Tuesday, September 17, 2013

hey you!

hai pekabo?
salam satu Malaysia hehehehe...
kelmarin cuti hari Malaysia dok melepak kat rumah aje, buat kerjarumah basuh kain secara separa manual (mesin basuh tak masuk air secara auto). Jenuh dok ulang alik masukkan air.
Habibi pulak petang baru balik, ada keje sebab nanti nak ke KL ada match robotic. Tiap-tiap tahun ada match. Dalam 2 bulan ni sebok memanjang. Tak sempat nak berpoya poya hehe..
lepas raya haji ni kena pegi jauh sikit, outstation kat Europe. Perghhh tak aci betol.
Mula-mula dia inform tu dia kata tak nak pegi, tapi aku excited suruh pegi, negara tempat dia belajar dulu. Kalau dia tak nak pegi pun aku rasa memang bos dia akan paksa pegi sebab dia tau cakap bahasa diorang sebab dulu dok belajar kat sana 5 tahun. Pergilah, janji bawak balik souvenir untukku dan anak-anak hehehe...  kalau duit banyak boleh ikut sekali, tapi takpelah, nanti kumpul duit.
Hari ni dari pagi sampai petang aku sibuk, bukan buat-buat sibuk tau, nak kena buat installation serata university ni, tapi bukan aku sorang, dah diagih-agihkan tugas. Aku suka kerja macam ni sebab boleh jumpa orang. Boleh jumpa lecturer, professor yang pelbagai jawatan. Biasanya diorang akan tanya aku asal mana. Bila aku kata orang Kelate, dia tanya camna pulak boleh datang duduk sini, aku katala aku kawen dengan orang sini. Skrip jawapan yang sama hehehe...
Ada tuh nak kena masuk install kat PC dekan berjawatan professor doktor. Jakun macam apa ntah bila aku tengok dalam bilik dia tu macam hotel, siap ada tandas dan bilik mandi lagi, kelas kau jah, apsal aku tak tau hah? aku rasa sebab bangunan baru kot design lain sikit, kalau bangunan lama takda bilik mandi kot.
Dalam hati dok tertanya-tanya, fuhh mesti dia bekerja keras seumur hidupnya untuk sampai ke tahap tu. Kat meja dia penuh souvenir daripada serata negara. Mesti pegi present paper/ research or something. Ada seorang ketua jabatan ni (doktor) tanya aku apsal tak sambung PhD, aku kata aku tak cukup ilmu, tapi dia terus bagi motivasi kat aku. Errmmmm.... minda belum terbuka sekarang ni, I'm happy doing my work right now, lepas ni kalau peluang baik punya, takkan kulepaskan insyaAllah. Tapi aku selesa sekarang ni, my dreamjob. Tapi sampai mati tak habis nak kejar semua tuh. Hmmm nak beranak pinak pulak la weh...hohooo, kakak aku kata aku pemalas sebab beranak sikit hehehe...ermm bukan malas, banyak cabaran sangat dan banyak tanggungjawab beberapa tahun kebelakangan ni. Habibi banyak tanggungjawab jaga parents dia masa kena strok hari tu, aku pulak cabaran arwah ayah dan mak aku yang kerap uzur yang mana aku kena selalu pulang ke kampong yang jauh tu, aku harap keadaan semakin reda lepas ni, fokus pada family aku pulak. Untungla siapa dok dekat dengan mak bapak. Sekarang pun masih belum reda suspennya, suspen dengan mak aku pulak. Untungla siapa mak ayah yang masih muda dan kuat tu, cabaran tak berat sangat. Bila mak ayah uzur kita akan selalu suspen tahap gaban bila diorang uzur. Masa ni la rasa nak beli helicopter supaya boleh pulang segera, mak aku selalu buat aku suspen, bila dia uzur dan dia rasa teruk, dia akan suruh balik, pastu cakap tak sempat dah nak jumpa anak-anak niii.. tapi kadang-kadang ok je, biasalah orang tua. Kena banyak sabar. Kalau nak diikutkan, aku dan habibi masing-masing kerap balik ke kampong halaman masing-masing. Dan aku pelik bila tengok anak menantu yang sangat jarang balik jumpa mak bapak masing-masing, pulang sekali setahun, tak rindu pada kampong halamankah? Masa mak bapak masih ada ni la nak balik pun, even bila diorang dah takda pun baliklah, tak rindu sama mak ayah dan adik beradik ke? hmmm curious...

okla, nak balik dah jap lagi...
bye

No comments:

Post a Comment