Saturday, May 3, 2014

Menyelami perasaan

warghhh...
mengantuk pulak...
semalam sampai kat rumah pukul 12.30 malam selepas selesai jaga gerai kat ekspo di Kangar.
Aku angkut satu family ke sana.
Seronok sebenarnya, bersama kawan-kawan yang sporting yang sehaluan dalam berniaga.
Anak-anak aku seronok dapat bermain-main kat dataran, ke hulur ke hilir.
Tapi kesian pulak bila diorang dah mengantuk dalam pukul 10 malam tu, nyamuk pulak banyak, risau aku.
Jadi selepas ni aku kena bawak kipas dan tikar serta bantal.




Bila aku join gerai macam ni, baru aku lebih nampak tentang peniaga gerai ni.
Ada yang bawak anak kecik termasuk aku, lepas tu makan lebih kurang je sambil duduk kat belakang gerai sambil digigit nyamuk. Badan pulak berpeluh kalau dok angkut itu ini, kaki pulak lenguh tunggu customer. Bagi aku, bukan senang sebenarnya bagi peniaga gerai ni. Aku biasa tengok peniaga gerai dok tidur kat khemah. Sekarang baru aku faham kenapa, memang lenguh kaki weh dok terpacak, kalau penat dok kat kerusi, pastu bangun balik.
Ketika orang lain dok bersenang lenang kat rumah menonton TV, kami kat gerai ni menanti pelanggan dengan penuh harapan andai ada rezeki yang datang. Kalau ada adalah orang, kalau tak ada, maka pulanglah. Nak pulang pun kena sampai waktu dia, bukan boleh main kemas dan simpan khemah.
Sekarang aku lebih memahami keadaan peniaga. Walaupun ramai yang buat dua pekerjaan dalam satu masa yang sama, ramai juga yang menjadikan gerai ini sebagai punca pendapatan utama.Baru-baru ini aku ada tengok kat TV, kisah ramai orang terpaksa melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa dek kerana desakan ekonomi, lebih-lebih lagi di bandar. Seorang pembantu tadbir jabatan kerajaan, setelah pulang dari pejabat, terus bergegas ke gerai burgernya seawal pukul 6 petang. Pukul 12 malam baru pulang ke rumah. Katanya, dengan pekerjaan sampingan tersebut, dia meraih sebanyak RM1500 sebulan dan ia digunakan untuk menampung keperluan keluarga. Kalau tak buat part-time job tu, susah katanya, memang tak cukup dengan gajinya sebagai kerani lebih-lebih lagi di KL. Sekarang ni tak kira dah walau di mana saja, orang buat part-time job. Kawan aku ramai buat part-time job jual insurans, jual shaklee, tudung, baju kurung dan juga kek. Yang duit banyak aku tengok rilek aje, tak payah susah-susah.
Aku dan habibi dah pun ada pekerjaan tetap tapi bagi aku bukak gerai ini boleh jadi satu pintu rezeki yang membantu aku di kala susah. Aku juga jumpa ramai 'kaki' untuk masuk berniaga. Lebih pada sosial network la. Padahal kalau nak dikira, baik aku duduk di rumah, orang beli online lagi ramai tapi ini lebih pada usaha dan minat. Yang penting, anak-anak aku suka hehehhe... aku tak mau berniaga dalam keadaan mendesak. Lebih pada rileks aje dan bagi orang kenal.
Alhamdulillah I have wonderful friends yang mengajar aku agar tak cepat give up, supaya slow and steady.
We had a great time!

No comments:

Post a Comment