Friday, March 29, 2013

Pure Marine Collagen

Beli collagen lagi ye?
Dulu kawan aku suggest Pure Marine Collagen (PMC) ni yang dia jual. Tapi masa tu aku masih ragu-ragu tentang keberkesanannya. Ketika itu aku dok makan Gogen Collagen dust. Bukan tak elok, elok aje, kesan dia bagus, tapi  harganya mahal, sebotol tu kalau consume betul-betul, boleh habis dalam 2,3 minggu. Setelah melihat testimoni rakan-rakan yang menggunakan PMC ni, aku rasa nak cuba pulak. Dengan harganya yang lebih murah dan tahan lama, aku rasa aku boleh jimat banyak duit.
Lalu aku pun order dari sini Rumpai Laut Semporna , aku beli PMC kaler hijau, yang dikatakan lebih berkualiti daripada PMC kuning dan ungu. Aku beli 500g, RM60. PMC hijau dikatakan mempunyai antioksidan paling tinggi. Boleh baca kat sini perbezaan PMC kuning, ungu dan hijau.
Kawan aku makan bersama emaknya. Katanya, tumit merekah emaknya pulih bila makan kolagen ni.
Seperti collagen dust, PMC ni baunya pun spesen, hanyir seperti ikan, kerang. Jenis hidupan laut kot. Oleh kerana aku pernah makan collagen dust yang busuk tu, jadi aku pun boleh makan juga PMC yang telah dimasak menjadi agar-agar ni.
Kadang-kadang aku rasa nak termuntah bila cium baunya. Aku telan 2,3 sudu besar agar-agar PMC ni. Aku dah campurkan daun pandan dan sedikit gula melaka ketika memasaknya kelmarin. Lepas telan, aku terus minum air dan telan pati delima. Loyaaaa..... tapi better than collagen dust sebab yang tu serbuk.
Tunggu dan lihat hasilnya. Aku hanya masak segenggam PMC. Bila masak, jadi banyak macam ni.
Oklah tunggu dan lihat hasilnya.
Petang tadi, aku ke Padang Besar membawa tetamu istimewa aku jalan-jalan.
Aku sempat beli seutas jam tangan, ni haaa


Aku tak tau nak pilih yang mana satu. Ada jam tangan Rolex tuuuu hahahha. Kerana rasa tak munasabah, maka aku beli yang jenama 'Rado' dengan harga RM20 hehehhe... 'Rolex' tu pun harga sama aje. Nampak sangat tiruan kalau aku pakai Rolex, baik aku pakai Rado ajelah. Tetamu istimewa aku seronok ke pasar Padang Besar, sebab katanya selesa untuk lepak-lepak duduk rehat. Kalau kat Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur di Kelate, kena jalan jauh dan takda tempat selesa nak lepak-lepak. Kat komplek Padang Besar, kita boleh duduk di tengah-tengah bangunan kedai tu sementara menunggu yang lain membeli belah, disamping membeleh-belek aksesori seperti gelang dan brooch di gerai berhampiran. Tadi kami pegi lewat sikit, selepas Asar sebab nak elak kepanasan di tengahari. Pasar pulak biasanya tutup pukul 6 petang, tadi tutup lewat sikit sebab cuti sekolah. Kami ikut jalan short cut melalui felda ladang tebu Chuping, the hottest spot in Malaysia wuuu!!!
oklah, nak tido dah.... bye

Thursday, March 28, 2013

Hit and run versus hit and stay

Dulu aku pernah terbaca status kakak aku dalam Fb tentang keretanya tergesel dengan sebuah kereta lain semasa kat tempat parking. Dia serba salah sama ada nak tunggu tuan dia atau nak cabut lari aje. Ada yang suggest suruh cabut lari aje, ada yang suruh tinggalkan mesej bertulis," I'm sorry I hit your car". Tapi kakak aku cabut lari aje hehehe..
aku juga pernah terbaca dalam suratkhabar, kalau tak silap aku aktor Brad Pitt kot, tergesel kereta orang lain. Mungkin kerana nak cepat, dia hanya tinggalkan mesej di kereta itu yang berbunyi, "Sorry I hit your car, please contact me, Brad Pitt." Bagi aku, itu merupakan contoh yang baik sebab dia bertanggungjawab di atas kerosakan yang dilakukan.
Pagi tadi, aku ke pasar untuk membeli bahan mentah sebab ada tetamu istimewa datang ke rumah. Aku drive sendiri kat pasar tu. Keadaan pagi memang sesak sebab orang ramai membeli barang dapur masing-masing. Hanya ada sebuah petak parking kosong yang sempit. Aku yang datang bersama kakak ipar terus parking di petak tersebut. Tapi aku parking terlalu rapat dengan kereta sebelah. Masa nak reverse perbetulkan kereta, tiba-tiba side mirror aku bergesel dengan side mirror kereta sebelah menyebabkannya patah tapi tak tercabut. Arghhh mampuih, aku tak pernah langgar kereta orang sejak aku memandu sebab aku sangat berhati-hati. Dan aku juga elakkan parking di tempat yang sempit untuk elakkan kejadian sebegini. Aku ni jenis cepat cuak, masa tu takleh pikir dah, kakak ipar aku yang tolong pusing stereng, aku dah jammed hahaha.... serta merta spoiled niat nak beli barang.
Dalam kepala otak aku, aku harus bertanggungjawab di atas kerosakan ini. Aku boleh aje blah dari situ dan buat tak tahu. Tapi aku terfikir bahawa, mesti tuannya akan maki hamun bila tengok keadaannya keretanya nanti kalau aku blah terus. Bagi aku, aku boleh lepas di dunia, tapi aku mesti tanggung dosa diakhirat nanti, tak lepas dosa aku kalau aku tak mintak maaf atau bayar ganti rugi.
Adoihh... aku pun dengan rasa bersalah terus ke gerai berdekatan membeli sayur-sayuran. Dalam hati dok gelabah dan susah hati. Nampak gayanya kereta itu milik seorang peniaga sebab selepas aku beli barang pun masih ada kat tempat parking. Kereta tu jenis proton saga lama macam kereta aku juga. Mungkin pemiliknya orang tua mengikut kepada otak aku ni. Masa tu aku tekad nak spy siapa tuan dia, sebab masa aku call habibi, dia suruh hati-hati kot-kot tuan kereta tu jenis bengis, mampus aku nanti jujur tak bertempat. Sambil berserah dan berdoa Allahumma Yassir Wa laa Tu'assir Rabbi Tammim Bilkhair (Ya Allah permudahkanlah, usah dipersulitkan, sudahilah dengan kebaikan), aku jalan kaki ke mesin ATM berdekatan mengeluarkan sejumlah duit. Dalam hati aku, ohhh kopakkk bulan nih!!!
Sampai kat gerai, aku bertanyakan pakcik yang menjaga sebuah gerai sayuran berkenaan dengan tuan kereta itu. Aku harapkan kereta tu pakcik tu yang punya, sebab muka dia baik hehehhe...

" Pakcik, pakcik kenal tak siapa tuan kereta tu? "
"Yang mana?"
" Yang tu, saya dah langgar kereta dia.."
"Ohh.. entahlah kereta siapa ye.." ( sambil bertanya kawan dia di gerai sebelah)
lalu dia pun mengikut aku ke kereta tadi.
" Oo... sikit aje ni, takpa kott.."
"Nanti dia sumpah (maki) saya pakcik, huhuuu"
Kemudian datang seorang lelaki (dia ni macam lurus bendul sikit)
"Hang tau kereta siapa ni", tanya pakcik kepada lelaki tu..
"oooo saya tau ni, kereta dia tu.." Jawabnya lalu menunjukkan ke arah seorang cina menjaga gerai barangan dapur. Lalu dia menjerit ke arah lelaki cina yang sedang melayan pelanggan. Heee malu aku dia pegi jerit, takut semua orang tau pulak
"Uihh... hang pi panggil lah.." kata pakcik kat lelaki tu.
hehehe lalu dia pun pi panggil, aku dan kakak ipar ikut sekali.
Aku explain kat dia, kata aku langgar kereta dia. Dia sedikit cuak lalu mengikuti aku ke keretanya. Hahh matilah kali ni....
lalu dia pun menuju ke sebelah kanan keretanya untuk melihat side mirror yang patah tu.
" Ooo....tadak apalah... tak mengapa.."
" takpa ke, saya mintak maaf...."
"tak apa...tak apa..." katanya. Aku ucapkan terima kasih dan dia kembali ke gerainya.
Alhamdulillah syukur.
Lega aku, sekurang-sekurangnya aku dah lepas dah bahagian aku. Dah settle, tak payah settle di akhirat kalau dia tak redha.
Tapi, aku rasa aku tak boleh buat begini dalam semua keadaan. Silap haribulan, kena maki atau kena ketuk.
Tapi tadi aku confident sebab kat pasar tadi biasanya customer dia orang-orang kampung berdekatan. Kalau kat Tesco, aku rasa aku cabut lari dah ehhehehe.... ataupun kalau kereta tu kereta mewah, sure aku cabut wakkakakka......
lepas ni kena hati-hati, parking jauh-jauh pun aku sangguppp!!!

Tuesday, March 26, 2013

selalu bersedia...

Bulan ni jarang update blog pulak. Sibuk sikit, tak sempat nak tulis. Bukannya aku jauh dari komputer, setiap hari ngadap komputer tapi nak tulis tu takda idea.
Kelmarin aku ada program kat sini, bos arahkan untuk adakan sebuah program dengan kadar segera. Aku yang sememangnya tidak sukakan arahan last minute, dengan berat hati buat juga program tu walaupun sambutan tak seberapa. Aku tak suka bila aku kena buat kerja penting yang last minute, yang mana sebenarnya boleh aje kalau dia nak suruh aku buat awal-awal. Aku jenis kalau nak buat apa-apa, aku harus membuat persediaan yang sebaiknya agar tugasan yang dilakukan sempurna. Bila dah last minute, jangan nak harapkan kesempurnaanlah.
Aku kagum dengan Wan, yang sentiasa melakukan kerjanya dengan sempurna dan sentiasa bersedia lebih awal. Pernah pada suatu hari ketika menaiki kereta bersama-sama Wan dan berhenti di simpang hadapan Balai Islam Lundang, KB, Wan merungut apabila melihatkan keadaan pengguna jalan raya di persimpangan lampu isyarat. Kata Wan, kenapa bila lampu hijau baru nak masuk gear kereta? Nanti ia menjadikan pergerakan lambat, lebih-lebih orang yang menyusul di belakang akan terlepas lampu hijau. Bukankah lebih baik bila kita bersedia dengan gear 1, dan bila lampu bertukar boleh jalan terus? Ya, aku pun ikut kata-kata Wan sebab perangai pun sama. Aku sentiasa bersedia bila di lampu isyarat. Tapi takde la terus jalan, kalau masih ada kereta, aku tunggu la dulu. Lampu hijau tu maknanya boleh jalan sekiranya selamat- kata guru memandu aku dulu. Habibi kata nanti lenguhla sebab dok ready gear 1 awal-awal, tapi dah jadi tabiat aku kena cepat.
Macam jugak diorang suruh aku handle program ni, bila suruh buat macam-macam, aku tak bersedia sepenuhnya, nak marah pun ada. Masa tu lah berlakunya miscommunication sebab kurang persediaan, di situlah berlaku perubahan aturcara sebabnya kurangnya persediaan. Apapun yang kita nak buat, kena ada persiapan, bukan boleh main redah aje. Persediaan mental pun penting, takde la terkezut dibuatnya.

oklah, pastikan sentiasa bersedia dan bersiap siaga....

Saturday, March 23, 2013

Waaaa dok sorang-sorang!!!!

Adoi mati kutu aku dibuatnya.
Rumah dah kemas, dah mop, mainan dah simpan, tinggal nak lipat kain aje. Rumah rasa lapang dan kemas, tapiii, hatiku rasa sunyiiiiiiiii, sebab tinggal aku sorang aje kat rumah. Habibi dan anak-anak balik kampung ada kenduri. Aku tak ikut sebab aku kerja esok. Kalau aku ikut nanti pagi esok nak kena rushing balik sini, malas aku tak terkejar-kejar. Ohhh I miss my children.
Masa takda kerja pagi tadi, siap susun atur semula bilik Faiz ni, tukar position katil bagi luas sikit

Aku tak bagi tidur atas katil pun, sebab tinggi sangat, dia akan tidur kat bawah atas toto. 

betapaa sepinyaaaaa....hidup seorang perinduuu.... sob..sob... dok sorang-sorang layan TV dan Internet

I'm very bad at arranging things, mesti tak kemas, sebab tu aku elakkan daripada mempunyai terlalu banyak barang ( buat masa sekarang laa), tapi aku sangat pentingkan kebersihan rumah daripada habuk dan melekit, cuma less rapi laaa....

Bila dah sorang-sorang ni, aku malas nak masak. Makan nasik dengan gulai ayam yang aku masak kelmarin. Tadi sempat tutup lampu join earth hour kejap, gelap weh aku tak boleh buat kerja hehehhe...
Nak layan tv dulu, dan buat-buat rajin lipat dan sidai kain..
waaaaa sepiiiiiiiiiii.......huhu....

Wednesday, March 20, 2013

tertinggal beg duit

Hari ni aku cuti, sebab semalam kerja sampai malam. Jalan merata ceruk negeri Kedah.
Hari ni bolehla tido dan lepak-lepak. Cuaca pula sangatlah panas. Aku baru lepas siram pokok dan rumput tengah hari rembang ni ehhehehe, bau hangit sebab panas sangat. Ntah berapa tangki air habih tadi hehe.
Ni pulak gambar Faiz nak pegi sekolah pagi tadi. Aku bekalkan air ribena, 3 biji limau mandarin dan biskut.
Sekali tadi aku terjumpa beg duit dia atas meja. Ayyooo terus aku tepon habibi. Pukul 1 tadi habibi pegi bagi duit sekolah, kesian pulak sebab masa rehat 10.30 pagi tadi tak dapat makan. Nasib baik bawak air dan buah-buahan. Petang ni aku kata aku nak ambik dia kat sekolah. Aku suka buat kerja ni, dah aku cuti ni baik aku merasa pengalaman ambik anak sekolah. Dan tadi juga aku ke pasar beli ayam. Seperti selalu, aku pasti terjumpa pakcik yang mukanya macam Wan tu ehhehe. Tak sempat nak ambik gambar.
oklah, petang nanti nak keluar pulak. Muka aku dah rentung tak terurus dah ni dok ulang alik tengah panas.
bye.

Monday, March 18, 2013

Thought for today


وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ
Surah Al Baqarah ayat 186

Terjemahan ayat :

Ertinya :
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu mendapat petunjuk (berada dalam kebenaran)

Sunday, March 17, 2013

panasnya cuaca

perghh... panas sungguh cuaca sekarang ni. Bahang sungguh terasa.
Hari ni tinggal aku dan Faiz aje kat rumah, habibi dan si adik ke hospital bawak tokwan checkup. Aku malas nak ikut, dengan cuaca panas begini baik aku duduk di rumah saja.
Cuma aku keluar sekejap sebab beli barang dan untuk makan. Sunyi pulak bila tak cukup korum ni.
Bila panas macam ni, aku jadi malas nak buat apa-apa. Tengahari tadi tidur aje, si Faiz ni bila takda orang nak main, tengok-tengok tertidur di tepi aku. Kesian pulak. Bila bangun, terus keluar makan. Ohh, bosannya tanpa si abah dan si adik.
Faiz ni manja dengan aku. Dia yang nak temankan aku kat rumah. Si adik selamba aje tinggal aku dan ikut abah dia hehe..
skang ni abah dia dah balik, dia ajak pi check lampu kete aku, padam sebelah. I'm glad they are back!!!!

Wednesday, March 13, 2013

Monday, March 11, 2013

Tawakkal....

hari ni aku dan habibi masing-masing ada perkara penting yang dilalui pagi tadi, aku harap semuanya berjalan lancar. Badan pulak rasa macam nak demam bila penat badan dan otak.
Dalam masa yang sama, aku dan adik beradik diuji pula dengan keadaan mak aku.
Mak aku tak stabil emosinya lebih-lebih lagi sejak Wan tak ada. Dia mudah murung dan sangat tidak kuat mentalnya. Walaupun dijaga dengan baik oleh abang-abang aku tapi dia masih tak ok, apa yang dia fikirkan aku pun tak tahu. Memang badannya kurang sihat, tapi tekanan darahnya ok. Senang cerita, mental dia tak kuat. Dah beberapa hari dia tak mau makan dan hanya terbaring menangis aje. Kakak ipar aku yang merupakan seorang doktor dah masukkan satu botol air ke dalam badannya tapi dia masih enggan makan dan dok menangis sahaja. Aku pun jadi sakit kepala dan buntu memikirkannya. Aku cuma kasihan kepada abang aku yang menjaganya 24 jam bersama kakak ipar. Aku kasihan kepada mereka sebab menguruskan mak yang semakin banyak ragamnya. Dari segi kesihatan seperti darah tinggi, dia ok. Aku rasa dia nak anak-anak duduk sekelilingnya sentiasa which is impossible. Aku baru balik sebulan yang lepas, kakak aku pulak baru balik tak sampai 2 minggu. Mana boleh nak ikut macam anak-anak arwah Mak Bah, diorang tidak bekerja dan boleh duduk disisinya 24 jam. Oh emakk.... kenapa emak jadi macam ini. Kakak aku punya la runsing, sampaikan bawak kereta terlanggar tiang sebab asyik memikirkan emak. Emak jauh bezanya dengan Wan. Wan akan cuba sedaya upaya menempuh apa yang dihadapi. Sampai ke akhir hayatnya, Wan masih ikhtiar dan berusaha untuk pulih, semangatnya kuat. Ketika ini lah aku sangat rindukan Wan. Emak tak boleh berdikari dari segi mental. Aduhh... aku pun tak paham. Bila banyak masalah macam ini, aku sendiri rasa macam nak demam. Oh emak, fahamilah yang anak-anakmu jauh, bukan senang-senang boleh balik begitu saja. Itu pun aku dah balik kerap dah ni.
Ya Allah tolong lah kami agar jadi kuat mental untuk menghadapi semua ini. Dugaan sungguh, semua tak kena walaupun dah cuba sedaya upaya....
Wan, I miss you Wan..  :'-(

Friday, March 8, 2013

Cara menanam rumput

 (gambar 2013)

 (gambar terkini April 2014)



Hehehe macam dok bersantai tepi pantai pulak...
ramai yang tanya pasal rumput karpet kat laman rumah aku ni.
Diorang tanya bagaimana menanamnya sebab nampak subur dan sekata.

Walaupun bukan aku yang tanam, tapi aku tolong sikit-sikit masa habibi buat kerja penanaman rumput nih. Ada 3 jenis rumput yang ditanam di sekitar rumah aku iaitu cowgrass, mutiara grass dan japanese grass.
Yang paling lawa adalah rumput karpet jenis japanese grass. Rumput jenis cowgrass pulak bila cuaca kemarau, ia akan jadi sangat kering dan kuning, bila hujan turun ia akan kembali seperti asal. Rumput mutiara dan rumput karpet ni maintain hijau asalkan siram setiap hari.

Pada asalnya, jiran kepada kawan habibi memberi satu petak rumput karpet tu. Jiran kawan habibi kata, untuk memenuhi laman rumahnya, 12 tahun masa diambil!! Adoi masa tu rasa macam putus asa, takkan nak tunggu 12 tahun kot!! Lalu habibi study kat forum-forum di Internet. Lalu dia pun memulakan misinya dengan menggunakan 1 petak rumput karpet yang diberi ( tu pun tak habis!).

Kata habibi melalui case study nya hehe, bagi yang berkerjaya dan mempunyai masa yang terhad, adalah lebih baik untuk membahagikan kawasan laman kepada beberapa bahagian kecil. Mulakan penanaman bahagian demi bahagian. Jangan tamak terus nak tanam di keseluruh laman rumah. Kenapa? ini adalah kerana rumput yang baru ditanam ni memerlukan penjagaan yang teliti sebab ianya manja sikit. Nak kena siram selalu (masa awal-awal tu) dan rumput rampai harus dibuang setiap hari. Bayangkan kalau setiap hari nak kena buang rumput rampai tu di sekeliling rumah, memang tak larat weh lepas balik dari kerja. Jadi mulakan bahagian demi bahagian tapi konsisten. Kalau main tanam dan biarrr aje, memang rumput tu akan bercampur rumput liar dan tak lawa. Akhir sekali kita akan putus asa dan laman jadi terbiar, dan projek rumput pun tak jalan.


Habibi sedang menceraikan rumput-rumput (tapi nampak macam dok pegang batang besi hehehe)

 Bahagian sebelah kanan tu di tanam bulan sebelumnya. Masa gambar ni diambil, habibi tengah mengusahakan petak kedua.

Masa tanam rumput tu, JANGAN tanam patch demi patch, atau sekeping sekeping. Memang nampak senang, tepek aje sekeping demi sekeping sampai penuh laman. Akibatnya, rumput tak berapa nak membiak dan statik sebab dalam patch dia tu ianya dah sedia tepu. Jadi, habibi telah menanam setiap pokok kecil rumput tu, satu per satu! Sepokok kecil rumput tu terdiri daripada beberapa helaian rumput yang diceraikan dengan gunting. Ianya memerlukan kerajinan dan ketekunan yang konsisten. Kebanyakan kawan-kawan habibi yang datang menjenguk semasa proses penanaman dilakukan, biasanya akan menggeleng-gelengkan kepala ehhehehe, sebab tak sanggup nak buat macam tu. Tapi aku salute pada habibi yang extra rajin macam gaban. Balik kerja penat-penat terus tanam rumput, tak sempat say hai kat aku ni hehe. Habibi mula tanam pada 1 Ramadhan yang lalu, dan tak sampai setahun, laman dah penuh dengan rumput yang cantik.
Selain itu, habibi juga menggunakan baja padi yang ditabur pada permukaan rumput.
Bila panjang sikit, dia akan gunting dengan penggunting pokok tu. GUNTING ye, bukan MESIN hehehhe. Ada kawannya pesan, gunting lagi lawa. Ini pun kalau orang tengok, diorang akan geleng-geleng kepala kikikiii....
Apa yang penting, korang yang nak try cara ni kena rajin to the maximum lah dan konsisten rajin. Ianya leceh masa nak tanam tapi tumbuh cepat dan cantik. Bila dah tumbuh sempurna, rumput liar pun tumbuh jarang-jarang, tak payah la teruk-teruk nak buang macam dulu. Dan, di sinilah tempat aku melakukan star gazing hehehhe....

selamat mencuba...

Ps : Untuk mengelakkan lekuk-lekuk tanah yang tidak sekata pada permukaan tanah berumput, tabur pasir di lekukan tersebut. Jangan risau, rumput di bawah pasir akan naik semula kemudian hari, dan tanah akan rata lalu rumput nampak sekata dan cantik macam padang golf. Tabur pasir tu agak-agakla bagi menutupi lekukan, kalau banyak sangat jadi timbunan pulak.

Update : Bila tabur baja padi pada rumput, rumput akan menjadi sedikit kekuningan, dan ia akan hilang tidak lama selepas itu. Baja padi tu dibancuh dengan air dan siram. Habibi cuma gunakan botol air mineral yang ditebuk lubang-lubang kecil. Be creative okay heheh! Sekarang tak sempat nak gunting dah, kami nak kena gunakan mesin rumput pulak. Tapi ia tumbuh subur sebab sesekali disiram air baja.


Thursday, March 7, 2013

Berusaha, berdoa dan bertawakkal....

apa khabar kawan-kawan?
sejak kelmarin kerongkongku pedih, batuk sikit-sikit aje tapi bila batuk tu rasa nak meletup ke kerongkong aku ni. Suara pun garau dah sikit, tapi masih terkawal, alhamdulillah.
Aku sebenarnya tengah berdebar dan berdoa dengan penuh pengharapan kepada-Nya.
Ada satu peristiwa penting yang akan berlaku tak lama lagi, aduhh aku tak boleh nak cerita lebih-lebih tapi insyaAllah aku ceritakan selepasnya segalanya selesai. Yang penting, aku percayakan rancangan Allah, Allah merencanakan segala-galanya tepat pada waktunya, semoga segalanya dipermudahkan-Nya, amin.
Kalau dulu masa Wan masih ada, aku mesti akan maklumkan kepadanya.

Ketika pulang ke kampung pada hari raya cina yang lalu, aku dapati jam dinding di rumah sudah tidak bergerak jarumnya. Bateri dah habis.
Masih aku kuingat ketika Wan menyuruh abangku menurunkan jam itu untuk ditukar baterinya yang telah habis. Hari tu hari Jumaat, 2 hari sebelum Wan admitted to ward pada June 2011. Abangku  menurunkan jam tersebut dan Wan memberikannya bateri energizer untuk dimasukkan ke dalam slot bateri jam. Sungguh masih kuingat, kami adik beradik ramai-ramai mengelilingi Wan yang ketika itu berada di atas katil kecilnya di ruang tamu. Akhirnya setelah setahun setengah, iaitu beberapa hari sebelum hari raya cina yang lalu, jam itu kehabisan baterinya. Aku tukar bateri baru dan kusimpan bateri lama di dalam bilik Wan. Aku berasa sayu kerana aku masih ingat lagi Wan memegang bateri itu, 10 hari sebelum Wan pergi.


Minggu lepas kakak aku pulang menjenguk emak. Di wall Fb nya dia post gambar ni yang bertarikh 3 Mac 2013.


dan statusnya :

"Melalui jalan yang pernah ku lalui bersamamu dengan sebak di dada.."


5 Jun 2011

rindunya kat Wan..
semoga Wan gembira di sana, amin.

Tuesday, March 5, 2013

Teropong ke angkasa

yeyeyye syukur alhamdulillah akhirnya dapat jugak binocular idaman hati beta.
aku ni peminat astronomi amatur (aku suka observe aje), suka star gazing dan the outer space.
Oleh kerana aku tak pernah ada gadget astronomi ni, maka dicadangkan untuk beginner untuk belajar menggunakan binocular terlebih dahulu. Untuk yang baru berjinak-jinak macam aku ni kira bolehla. Takde la nak nampak sampai ke nebula, bima sakti. Yang tu nak kena beli telescope la pulak.
Aku beli kat kedai Falak Online dengan harga RM280 termasuk pos. Aku beli jenama Vision King, dengan magnificient 7x50mm, boleh refer spec.
Adoi, kena berjimat cermat la bulan ni.
Aku order Khamis lepas dan dapat kelmarin.
Excited sungguh rasanya bila dapat parcel tu.


Bila balik ke rumah petang kelmarin, aku dan habibi dok try guna. Adjust bagi sharp sikit imejnya. Pada mulanya aku kecewa sebab rasa macam biasa-biasa saja, dok skodeng orang yang tengah renovate rumah, tengok pokok pisang, sebab aku rasa macam biasa aje.
Pada sebelah malam, satu family dok guling-guling atas tikar atas rumput di laman rumah.
Dan, aku sangat excited dengan apa yang aku nampak.
Kita lihat banyak bintang di langit dengan mata kasar. Tapi bila menggunakan binocular, subhanallah sangat banyakkkkk!!!!! di sekitar bintang Orion tu ada banyak lagi bintang yang kelihatan seperti titik putih yang banyak. Kelompok bintang juga boleh dilihat dengan lebih jelas.
Dan aku tak sabar nak dapatkan telescope pula...
yummyyyyy....
kena simpan $$$$$$$$.......

malam ni nak belajar guna lagi, sebab aku dok guna sebelah mata aje pening pulak...
walaupun kebolehan binocular ni terhad, ianya sebenarnya permulaan untuk minat aku ni disamping memupuk minat anak-anak.


Saturday, March 2, 2013

iklan sabun itu betul?

Dulu bila aku tengok iklan sabun basuh yang tipikal,
seorang ibu yang pening kepala bila nak basuh baju sekolah anaknya yang berdaki lalu mencari-cari sabun yang kuat menanggalkan kotoran.
Aku rasa iklan tu memang logik pun, sebab sejak anak lelaki aku ni masuk sekolah, aku nak kena kena sental bajunya betul-betul terutamanya di bahagian kolar baju. Kalau hari Jumaat kena pakai baju melayu, aku kena sental kaki dan lengan baju melayu. Jadi hitam berdaki dia main camna ntah adoilaaa....
jadi sabun pilihan aku adalah Max Kleen. Berbanding sabun lain yang pernah aku guna seperti Breeze, Daia atau Dynamo, bagi aku sabun Max Kleen lagi kuat menanggalkan kotoran (iskk macam iklan dah). Bila rendam baju sekolah, kesan kotoran tu tertanggal dengan mudah. Cuma nak kena sental bahagian yang terlebih degil tu. Aku nak elakkan penggunaan Clorox, nanti jadi nipis pulak kain.
Hari ni adalah hari membasuh sedunia. Ada 2 helai comforter dan 2 selimut nak kena basuh ni. Semalam Faiz minum air banyak masa buat BBQ kat rumah jiran. Habih basah tempat tidur.
Oklah, banyak lagi kerjarumah menanti....
layan gambar budak-budak ni. Gambar dinner 2 malam lepas.