Friday, July 5, 2013

weekend!!!

hai apa khabar?
semua dah tido ni tinggal aku sorang aje.
hari ni Jumaat aku cuti, tinggal berdua dengan si adik. Aku tak hantar ke sekolah setiap jumaat, hehehe takpela sebab tadika aje pun, bila dah sekolah tak bolehlah nak suka hati ponteng.
Esok sabtu, nak kena cari stok sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dijangka Selasa ini.
Hari ni aku gunakan kesempatan untuk basuh kain, sapu sampah dan mop lantai. Nak lipat tu esokla kot, tengok timbunan kain pun dah stress. Tapi kalau lipat dalam 2 jam boleh siap kot.
Tadi aku keluarkan air timun batang yang aku blend. Aku letak kat tempat beku, jadi tadi keluarkan kasi dia cair kejap lepas tu nak pakai kat muka. Baru-baru ni kulit aku teruk betul sebab tak terjaga sekejap lepas baru masuk kerja. Sekarang back to normal, hampir setiap malam tepek masker kosong Watson yang aku celup dengan air timun. Memang refreshing gila. Kulit memang sangat licin keesokan harinya. Licin dan lembab. Seronok bila bangun pagi tengok tona kulit sekata aje. Sekarang ni aku tengah sengkek jadi tak boleh nak berkolagen lagi heheheh, aku ni warm warm chicken shit, bila ada aku makan la, bila takleh nak renew stok, terpaksa pause seketika hihi... tapi alternatif mask timun memang menggembirakan. Lebih-lebih lagi aku consume madu setiap hari, rasa kulit lebih sihat. Gaji masuk lusa, wargghhhhh seksa betol, tergendala agenda aku nak beli macam-macam nih.
Kaki ngan tangan aku pulak sakit-sakit nih sebab kelmarin main badminton tak ingat dunia. Kelmarin ada sukan jabatan. Main seronok-seronok je pun, dah bertahun aku tak main badminton, lagipun aku bukan jenis bersukan pun sejak dari sekolah. Lepas tu main pong pong. Bukan penat main tapi penat kutip bola kat bawah!
oklah, takde idea pulak, kadang-kadang ada macam-macam nak cerita tapi kerajinan tu tak berapa ada. Kat opis memang tak tertulis pulak, padahal boleh aje aku dok surfing macam-macam.
Oklah, selamat malam semua...

No comments:

Post a Comment