Wednesday, July 24, 2013

Olive oil, the best moisturizer ever!

assalamualaikum!!!!
dah 2 minggu puasa, tak lama lagi nak masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan..
amacam ada perkembangan positif? ada berlaku peningkatan iman tak agak-agak?
aku pulak masih enjin cabuk ni camna nih adoi....

aku sebenarnya nak kongsi dengan korang pasal amalan aku sejak 2 minggu ni, iaitu consume extra virgin olive oil dan pati delima.
Olive oil tu brand Ravika dari Turkey, aku beli sekali dengan pati delima Gulsan tu la.
Aku surveyed kat Internet, katanya bagus makan olive oil ni, especially kat kulit, jadi moist aje.
Aku pun try la consume satu sudu.... malangnya aku rasa nak termuntah sebab baunya macam minyak masak, try korang telan minyak masak, boleh? heheh
lalu aku pun memandai-mandai mencampurkan olive oil tu dengan pati delima dalam satu sudu, bila aku telan, rasa masam delima tu yang ketara jadinya tak rasa sangat la olive tu, jadi memandai-mandai aku tu bermanfaat hehhe... aku telan 3,4 sudu.
aku dah telan selama 2 minggu dan aku rasa puas hati sebab kulit muka rasa lembab walaupun di bulan puasa. Aku belum renew stock collagen dust jadi aku kena cari ganti kasi 'makan' kat kulit aku nih, jadi olive oil dan pati delima is good!
One more thing, disamping makan, aku juga dapati olive oil ni sangat bagus sebagai moisturizer. Ianya tak berminyak macam baby oil tu, cepat kering bila pakai. Jadi aku telah membuat eksperimen dengan menyapu olive oil kat muka aku. Jangan sapu banyak sangat, sikit dahla. Gosok-gosok sikit kasi serap, kemudian aku pakai bedak macam biasa. Kulit kekal moist walaupun dok dalam aircond sehari suntuk.  Believe it or not, bagi aku, olive oil ni is the best moisturizer ever! Aku dapat rasa kulit muka aku licin dan moist. Korang tryla kalau tak caya, insyaAllah korang suka!

oh ya, nak cerita sikit perbezaan antara virgin olive oil dan extra virgin olive oil. Extra virgin olive ni minyak yang diperolehi hasil daripada perahan pertama, tanpa campuran bahan-bahan lain. Virgin olive oil pulak perahan kedua, tak sebaik extra tu.

banyak sangat faedahnya kepada kita, boleh tengok khasiatnya kat sini

sekarang ni aku stop moisturizer lain, because I'm sooo in love with olive oil ni hehehe...

ermmm dan ni saja selingan sebab lama tak bubuh gambar,
gambar cek mek junior ni masa kecik hehehe....


1 comment:

  1. I love it too! Olive oil terbaik. Murah gitu ����

    ReplyDelete