Tuesday, July 17, 2012

apa cerita?

ahh...
mati idea la kadang-kadang, tak tau nak tulis apa, lagi-lagi bila internet slow aku jadi malas. Bila aku rajin nak upload gambar, masa tu la internet lembab macam siput sedut.
Mak aku takde kat kampung skang ni. Dia dok kat rumah anak-anak. Sedihnya teringatkan rumah tu kosong, malam-malam gelap dan sunyi.

Aku plan nak beli external hard disk bila ada pc fair yang murah-murah. Sebab kat dalam hard disk desktop pc yang lama, ada banyak video dan gambar Wan ketika masih sihat. Habibi kata hard disc tu tak rosak, motherboard aje yang rosak. Aku harap semua video dan gambar tu selamat, kalau tak, terkilan nanti!

Bulan puasa ni tak pasti sama ada mak aku balik ke kampung atau terus duduk kat rumah anak-anak sampai raya. Kalau macam tu, maknanya itu adalah kali pertama rumah kat kampung terbiar begitu tanpa penghuni. Sedih kan, sejak kecik membesar di situ, dengan suara riuh rendah dan gelak tawa, juga suara Wan dan dan emak. Segalanya bagaikan telah lenyap dalam setahun ini. Semuanya bagaikan telah hilang, meninggalkan memori dan kesannya cukup mendalam.

Tadi makan buah rambutan, teringat buah rambutan kat rumah yang akan terbiar buruk begitu saja. Dulu, aku panjat sampai ke bumbung dan membawa turun satu plastik besar buah rambutan, dan aku makan bersama-sama Wan dan mak. Wan selalu tersedak bila makan rambutan. Ahh... makin dikenang, makin lah sedih.

Kata kakak, dia nak balik raya pertama kat rumah walaupun takda sapa kat rumah, Maknanya, dia nak bawa mak pulang sebelum puasa kot, sebab nak ke kubur Wan. Apa dah jadi kat kubur ntah. Dah lama tak pegi, kalau abang aku sorang, dia tak berani nak pegi, sebab tanah perkuburan tu memang dalam hutan tepi paya. Buat yang penakut macam aku ni, seram sejuk juga heheee... sebab pernah terjadi kejadian jiran kena 'usik' hehehe... Wan semasa mudanya juga pernah kena 'usik' kat situ sewaktu sedang menebang buluh di tepi kubur untuk dibuat galah.

Dan aku juga nak basuh selimut Wan yang belum pernah aku basuh sejak Wan meninggal. Wan gunakan selimut tu di hujung hayatnya. Aku ambil dan belum kubasuh sampai sekarang. Aku gunakan selimut lain, selimut tu aku lipat dan buat peluk aje. Selimut tu jarang aku bagi habibi dan anak-anak guna. Tapi kelmarin aku baca majalah pasal hama, hehehe jadi aku rasa baik aku basuh, walaupun aku sayang nak basuh.

Kat dalam almari juga ada sehelai seluar trek yang aku pakai ketika hari Wan pergi, pun aku sayang nak basuh. Biar la dok situ, jadi nostalgia.

Everyday I love you Wan... al fatihah..

No comments:

Post a Comment