Sunday, September 1, 2013

kisah benarrr...

kelmarin hujan sangatla lebat waktu nak balik kerja, masa tengok kat tingkap dah rasa risau, camnaaa la aku nak balik nanti..
patutnya aku tak payah risau kan sebab naik kereta, tapi aku risau jugak..
sebabnya kereta kesayangan aku takde air cond, well aircond nya ada tapi tak pernah bukak, habibi kata nanti takut enjin takleh nak support sebab enjin lama, jadi aku tak pernah bukak. Kalau bukak pun gas pun dah takde kot dah lama sangat dah..
bila tak boleh pasang aircond, bila hujan lebat akan jadi wap la kat cermin kereta dan aku tak berapa nak nampak. Biasanya aku akan bukak tingkap sikit, masuk air pun masuklaaa...
kadang-kadang air tu membasahi baju aku, macam naik moto pulak..ohhhh tak kisahlah, aku tetap sayang kereta aku ini hehehhee mmuahh..
kereta ini adalah rezeki aku, dengan kereta ni aku tak payah berhabis duit ratusan ringgit untuk dapatkan kereta baru. Tak terlintas dan tak terliur pun untuk beli kereta baru buat masa sekarang. Aku dapat jimat sejumlah besar duit kerana kereta ini, bukankah itu dinamakan rezeki? Allah permudahkan urusan aku, Alhamdulillah... sebab aku tengok kawan-kawan seangkatan yang beli kereta baru, RM700 hanyut macam tu je. Tu kalau kereta biasa-biasa je termasuk minyak. Kalau taste tinggi sikit maunya seribu lebih hanyut. Cuma aku tengok kebanyakan budak-budak muda yang baru dapat kerja, diorang terlalu excited nak beli kereta baru. Ok tak apa, sebab tu satu keperluan. Bagi aku tak salah nak beli, tapi tengok jenis kereta jugak la, kalau mahal sangat dan it eats most of your salary, baik beli yang kita mampu tanggung. Kalau ikutkan kepala otak aku yang kedekut ni, baik beli kereta second hand (ermmm make sure ianya masih elok) sementara nak stabil dalam karier. Bila dah stabil takpelah... tapi kalau harga kereta second hand pun mahal macam kereta baru, baik ambik yang baru terus. Kereta aku ni pun kereta second hand. Masa mula-mula beli memang ada beberapa masalah nak kena ganti itu ini, tapi selepas tu Alhamdulillah dah ok tak ada masalah.
hehehe cuma kelmarin aje aku terlebih confident, pegi redah dalam lopak air..
selamba badak aje redah splash sana, splash sini hehehhe....
akibatnya jadi short circuit..
heheh ni yang aku nak ceritakan sebenarnya,tapi aku dok bagi kata-kata nasihat wakakka...
semalam kereta aku masuk air!!!
confident sangat pegi masuk dalam air, sedangkan kereta belakang aku tu tak jadi follow aku sebab air hujan tu melimpah sebab lebat sangat.
Nasib baik pomen dekat. Dia kasi cuci mana yang patut, petang ni boleh ambik.
hehehe tau la kereta aku ni kebal, tapi tak boleh redah dalam air macam tu je..naik keta enjoy macam turun gelongsor air kat Sunway Lagoon la konon hehehehe....
tapi dia bukan rosak , tapi salah aku yang tak bawak slow-slow kat lopak tu.
hari ni habibi yang hantar aku...
awal gila pukul 7 pagi aku tercongok kat opis..
lepas tu kad masuk tertinggal, kunci pintu bilik pun tertinggal..
haa baguss, awalla sangat!!!
tapi nasib baik aku pernah tengok cerita McGyver, aku guna kad untuk bukak pintu. Berjaya juga masuk dalam bilik. Sebelum tu untuk masuk opis utama aku terpaksa tunggu kawan aku datang sebab tak boleh masuk tanpa kad.
oklah, nak buat keje...
tata...

No comments:

Post a Comment