wahh terliur aku tengok rendang ayam Mat Gebu ni, tengok aje pun dah tau sedap...
ini memberikan aku idea untuk masak nanti, err.... tapi ayam takde ni ermmm... Nak sms habibi jap.. (tut..tap..tup....)
setiap hari tengok hidangan best-best aje kat Fb ni.
Ermm...
camna puasa hari ni?
okay kah?
aku tengok ramai juga kawan-kawan kat sini yang tidur di waktu rehat ni.
Mungkin mengantuk bangun awal kot..
surprisingly aku tak mengantuk sejak posa ni (tapi weekend aku tak kira hehehe)
aku bangun average pukul 5 pagi, sampai sekarang aku rasa cergas, petang ni la nak lembik sikit pun. Malam tidur awal sikit. Nak kata faktor pemakanan, aku rasa biasa-biasa aje. Cuma aku perasan, tidur siang ni adalah tabiat sebenarnya (seperti kat tempat kerja lama hihi). Bila dah mula tidur sekali, hari seterusnya akan terasan mengantuk pada waktu yang sama. Jadi baik aku jangan tidur, buat apa tidur sebab aku tak ngantuk langsung hehe... semalam tidur dalam 11.20 malam. Lepas maghrib tu dah ngantuk dah tapi aku hold on dulu melepasi waktu mengantuk tu. Kalau nak kira, lepas maghrib tu pun boleh terlelap. Dann jugaa, kalau tidur lepas Sahur tu memang akan mengantuk di siang hari. Tak percaya? korang tryla buat eksperimen. Masa weekend aku tidur lepas Subuh dan sepanjang hari tu asyik tidurrr aje. Tapi bila hari bekerja, aku tak tido lepas Sahur, memang aku cergas sepanjang hari. Huhu gila kalau tidur lepas Sahur, nanti tak makan anak-anak aku kat sekolah, dan baju pun tak tergosok. Siap haribulan boleh EL. Pagi tadi goreng nugget dan fries buat bekal. Ala-ala mat salleh tapi tu paling cepat. Nak makan nasik bukan berselera sangat pagi-pagi budak ni, orang tua pun sama. Lepas tu buat bekal milo ais. Setiap hari aku galakkan Faiz makan kat sekolah hehehe, sebab aku kesian kat dia yang kurus kering tu. Katanya, Khamis lepas ustaznya pesan, kalau lapar boleh berbuka. Sebelum tu dia tak berani makan, malu orang nampak. Kantin pun tutup. So hari ni dia boleh makan dengan beraninya hehehe... naahhh... dia terlalu kecil untuk berpuasa. Mak ayah aku tak pernah paksa aku puasa semasa kecil. Bila lapar sikit Wan dan mak suruh makan aje. So tak pernah nak curi-curi makan atau minum. Gradually di sekolah rendah tu akan belajar sikit-sikit. Alhamdulillah sejak baligh tak pernah ponteng puasa tanpa sebab.
kepada ibubapa, tak payahla paksa anak-anak kecil korang teruk-teruk puasa, Nabi suruh paksa anak solat dulu tau, bila solat, secara automatic dia akan puasa nanti.
oklah, nak solat zohor...
byee..
No comments:
Post a Comment