Saturday, May 30, 2015

Farewell Hachiko

Hai ....
lama tak update...
sadly I just wanna inform you that my adorable cat died last week, on Tuesday, 26/5/2015.
Hachi kena penyakit jaundice, yang menyebabkan badannya kekuningan, sebelum tu Hachi hilang selera makan dan menjadi semakin kurus, tinggal tulang.
Pada hari Jumaat 15 Mei, aku bawak Hachi jumpa vet kerajaan kat Arau, tapi vet tak bagi ubat apa-apa, cuma suggest supaya beri dia minum air, force feed. Katanya tak boleh bagi ubat sebarangan.
Aku cuma bagi dia minum saja, tapi mana boleh pulih sebab dia tak ada selera.
Pada Ahad 17 Mei aku bawak Hachi jumpa Dr Sovong kat Jejawi, Kangar. Dr Vong ni vet kat klinik kerajaan Kangar, tapi after office hours dia buka klinik kucing kat rumah dia kat perkampungan siam kat Jejawi.
Dr Vong kata Hachi ada peluang pulih, dan suggest aku hantar dia masuk wad sebab Dr Vong tak ambik kucing sakit, dia hanya sediakan boarding service kat rumah dia.
Keesokan harinya pada 18 Mei aku bawa Hachi ke As Ecovet kat Jalan Langgar, Alor Setar.
Masa tu vet kata Hachi ni 50/50.
Aku dah google memang jaundice kucing ni kalau lewat berubat, harapannya tipis.
Tapi aku usaha juga, aku tak tau pun boleh jadi seteruk ni, masa aku nampak mulut Hachi kuning, aku tak tau nak buat apa, sebab aku tak tau mana vet nak tuju, aku cuma nampak vet Arau je, kalau aku tau awal2 lokasi vet private tu, awal2 lagi aku hantar.
Kat vet Ecovet, Hachi diberikan ubat hati, vitamin dan dimasukkan drip ke dalam badannya. Sebab Hachi dan dehydrated.
Hachi menunjukkan improvement apabila mula makan. Pekerja klinik tu sms aku dan juga call untuk beritahu improvement Hachi sebab aku tinggal Hachi kat sana.
Pada hari Ahad, 24 Mei, staff tu kata kuning Hachi makin teruk dan harapan pulih makin tipis. Masa tu aku beritahu kalau teruk nanti beritahu la aku pegi ambil, tapi selagi boleh rawat, teruskan. Sebab kalau aku bawa balik ke rumah pun lagi teruk sebab tak boleh drip dia.
Akhirnya dalam pukul 11 pagi, 26 Mei staff tu call aku kata Hachi dah tak ada, bila dia masuk tengok Hachi dah already gone, badannya masih lembik, maknanya Hachi baru pergi pagi tu.
Berair juga mata aku masa tu, dahla kat ofis.
Balik rumah, terus aku beritahu budak-budak ni, si Faiz terus nangis teresak-esak sebab dia sayang sungguh Hachi. Kami semua pegi ambik Hachi kat vet sebaik balik kerja.
Dalam kereta Faiz nangis, masa tanam nangis, selepas tanam pun nangis tersedu-sedu.
 



 Nangis on the way selepas ambik Hachi

Sedih sebab Hachi manja dan suka mengekor aku. Kalau aku dok mandi, dia tunggu depan pintu bilik air. Kalau aku masak, dia tunggu kat dapur, kalau aku mop lantai, dia ikuttt aje.
Cuma ralat sebab aku lambat dapatkan rawatan.
Sebab utamanya ialah aku tak tau mana nak tuju, google punya google bukan banyak pun info pasal vet swasta kat Kedah Perlis ni, tu yang aku ralat sangat. Vet swasta ni bukan ada Fb official page pun, no telefon pun tadak. Kena tanya orang.
Atas bantuan kawan-kawan baru aku jumpa dua vet. Dr Vong rekmen Ecovet kat Jalan Langgar, dan Surgeri Haiwan (India) kat Pumpong. Tapi aku terus ke Ecovet (Melayu) sebab bila aku call vet Pumpong tu, dia jawab acuh-tak acuh saja bila ditanya pasal rawatan kucing aku ni.
Di sini aku nak bagi info kat korang area kedah perlis ni.

1) Selain klinik veterinar Arau, untuk mendapatkan rawatan dan ubatan termasuklah vaksin, boleh ke rumah Dr Sovong kat perkampungan siam di Jejawi, Perlis.


Boleh whatsapp Dr Vong 019-4546989

Dr Vong ni orang Siam, dia sangat friendly orangnya. Kalau whatsapp tu kalau dia lambat reply mungkin dia bz. Tapi insyaAllah dia balas.

2) Klinik AS Ecovet pulak ni alamatnya;
77B Batu 3 1/4, Jalan Langgar,
Alor Setar, Kedah.
TEL: 019-4717429 / 019-4784079


3) Klinik Dr Megat Iskandar
Mergong, Alor Star, no telefon 04-7307923

Dr Vong kata, klinik Dr Megat ni dekat deretan rumah kedai berdekatan Petronas Mergong. Korang tryla tengok sebab aku tak sempat bawa Hachi ke sana. Dekat Tesco katanya. Kalau bz diorang tak angkat telefon, so korang cubalah ye.

Pesanan aku pada korang, lagi-lagi kalau kucing kena jaundice, dapatkan rawatan awal. Aku sendiri terpinga-pinga cari vet swasta, frust betul sebab information tak cukup kat internet ni. Kalau aku tau lebih awal klinik tu, mesti aku hantar awal sebaik pulang dari kerja, terus pecut ke alor star.
Walaupun Hachi tak dapat diselamatkan, dan aku tidak bersama-sama Hachi during her last hours, at least aku cuba bagi Hachi berasa lebih selesa bila dia boleh makan, cuma jaundice tu teruk sangat.




 Ini malam terakhir Hachi tido kat rumah, on her favourite spot. Sebelum tu aku mandikan Hachi sampai terkencing keluar kuning pekat. Malam tu aku tido kat ruang tamu dengan Hachi.


 Bila kena jaundice, Hachi suka bersembunyi di tempat gelap, tak aktif dan monyok


Aku perasan Hachi mula sakit selepas dia kena gigit dengan kucing liar, mungkin ada kuman masuk ke dalam badannya dan menjangkiti sel darah merah dan memusnahkan sel itu. Ada banyak faktor jaundice di kalangan kucing ni, korang boleh google sendiri. Tapi simptomnya selalunya kucing hilang selera makan dan manjadi kurus kering, dan paling ketara telinga, mulut jadi kuning. Cara rawatan adalah force feed dan drip. Kalau google ada banyak lagi kaedah nak mengesan punca sebenar penyakit ini termasuklah mengambil sampel hati kucing untuk dianalisis.
Tapi masa tu Hachi dah terlalu kritikal, Maafkan aku Hachi, I should have known earlier. I'm sorry dan maafkan aku jika ada ada khilaf semasa membela Hachi, we miss you Hachi.

 Gambar ni masa kat vet Arau.


 On the way balik dari vet ambik Hachi yang dah pergi, Faiz buat note ni kat Hp aku, lepas tu dia nangis, sambil nangis dia kata, " tak boleh tengok.....(gambar hachi yang last di atas kat ecovet sebelum tinggal dia kat sana)"

 Hachi semasa sihat, 22 Mac 2015.


Gambar 26 Jun 2014.

Aku perasan Hachi mula kurus selepas dia kena gomol dengan kucing liar. Sakit hati aku.
Asalnya Hachi aku letakkan kat luar rumah, ini menyebabkan ramai kucing liar datang makan ke rumah aku dan berak merata. Kemudian aku letak Hachi dalam rumah dan buka tingkap untuk keluar masuk, it ended up bila kucing jantan tak guna tu masuk kencing dalam rumah, memang geram gila. Tak guna punya stray cat. Last sekali aku tak dapat letak Hachi dalam rumah, dia duduk di luar dan kena buli. Nak kurung kesian pulak, dan moralnya aku patut kurung dia walaupun dia tak happy. Aku ada sekor lagi anak kucing baru nama Dino. Dino secara kebetulan masuk dalam enjin kereta aku masa aku parking kat tempat kerja. Nasib baik tak mati, dan nasib baik juga aku ada Dino. Boleh main dengan Dino.

Faiz dan Dino, kecik lagi Dino ni, mungkin usia 3 bulan.
Aku rasa lega ada Dino sebab kalau takde pet, rasa kosong je takleh nak gomol-gomol. Mamameow pulak garang sikit, tak boleh nak peluk cium walaupun malam-malam dia suka tido dengan orang.

Oklah, itu saja perkongsian kali ni. Nak simpan gambar-gambar kat blog dan juga nak share dengan korang nombor di atas, sebab aku ralat sangat pasal ni.
ok bye.



Tuesday, April 21, 2015

I am still alive

Assalamualaikum!!!
wah lamanya menghilang.....
oh... aku masih hidup hehehe, tak ke mana-mana, cuma aku sibuk dan tak sempat belek blog.
lepas tu aura nak update blog tak berapa nak ada heheh, macam dah habis dah idea aku ni nak tulis.
Sebab tu ada blog yang tiba-tiba senyap sepi terus, sampai masanya jadi malas kot.
Apa jadi dengan hidup aku sebenarnya semenjak dua menjak ni?
ehheeh aku makin bz dengan kerja aku, penat sikit. Melalui ups and downs dan alhamdulillah rezeki selalu ada. And I am also 3 months pregnant now alhamdulillah. Semoga dipermudahkan.
Aku lalui morning sickness juga, alah juga seperti tak boleh bau pelik-pelik nanti nak termuntah ( tapi aku tak muntah). Seperti mengandung yang sebelum ni, aku lalui simptom sama je. Keletihan, lost appetite, dan jadi gatal-gatal pada kaki. Aku garu hingga berbirat. Tapi dah hampir semakin hilang dah nak masuk 3 bulan ni.
Perut takdela buncit sangat sekarang ni, tambah lemak sedia ada haha.... ada time nampak buncit, ada time tak. Tapi dah rasa kembung.
Semoga Allah permudahkan. Dan aku juga sambil-sambil tu dok survey bidan urut sebab aku nak beranak kat sini je. Dari antenatal checkup, nak beranak dan upah bidan, semuanya nak kena duit. Sebab kali ni aku mengada-ngada sikit sebab nak buat check up kat private. Sebab utama ialah flexible dari segi masa. Kerja aku ni orang selalu dok call cari, aku rasa susah nak keluar waktu kerja. Kalau kat swasta aku boleh pergi after office hour. Saja ngengada kan. Sebelum ni dah rasa beranak dua-dua kat gomen, termasuklah checkup. Kali ni special sikit nak branak kat gomen, kebetulan ada rezeki lebih insyaAllah. Rezeki anak.
Lama dah tak beranak ni wey, 7 tahun dah. Alhamdulillah memang aku plan ni pun sebab anak-anak semua dah besar dan bersekolah, dah boleh urus diri sendiri cuma nak kena kerah.
Bolehla lepas ni kalau aku nak mandi, nak masak, diorang tolong tengok adik kecik.
Dan kali ni juga first time preggy di bulan puasa, fuhhhh aku harap aku dapat laluinya dengan bertenaga.
Aku harap trimester pertama ni dilalui dengan baik agar selera aku kembali pulih hhehhe..
 oklah, see you later, lepas ni at least aku boleh bercerita pasal my pregnancy pulak sebab lama dah takde idea heheeh,...
tata...


Tuesday, January 20, 2015

Hai there

Assalamualaikum....
lamanya tak update cerita.
Kalut sikit kebelakangan ni, hari ni bos tadak, pergi umrah heheheh.....
korang follow tak Caliph Buskers?
aku dok gila tengok video Caliph Buskers dan Mojo. Dah beratus kali dah aku dok tengok tak jemu-jemu hehehe....
I'm proud of Edry for thinking and acting out of the box. Bukan calang-calang orang juga nak ambil risiko sepertinya, untuk mengangkat street buskers untuk lebih dikenali. By the way, power gila suara Azmi Saat tu, terlopong aku dibuatnya hahaha....
Ermmmm.... nak cerita apa lagi eh...
mak aku ada dengan aku sekarang.
Minggu lepas balik KB ambik mak datang sini, duduk dengan aku. Duduklah selama mana sampai dia nak, aku tak kisah, takdela aku risau nak balik kampung sebab dia ada dengan aku. So far mak aku ok, alhamdulillah berselera makan, aku masak apa yang dia nak. Dengan aku dia tak segan nak mintak makan apa pun hihi...
Anak-anak aku pulak selamat bersekolah semula. Si kecik ni dah masuk darjah 1, si abang darjah tiga. Dan aku jugak tahun ni semakin matang la ( jangan kata tua arghhhh haha).

Layanla gambar-gambar ni... chill out!






Friday, December 19, 2014

Price tag dan kuman!

 Kelmarin, balik dari masjid sembahyang maghrib baru aku perasan Faiz pakai baju dengan price tag sekali, katanya, "orang nampak tapi tak kata apa pun" ehh macam tu ye, dah la duduk saf depan adedee...



Lepas gelak kat Faiz, tengok adik study pulak. Ketika adik buat maths, aku bising kata pemadam besar kuman!!! dia kata, ooo kuman besar tu ke...(banyak pemadam bagi kat dia mana pegi laa yang besar-besar tu..) . Gelak besar lagi adoilaaaa......

Saturday, November 29, 2014

Wednesday, November 19, 2014

Mah oh Mah...

Assalamualaikum....
menjadi viral sekarang ni kes seorang isteri dan ibu bernama Mah, yang menghadapi ujian berat dicurangi suami. Suami yang memberikan alasan Mah dah tak cantik macam dulu, dah gemuk, busuk dan tak terurus, mencari janda untuk melempiaskan nafsu.
Teringin aku nak tengok muka laki Mah ni, hensem sangat kah, manis sangat kah, wangi sangatkah?
Tertanya-tanya jugak aku, kalau anak menangis malam-malam adalah laki Mah bangun menolong Mah mendodoikan anak?
Pinggan dan cawan yang digunakan laki Mah, adalah laki Mah tolong basuh?
Kalau Mah tengah masak, lalu anak kecil menangis, adakah laki Mah akan panggil Mah atau dia akan mengasuh supaya Mah dapat terus masak? Kalau anak berak adakah laki Mah akan memanggil Mah yang sedang memasak agar membasuh berak anak?
Semasa bercinta kata sehidup semati, susah senang bersama, ni belum mati lagi dah tak mau bersama membantu agar dua-dua senang, sehidup semati hape??
Semasa anak-anak masih kecil, kelahiran yang rapat dan berderet-deret, nak kena masak dan suap makan anak-anak, nak basuh kencing berak, nak basuh kain, agak-agak bila masa nak tempek mekap yang waterproof tuh? Nak pakai Ellgy untuk tumit merekah pun tak dapat, sebab dok ulang alik ke bilik air basuh berak anak, habis tanggal Ellgy dan losyen kat tangan.
Balik si laki, tengok tumit bini retak seribu, jari tangan besar dan kecut macam jari kingkong, muka sembab dan lingkaran hitam kat mata macam orang sakit kat wad, pakai baju yang basah di perut sebab baru lepas basuh pinggan, terus hilang selera dan pergi cari janda!
Aku cabar laki Mah ni jaga anak full time sehari je, food not provided, masak sendiri, pagi sidai kain, petang pastikan kain dilipat elok dan tiada pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki. Pastikan laki Mah kekal bergaya dan kacak dari pagi sampai malam. Tolong jangan pakai kain pelikat dalam tempoh tu, seluar pendek tidak dibenarkan. Pakai smart macam Kevin Zahri, badan kasi fit tak gendut dan cergas, macam Kevin Zahri. Pastikan laki Mah jaga badan, mulut dan gigi bersih wangi, jangan berdaki, jangan berpeluh dan bau macam kambing. Pagi sampai malam dapat kekalkan senyuman untuk si isteri. Pastikan anak-anak kenyang dan bersih, tiada mainan bersepah di lantai! Amacam, boleh??? Sahut cabaran ni dulu kalau nak isteri sentiasa seksi, slim, wangi, muka bercahaya bersinar-sinar, rambut wangi macam kasturi.
Yes memang isteri kena jaga badan, jangan bagi bau macam kambing gurun, jangan sememeh.
Tapi bukan semua isteri perasan kepentingan ni, mungkin sebab suami tak pernah kata apa.
Suami patut jadi cerdik dengan memberi saranan yang berguna, dah kata sayang choihh...takkan nak tegur dengan berhemah pun tak boleh.
Apa kata beli hadiah set mekap ke, belikan baju yang cantik-cantik untuk dipakai kat rumah. Tanya kawan-kawan pompuan kat opis tentang produk yang sesuai ke lepas tu belikan. Survey tengok jamu yang sesuai untuk isteri, nak bagi isteri kembali cantik. Beli perfume ke, beli majalah kecantikan ke, beli katalog je, takkan isteri tak paham-paham lagi kalau macam tuh!
Laki Mah beri alasan, dia dah beri duit kat Mah tapi Mah yang tak mau berubah. Be creative kalau nampak isteri tu slow, belikan dan bagi hints, bukannya selepas bertahun-tahun baru nak buat pengakuan, tu pun lepas kantoi curang dengan janda.
Bagi isteri pulak, memang ada isteri jenis yang tak ambil kisah langsung. Bukan sebab dia tak mau cantik, tapi sebab dia tak sempat. Ni la peranan kawan-kawan perempuan. Kalau kawan kita nampak sememeh, tak jaga langsung. Bagilah semangat dan nasihat. Suggest produk yang sesuai. Beritahu kepentingan untuk touch up sikit. Ajak dia pergi salun sama-sama sekali sekala. Kekangannya adalah masa, tapi cuba curi-curi masa.
Aku dulu bukan tau apa pun masa beranak kecik, tak tau apa-apa dan tak jaga! Sememeh macam orang gaji. Aku pun menyampah tengok kesememehan aku kat cermin, laki tengok lagi laaa. Tapi alhamdulillah jumpa kawan-kawan yang menitikberatkan kesihatan, dari situ la aku tau kena makan herba ni, herba tu, petua ni, petua tu. Masa tu naif takda ilmu langsung, Internet pulak tak meluas macam sekarang, nak kena subscribe dengan harga yang mahal.
Sekarang ni Internet di mana-mana saja, nak beli jamu online anytime, nak beli baju lawa-lawa anytime.
Kalau rasa mahal sangat pegi SPA, lulur kat rumah pakai garam macam aku pernah ajar buat dalam blog ni. Modal seringgit dua aje.
Kalau tu pun laki buat tak tau jugak, memang something wrong somewhere yang kena dibawa berbincang. Tak kisahla laki pandang ke tak pandang, you deseve to be beautiful for your own satisfaction. Kalau lawa semata-mata tak bagi laki impress tapi laki tak jugak impress, nanti kecewa pulak. Just put in mind that you deserve to be beautiful inside out!