Sunday, July 7, 2013

2 hari lagi nak puasa!

Kelmarin aku kena diarrhea, perut memulas. Tak pasti apa puncanya, tapi siangnya aku makan KFC dan nasi lemak. Aku rasa antara 2 tu lah. Tak pernah perut memulas macam tu, macam nak beranak je rasanya. Masa nak solat zohor tu rasa weak gila, siap tergolek-golek tak larat kat surau. Balik umah terus demam. Banyak betul kuman sebab demam.
Alhamdulillah hari ni recover. Habibi pulak kena, hari ni dia cuti. Anak-anak syukurla tak kena, kalau macam tu memang kes nasik lemak la ni sebab diorang tak makan.
Hari ni pun aku masih keletihan. Tadi ada majlis bacaan yasin kat jabatan. Tak larat pulak rasanya. Aku rasa aku dehydrated, tu yang feeling tired and weak.
Dan aku juga dah dapat beberapa tugasan. Bagi aku mencabar la. Aku nak kena banyak consult orang dan bertemu orang selaku wakil jabatan untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT, fuhhh kena atasi sifat penakut tuh, masa ni lah nak buktikan communication skill yang aku dok promote pung pang puang pang dalam interview hari tu hehehhe... janji ditepati!
biasalah, baru nak kenal orang, dan tengah dok cari maklumat sedikit demi sedikit, jadi takdelah aku cakap kosong, based on facts!
lagi 2 hari lagi nak puasa, korang balik kampong ke? aku mungkin setakat balik kampong habibi je kot, nak balik kelate tak kot sebab nanti aku balik awal sikit sebelum raya.
okaylah, feeling tired, kena togok air sebotol nih...
bye..

No comments:

Post a Comment