Tuesday, December 31, 2013

Selamat tahun baru 2014!

Happy new year!
Hari ni dah 1 Januari 2014, I'm one more year older, itu yang significant hehehe....
Bab-bab azam, I do have resolution once in a while. If we want to change something, we won't have to wait, just do it at the right moment.
It's just that when the figure moves to 2014, it seems a little bit scary because mostly women are afraid of getting old, including me hehehe... and now I'm heading to 4th series oh myy!!
But I do have a list of what to do and what to avoid. This list should be fulfilled at all the time, it is not necessarily for 2014.
I'm changing and improving of what should I read, what should I watch, what should I wear etc.. because the inputs create who I really am. I should really improve myself and my family spiritually.
My children has a great potential of being a productive muslim one day, and it's me who has to inspire and pray a lot for that. And everything begins with me first, because all I want is the safety of my children in this world and hereafter, and I should never stop praying, inspiring and guiding them.
My prayers also go to my late father, and I will always pray for his safety as he always did that when he was alive, until I became who I am today. I believe his prayers has to do something with his children's success in life. I love you dad, it will be 3 years since the last time I saw you, I won't stop praying for you. When my boy and his father were getting into the car for payers at the mosque, I will ask him to pray for you too dad...
Finally, I hope this new year brings more good things and blessings.. amin....
have a good year ahead!

Sunday, December 29, 2013

Chatting dengan boboy

 



 
Biasanya Fb ni di block waktu bekerja, mungkin terlepas kot tu yang aku buka.
Sekali sekala budak boboy ni tegur aku kat Fb. He really made my day, tersengih aku chatting dengan budak ni. Tak sangka anak jate ku ini dah besar dan nak masuk darjah dua dah. Weekend lepas dah beli baju sekolah. Susah betul nak pakaikan dia baju sebab dia meloloskan diri di celah-celah baju kat kedai, kalau aku dulu excited bila Wan dan mak belikan aku baju sekolah baru. Aku masih ingat dulu bila Wan nak belikan aku selipar baru atau kasut sekolah, Wan akan ambik tali rafia dan ukur kat kaki aku lalu potong tali tu ikut panjang kaki aku, bijak Wan, kenapa aku tak ikut bila beli selipar budak-budak ni.
I miss you Wan, thank you for naming him Faiz.
I miss you everyday......

Hachikoooooo!!!

Gara-gara tengok cerita Hachiko...
ada budak tu air mata tumpah :)



Tengok version lakonan Richard Gere nangis sikit,
tengok versi Jepun merah hidung dan mata, kantoi walaupun cuba sorok muka!

Saturday, December 28, 2013

simpan duit

Fuhhh...fuhhh....
aku telah dicatu...
dicatu perbelanjaan sendiri,
siapa yang catu?
aku yang catu diri sendiri!
I will survive!
Sekarang ni kan era pemimpin menyuruh rakyatnya berjimat cermat dan catu makanan takut kencing manis, darah tinggi, obesiti, bla...blaa... terima kasih je lah, I don't need your advice.. shuhh go away!

Nak kata ikat perut tu tidak, makan itu of course nombor satu hehhehe...
I put aside some amount of my salary into savings account. Habibi kata tak payahla extreme sangat simpan segedebuk terus, tapi aku degil, nak buat jugak sebab aku suka tengok the amount increases extremely, kuakua extreme la sangat. Aku takut aku pegi korek balik je hihi...

aku rasa rugi aku tak menyimpan, sebab kalau nak diikutkan, duit tu boleh habis begitu saja. Selagi duit ada depan mata, selagi itu nak beli macam-macam untuk puaskan hati. Baik aku simpan untuk kegunaan di masa-masa kritikal. Aku akan cuba dan cuba, come on guys you can do it too!

How to do it?
Bila minggu pertama dapat gaji, ambik sejumlah yang ditentukan dan masukkan dalam simpanan terus. Jangan fikir-fikir 2 kali, ambik dan simpan! Bila tengok baki yang tinggal sedikit, pandai-pandaila nak survive, insyaAllah boleh! Yang penting, kena simpan duit ketika mula-mula dapat gaji, bukan hujung-hujung ketika gaji dah nak habis.

Bagi aku sendiri la, aku dapat save duit bila tak membeli kain baju dengan menggila. Aku beli juga tapi tak macam dulu kat tempat kerja lama, sebab dugaan tu kuat, depan mata kot orang dok tunjuk, nak tak nak terliur juga. Kalau kat sini, bila aku jalan-jalan kat ekspo, aku akan tahan dan tunda niat nak beli tu kepada keesokan hari. Bila esoknya, graf nafsu nakkkan baju tu dah turun. I did this many times and it worked! (ps : sebab tu peniaga MLM etc. ada stok barang sepanjang masa, sebab bila pelanggan nak beli, dia akan jual terus, kalau baru nak renew stok dan suruh pelanggan tunggu, memang selalu terjadi pelanggan ubah fikiran, maka kita kena jadi pelanggan yang ubah fikiran hihi)

Dan aku juga tak biasakan diri beli barang-barang mahal, sayang duitla nak beli barang mahal ni. Ingat duit tu banyakkkkk sangat?? Bundle ke, longgok ke, aku bedal!
Dari segi makan minum, aku tak kompromi, makan je lagi-lagi untuk anak-anak, aku tak kisah. Bagi aku, baik pakai baju kedai ekonomi dan makan sedap-sedap daripada pakai baju mahal-mahal tapi makan jimat cermat, kesian anak-anak!
Yang penting ada simpanan, jangan habis hangus terus, sebab banyak benda lagi nak dibuat di masa hadapan.

Ermmmm wish me luck okay, I've been doing this for a few months, I hope I'll make it and get used to it. Walaupun aku dah asingkan duit untuk simpanan, aku masih boleh beli apa yang aku nak, tak teruk sangat pun, yeah I can do it!
come on wang besar wang besarrrrr!!!!



pss : hari ni aku datang kerja lupa bawak beg duit! Dahla kat rumah setiap hari ada roadblock, kalau aku kena tahan sebab takde IC korang jadi saksi aku warga Malaysiaaa!!! Baik aku baca doa banyak-banyak, nak balik dah jap lagi

Monday, December 23, 2013

Hachiko : setia hingga hujung nyawa

Tskkk....tskk......
lap hidung dengan tisu jap..

Aku baru 'berkenalan' dengan Hachiko. Seekor anjing legenda di Jepun yang telah menyentuh hati ramai manusia, yang membuatkan orang masih menangisi kisahnya walaupun setelah hampir 80 tahun berlaku....

Hachiko merupakan seekor anjing baka Akita Inu yang dilahirkan pada 10 November 1923. Ia merupakan seekor anjing yang berwarna oren dan sangat comel.
Pada tahun 1924 ketika berusia 2 bulan, Hachi dibela oleh tuannya yang bernama Prof. Eisaburo Ueno, seorang professor di Universiti Tokyo. Hubungan mereka sangat akrab seperti digambarkan dalam filem Hachiko, lakonan Richard Gere.



Telah menjadi rutin Hachi menemani Ueno daripada rumah ke stesen keretapi Shibuya di Tokyo pada pukul 9 pagi setiap hari kerana Ueno ke tempat kerjanya di Universiti Tokyo dengan menaiki keretapi. Apabila pulang, Hachi akan menunggu tuannya di pagar kaunter tiket pada pukul 6 petang dan pulang bersama. Ini berlarutan selama setahun lebih dan keakraban mereka telah menarik perhatian mereka di sekitar Shibuya.

 
Stesen keretapi Shibuya

Sejarahnya bermula pada suatu hari dalam bulan Mei 1925 apabila Ueno tidak pulang-pulang seperti kebiasaan, dan Hachi tetap setia menunggu kepulangannya di stesen Shibuya.

Rupa-rupanya Ueno telah diserang strok dan rebah ketika di Universiti dan beliau tidak sempat pulang bertemu Hachi yang setia menunggu.

Tanpa mengetahui yang tuannya telah meninggal dunia, Hachi tetap setia menunggu Ueno dan melilau mencari-cari kelibat Ueno di celah-celah penumpang yang turun dari keretapi,  dan ia berlaku setiap hari selama 9 tahun di tempat yang sama. Gerak-geri Hachiko telah menarik perhatian seorang pengkaji anjing baka Akita yang juga merupakan pelajar Ueno. Beliau kemudian telah menulis artikel tentang Hachi. Artikel tersebut diterbitkan di akhbar Asahi di Jepun, menjadikan Hachiko seekor anjing yang menjadi sebutan sebagai anjing yang paling setia. Artikel tersebit bertajuk:

 "Anjing Tua Yang Setia Menunggu Kepulangan Tuannya Yang Telah Mati Selama 7 tahun!"

 
 

Di atas adalah gambar-gambar sebenar Hachiko yang dirakamkan semasa menunggu tuannya di stesen keretapi Shibuya.

Hachi yang sebelum itu kurang diberi perhatian, lantas menjadi tumpuan selepas ramai yang membaca artikel tersebut lalu ramailah pengunjung stesen tersebut membawa makanan kepadanya sepanjang tempoh dia menunggu tuannya.

Hachi tetap menunggu tuannya sehinggalah ia meninggal dunia di sebuah jalan di Shibuya pada 8 Mac 1935. Jasad Hachi diawetkan dan dipamerkan di National Science Museum of Japan di Ueno, Tokyo.



Setia sungguh Hachi, setia menunggu tuannya hingga ke akhir hayat. Dapat dibayangkan hubungan kasih sayang yang sangat erat diantara Hachi dan Ueno. Sebagai memperingati Hachi, sebuah tugu peringatan iaitu patung yang menyerupai Hachi dibina di luar stesen Shibuya, di tempat yang sama Hachi menunggu tuannya.



Kisah ini memang menyentuh hati, berair mata tengok cerita ni...
kalau kita manusia ni boleh ke setia sampai macam tu?

boleh tengok cerita Hachiko di YouTube.
Kredit to Kakimotong.
boleh juga baca Hachiko

Aku rasa kisah ni bukanlah satu kisah yang sia-sia, betapa hubungan manusia dengan haiwan itu sebenarnya ada bonding yang tidak dapat ditafsirkan untuk kita renung-renungkan.

*******

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, Rasulullah bersabda:


الرَّاحمُونَ يَرحمُهُم الرّحمنُ ارْحَموا مَنْ في الأرض يرحمْكُم من في السَّماءِ
"Orang-orang yang yang penuh kasih-sayang akan dikasih-sayangi oleh Allah. Hendaklah kalian semua menyayangi semua yang ada di bumi, agar kalian disayangi oleh para penghuni langit"

hai semua!

hai awak semua!
Dalam previous entry aku sempat post gambar aje. Bercuti kat Penang, menginap kat Batu Feringgi.
Sebelum ni aku tak suka pegi Penang, sebab aku nampak kesesakan aje, macam dok kat Hong Kong pulak, ramai sangat cina. Lagi-lagi masuk Georgetown. Masa nak naik jambatan pun tensen dah sebab asyik jem aje.
Tapi bila dah round-round kat Batu Feringgi, rasa macam menarik pulak kalau diabaikan kesesakan kat Chinatown tu. Aku ni bukan suka sesak-sesak, aku rimas dan tak suka. Suasana kat KL tu aku bukannya suka, sesak, serabut, adoi sakit kepala. Dok biasa duduk di kawasan yang jarang jem. Jem sikit pun aku stress.

Kat Penang, budak-budak ni enjoy sebab dapat mandi kolam ( mana-mana pun ada kolam hehehe). Bawak naik kereta kabel, masuk taman rama-rama dan jalan-jalan kat pasar malam. Nak masuk adventure park Escape tuh, tapi mahal sangat weh. Aku baru tau kos dia mahal jugak. Tiket budak-budak RM45 seorang, dewasa RM60! Maunya semua RM210. Otak aku tak ready untuk kos tiket tu. Kalau orang dewasa tak payah masuk kira ok lagi RM90. Next time insyaAllah nak masuk, sebab Escape tu tak masuk dalam venue percutian kali ni pun. Lagi pun nak masuk tu kena standby kasut sukan. Next time ok boboy and gegurl!
Travel ke Penang ni kurang stress berbanding ke Cameron Highland dan Langkawi, sebab kitorang drive dalam 2 jam, terus ke Hotel. Kalau Cameron jauh sampai 5 jam, Langkawi pulak penat nak memunggah turun naik Ferry dengan beg, jadi leceh. So lepas ni nak pegi Penang lagi!

Errmmm... tukar cerita lain pulak.

Aku ada mencuba beberapa menu lain dalam menambah kepelbagaian makanan untuk keluarga.
Baru-baru ni masak chicken chop black pepper, the taste was good! Succeed!



Semalam pulak buat durian crepe, pun bos kata the taste was good! Succeed!
Percubaan pertama berjaya walaupun kulit durian crepe tu pada mulanya tak sempurna sebab tak tau teknik lenggang atas non-sticky flat pan tu. Masuk adunan tepung kali kedua dah tau lenggang, cuma saiz pulak besar dan kecik. Next time aku buat kasi lawa baru boleh taruk gambar kat sini hehehehe....

ok sedikit update pasal kucing pulak, sekarang ni anak kucing aku tinggal 2 ekor saja selepas 6 ekor mati akibat selesema. Hidung dia tersumbat sampai tak boleh bernafas. Tadi sebelum pergi kerja aku bagi setitik paracetamol budak-budak. Kawan aku cakap tak sesuai bagi ubat manusia, tapi aku ikhtiar je la untuk hari ni, daripada tengok diorang mati sekor-sekor.
Dok belek-belek blog pasal kucing juga membawa aku kepada

kakimotong.blogspot.com

Very nice blog for cat lovers, penyayang betul tuan blog merangkap tuan Cat Village yang mengumpulkan kucing-kucing terbiar. Dapat pahala tau bela kucing ni, cuma cabarannya tak mau kucing berak kat rumah jiran, tu yang risau.

oklah, that's all for now..
tata..

Saturday, December 21, 2013

Wednesday, December 18, 2013

my cat is gone :'(

baru semalam aku post gambar my small kitty.
Semalam selepas bagi dia minum susu pukul 11 malam, aku kunci jam pukul 3 pagi. Nak bangun feed dia. Tapi aku tak dengar alarm sebab aku lupa kuatkan volume kat hp aku.
Malam tadi siap mimpi lagi kucing aku tu, isk isk.... sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Mimpi aku feed dia, dan dia minum susu sungguh-sungguh. Dalam mimpi tu aku jumpa mak dan Wan sekali, lokasi jadi kat rumah kat KB pulak ehhehe...
bila aku dengar 2nd alarm pukul 6 pagi, terus aku bangun ke dapur tengok dia dalam kotak. Masih hidup, aku bagi susu, dia minum sikit-sikit. Lepas tu bunyi mengeow lepas tekak dia basah kot. Habibi bangun tido tengok aku dok belek-belek kucing atas tapak tangan.
Sedih pulak dengar dia mengeow beberapa kali pagi tadi. Lepas tu aku siap-siap nak pergi kerja, sebelum keluar rumah aku bagi susu sekali lagi.
Tadi masa tengahari aku balik rumah tengok.
Suspen aku bila masuk dalam rumah pegi jenguk dalam kotak. Bila pegang rasa sejuk dan keras sikit.
Huhuuuu dah mati dah kitty aku...
Sedih sebab aku dok belek-belek dia. Kalau aku tak belek takla sedih sangat, macam yang sekor lagi tu.
And again, aku percaya, kucing ni came to me for reasons. Only Allah knows...
sekarang 8 ekor tolak 2 ekor, tinggal 6.
Kali ni anak ibu kucing ni banyak monyok, aku percaya sebab dia dok punggah sana sini, anak dia jadi lembik. Yang dulu gemuk-gemuk je 8 ekor.
Poor cat, habibi kata kitty tu kena strok kot sebab mak dia asek dok gonggong dia baru-baru ni. Sebab dia jadi dok tergolek tak bangun-bangun.
Bye bye cat, nasib baik aku ada ambik gambar dia...
next time when the day of resurrection, do mention my name and my family!

animal lover

hai buat apa tu?
aku baru lepas merawat anak kucing kecik yang baru lahir Jumaat lepas.
Semalam aku dapati ada 2 ekor anak kucing aku dalam keadaan tidak bermaya, sekor tu macam dah nazak. Aku ingatkan nak mati dah semalam. Aku dah isolate dia sebab nampak macam takde harapan.
Tapi malamnya aku letak sekali dengan mak dia.
Pagi tadi aku tengok masih hidup. Sebelum pergi kerja aku bagi dia minum susu kambing, dia telan jugak.
Bila pergi kerja, aku dok imagine kucing tadi apa ntah jadi kat dia. Kalau suap susu dia minum, cuma dia dah tak larat nak berebut susu dengan adik beradik dia, dok tergolek aje.
Sekali bila aku balik petang tadi aku tengok masih hidup, tapi yang sekor lagi yang semalam lagi okey daripada dia nak mati keras dah. Aku bagi minum susu kambing yang aku beli kat Pet's mart hari tu. Bila aku suap susu, baru kedengaran suara dia.Nampak macam nazak, tapi masih bertahan dan telan susu sikit-sikit..



macam mana aku nak tinggal pergi kerja esok nih...
oh kitty....




Saturday, December 14, 2013

Sunday morning!

Hai hai hai!
banyak benda yang berlaku tapi aku tak sempat update.
Sejak pakai handphone baru ni aku jadi bengap dan lembab apatah lagi nak tangkap gambar. Nak jawab call pun terkial-kial kihkihhh...
kawan aku kata, aku patut cekap la benda-benda macam ni ... huahuaa aku kata aku lama sangat pakai tepon antik, jadi camni la.
Tepon lama aku pulak pandai sungguh, selepas beli handphone baru, dia jadi okay balik macam sedia kala, aisey mann.... sekarang aku guna dua handphone. Satu lagi pakai nombor prepaid. Nak reload pun aku lupa sebab dok pakai bil. Saja pakai satu lagi, kot-kotla emergency ke boleh call dua-dua.
Kucing comel aku pulak dah beranak kali ke dua, memang world record la, aku rasa kucing aku ni memang jenis beranak banyak, 8 ekor lagi!
Kali ni aku berazam nak jaga baik-baik. Habibi pun dah siapkan sangkar kucing yang besar. Sumbat semua dalam tu termasuk anak angkat black kitty tu.
Kali ni aku tengok secara live dia beranak. Ohh macam tu rupanya, keluar kaki dulu. Manusia beranak keluar kepala dulu. Aku dok kira masa tu, yang mana anak nombor 4, yang mana kemudian, yang mana bongsu. Tapi setakat yang aku ingat, nombor 4, 5, 7 dan 8. Sebab kaler diorang semua black and white and grey. Takde kerja kan aku nih, dok cam turutan anak kucing! Geram weh tengok kucing ni rasa nak cium-cium, kecik sangat. Masa pertama kali dia beranak, aku tak ambil berat sangat, bila mati kena gigit dengan kucing jantan aku rasa bersalah pulak. Kali ni I'll pay much more attention to them, nak bela buat cara nak bela kan.
And again I believe, rezeki datang bersama.
Anak teruna ambo pulak dah selamat bersunat baru-baru ni. Selamat dah encik teruna tu, lepas sunat nangis tersedu-sedu dari klinik sampai ke rumah. Kat rumah sambung nangis sampai la pukul 3 petang dia tertido. Bila bangun tido baru ok. Sakit juga bersunat rupanya ye, macam koyak daging secara live heeeee..... habih ubat bius tu pedih gila la.
Okay lah, nanti aku free aku bubuh gambar untuk siaran tertunda.
bye..

Monday, December 9, 2013

aku punya aku punya, kau punya aku punya!

Cuti sekolah tinggal beberapa minggu lagi..
ramai pakat balik kampung masing-masing angkut anak bini duduk kat kampung.
Ada yang buat kenduri kendara, ada yang buat BBQ, ala-ala gathering gitu..
Bila aku dah jadi mak orang ni dan ada keluarga sendiri, baru paham segala teguran yang pernah diberi oleh Wan dan mak dulu. Masa ditegur tu mungkin buat dengar tak dengar je.
Aku kagum dengan Wan, segala teguran dan pesanannya memang aku semat kemas dihati. Wan rasional walaupun dia garang hehehe...

Aku dan adik beradik bila balik kampung beramai-ramai, memang sama-sama faham dan akan pakat-pakat beli lauk pauk untuk makan bersama-sama. Jadi tidak timbul soal 'nak makan hak orang aje'. Kalau kita tak larat nak masak atau malas nak masak, at least rajin membeli. Yang nak makan tu bukan orang lain, anak-anak korang juge!

Syukurla Wan ajar aku dan adik  beradik untuk lebih rasional dalam banyak hal. Kita menerima, kita juga patut banyak memberi. Bila orang banyak memberi kepada kita tanpa dipinta, patutnya kita malu alah dan sama-sama belanja. Jangan kedekut okay!

Kepada korang yang nak balik kampung, atau nak tinggal bini mahupun anak kat kampung bersama atuk nenek, ingat ya jangan tau tinggalkan anak anda aje, tinggalkan bekalan makanan sekali. Atau bagi duit pesan kat adik beradik tolong belikan apa yang patut, sebab kalau bagi kat mak bapak ni diorang bukan nak ambik sangat. Come on la cerdik sikit. Jangan berkira sangat duit anda dengan adik beradik. Pakat-pakat la wei! Memang mak bapak tak mintak dan tak suruh, tapi masa ni la nak tengok korang ni cerdik atau kurang cerdik. Jangan sanggup berlapar nak tunggu siapa keluar belanja dulu..aduhhh!!!!!

sebenarnya aku takleh tolerate dengan orang yang kedekut ni, aku akan jadi sejuta kali berkira dengan orang macam ni, bila aku ikhlas lama-lama jadi tak berapa ikhlas hehehhe, baik aku memberi kepada mereka yang tak berkira.

Aku perhatikan juga, pasangan suami isteri ni ada beberapa jenis :

Suami kedekut + Isteri Pemurah
Suami pemurah + Isteri kedekut
Suami kedekut + Isteri kedekut
Suami pemurah + Isteri Pemurah

Sebelah mana mendominasi adalah bergantung kepada kecerdikan kepala otak masing-masing. Ada jenis follower kepada pasangan yang dominan. Kalau yang dominan itu pemurah, bolehla korang merasa dia berbelanja dan tak berkira, begitu juga kalau dua-dua pemurah. Memang best giler ah. Tapi baik-baik ye, orang ambik kesempatan ni sebab baik sangat. Asyik belanja tak kedekut langsung. Allah saja yang membalas budi baik ini. Orang yang baik giler pun give up bila asyik-asyik diaa je heheeh...
Yang paling teruk bila pasangan kedekut menjadi dominan atau dua-dua laki bini sama kedekut, mampuih, get away from me! Bukan berkira pasal duit, tapi berkira pasal attitude tu. Kalau kita jenis berkira, kita jangan berkehendak hak orang, itu pesan Wan. Tapi realitinya, yang kedekut pahit ni awal-awal lagi tapau makanan bawak balik hehehhe... kalau lepas kenduri, habih kerak-kerak gulai ditapaunya, nasib baik tak angkut dengan kawah sekali, apa punya orang daaaa....kontra dengan jenis yang pemurah, dia takkan selamba badak pegi tapau lauk pauk melainkan setelah disuruh berbuat demikian, cer korang perhatikan betul ke tidak kata aku ni, based on my observation. Boleh buat tajuk kajian PhD ni hahahha..

Ermm so lepas ni kalau aku berkira ngan seseorang tuh, adalah sebabnya ahhahahha...

Sunday, December 8, 2013

hah jatuh!!

sedihnya sedihnya!!!
baru beli smartphone baru, tadi masa parking kereta nak turun kereta sekali klepek!!!!
handphone ku jatuh atas tar..uwaaaaaa calar balar jadinya.
Baru seminggu beli, tak puas belek lagi,
adeh terkilan dan sedihhh.....
aku lupa aku letak hp atas riba, bila aku bangun terus hp jatuh menjunam huk huk...
aku ni masih jakun, dok guna hp lama bertahun-tahun, tak biasa touch screen, pegang punya la macam menatang minyak yang penuh, sekali jatuh pulak huuu...
biasala the first scratch memang menyakitkan hati. Macam beli kereta baru la, the first scratch memang jiwakacau, masuk jatuh kali keempat kelima sengih je lah. Baru dok survey cari casing, arghhh nak marah kat sapa nih tak tau!!!!
Aku dengan habibi masing-masing dapat gadjet baru, habibi juga belikan gadjet untuk budak-budak ni sorang satu. Senang sikit tak payah nak berebut.
Kawan aku dah lama ajak group wasssup, tinggal aku sorang je hihi. Aku sebenarnya tak pandai bila hp canggih sangat ni, aku rasa lambat. Aku jenis call dan hantar sms je, benda lain aku tak layan, apatah lagi game memang aku tak layan. Sesekali aku dengar lagu je atau tengok video, jadi yang canggih manggih aku outdated sikit. Lagi satu aku tak mau terleka sangat. Cukuplah yang mana ada ni aku dah leka. Kajian kat China dan Jepun kalau tak silap aku, ada yang terpaksa ambik ubat sebab addicted to Internet and gadgets ni. Kadang-kadang lupa nak luang masa dengan family sebab asyik. Berpada-padalah!
ohh...ok sikit selepas meluahkan rasa kekecewaan hp jatuh, I feel better now, bila beli casing dapat cover celoreng tu, you stay in my drawer je lah hp, aku guna yang lama la senang, baling pun ok lagi...

byee..

Tuesday, December 3, 2013

bz bz bz bz

assalamualaikumm......
lama tak buat entry..
sibuk sikit minggu ni, terlibat dengan konvokesyen.
Pagi petang aku terlibat, balik rumah kepenatan.
Hari ni dah back to normal.
Tapi aku enjoy buat kerja aku, paling best bila dengar paluan kumpulan pancaragam bila graduan berarak masuk ke dewan.
Tapi, dalam tempoh 3 hari aku duty,
aku berasa sedih bila tengok ke dewan yang dipenuhi dengan hadirin iaitu ibubapa.
3 hari berturut-turut sedih..
sedih bila tengok ayah-ayah yang berkopiah, ibu-ibu yang uzur. Automatik bila tengok ayah berkopiah putih aku akan sedih, teringat ketika aku konvo kat UKM dulu. Bila berarak masuk dewan aku lalu melintasi wan yang berkopiah putih dan mak yang sedang tersengih melihat aku.
Sedih tengok pakcik-pakcik yang teruja tengok aturcara dewan, macam excited, toleh ke sana sini, excited.. macam Wan...
Aku penah temankan Wan masuk dewan konvo master kakak aku masa aku masih belajar kat UKM. Kakak aku konvo kat UM.
Wan memang excited tengok acara atas pentas, dia sempat bertegur sapa orang di sebelah. Masa tu yang bagi skrol adalah Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak. Wan excited nak tengok.
I miss him deeply, semoga bahagia di sana, amin...
everyday I love u..

okla catch ya later, nak buat kerja...

Tuesday, November 26, 2013

Jubah Imam Muda Hassan Adli

wow gorgeous!

memang gorgeous betul jubah kontemporari rekaan Imam Muda Hassan Adli ni, serius weh memang lawa! Tak seperti jubah-jubah pak imam atau tok kadi yang kita biasa lihat.
IM Hassan sebenarnya ada buat bisnes jubah untuk lelaki.
Niatnya adalah untuk menggalakkan pemakaian jubah yang merupakan sunah Rasulullah S.A.W.
Bila aku tengok sekali, terus berkenan nak bagi kat encik Habibi ni,
jadi aku baru daftar sebagai ahli untuk dapatkan diskaun.

Korang boleh ke http://hassanadli.com/ untuk tengok.





Lawaaaaa!!!
errr.. tapi karang hensem sangat encik habibi ni bahaya jugak hehehehehhe.....

korang boleh tengok link tu, sokonglah bisnes orang Islam kita disamping dapat pahala amalkan sunnah.
Lepas ni bertambah hensem la pak-pak iman mahupun tok kadi, lagi hensem dari anak teruna hehe..

dapatkan sekarang! (jadi promoter pulak)

Monday, November 25, 2013

Barisan Pemain Baru The Red Warrior 2014

Fuhh..
mantap!!
akhirnya tengahari tadi terjawab juga siapa barisan pemain TRW bagi tahun 2014 setelah pelbagai kesulitan dialami oleh pihak KAFA. I want to thanks Tan Sri Annuar Musa kerana menjadi orang kuat KAFA dalam meningkatkan mutu bolasepak khususnya TRW, yang bersusah payah melengkapkan TRW dengan pemain berkaliber walaupun berduyun-duyun pemain lama meninggalkan TRW, namun berduyun-duyun tetap mahu menyarung jersi TRW ( fuhh macam pengulas bolasepak dah aku ni, nak kata macam Datuk Rahim Razali melampau kot hahahha)

Here we go :

Pegawai Kelantan TRW 2014 :

Pengurus : Azman Ibrahim ...
Pen. Pengurus : Wan Badri
Coach : Steve Darby
Asst coach : Hashim Mustapha
Asst coach : Zahasmi Ismail
asst Coach (Gk) : Ismail Chawalit
Fitness Coach :
Fisio : Zainuddin
Peg. Media : Md Zuki
Peg. Keselamatan : Arif
Kitman : Pok Run

1. Mohd Badri Radzi (MF) (C)
2. Khairul Fahmi Che Mat (GK) (VC)
3. Obinna Nwaneri (DF) (VC)
4. Mohamed Ghaddar (ST)
5. Forkey Doe (ST)
6. Shakir Ali (ST)
7. Fakri Shaarani (ST)
8. Mohamad Shawky (MF)
9. Amar Rohidan (MF)
10. Brendan Gan (MF)
11. Khairul Izuan Rosli (MF)
12. Tengku Hasbullah Raja Hassan (MF)
13. Nazri Ahmad (DF)
14. Zairul Fitree Ishak (DF)
15. Farisham ismail (DF)
16. Nik Shahrul Azim (DF)
17. Wan Zaharulnizam (MC)
18. Faizul Nazlin Sayuti (DF)
19. Famirul Asyraf Sayuti (ST)
20. Tuan Faim (DF)
21. Faiz Suhaimi (DF)
22. Aziz Ismail (DF)
23. Shahrizan Ismail (Gk)
24. Syazwan Yusoff (Gk)


GOMO KELATE GOMOOOOO!!!

Sunday, November 24, 2013

wow, technology is cool!

memang cool!
bila aku lihat kapalterbang melintasi ruang angkasa di atas kepala, aku sering tertanya ke mana ia akan pergi, memang curious nak tahu.
Rupa-rupanya bukan aku sorang yang curious sedemikian, ramai rupanya. Maka untuk menjadikan pengalaman melihat kapalterbang lalu di atas kepala lebih mengujakan, British Airways tampil dengan billboard yang sangat cool. Apabila kapalterbang melintasi billboard tersebut, akan muncul gambar kanak-kanak berlari ke arah kapalterbang tersebut dan menunjukkan ke arahnya lalu keluarlah maklumat ringkas iaitu nombor flight dan dari mana ia datang, cooollll!!!!
Technology can do things we can never expect, ohh harus lebih banyak research sebegini di masa depan, thumbs up British Airways. Hmmm dan ada yang kata billboard ini mungkin mengganggu tumpuan pengguna jalan raya pulak, but I like the bill board so much!



boleh ke cool British Airways Billboard

VAT69




amacam? ada gaya macam komando  Malaysia's Very Able Troop 69 tak?

Atau pun Malaysia's Special Force?

Kelmarin aku dok tengok pasal Special Force masa tengahari, sekali bila buka Fb tengok gambar ni di upload kat akaun Fb budak Faiz ni hehehe... rajin pulak abahnya upload. Diorang kat rumah, aku pulak kat opis. Besar dah anak jate ambo, tahun depan masuk darjah dua dah. Dah lama abah dia tak shoot kat green carpet ni. Green carpet baru ditabur baja, jadi kekuningan sikit. Lepas tu lekuk-lekuk sebab tak trim. Tengah dok survey lawnmower lagi, sempatla jadi rimba kot.
Kelmarin juga pegi cucuk ubat kurap kat anak kucing. Hari pulak aku survey pasal suntikan HPV untuk cegah kanser serviks. Tengok kawan aku dah complete 3 dosage HPV rasa berminat pulak. Prevention is better than cure.
Okla that's all for now bringing some updates...

Saturday, November 23, 2013

Tuesday, November 19, 2013

Siapakah Ahmad Ammar?

Baru-baru ini aku terbaca di Fb tentang seorang pelajar Malaysia di Turki yang meninggal dunia di sana akibat dilanggar sebuah ambulans semasa sedang melintas jalan. Ketika itu pada pandangan aku, dia mungkin orang biasa saja, dan anak orang kaya bila melihat gambar-gambarnya bersama ibubapanya di Turki.
Tapi hari ni aku terbaca artikel dan menonton satu video mengenai Ammar.
Sungguhhh, Ammar bukan calang-calang orang,
nangis aku tengok video ni..

Kenapa dia sangat istimewa sehinggakan mendapat syahid di bumi Istanbul dan dikebumikan disisi para sahabat Nabi S.A.W termasuklah Abu Ayyub Al Ansari pada tanggal 1 Muharram? Para jemaah Turki berlari-lari mahu mengusung keranda Ammar ke perkuburan Eyub. Pengecualikan diberikan oleh Datuk Bandar Eyub untuk mengkebumikan arwah Ammar di perkuburan syuhada.. istimewanya Ammar!!!

siapa dia Ammar?

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/

http://chedinsphere.blogspot.com/2013/11/al-fatihah-almarhum-ammar-dalam-kenangan.html

Ammar yang baru berusia 20 tahun, mengingatkan aku dengan kisah Sultan Muhammad Al-Fateh yang membuka Kota Constantinople/ Istanbul. Punyala hebat dari kecik lagi,
Tapi apa kes pulak dengan aku ni yang dah 30an dan terlalai dengan nikmat dunia ni? Malu dengan Ammar, malu dengan Allah...

iskkkk.....

Midnight update..


 Dah dekat senja baru nak tangkap gambar, we really need lawnmower. Nak bergulung dah karpet aku ni, boleh gunting letak depan TV kat ruang tamu nih...

These are our cats, ibu kucing dan anak angkatnya di mana nama kedua-duanya tak dapat didaftarkan di JPN sebab tak tau nama apa nak bagi

Sunday, November 17, 2013

Hafizh Syahrin dan Ayrton Senna

Tadi aku baca berita kemenangan pelumba PETRONAS Raceline Malaysia, Hafizh Syahrin yang menjuarai Kejuaraan Motosikal Sepanyol kelmarin. Bila tengok Hafizh sujud syukur di litar, terasa sejuk je hati, bangga pun ada sebab Hafizh mewakili orang Malaysia Islam memenangi kejuaraan di peringkat antarabangsa. Dok tengok video-video Hafizh membawa aku kepada video kemalangan maut pelumba F1 Brazil, Ayrton Senna di kejuaraan Formula One di Santa Marino, Imola Italy pada 1 Mei 1994.
Aku ingat lagi masa tu aku darjah 6, kat kedai Wan masa tu, kakak aku tengok TV ke radio masa kat kedai, kata kakak aku,

" mati dah Ayrton Senna!" .

Aku tak tau pun muka dia masa tu tapi aku ingat suasana depan kedai Wan masa tu dan aku ingat nama Ayrton Senna. Sama batch dengan Michael Schumacher la dia ni. Dia memang legend sebab dah menjuarai F1 sebanyak 3 kali.

Takut aku tengok video ni

Ayrton Senna crashed at Santa Marino ,

ngeri kan mati sekelip mata apabila keretanya melanggar tembok konkrit pada kelajuan 233 km/j. Ayrton meninggal akibat kecederaan parah di kepala, retak tempurung kepala. Bayangkanla langgar tembok pada kelajuan macam tu, memang takde chance la nak hidup. Paling ngeri bila tengok dari board camera saat-saat akhir dia drive. Macam tu la kan mati eksiden, sekelip mata je, dia pun tak terfikir pun dia nak mati rempuh konkrit. Mati tu pasti, cuma caranya tragiklah. Lagi-lagi bukan Islam, sayang sekali, dahla hensem macam Antonio Banderas ehhehehe, kalau Islam bolehla aku doa kat dia kan.... but that's fate...

http://www.youtube.com/watch?v=mtyBB4ZKOS8

ni video sebelum crash, a few minutes away from death, macam Antonio Banderas kan?

conclusionnya, sukan lumba macam ni memang ada risikonya, tapi sebagai orang Islam, mintala perlindungan Allah sebelum berlumba ( iskkk aku rasa quiet odd writing this sentence hehe) supaya selamat kan....hmmm apapun good luck to Hafizh, long live Hafizh!

Saturday, November 16, 2013

All day fresh

Dalam sehari biasanya kita mandi 3 kali. Kalau banyak buat aktiviti yang mengeluarkan peluh, boleh jadi 4,5 kali mandi dalam keadaan cuaca panas ni. Kat rumah bolehla nak mandi kerap-kerap, main air sabun, berendam macam badak air dan lepas tu tukar pakaian baru. Badan pun jadi segar dan wangi.
Tapi... kat ofis tak boleh nak buat macam tu, lainla kalau korang tu dekan fakulti yang mana dalam bilik tu ada shower room hehehe, bertuah badannn...
nak buat macam mana ye supaya sentiasa bersih dan wangi?
Jadi aku cadangkan kat korang dan diri aku sendiri yang kerja sehari suntuk kat pejabat ni untuk mempunyai satu kit iaitu satu beg kecil yang mengandungi barangan berikut  :

1) Facial wash
2) Hand wash
3) Feminine wash
4) Wet tissue
5) Face towel
6) Panties
7) Pantiliner
8) Sanitary pad
9) Toothbrush

Banyaknyaaaa.... semua tu untuk tujuan kebersihan diri. Aku rasa kesemua tu patut ada dalam laci meja kita di pejabat. Tak semestinya guna kesemuanya, tapi standby la. Buat masa sekarang aku belum bawa 2 benda. Lepas ni nak kena bawak kesemua la, bukan apa, kadang-kadang sehari kat ofis kalau takde barang-barang tertentu dalam senarai di atas, rasa tak selesa, macam tak mandi, heheh memang tak mandi pun tapi at least rasa fresh dan bersih. Kat rumah pun kalau pakai baju sama pagi petang pun rasa tak selesa, kat ofis lagi laa, sebab tu la minimize kan rasa tak selesa tersebut dengan senarai di atas. Wet tissue tu harus ada sebab nak buang eyeliner nih.

oklah, just my opinion for women's hygiene purpose..

Dermovate salap






Sekali sekala aku 'diserang' oleh penyakit eczema. Ia berlaku jarang-jarang, dan bila terkena, biasanya jadi gatal-gatal kat jari tangan atau jari kaki. Bukan banyak pun, sikit je kena tapi gatal aku tak boleh buat kerja masak memasak dengan selesa, lagi-lagi nak kena basuh udang dan sotong tuh.
Untuk mengatasinya, aku selalu standby Dermovate salap ni kat rumah dan dalam beg tangan. Bila sapu ni alhamdulillah, cepat lega. Kalau guna krim spital mahupun klinik, memang tak jadi apa, yang ni insyaAllah mustajab, Wan yang rekmen ubat ni kat aku. Penyakit turun temurun ni ehhehehe...
oklah, nak tido, tapi tadi pegi minum kopi + collagen dust camna nak pejam ni...
bye..

penat berjalan

aaaaaa... mata tak boleh bukak,
daddy dah pengsan,
aku dah pening-pening lalat..
tapi budak-budak ni cergas gila, agaknya nak mengigau tendang-tendang kot malam nih main kuat sangat..
tadi pegi jalan Muzium Padi dan Pusat Sains Negara kat Gunung Keriang.
Lepas tu singgah sana sini, singgah Jitra Mall beli Gogen collagen dust. Ada dealer kat sana.
Habibi said I should put less make-up, so I should consume collagen dust consistently and then I won't bother putting so many cosmetics on my face heheh, tapi betul, bila makan collagen dust ni aku tak risau nak tepek bedak macam tepung gomak dah sebab I feel confident when the collagen works really well on my skin.

 masih cergas gila walau seharian berjalan, kena paksa tido


Sempat snap sekeping dua je kat muzium padi

Friday, November 15, 2013

Tak boleh pegi Legoland...


main Lego pun jadilahhhhh.......

Wednesday, November 13, 2013

Drink plenty of water

aku dengan kawan aku dok berlumba-lumba minum air banyak-banyak setiap hari ehheheh...
takdela extreme sangat, satu botol mineral je, 1.5 liter. Tapi disebabkan cuaca sejuk dan selalu hujan, jadi berulang alikla ke toilet hehe...
oleh kerana kerap ke toilet, aku rasa dari segi hygiene tu kena jaga lebihla kan.
Kulit pun less kering/kecut walaupun dok dalam aircond ni.
Aku paksa minum seteguk dua lepas tu relax. Lepas tu minum sikit-sikit. Aku rasa tak perlu minum terus sebotol, minumla sikit-sikit.
Ibarat basuh kain la, kalau kita basuh kain kotor dengan air kosong, kain tu jadi bersih. Macam badan kita la, kena 'basuh' dengan plain water barula boleh keluar kotoran dan toksin.
Bila air mineral ni aku letak atas meja, jadi tabiat la minum seteguk..seteguk. Cara ni lebih mudah berbanding pulun sekaligus. Lagipun ada motivasi dengan member aku heehe... dia nak diet sama.
Aku ada terbaca satu artikel baru-baru ni. Ada minah tu mengadu sakit kepala, pening dan tak larat. Sejak dia minum air dengan kerap setiap hari, sakit kepala tu hilang dan muka dia nampak lebih segar, she looks much younger. Tapi yang paling penting jadi sihat.
jadi setiap hari aku beli air mineral letak atas meja.
harap-harap jangan warm warm chicken shit hehehhehe...
tata

Monday, November 11, 2013

horse riding and swiming?

Rasulullah S.A.W bersabda :
"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah." 
-Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim-

Aku baru telefon Pusat Sukan UUM bertanyakan pasal sukan renang dan berkuda.
Dah lama aku teringin nak ajar anak-anak aku swimming, horse riding dan archery nih. Ketiga-tiga sukan ini terbukti mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan.

Untuk masuk swimming di pusat akuatik UUM, bayaran sebanyak RM2 dikenakan untuk seorang dewasa dan RM1 untuk seorang kanak-kanak. Kalau nak kelas renang, kena bincang dengan life saver kat kolam tu. Sebab biasanya diorang yang handle kelas tu. Buat masa ni pusat akuatik UUM dalam penyelenggaraan, jadi tak boleh la nak try.

Lalu aku call pegawai sukan yang handle sukan berkuda pulak.
Katanya, untuk kelas menunggang kuda, bayaran RM360 dikenakan seorang untuk 8 kali kelas. Setiap kali kelas diadakan selama 45 minit hingga sejam. Kira punya kira, kalau 45 minit kelas, bayarannya adalah RM45. Okla tu kiranya berbaloi la. Kalau nak naik sesaje harus lah pandai menunggang kuda dulu, so kena la belajar dulu kan. Aku tak sabar nak bawak budak-budak ni. Berikut adalah manfaat sukan berkuda, memanah dan berenang :

--------------------------------------
BERKUDABentuk lekuk badan belakang kuda (tempat di tunggang), baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia. Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari (alaa.. yang bunyi kede kut.. ke dekut tu..), menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut. Sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu membuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.
Seluruh anggota iaitu tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat. Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks luar tabie. Selain itu, menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.
BERENANG Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina ( sistem kardiovaskular ). Sebab itu juga berenang dikatakan suka yang paling sempurna dan menyihatkan. Berenang juga memberi peluang kepada manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.
MEMANAH Memanah melatih emosi untuk meletakkan 'target' pada satu-satu sasaran. Jika emosi kita terganggu, sudah pasti sasaran akan mudah tersasar. Secara tidak langsung sukan ini melatih kita untuk belajar bertenang dan mengawal emosi.

Memanah sangat menitikberatkan keseimbangan tubuh badan. Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu pada kekuatan fizikal. Sukan ini juga dapat membina fokus dan daya tumpuan dalam menyemai rasa tanggungjawab dan disiplin diri, meningkatkan jati diri dan keyakinan peribadi. Individu yang mempunyai banyak karakter peribadi begini InsyaAllah akan mudah melepasi segala rintangan dalam kehidupannya.
*Kredit to http://www.szlihin.com

----------------------------------------
Aku pun teringin ni weyyyyy!!!

Sunday, November 10, 2013

wakena beb!

Pagi tadi dah breakfast kaw-kaw punya, setiap pagi aku memang breakfast berat. Makan nasik macam orang nak masuk bendang. Lepas makan nasik pegi buat keje rescue ranger. Technician ada sorang aje, jadi aku ikut sama la sebab nak cepat siap, kena activate kan licence key untuk Microsoft Office. Sekarang ni kalau nak activate licence key tak boleh sebarangan. Sebab dah jadi kes licence key diketahui oleh orang luar, jadi cepat habis kuota. Sekarang ni aku kena check betul-betulla.
Baru-baru ni pegi check computer pengarah jabatan *******. Kebetulan beliau adalah lecturer master aku dulu, yang mana aku penah nangis tersedu-sedu depan dia dulu sebab stress dengan projek bagi subjek **** hehehehhe.... aku stress sebab ada konflik sikit dengan teammates. Maklumlah, kepala otak tengah biol masa tu. Dia pulak jenis tegas giler dan sangat terperinci orangnya.
Dia masih ingat aku. Aku sempat korek rahsia nak jadi student PhD.
Katanya, selain X Factor yang kita selalu dengar seperti determination, patience, hardworking, enthusiasm dan bla..blaaa segala sifat mengagumkan tuh, dia pun tanya aku,

"You ada duit ke?"

"Errr...takde...huhuuu"

"You kena ada at least 3K for your expenses!"

"Emm... satu semester?"

"Sebulan!"

huahuaa mampuih la mana aku nak cari. 3K ni katanya maksimum la, tak termasuk yuran. Katanya itu termasuk kos pengangkutan nak cari data, kos sara hidup, makan pakai, printing.

Ermm kalau macam tu takpela hahahah, lain kali la bila aku duit banyak.

Sebenarnya aku baru lepas kena sembur dengan ex- lecturer aku tadi hahahha...
biasalah klien ni, kita dah ada protokol dalam pembaikan komputer, bukan boleh suka hati nak ikut kehendak sendiri, sekali kena sembur 2,3 das. Aku gelak je bila kena sembur, sebab aku dah buat kerja aku. Kat unit bantuan komputer tu dah ada orang yang handle, takkanla aku nak suruh diorang layan dia special pulak sebab katanya data penting. Semua data tu penting, nak kira special sorang-sorang habihla, nanti aku pulak kena sound ngan diorang nanti. Haha first time kena sembur ni, nasib baikla aku tak buat PhD bawah dia hehehe.. well, aku rasa tak kot buat masa sekarang ni, selesa dah, Alhamdulillah...
btw, best jugak sekali segala kena sembur dengan lada sulah ni hehehhe..

okla, bye..

Saturday, November 9, 2013

apa cerita?

hai!!
apa khabar kome?
hari ni Ahad, si adik ada majlis anugerah cemerlang tadika dia. Selalunya majlis sekolah dia diadakan pada hari Ahad, jadi aku selalu missed. Dalam buku rekod dia dapat nombor dua, okaylah tu sambil dok ponteng aje sebab daddy OT.
Hari Jumaat sebelumnya pulak hari anugerah cemerlang si abang. Dia dapat anugerah Muhadasah. Dia tanya Muhadasah tu apa?
aku dan habibi terpinga-pinga..

" Apalah mama ni, tak tau bahasa arab ke?"

hehhe dia kata kat aku....
kat sijil tu tulis Kurikulum Azzahari, Muhadasah.
Isk isk serius ni aku tak tau apa benda muhadasah tu, tapi yang aku tau, cabang bahasa Arab la. Good job my boy, nanti boleh jadi ustaz Al Hafiz ye...
award nombor 1,2 tu semua dapat kat budak-budak pompuan, dia ni nombor 4. Budak laki, heheh biasalah. Si adik memang menunjukkan kerajinan, si abang suka main, tapi cepat tangkap.
Kelmarin balik kampong umah tokwan.
Biasala, bila balik sana otometik aku suka tido hehhehe.. tapi biasanya lepas lunch la, elokla laki bini sama je.
Masa tengah tido, Faiz ketuk pintu, bila aku bukak tengok dia tersengih kat pintu..

"Faiz ada kejutan untuk mama.."

aku tengah mamai masa tu

"Kejutan apa dia?"

Tiba-tiba muncul si adik memegang seekor pokko macam dia pegang kucing sambil tersengih, kihkihkihh..
korang tau ke pokko? adik beradik tokke tu, tapi budak-budak ni panggil iguana.
Ni kali keberapa dah adik tangkap pokko ni. Seumur hidup aku, tak pernah aku tangkap pokko, aku takut hehehe, tapi anak aku ni selamba je banyak kali dah. Aku yang mamai masa tu lupa nak snap dengan handphone, terus sambung tidur lepas aku suruh dia pegi lepaskan dia.
Tapi pokko tu last sekali mati katak diorang dok main. Lawak pulak teringat muka budak 2 orang tu tersengih pegang pokko kikikiii...
bila balik kampong memang diorang main tak ingat dunia, lagi-lagi bila ada sepupunya. Aku dan habibi lepaskan diorang berkeliaran, let them enjoy their life as kampong boy/girl, err sebenarnya mama dan abah diorang malas ambik tau sebab nak tido muehhehe...
oklah... kat sini hujan sekarang ni..
see ya later

Wednesday, November 6, 2013

daddy's home yay!!

Lama pulak tak tulis entry, jadi malas pulak sejak minggu lepas...
habibi dah balik semalam yayy!!
Kan aku dah kata, mesti orang tu rindu kat aku punya hahaha...
aku dan habibi dok contact via Facebook je, tu pun kejap-kejap dan cuma tinggalkan message aje. handphone dan laptopnya problem pulak nak jadi cerita.
Kiranya seminggu juga tak keep in touch betul-betul, cuma pm cepat-cepat sebab dia sibuk kat sana.
Tak sempat nak online, curi-curi je masa kat lobby hotel.
Glemer lagi kali ni masuk paper lagi hehehhe (glemer la sangat haha). Bulan lepas masuk paper dah, kali ni gambar clear punya, kamera sendiri.
Tak tau la lepas ni nak pegi mana pulak, selagi dia dok buat research dan excel, selagi tu la insyaAllah ada rezeki dalam bidang dia. Habibi memang minat buat research, dia bidang engineering.
Aku pesan kat Fb suruh beli mekap banyak-banyak, siap bagi link page Kryolan lagi hahaha...
semalam habibi bagi satu plastic alat mekap. Aku excited dah, ada 5 benda semuanya,
yang pertama, blusher, yang kedua blusher dan ketiga, keempat dan kelima adalah blusher huahhauaa....
aku kata ni apehal semua blusher ni, dia kata mana dia tau, dia ambik je agaggagagaaa....
aku kata lepas ni jangan terkejut kalau siang malam pipi aku merah aje hehe...
lain kali jangan kata eyeliner, tapi kena kata celak mata hehehehe, orang laki biasalah.
Banyak juga dapat baju, hanbag, perfume, keychain dan souvenir lain. Budak-budak dapat LEGO and other toys and chocolates. Tak sempat shopping katanya. Bukan pegi melancong, pergi atas urusan kerja.
Oklah, nak balik dah...
sooo glad my other half is here...yeaaaa....

Wednesday, October 30, 2013

Dah Khamis dah yeyee

Rasa macam cepat pulak minggu ni.. masa nak gosok baju semalam tiba-tiba baru teringat hari ni hari Khamis. Gosok baju batikla dengan extra care, bila lagi nak berbatik. Tak pakai pun boleh aje kadang-kadang aku rembat aje mana yang jumpa.
Pagi tadi masa keluarkan kereta daripada porch, aku agak ganas sebab terus reverse turun ke jalan depan rumah, rumah aku tinggi sikit dari jalan depan rumah. Lepas tu masa dekat-dekat nak sampai kat opis kereta aku bunyi berdengung masa pusing stereng. Alamak apakah yang telah terjadi??? Aku baca kat forum, ada kata bearing, ada kata steering rod (batang steering kot). Menatang apakah ituu???
Ya Allah jangan la rosak, tak reti nak jumpa pomen ni, dahla the other half takda ni.
Harap-harap takde bunyi dah, kalau masih berbunyi aku harap boleh sampai ke rumah dengan selamat, lepas tu boleh aku bawak Persona next week. Cuma bila Persona ni aku tak biasa dengan clutch dia tuh, kedalaman dia tuh. Kalau kereta saga aku dok bawak ni, angkat clutch sikit dah jalan dah. Tak pasal-pasal aku dok press minyak dan tekan clutch jadi berdengung-dengung macam kereta lumba Michael Schumacher. Suspen wehhh...
Habibi dah bagi nombor tepon kawan-kawan dia @ jiran tetangga, kalau ada apa-apa aku kena buat muka tak malu lah, maklumlah aku kan malu-malu buaya. Kat rumah pun ada bengkel kereta, ishh malulah kawe. Sebenarnya aku jadi malas nak bercakap ni, nak explain susah nanti, sebab suara aku masih serak-serak macam Awi Rafael, Awi pun tak serak macam aku nih. Korang tau ke Awi Rafael? Best suara dia hehehehe...
Semalam dah video call dengan habibi. Siap tunjuk keluar tingkap nampak pokok pine. Masa tu dia mandi jap, aku dan anak-anak dok tunggu.
Kata Faiz " Kita termenung je lah tengok pokok nih!"
Jahat aku siap dok tunjuk tengah makan nasik dengan budu, habibi makan roti je katanya kebulur, baru nak keluar cari kebab. Lepas tu MIL tepon tanya kabar, kot-kotla menantu pompuan tunggal dia ni boleh survive ke tidak kihkihkih... tq MIL for your care! Nasib baik MIL tak kata, macam terdengar suara Awi Rafael, Awi kah itu?
Pagi tadi video call lagi, tunjuk dok tengah siapkan budak ni ke sekolah.
Oklah, nak check laptop jap...
byeee..

Tuesday, October 29, 2013

Moga anak-anakku jadi daie insyaAllah, dengan cara tersendiri

Saya lihat seorang pakcik tua yang umurnya 96 tahun. Saya bersama dengannya semasa di Thailand dalam bulan Ramadhan beberapa tahun lepas. Dia solat malam setiap hari pukul 3 pagi setiap hari tanpa tertinggal walaupun tidur pukul 1 pagi.

Dia dan isteri sangat kuat berdakwah dan lebih 36 tahun memberi masa yang sangat lama untuk kerja dakwah dengan belanja besar di Malaysia dan banyak negara luar. Banyak sangat pengalaman dakwah . Allah gunakannya untuk orang yang jauh bertaubat dan orang bukan Islam masuk Islam. Di ceruk-ceruk kampung, lorong, bukit dan hutan.

Dia sentiasa senyum dengan jubah putih dan serban putihnya. Dia bekas pengetua....

Setiap kali dia cerita pasal maknya dia sangat sedih. Masa muda banyak buat hal katanya. Tapi walaupun balik ditengah malam. Maknya akan kata dengan sedih anak bertuah mak ni. Anak bertuah mak.

Masa dia cerita pada saya ,dia menangis dan kata mak alhamdulillah berkat doa dan kesabaran mak. Allah suka dan jadikan saya Daie. Saya pergi merata dunia untuk kerja Islam ini...Semoga Allah terima dan beri mak segala kebaikan yang saya buat ini.

Begitulah fikir,usaha, dan doa seorang ibu. Seorang wanita. Saya pernah dengar beberapa orang alim besar dan menjadi Daie yang sangat hebat kesan dari doa neneknya, ibunya, dan fikir orang tuanya.

Jika nampak anak kuat berjalan, berlari, memanjat, melompat. Suka ikut mak ayahnya keluar rumah. Esok insyaAllah mereka akan sangat kuat berdakwah,rajin pergi pintu ke pintu..Pergi sehingga hujung dunia untuk bawa orang kepada Allah.

Jika anak kita kuat menangis,manja,merengek. Itu juga sifat Daie. Daie sangat kuat menangis. Semua sahabat manja dengan Allah. Kuat menangis. Baru lepas nangis. nak menangis lagi. jika kamu tahu apa yang aku tahu kamu kuat menangis dari ketawa.

Jika anak kita suka bercakap tidak berhenti juga sifat Daie. Daie Insya Allah mereka akan suka berdakwah satu masa nanti.

Jika dia kuat merajuk jer. InsyaAllah satu masa dia akan jadi orang yang sangat sensitif tengok umat. Umat mati tanpa agama mereka tidak lena tidur.

InsyaAllah kita hidupkan bacaan Hadis dalam rumah, dakwah kebesaran Allah,kenalkan Nabi saw dan kehidupannya, didik dengan solat zikir Al-Quran. SIfat lemah lembut dan akhlak. Ikhlas kerana Allah. Jadikanlah Allah sebagai maksud dan tujuan hidup. Dakwah sabagai kerja utama.-ebit lew yang bodoh,jahil, tidak punya apa-apa, miskin...HANYA ALLAH YANG MAHA KAYA

Monday, October 28, 2013

Terputus bekalan gas memasak?

Tadi habibi check tong gas kat dapur, goncang rasa ringan je walaupun belum habis. Takut aku terputus bekalan gas, habibi nak refill. Lepas dinner tadi kami nak pegi beli gas, jumpa satu kedai, kata habis, pergi kedai kedua, habis, pergi kedai ketiga, habis...habis...habis... sampai rata ceruk 2 bandar kat sini kami round, semua kata habis. Kata peruncit, keadaan ni dijangka berlarutan sehingga Disember.
Hmmm kenapa ni hah, mesti ada taikun gas yang sembunyikan bekalan gas memasak ni, mula la aku nak buat spekulasi ni. Penting weh gas memasak ni, kalau tak memasak lauk pauk pun paling koman nak masak air sebab aku dah lama tak pakai cerek elektrik, rosak.
Akhirnya jumpa juga satu tong terakhir tadi, aku harap tahan lama la.
Dok tunggu jugak ni, tak jadi isu ke ni,
kalau seluruh negara terjejas, nak tunggu menteri kata apa, nak suruh rakyat makan daging salai barangkali.
Ayat biasa pak-pak menteri cap tong gas,

"Syukurla Malaysia masih aman, rakyat kita merasa gak guna tong gas, tengok rakyat Papua New Guinea tu, tak pun Zimbabwe, terpaksa guna air kencing lembu untuk basuh pinggan, apa lagi nak merasa tong gas.. bersyukurlah.."

karang tak pasal-pasal Bedah Tong Gas baling tong gas atas muka menteri tuh..
err... korang tau ke sape tu Bedah Tong Gas? Drama Melayu tidak lama dulu...
Bedah pun nyanyi lagu ni,
wake me up when December ends.....

sayang bini tinggal-tinggalkan, sayang laki biar-biarkan? ehhh

Tadi habibi called, katanya dia kena fly tengahari esok, bukannya malam esok...
takde chance nak dinner together esok, sob...sob...
tadi dah bagitau bos aku nak keluar jap esok, bos kata ada apa?
aku kata nak bye bye kat habibi hehehe...
kalau dia pegi KL tak heran sangat, ni jauh sikit kena la feeling lebih ehehhe... seminggu je pun hehe macam la nak pegi berbulan-bulan macam sailorman. Nasib baikla laki ambo bukan sailorman.
apa aku nak buat bila habibi outstesen nanti?
mati kutu la jawabnya. Dan selalunya akan tido awal, bangun awal. Bila budak-budak ni request nak ke pasaraya, aku cuak sikit, sebab nak kena handle budak-budak ni boleh tahan weh berhempas pulasnya. Kalau abah dia ada, bolehla pegang tangan sorang satu. Dahla aku husky voice ni, ermmm Nampak gayanya dok rumah je lah. Kalau nak ke pasaraya pun masa lunch hari bekerja aku jeluar beli siap-siap. Aku tak buleh nak concentrate driving kalau budak-budak ni berguling-guling tonggang terbalik kat belakang.
(sambil terbatuk-batuk gatal tekak wehhh... batuk dah kurang, tapi gatalnya ya rabbi berair mata, gatal ni la yang menjuruskan kepada batuk nak termuntah ni)
okay lah, nak buat koreje...

Sunday, October 27, 2013

sunday update

yoo how are you?
how's your weekend?
weekend aku pada hari Jumaat biasala berdua dengan mek iti ni, basuh kain yang berlonggok-longgok, jadi kumulatif, habibi belum sempat nak repair mesin basuh, jadi tiap kali nak masukkan air terpaksa aku tercongok depan mesin basuh. Lepas tu dok basuh lantai simen belakang rumah kesan-kesan pasir taik kucing yang kadangkala terpelanting. I told you, aku kena extra rajinla kalau nak bersih bila bela kucing. Kang tak pasal najis masuk ke dalam rumah pulak, sebab tu aku kena basuh selalu lantai. Kadang-kadang aku pegi basuh punggung dan kaki anak kucing tu selalu, hehehe macam Kitty.
Lepas tu kelmarin temankan habibi all day kat opis dia. Habibi tengah bz siapkan kerja dia untuk masuk pertandingan kat Germany, tak lama dah, nak fly Selasa ni. Kat opis habibi selalunya aku akan tido aje hehehe, ada toto kecik, bantal kecik, aku tido ke sampai habibi siap. Budak-budak ni main komputer.  Sesekali aku terjaga dengan suara serak-serak macam Ramli Sarip mengawal keadaan bila diorang bergaduh.
Hari ni kawan-kawan tegur kata mata aku merah. Sebenarnya aku rasa allergic dengan eyeliner. Aku beli pencil eyeliner IT2IT. Bila aku tenyeh, kaler dia tak berapa nak lekat, tenyeh punya tenyeh sampai eyelids aku pedih. Pahtu jadi gatal pulak. Macam tak okay je pencil eyeliner tuh, kena tenyeh nasib baik tak tercucuk mata. Skang eyeliner macam dah jadi benda yang wajib pulak, I feel as if my eyes become wider, illusi optic kan. Nampaknya aku selesa dengan Silkygirl Precision Sharp Eyeliner Pen. Macam liquid eyeliner la tapi lagi senang nak apply. Nak cuci pun senang tak payah tenyeh teruk-teruk. Lama tak review product hehehe, takde produk sangat pun kebelakangan ni, sebab apa yang aku beli tu tahan lama, dan ada yang aku malas nak update. Cuma sekarang rasa macam gatal nak cari pencil eyeliner yang lain pulak, hampeh betul brand IN2IT tu, tak larat tenyeh aku.
Errmmm.... korang tengok bola tak TRW lawan ATM dan Pahang lawan Sarawak? Dan aku mesti tengok, gomo kelate gomo! Paling tak best bila takleh nak scream, I told you I'm almost voiceless. Ahh stress tengok bola sambil respon yang hanya berupa bahasa isyarat dan bunyi cencurut. Sorry habibi, that was my day, sorry for any inconvenience okay hehe..
Bila habibi outstesen ni, mati kutu pulakla aku. Bila dia takde, pandai pulak aku bangun awal dan bersiap awal. Bila dia ada, pandai pulak aku bangun lewat, pulak dahh ehhe..
takpela habibi, go ahead, good luck, and I'm sure you'll gonna miss me terribly hohooo...
okay, have a nice weekend, bye..

Thursday, October 24, 2013

Cuka kurma

Pernah dengar pasal cuka kurma tak? nama omputihnya date cider. Sebelum ni aku nak beli cuka apple/ apple cider, tapi baru-baru ni nampak cuka kurma jadi aku belila. Banyak khasiat cuka kurma ni seperti sebagai antioksidan dan mengurangkan tekanan darah tinggi. Korang boleh google. Selain tu, cuka juga sunnah Rasulullah S.A.W.

From left : madu lebah, cuka kurma, olive oil, pati delima dan madu minda (tak sempat nak alih petai dan pet's food kat tepi hehe..*sorry gambar kurang memuaskan)



Aku nak cerita kesan cuka kurma pada kerongkong aku yang pedih ni. Semalam aku tak boleh tido sebab batuk kong kong kong, kerongkong rasa panas, pedih, perit, gatal-gatal. Bila gatal kerongkong ni selalunya aku batuk macam nak termuntah. Lepas tu aku teringat 2 hari sebelum ni, aku batuk jugak, tapi sebelum tido aku minum pati delima, olive oil dan cuka kurma sejurus sebelum tido. Lepas tu aku tido lena sampai pagi. Aku dah agak dah ni mesti cuka kurma, tapi aku telan 3 benda jadi mungkin olive oil dan pati delima turut membantu.
Jadi semalam aku try telan cuka kurma aje untuk test. Pukul 2 pagi aku buat eksperimen ni sebab tak boleh tido. Aku tuang air kosong dalam 1/3 cawan, lepas tu tuang cuka kurma sikit dan dan madu lebah sikit. Kacau-kacau dan minum perlahan-lahan bagi larutan tu membasahi kerongkong lama-lama sikit. Rasanya sedap bila dicampur madu, masam-masam manis. Kalau tak campur madu, rasanya masam macam cuka makan. Lepas tu aku tido. Masa tu dah rasa beza kat kerongkong ni, kurang perit. Kalau tadi batuk kong kong over and over again, tapi kali ni sesekali batuk je. Batuk sekali sekala ni ok la sebab nak hilangkan rasa tak selesa sikit-sikit tu, compare dengan batuk bertali arus yang tak sudah tu. Batuk bertali arus dengan kerongkong semakin pedih tu memang buatkan mata jadi merah berair la.
Pagi ni bangun tido aku rasa better. Kerongkong tak terasa swelling and burning macam semalam. jadi terbuktilah sebab aku minum cuka kurma dan madu. Semalam aku jadi malas nak cakap sebab bila cakap tekak aku jadi gatal-gatal. Bila nak pangge budak-budak ni makan nasik, aku suruh habibi aje panggil. Dahla pagi kelmarin aku jerit panggil Faiz, suara keluar macam bapuk siam je. Abah dia dah tunggu nak ke sekolah, tapi dia dok main ngan kucing kat belakang rumah. Bila suara takde/serak, aku rasa macam orang kurang upaya pulak hehe, sebab suara ni penting untuk aku jerit kat budak-budak ni. Mom's voice is very important. Berbanding dengan aku nak pegi jenguk diorang kat belakang rumah, baik aku jerit aje, my voice works faster hehe... sekarang aku bisik-bisik dulu, siapla korang bila aku dah ok..
Bila suara garau ni mesti buruk je encik habibi dengar, kalau dia tengah mamai-mamai malam-malam tu, bila dengar suara aku mesti dia kata, eh aku tido dengan jantan mana ni huaahuaa.. tapi dalam garau camni, kat opis siap gelak mengekek-ngekek lagi, buruk gila bunyinya, macam suara cencurut pun ada masa gelak. Takpa, takpa, minggu depan suara aku merdu balikla insyaAllah ehhehhe...
bolehla aku nyanyi lagu Justin Timberlake 'This I Promise You" dengan lebih merdu mengalahkah suara Justin, eh dia kan jantan....
okaylah, nak tengok anak kucing. Pagi-pagi bangun buang taik kucing. Suka tengok kucing aku ni, ibu angkat dia bijak betul, siap tolong timbus taik anak dia lagi. Tapi yang best pasir cat's litter ni, bila kucing kencing, pasir tu akan jadi keras macam simen, bila dia berak, the litter will be covered with the sand, mudahla aku nak buang. Bila bela kucing ni aku kena jadi extra rajin la, yang penting kena bersihkan lantai selalu, takut najis tu nanti termasuk dalam rumah pulak. Kat dalam rumah pun kena selalu mop. Nak senang aku cuci dengan wet tissue dulu untuk elakkan najis tu spread out.
oklah, bye...

Tuesday, October 22, 2013

why?????


Ini bukan satu filem drama atau cerita fiksyen.

Wassim Zakour, dia hidup sebagai seorang yatim dan mati keseorangan. Beliau kehilangan keluarganya akibat serangan. Dia berkaki ayam, dia hanya mempunyai sepasang kasut saiz bapanya (terlalu besar untuk kakinya), untuk melindungi kaki dari tar, kaca pecah ,kesejukan , dan kelaparan. Dia hanya mempunyai kepingan roti yang lama untuk dimakan.

Kasihan, dahulunya dia bekerja menjual sampah dan kitar semula apa yang dia jumpai. Dia selalu membawa sebuah beg hitam bersamanya supaya dapat menyimpan semua khazanah dia. Termasuklah kasut buruk, roti lama, dan sampah untuk dijual. Tetapi Syiah tetap tidak mahu dia teruskan hidup meskipun dia mempunyai hanya sedikit.

Kini, dia terbaring di kaki lima jalan. Dua minggu telah berlalu. Dalam keadaan tubuhnya yang lemah dan separuh mereput. Setia bersamanya, beg hitam dengan sedikit khazanah, beserta kasut buruk yang sedkit besar yang sering dia gunakan untuk melindungi kakinya. Dan di bawah jenazah anak kecil ini juga terdapat suara hati mati umat Islam yang membenarkan kejadian ini berlaku dan hanya berlalu pergi.


****tersandar aku di kerusi selepas tengok gambar ni...
useless...useless...useless people around the world including me....

nak mencuba shawl

kelmarin ke mall aku beli shawl. Dah lama nak try, tengok budak-budak kat sini pakai macam-macam pesen. Ada yang senget kiri, senget kanan, pin atas, lilit sana, lilit sini. Ada tu macam kain selimut selonggok atas kepala. Fesyen la katakan...
aku bukan nak buat style longgok kain selimut tu, nak pakai biasa-biasa je, macam orang kebanyakan hehehhe...
aku tengok shawl ni murah-murah aje, seploh ringgit aje, kalau tudung bawal yang comey-comey tu maunya dalam RM30.
Pagi tadi macam biasa, kalut persiapkan anak sekolah, lepas diorang ke sekolah/tadika, aku pulak bersiap-siap. Dahla semalam aku tak test try tengok, pagi tadi depan cermin cam hape ntah.

Ahhh... apa aku buat nihhh...

rasa macam lain macam aje, main lilit aje lah, rasa macam pakai tuala mandi nak sidai kain pun ada....
sampai kat opis aku mintak bantuan rakan untuk pakaikan hehehhee...
dalam hati... menyesal aku wuuuwuuu...
tapi bila rakan dah siap ubah lilitan ni, macam okay pulak, not bad, cuma nak kena try and error dan tengok lagi tutorial kat youtube, huahuaa takde keja...
tapi tudung yang ada awning tu memang kena standby la, in case aku tak sempat nak gosok tudung, aku rembat aje tudung segera tuh. Tengok diorang ni macam-macam pesen, berapa lama masa diorang amik hah?

kat rumah tadi, lepas pakai shawl, bergegas keluar rumah dan ambik pasir tempat berak kucing aku. Buang najis dia dan letak balik. Pasir tu khas untuk kucing berak, odourless katanya, antibacteria dan ia jadikan the cat's litter berketul-betul senang dibuang. Pakai shawl lepas tu buang taik kucing, elokkkkk..... sama jugak, bila balik rumah aku pegi check kucing kat belakang rumah, buang taik dia. Tak sempat nak gomol anak kucing tu, kalut memanjang. Bila aku jalan dia akan mengekor. Kecik lagi, tak sampai 2 bulan kot umur dia. Masa nak keluar rumah setiap hari memang aku akan berlari-lari anak. Jiran sebelah tengok mesti pelik, apsal la tiap hari asyik lari-lari, teruk betol time management nih. Sebenarnya aku selalu awal datang keja, biasanya thumbprint purata pukul 7.45 pagi. Tapi hari ni 7.47 pagi.

okayla...
catch ya later..

cat oh cat

Hai..
masa balik kampung hari tu, aku tinggalkan kucing aku kat Pets Mart.
Tinggal dalam seminggu. (Caj RM8 sehari termasuk makanan).
Masa kat kampung, tiba-tiba owner kedai tu telefon, aku ingatkan kucing aku sakit ke apa ke,
sekali dia nak bagi kat aku lagi 2 ekor anak kucing daaa..
katanya kucing aku demam sebab bengkak susu, dia juga tak mau makan, Jadi dia nak kasi dua ekor anak kucing susuan tu, ibu kucing tu pun lega la sampai kempis susu dia tu.
Aku ambik kucing-kucing ni dari Pets Mart hari Ahad lepas. Sebenarnya aku tak berapa nak sangat anak-anak kucing tu, dah dia kata takut kucing aku bengkak susu balik, jadi aku ambik la.
Sehari dok kat rumah, salah sekor anak kucing jadi monyok. Aku suspek sebab dia nakkan biological mother nya. Yang sekor tu okay aje dok pelahap susu mak angkat dia.
Jadi semalam aku ajak habibi ke kedai tu untuk pulangkan kucing yang monyok tu.
So aku lega sikit sebab anak angkat ibu kucing tu ada sekor je.
Aku suspen gak ni sebab tinggalkan kucing tu kat dapur, bubuh pasir sekali. Sekali berak merata haru biru aku nak cuci.
Rumah pulak aku tak sempat kemas sejak balik Kelate, kain tak berbasuh berlonggok-longgok, cuaca hujan setiap hari, mesin basuh rosak kena masukkan air secara manual, membuatkan longgokan baju semakin tinggi. Dan juga membuatkan aku jadi sakit ati dan sakit mata bila melihatnya.
Nak kemas rumah, basuh pinggan mangkuk dan nak basuh kain, tak selesai tu dalam sekali harung, kecuali la kalau makan kat luar hehehe... aku juga grumble sebab lampu bilik air kiok. Habibi busy betul dia terkejar-kejar ngan kerja dia, tak sempat nak repair semua benda ni. In less than 2 weeks nak pegi Germany pulak. Kena tinggal lagi la aku. Asek kena tinggal je wawaaaaaa...... sayang bini tinggal-tinggalkan, camtu eh? Aku rasa okay jugak tinggal-tinggal camni, asek berkepit je tak thrill pulak kan heheh...
aku sebenarnya banyak ambik gambar, tapi tak sempat nak upload kat opis ni, kat rumah bolehlah. Nak cerita macam-macam tapi banyak kekangan. Seperti biasa bila balik kampung aku ambik gambar kubur Wan.
Masa aku jenguk kubur Wan baru-baru ni, ada seekor anak kucing dok melilau kat tepi jalan tar ke kubur. Budak-budak ni yang sukakan kucing terus ambik peluk cium. Aku mintak kucing tu dan letak atas kubur Wan, bila aku letak aje atas kubur, dia terus rebahkan badan dia dan guling-guling main-main kat pokok di sebelah batu nisan Wan. You know what, I felt happy watching the cat. Kucing kan boleh dengar benda-benda ghaib, I hope the cat heard and saw beautiful thing about my dad, amin..
okaylah, hari ni hujan lagi...
have a nice day..