Tuesday, July 23, 2013

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Ahad lepas aku buat juadah berbuka puasa nasi kerabu dan daging bakar.....
juadah wajib ni kalau kat Kelate...
bahan-bahannya mudah saje, cuma langkah-langkah nak membuatnya tu tak semudah disangka..

untuk daging bakar,
aku ada buat entry tentang cara-cara nak buat daging bakar ni. Ok tak payah cari, korang blend bawang putih, bawang merah, halia, serai, jintan manis, jintan putih, garam dan gula melaka (masak gula Melaka ni bagi cair, biasanya aku guna separuh atau sekeping bergantung kepada kuantiti daging). Perap beberapa ketika dan bakar. Aku suka bakar dalam oven sebab ia masak sekata.


 Untuk buat sambal nyioq :

a) 1/2 biji kelapa parut ( digoreng tanpa minyak sampai kekuningan)

b) 4 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya lalu digoreng tanpa minyak sampai ianya kering dan hancur, tenyeh-tenyehla dengan sudip kasi hancur)

c) 2,3 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
d) sesudu lada hitam (tumbuk lumat)
e) sebatang serai (ditumbuk lumat atau dipotong halus)
f) garam + gula

*Kesemua bahan di atas digaul bersama hingga sebati

Untuk buat kuah santan :

f) 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + seinci halia (blend)

g) 500 ml santan
h) 2,3 sudu cili giling (lebih baik cili giling home made daripada cili boh)
i) 2 helai daun limau purut
j) 2 batang serai diketuk
k) sebotol budu (tengokla saiz botl tu heehhe kang masin pahit pulak)
m) sekeping gula melaka (boleh reduce)

*Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan f, selepas itu masukkan bahan-bahan seterusnya.
Kacau terus menerus sehingga masak, jangan tinggal takut nanti pecah minyak.

Untuk ulaman pula:

Bahan original version dari kelate :

Timun
Kubis
Daun Kesum
Bunga kantan
Daun serai kayu (kat kelate dipanggil daun samok)
Tauge

boleh tambah petai kalau nak...


ok, itulah bahan-bahan asasnya, untuk nasik aku masak nasik putih saje.


selamat mencuba, kena buat awal-awal tau jangan last minute hehhe...



No comments:

Post a Comment