Wednesday, September 18, 2013

origami warrior...

Aku dok seronok buat origami sekarang ni, saja nak buat aktiviti merangsang kreativiti anak-anak. Tak elok kalau asyik bagi anak-anak main tab atau tengok katun aje, apa kata kita terlibat sama dengan mereka buat aktiviti macam ni.
Semalam dok excited buat origami rama-rama. Tapi kertas tak cukup besar. Jadi hari ni aku beli kertas banyak-banyak kat mall masa lunch tadi.
Balik kat bilik tengok YouTube pasal origami. Aku dah buat dress, kucing dan bintang. There are sooo many origami arts in the YouTube. Kenapala aku tak explore selama ni. Very interesting.
Anak-anak aku memang enjoy dok main benda ni semalam, layan origami sampai mengantuk.
Bagus aktiviti macam ni sebab guna imaginasi, ketepatan, deria mata dan tangan bekerja dengan baik.
Ia juga mengeratkan hubungan kekeluargaan walaupun masa tu abah diorang dok tengok bola, kitorang pulak dok buat origami tepi TV hehehhe...
lepas siap gunting-gunting, sapu semua kertas kat atas lantai macam cikgu tadika.
kadang-kadang aku rasa aku ni sesuai jadi cikgu tadika pulak. Layan je la, I just want my kids to see me as a special mother and they will remember me for the rest of their lives, like the way I do remember my dad everyday.

jomm kita buat origami!!

No comments:

Post a Comment