Thursday, September 26, 2013

malam jumaat

haha suspen aje tajuk entry... sebenarnya aku nak kata malam ni malam jumaat, esok malam sabtu ehhehehe..
tinggal aku sorang aje yang belum tido lagi. Hari ni semua pakat keletihan. Aku lembik sikit sebab puasa hari ni. Macam biasa balik rumah aje excited jenguk cucu-cucu aku kat belakang rumah tuh, gerammmm aku rasa nak pegang cium.
hari ni dikejutkan dengan berita pemergian Ustaz Azizan ex MB Kedah. Sedih rasanya.. tengok mukanya pun aku rasa tenang dan sejuk. Muka orang alim. Ada gambarnya kat hospital, terbaring dengan alat bantuan pernafasan di mulut. Sebijik macam arwah ayahku dulu. Sakitnya pun sama, kencing manis dan menjuruskan kepada kegagalan organ lain. Sayu je tengok. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman, dan dapat bersama-sama Wan, amin. Malas nak tulis yang touching-touching ni, dah lama aku tak touching gile-gile. Peringkat awal Wan pergi,blog aku ni penuh dengan entry air mata aje.
oklah nak tido dah, esok nak bersiap-siap naik ferry.. ke mana lagi kalau bukan Langkawi!!!
aku baru lepas telan olive oil dan pati delima ni. Ready to sleep...
semalam malam daling...




No comments:

Post a Comment