Ketika aku pulang ke kampung semasa cuti semester (ketika belajar di UKM), aku mesti akan pinjam motor Yahama merah Wan. Naik motor ronda-ronda Kota Bharu. Biasanya sebelah pagi Wan akan ke pasar membeli barangan dapur. Selepas Wan pulang, aku pulak rembat motor Wan. Wan seorang mematuhi undang-undang. Dia takkan benarkan aku naik motor tanpa lesen. Wan juga tak pernah naik motor tanpa helmet. Kalau naik kereta mesti pakai tali pinggang sebaik saja masuk ke dalam kereta. Wan sangat berdisiplin orangnya. Tapi kali ni aku nak cerita pasal benda lain.
Pada suatu hari, aku ke bandar Kota Bharu dengan motor. Aku pegi sorang saja seperti biasa. Aku buat apa sebenarnya? hahahah aku ke cyber cafe sebab nak berutus email atau chatting dengan che abe lah heheheh... masa tu pulak penyakit nak bukak Friendster, tak pernah miss. So kerap juga aku 'outing'. Dari rumah aku, naik motor dalam 15 minit aje nak ke bandar.
Selepas keluar cc dan keluar masuk pasar dan supermarket, aku pun pulang. Biasanya aku parking motor kat area The Store aje. Untuk pulang, aku melalui banyak traffic lights.
Ketika di traffic light berdekatan Wisma Persekutuan, aku perasan ada sebuah kereta dok hon hon kat aku. Aku buat tak tau sajalah, mana tau dia hon kat sapa.
Bila lampu hijau, aku terus jalan ke depan la. Dan aku lihat sebuah kereta Wira mengekori aku dan asyik hon-hon.
Aisey aku dah cuak dah. Dia memintas aku lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan dan memberi isyarat supaya aku berhenti. Aku dah mula takut aku pecut terus aje le. Aku dapat lihat seorang lelaki berkepala botak (dan aku assume berperut buncit) seperti berkata sesuatu.. heeeeee pecut wehhhh takuutttt!!!
Sampai kat simpang lampu isyarat dekat kampung, dia masih mengekori, haih takut weh natang orang tua nih nak apa hah, aku pecut lagi bila lampu hijau, dan signal nak masuk simpang sebelah kanan, dia pun ikut aku sambil membuka tingkap,
"Student UiTM kan?" tanya sambil tersengih,
"Tak...tak...UKM.." jawabku ketakutan...
dan vrooommmm terus aku cabut masuk lorong kampung tepi kedai Wan.
Takut weh tengok muka orang tua tu. Umur dalam lingkungan 40-an dan muka macam muka sugardaddy aje. Ntah-ntah dia dok cari anak ikan dia kot, ke muka nak sama dengan aku. Masa tu aku rasa takut wey sebab ada dengar kes student U ada affair dengan sugardaddy ni. Dan muka orang tua tu menepati muka laki orang yang desperados. Pasal apa dia mengekori aku sebanyak 3 lampu isyarat. Cara dia follow tu memang menyeramkan. Sebab bila dia pecut, dia akan memberhentikan keretanya di pinggir jalan kat depan supaya aku berhenti. Beberapa kali dia buat camtu.
Balik rumah aku cerita kat mak dan Wan. Mereka suruh aku berhati-hati dengan orang yang tak dikenali. Nasib baik dia tak masuk mengekori aku sampai ke rumah. Pada firasat aku, dia dok jejak student UiTM yang ada hubungan dengan dia kot. Bila aku kata aku budak UKM, aku cabut terus, tu yang dia tak ikut agaknya.
Sebelum tu, aku dengar banyak kes tentang sugar baby di taja sugar daddy ni. Hidup mewah, dibiayai orang lelaki kaya. Tapi itu tak ubah macam spare part aje lah. Eiiii ngeri weh, sama-sama la kita berdoa semoga perkara ni tak berlaku kepada keluarga kita, adik-adik dan anak-anak perempuan kita, amin.
Untuk anak-anak gadis, tak payahla nak cari 'tajaan' lelaki berhidung belang tu. Yang terindah hanyalah sementara. Ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang. Yang penting, jauhilah maksiat dan dosa. Kalau dah kasih sayang sangat, kawin terus ok!
No comments:
Post a Comment