang selalunya hujan.
Oh ye, jangan pelik pulak bila tengok deretan iklan kat tepi blog aku ni.
Saja buat part- time. Sambil aku guna, sambil aku jual. Stokis negeri tu kawan aku. Sangat baik orangnya dan tak kedekut berkongsi ilmu kat aku. Kata kawan aku tu, ada bini yang kena terajang dengan suami sebab tak jaga penampilan lebih-lebih lagi yang ehem ehem tuh. Kejam punya laki, kot-kotla nak beli jamu bagi bini makan, ni tau komplen pahtu kawen kat Siam. Ni kisah benar tau bukan rekaan.So aku sangat menggalakkan kawan-kawan aku yang pompuan beri perhatian yang lebih pada penjagaan diri terutamanya selepas beranak pinak.


(Gambar ni masa aku dan kawan aku stokis Jamu Seri Dewi Malam join car boot sale kat Tasik Jitra)

Entry sebelum ni agak detail pasal produk tu, tapi aku dah edit balik eehehe, silap haribulan boleh jadi macam kawan aku tu, selalu kena ganggu heheh oleh orang sakit mental. Maklumlah, produk tu banyak berkenaan nak pulihkan anggota badan wanita. Masalah aku sendiri pun selesai bila guna produk ni. Tapi aku tak mau iklan lebih-lebih kat blog aku ni. Cukuplah sikit-sikit buat masa sekarang. Tapi aku memang dari dulu lagi memang obses dengan ramuan manjakani ni, dan aku selalu galakkan kawan-kawan aku menggunakannya, maklumlah sebab dulu aku tak reti, bila kawan-kawan makcik-makcik ajar, baru aku tau. Kita kena buat extra care untuk penjagaan diri kita ni. Kat habibi sendiri aku paksa dia makan fish oil. Tu pun aku nak kena bagi, kalau aku tak hulurkan dengan air, memang tak makan la.
Oklah, that's all for now, take a good care of yourself!




No comments:

Post a Comment