ermmmm kat ofis aku ni hari-hari jumpa pak arab, pak afrika, dan bermacam-macam bangsa...
bila aku keluar bilik je nampak diorang dok berurusan, rasa macam dok kat Middle East aje, mau aje aku laung Morsi!! Morsi!! ehhehehe buang tabiat pulak sekali syiah atau tamarood huhuu...
saja tulis entry sementara tunggu masa nak balik. hari ni Khamis balik 3.30 petang. Dalam kepala ni plan nak singgah beli mainan lego kat budak-budak ni. Kalau aku rajin aku singgah, kalau malas atau panas aku balik la.
Aku dan si adik berpakat demam pulak sehari dua ni. Hari ni aku dah okey, dia pulak demam sejak kelmarin. Harap-harapnya dia okey. Risau jugak sebab sekarang ni macam-macam boleh jadi.
Masa dok kena selsema dan semput tu aku dok surf pasal penyakit paru-paru berair. Risau jugak sebab aku suka mandi malam. Tapi aku takde pulak batuk-batuk cuma bila selesema rasa tak selesa.
Surf punya surf aku jumpa ni secara tak sengaja;
kisah pesakit kanser
bila baca tu rasa sayu pulak, perkongsian seorang pesakit kanser yang akhirnya meninggal dunia 2 tahun yang lepas. Cuma dari segi tulisannya aku dapat rasakan ketabahannya menghadapi penyakitnya. Dan juga bukan senang cabaran seorang pesakit kanser, kena buat rawatan kemoterapi yang menyebabkan kesakitan sampingan yang teruk.
Korang baca sendiri ye...
jaga kesihatan sama byee
No comments:
Post a Comment