Thursday, July 19, 2012

Pakcik oh pakcik....

Tadi aku dan kawan-kawan keluar makan kat Kangar. Makan ABC dan nasi goreng. dahla cuaca sejuk, makan ABC pulak. Ingat nak round-round kedai berdekatan, tapi dah hampir pukul 2 petang, moreover, masing-masing dah sengkek hehehe, so kami balik je le.

Ketika menuju ke kereta, seorang pakcik tiba-tiba menanyakan padaku,
"Stesen bas kat mana?"
"Kat sana pakcik.." jawabku sambil menunjukkan stesen bas yang hanya beberapa meter dari situ.

Pakcik dan seorang lelaki muda disisinya macam terpinga-pinga.
"Nak naik bas ke Alor Star.." katanya lagi.
"Oh..bukan kat sini, jauh pakcik sebelah sana, pakcik naik teksi. Kat sana ada stesen teksi." kataku lagi lalu menunjukkan arah stesen teksi yang letaknya berdekatan.
"Dari mana ni?" tanyaku lagi.
"Pattani.." jawab lelaki muda itu. Umur dalam lingkungan awal 20-an. Aku assume macam mengaji skolah pondok ni, muka bersih aje, dengan berkopiah dan berbaju sejuk. Pakcik itu pula macam sebaya Wan aje, berketayap dan berbaju melayu, berkain pelikat. Nampak uzur aje.

Kami pun beredar menuju ke kereta, sambil menoleh ke arah mereka berdua.
"Ni boleh jumpa ke ni?" kata kawanku sambil membuka pintu kereta, bimbang kalau mereka tak jumpa stesen bas.
"Isk... aku bukan boleh tengok orang tua..isk isk..." kataku.
Akhirnya kami sepakat nak hantar aje mereka ke stesen bas Kangar.
Kawan aku risau takut aku tak selesa sebab aku dok kat belakang, aku kata no worries nanti aku dok sebelah pakcik tu, aku dok jauh2 la sikit.

Lalu aku kembali kepada mereka yang masih terpinga-pinga dan tidak berganjak dari tadi. Mereka setuju untuk menumpang kereta kami.

Dalam kereta,
"Alamak kak, macam muka ayah mu la..." bisik  kawanku sambil memandu.
"Ha ah la, huhuuu..." jawabku perlahan sambil tangkap gambar pakcik tu.


Takde la sebijik sama, tapi ada la sekali imbas tu. Muka orang tua kan lebih kurang aje aku tengok. Aku juga menunjukkan gambar Wan kat handphone pada mereka, kataku macam muka pakcik. Budak lelaki tu senyum aje. Rupa-rupanya lelaki itu adalah cucunya. Pakcik tu tak cakap banyak sangat, jadi aku tak boleh nak sembang sangat. Aku tanya sepatah, jawab sepatah hehehe... budak tu pun comel aje, sejukk tengok muka. Selepas itu kami pun turunkan mereka di depan stesen bas, dan kami pulang ke tempat kerja.
Semoga mereka selamat ke destinasi.

No comments:

Post a Comment