hari ni aku cuti, ambil kesempatan hari ni basuh baju, kasut sekolah dan plan nak lipat kain.
Aku tengok feedjit kat sebelah tu, sehari dua ni ramai sungguh cari resepi ayam dan ikan percik kelate hehehhe, aku harap diorang berjaya membuat acuan santan yang enak buat santapan berbuka puasa. Aku pun buat ayam percik ni kelmarin. Tapi tak bakar pakai arang pun, bubuh dalam oven aje. Bila bubuh dalam oven ni aroma dia tak la sewangi kalau bakar pakai kayu arang. Bila kuah dia menitik atas arang tu yang jadi wangi tu. Tapi walaupun masak guna oven, habis licin jugak 8 ketul ayam kecik-kecik tu. Budak-budak ni suka kuah dia bila dimakan dengan nasik. Tengok next week nak cari ikan kembung besar-besar sikit, beli arang dan bakar kat luar rumah. Tapi yang aku buat ni tak sesedap mak aku buat, aku rasa sebab guna cili boh kot sebab mak aku guna cili kering yang di blend. Yang tu baru fresh dan wangi. Mak aku masak ayam tu dalam santan pekat, aku pakai santan cair sebab santan sikit aje heehhehe...senang cerita, nak sedap tak boleh jimat, aku sebab malas kelmarin.
Bestnya suasana sewaktu aku tolong mak aku masak kat kampung, bersama Wan.
Mak aku jarang balik rumah sekarang. Semasa pulang mengundi tempoh hari, aku ingat nak suruh bas tu berheti depan kedai Wan aje, tapi, itu dulu, bolehlah buat macam tu. Bas berhenti kat jalan besar depan kedai dan aku jalan kaki ke rumah dan jumpa mak dan Wan tercinta. Tapi sekarang, mak tak ada, Wan pun dah tak ada... sayu lah..... tahun ni tahun ketiga puasa dan raya tanpa Wan... insyaAllah aku dan keluarga dan makin boleh sesuaikan diri, tapi ingat kat Wan hari-hari.
Petang ni balik kampung habibi. Diorang pun cuma tinggal berdua aje.
Aku suka balik hari jumaat sebab ada pasar malam depan rumah, bolehlah aku perabih duit hehehheh... seronok cuci mata padahal benda sama aje.
okaylah, dah nak zohor pun, kat muka tepek bedak rambai. Teruk betul keadaan muka sekarang ni, tak terurus hehehe, Faiz kata muka aku hitam hahahha....
ok la bye
No comments:
Post a Comment