Monday, September 23, 2013
orang baru!!
cuba korang teka berapa ekor anak kucing dalam gambar di atas?
akhirnya kucing angkat aku selamat beranak semalam, masa tu aku dah tido. Encik hubby jadi bidan terjun sempat sambut 2 ekor. Selebihnya keluar selepas tu. Bangun pagi tadi hubby bagitau kucing dah beranak. Excited aku dan hubby keluar tengok. Dengan mata sepet baru bangun tido, dok kira punya kira.. sekali banyak sungguh! heheheh kalau korang pandai korang kira la..
aku excited sebenarnya, tapi aku juga risau sikit, sebab dok fikir camna nanti bila besar. Paling risau takut dia berak kat rumah jiran, haru nanti jiran marah. Jadi aku plan nak beli pasir khas untuk kucing ni.
Aku anggap kucing ni rezeki aku, tak dirancang pun, dia datang ke rumah aku melilau banyak hari dah. Masa tu aku tak bagi makan lagi pun, bila nampak dia asek bertenggek kat belakang rumah, masa tu la aku mula bagi makanan sebab nampak lapar, dan perutnya pun besar. Sorry kepada jiran-jiran, aku akan cuba sediakan tempat berak dia. Tapi kat kejiranan ni ramai lagi kucing lain, tak semestinya kucing aku je yang berak kan. Tu yang buatkan aku dalam dilema ni. Harap-harap dia berak dalam kawasan rumah aku je. Keliling rumah tanah lapang, berakla kat rumah aku ye kucing, jangan berak rumah orang. Masalah pulak nanti. Kucing liar pun banyak berkeliaran kat rumah aku. Aku takut nanti bila ada taik kucing, otometik orang akan kata kucing peliharaan aku yang berak walaupun banyak lagi kucing lain. Semoga Allah permudahkan, niat aku nak tolong dia je.
Hmmm so many kittens, bagi nama apa nih, tak cukup along, angah achik ni....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment