Sunday, September 8, 2013

pegi jauh jauh!

mengantuk gila tadi, aku tido atas kerusi hehehhe...
tunggu masa nak balik je nih, kalau kat umah kan best bila tersengguk-sengguk mengantuk terus ambik bantal dan Zzzzz.....
ermmm.... minggu lepas dok dengar kisah masalah rumahtangga orang.
Dengar dan bagi nasihat yang mana patut, ermm nak nasihat lebih-lebih pun tak berani sebab tak kena kat batang hidung sendiri.
Satu kes tu pasal laki 'nakal', suka usik-usik perempuan cun walaupun bini sendiri dan cun melecun dah..
satu lagi kes masalah dengan mak mertua di mana si isteri dan suaminya PJJ. Si suami duduk dengan ibunya.
Hmmm...
zaman sekarang ni PJJ dah jadi trend. Atas desakan ekonomi, kadang-kadang terpaksa terus PJJ sebab nak kukuhkan kewangan keluarga. Ada yang PJJ sekejap sementara tunggu salah seorang dapat tukar tempat kerja.
PJJ akan menjadi susah bila keluarga campurtangan. Dalam kes yang aku dengar tu, ibu mertuanya tak suka apabila suaminya datang berjumpa isterinya.
Hmmm....
aku tak pastilah ini adalah menantu pilihan atau tidak, kalau menantu pilihan biasanya mak mertua tak kata apa-apa.
Biasanya aku tengok, kalau PJJ jenis si lelaki dok jauh dan si menantu duduk dekat dengan mertua, biasanya ok aje. Tapi bila PJJ di mana si lelaki dok sekali ngan mak, dan bila lelaki nak jumpa isterinya dia terpaksa tinggalkan ibunya, then it will be a problem!
Bagi aku lah, keluarga mertua janganla tergopoh gapah, biarla mereka mulakan hidup baru, baru aje kawen kot. Jangan la kacau.
Tapi dari satu sudut yang lain, ibu mertua juga mungkin risau bila melihatkan anaknya yang setiap minggu berulang-alik berjumpa isterinya. Mungkin dia risau dari segi keselamatan sebab dok drive jauh-jauh. Dan juga risau bila banyak duit dihabiskan untuk kos pengangkutan. Jadi, benda-benda ni ni mak mertua tengok, dia jadi serabut kepala otak kot sebab dok depan mata. Kalau tak nampak lain cerita. Boleh jadi ibunya kesian tengok anak lelaki kesayangannya, ada isteri tapi macam takde isteri sebab lifestyle dah macam orang bujang.
Hmmmm.. aku banyak dengar je la bila diberitakan konflik yang melanda. Bagi aku, kes berat nanang jugak nih, bukan senang nak tackle hati mak mertua ni, silap haribulan kena blacklist selama-lamanya. Ibu mertua tentu tak suka bila tengok anak lelakinya menguruskan hidupnya sendiri, bila maknya yang nak kena basuh kain baju anak lelakinya, sedikit sebanyak mesti dalam hati ada terlintas, "huh patut bini dia buat semuanya ni"...
aku nak aje suggest agar duduk sekali iaitu salah sorang kena sacrifice. Tapi tak terkeluarlah, nanti kata aku tau cakap je, tak merasa susah payah PJJ.
Tapi kalau tanya pendapat aku la, bini kena ikut laki dia la. Awal-awal tu mungkin tengah adjust nak duduk bersama. Tapi kalau family tak kacau, aku tengok okay aje PJJ. Hmm okay tak okay sangatla tapi dah itu saja pilihan yang ada.
Kalau bagi mereka yang belum kawen tu, aku rasa baik plan betul-betul sebelum kawen, takkan nak PJJ sepanjang hayat. Kadang-kadang rezeki dari segi kerjaya tu datang kemudian bila kita ikut suami.
Tapi, hmmm pandai-pandai koranglah! Kena ada strategi masing-masingla sebelum kawen tu. Kalau bini belum dapat kerja okay aje nak kawen dulu, senang sebab lepas tu bini akan ikut duduk bersama dan cari kerja yang tak berapa jauh. Kalau masing-masing dah kerja jauh-jauh di negeri berbeza, ermm camnatuh? takleh nak pikir aku. Bukan senang nak adjust. Cakap memangla senang, dah ditakdirkan bertemu jodoh begitu, pandai-pandaila nak hidup hehehehe...
aku doakan kawan-kawan aku dapat tackle masalah dengan baik, bukan apa, bukan senang bila dah terkena dengan mak mertua jenis macam tu...best of luck..

okay la nak balik dah byee

No comments:

Post a Comment