Monday, July 23, 2012

6.30 petang-mula kerjarumah....

Waktu berbuka puasa adalah dalam pukul 7.40 malam.
Seperti biasa, aku balik dari kerja jam 5.30, sampai kat rumah 6.30 petang.
Balik kat rumah, tengok habibi tengah bersiang ikan, dan nasik sedang dimasak. Good job hubby!
Aku terus sambung masak. Hubby suruh masak ikan kicap. Dia dah beli beberapa juadah lain di samping bubur pulut hitam.
Masakla aku sampai pukul 7.00, dah siap, nak tunggu waktu berbuka aje.
Sambil tu aku online kejap...
kemudian siap-siap nak makan berbuka. Aku bedal air anggur beberapa gelas heheh. Memang tabiat aku dah, aku memang minum air banyak masa berbuka. Pernah dulu MIL letak jag air jauh-jauh masa berbuka, tapi skang dia dah tahu aku memang minum banyak, dan aku juga akan habiskan nasi aku walaupun aku minum bergelen-gelen air. Orang kata perut buncit, tapi aku rasa aku tak teruk sangat hahahhaa....

Lepas tu dah makan mandi, solat dan habibi siap-siap untuk ke masjid dengan Faiz. Sambil tu aku baca tafsir beberapa page sementara tunggu Isyak. Aku baca Quran lambat sebab lepas baca satu ayat, aku baca tafsir pula. Azam aku nak baca bagi habis. Kat TV AlHijrah ada rancangan Reflection, iaitu tafsir Quran oleh Imam Shuhaib Webb, boleh tonton pagi-pagi jam 7 pagi. It's very interesting and semua patut tengok.

Lepas solat, aku dah mula mengantuk, tapi aku rajin-rajinkan diri pakai bedak sejuk (bukan putih, tapi kaler coklat, kasar macam scrub). Bila pakai tu aku landing kejap depan TV, sampai terlelap. Masa tu habibi dah balik dari berterawikh. Aku tengah mamai-mamai masa dia tidurkan budak-budak ni. Aku sedar bila dia kejut suruh tutup sliding door. Ngantuk gile masa tu, namun aku ada tugas yang belum selesai iaitu masak nasi!

Lepas masak nasi aku ingat nak tidur terus, tapi aku terr basuh pinggan mangkuk heheh...
kemudian aku terr cuci, terr kemas dapur. Lepas tu aku terr basuh kain dan sidai kain hahaha...
kemudian aku terr sapu sampah dan mop lantai hahaha... dalam mengantuk tu aku siapkan banyak kerja. Kalau aku tidur alamat nya memang rumah bersepah sampai esok. Tangguh tangguh pun aku juga yang nak kena buat.

Kemudian aku mandi lagi sekali. Lepas tu  aku ingat nak lipat kain, tapi tak terdaya wehh... aku hanya asingkan baju budak-budak ni dan siapkan baju diorang untuk pakai esok.

Lepas tu rasa nak tidur, tapi muka aku ni smemeh aje rasa. Jadi aku tepek DIY mask dengan air timun yang aku blend sebelum tu. Sempatla dia sejuk jadi kerak-kerak ais, baru best!

Maka aku pun nak tidur le dan baring dengan nyaman sambil udara air cond yang sejuk menyapa muka, sejukkkk sebab air timun tu!! Ok jam 12.10 tengah malam aku nak tidur..

opss...
tunggu kejap, aku kena check anak-anak ni...
lalu aku bingkas bangun balik dan tengok diorang, seperti biasa diorang suka tidur tak berbaju walaupun pasang aircond. Maka aku selimutkan diorang dan himpit dengan bantal, aku tutup lampu malap dan tutup pintu (tak rapat). Dan aku kembali ke bilik. Habibi dah lama lena, agaknya dah sampai Jerman kot...

Lalu aku pun back on bed. Dan sambil pikir itu dan ini, teringat orang tu dan ini, isu itu dan ini, jadi lewat jugalah aku tidur. Dekat pukul 1 pagi. Maybe sebab dah melewati waktu mengantuk iaitu jam 10 malam.

Aku hanya sedar bila habibi kejutkan aku jam 5.10 pagi tadi  sebab aku mengantuk gile.
Bangun terus panaskan lauk, nasi. Lepas tu siap-siap makan. Pagi ni aku tak tidur lepas Subuh, jadi aku tak rushing dan tertinggal itu dan ini. Kalau aku tidur, confirm berlari-lari la jawabnya.

Kemudian kejut budak-budak ni bagi mandi dan makan nasi. Lepas tu goreng karipap untuk diorang buat bekal. Sebelum turun ke tempat kerja, aku sidai kain dulu.

Ok habibi nak pergi kerja dah, salam-salam semuaaaa.......

Kalau aku tidur awal semalam, mesti aku tak buat satu apa benda pun kerja rumah ni. Aku juga takkan pakai bedak sejuk dan mask. Dan kalau aku tidur lepas Subuh, mesti anak aku tak boleh bawa bekal karipap ke sekolah. Dan kain juga takkan tersidai pada pagi tadi. Jadi, moralnya, kalau jadi hamba tidur memang satu apa pun tak jadi.

Petang ni nak masak asam pedas melaka... nyum nyummm!!!!

No comments:

Post a Comment