Wednesday, November 19, 2014

Mah oh Mah...

Assalamualaikum....
menjadi viral sekarang ni kes seorang isteri dan ibu bernama Mah, yang menghadapi ujian berat dicurangi suami. Suami yang memberikan alasan Mah dah tak cantik macam dulu, dah gemuk, busuk dan tak terurus, mencari janda untuk melempiaskan nafsu.
Teringin aku nak tengok muka laki Mah ni, hensem sangat kah, manis sangat kah, wangi sangatkah?
Tertanya-tanya jugak aku, kalau anak menangis malam-malam adalah laki Mah bangun menolong Mah mendodoikan anak?
Pinggan dan cawan yang digunakan laki Mah, adalah laki Mah tolong basuh?
Kalau Mah tengah masak, lalu anak kecil menangis, adakah laki Mah akan panggil Mah atau dia akan mengasuh supaya Mah dapat terus masak? Kalau anak berak adakah laki Mah akan memanggil Mah yang sedang memasak agar membasuh berak anak?
Semasa bercinta kata sehidup semati, susah senang bersama, ni belum mati lagi dah tak mau bersama membantu agar dua-dua senang, sehidup semati hape??
Semasa anak-anak masih kecil, kelahiran yang rapat dan berderet-deret, nak kena masak dan suap makan anak-anak, nak basuh kencing berak, nak basuh kain, agak-agak bila masa nak tempek mekap yang waterproof tuh? Nak pakai Ellgy untuk tumit merekah pun tak dapat, sebab dok ulang alik ke bilik air basuh berak anak, habis tanggal Ellgy dan losyen kat tangan.
Balik si laki, tengok tumit bini retak seribu, jari tangan besar dan kecut macam jari kingkong, muka sembab dan lingkaran hitam kat mata macam orang sakit kat wad, pakai baju yang basah di perut sebab baru lepas basuh pinggan, terus hilang selera dan pergi cari janda!
Aku cabar laki Mah ni jaga anak full time sehari je, food not provided, masak sendiri, pagi sidai kain, petang pastikan kain dilipat elok dan tiada pinggan mangkuk tak berbasuh dalam sinki. Pastikan laki Mah kekal bergaya dan kacak dari pagi sampai malam. Tolong jangan pakai kain pelikat dalam tempoh tu, seluar pendek tidak dibenarkan. Pakai smart macam Kevin Zahri, badan kasi fit tak gendut dan cergas, macam Kevin Zahri. Pastikan laki Mah jaga badan, mulut dan gigi bersih wangi, jangan berdaki, jangan berpeluh dan bau macam kambing. Pagi sampai malam dapat kekalkan senyuman untuk si isteri. Pastikan anak-anak kenyang dan bersih, tiada mainan bersepah di lantai! Amacam, boleh??? Sahut cabaran ni dulu kalau nak isteri sentiasa seksi, slim, wangi, muka bercahaya bersinar-sinar, rambut wangi macam kasturi.
Yes memang isteri kena jaga badan, jangan bagi bau macam kambing gurun, jangan sememeh.
Tapi bukan semua isteri perasan kepentingan ni, mungkin sebab suami tak pernah kata apa.
Suami patut jadi cerdik dengan memberi saranan yang berguna, dah kata sayang choihh...takkan nak tegur dengan berhemah pun tak boleh.
Apa kata beli hadiah set mekap ke, belikan baju yang cantik-cantik untuk dipakai kat rumah. Tanya kawan-kawan pompuan kat opis tentang produk yang sesuai ke lepas tu belikan. Survey tengok jamu yang sesuai untuk isteri, nak bagi isteri kembali cantik. Beli perfume ke, beli majalah kecantikan ke, beli katalog je, takkan isteri tak paham-paham lagi kalau macam tuh!
Laki Mah beri alasan, dia dah beri duit kat Mah tapi Mah yang tak mau berubah. Be creative kalau nampak isteri tu slow, belikan dan bagi hints, bukannya selepas bertahun-tahun baru nak buat pengakuan, tu pun lepas kantoi curang dengan janda.
Bagi isteri pulak, memang ada isteri jenis yang tak ambil kisah langsung. Bukan sebab dia tak mau cantik, tapi sebab dia tak sempat. Ni la peranan kawan-kawan perempuan. Kalau kawan kita nampak sememeh, tak jaga langsung. Bagilah semangat dan nasihat. Suggest produk yang sesuai. Beritahu kepentingan untuk touch up sikit. Ajak dia pergi salun sama-sama sekali sekala. Kekangannya adalah masa, tapi cuba curi-curi masa.
Aku dulu bukan tau apa pun masa beranak kecik, tak tau apa-apa dan tak jaga! Sememeh macam orang gaji. Aku pun menyampah tengok kesememehan aku kat cermin, laki tengok lagi laaa. Tapi alhamdulillah jumpa kawan-kawan yang menitikberatkan kesihatan, dari situ la aku tau kena makan herba ni, herba tu, petua ni, petua tu. Masa tu naif takda ilmu langsung, Internet pulak tak meluas macam sekarang, nak kena subscribe dengan harga yang mahal.
Sekarang ni Internet di mana-mana saja, nak beli jamu online anytime, nak beli baju lawa-lawa anytime.
Kalau rasa mahal sangat pegi SPA, lulur kat rumah pakai garam macam aku pernah ajar buat dalam blog ni. Modal seringgit dua aje.
Kalau tu pun laki buat tak tau jugak, memang something wrong somewhere yang kena dibawa berbincang. Tak kisahla laki pandang ke tak pandang, you deseve to be beautiful for your own satisfaction. Kalau lawa semata-mata tak bagi laki impress tapi laki tak jugak impress, nanti kecewa pulak. Just put in mind that you deserve to be beautiful inside out!



No comments:

Post a Comment