Showing posts with label dental care. Show all posts
Showing posts with label dental care. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

What's new this month?


Sebenarnya tak new sangat pun tapi aku lambat update. Aku suka guna Oral B mouthwash tapi hari tu tak sempat beli sebab kena pergi ke Watson baru jumpa. Aku beli Plax Gentle Care. Sebenarnya aku nak elakkan rasa 'pedas' sebab tu aku beli Oral B, tapi Plax Gentle Care ni kira ok juga sebab tak le kuat sangat rasa mint dia tu..aku tak pasti la, yang rasa sengal-sengal tu mint ke? Atau bahan aktif lain? Dan aku juga beli Safi Rania Gold Serum yang aku dah pakai sejak beberapa bulan yang lalu. Tangan aku ni juga rasa gatal-gatal nak beli benda lain tapi aku tahan-tahan..sabarrr...sabarrrr...bulan depan banyak nak pakai duit...bulan 12 buleh la enjoy balik setelah hampir setahun aku menahan diri dari membeli sesuka hati...

Friday, September 9, 2011

Dental care...


Selain memberus gigi dengan sempurna sekurang-kurangnya dua kali sehari, kita seharusnya membiasakan diri menggunakan floss serta mouthwash supaya gigi BETUL-BETUL bersih dan sihat. Aku menggunakan berus gigi, floss dan mouthwash jenama Oral B. Bebenang floss Oral-B adalah halus untuk melalui celah-celah gigi. Kalau setakat memberus gigi semata-mata, sisa-sisa makanan takkan dapat dikeluarkan sepenuhnya.

Kalau la aku terlelap kerana keletihan tanpa memberus gigi, sudah semestinya aku tidur tidak senang hati dan sebaik sahaja terjaga, aku akan terus bangun memberus gigi.

Oh...jangan lupa jumpa dentist untuk melakukan scaling jika gigi anda berkarang.

Anak-anak aku pulak jenis kuat makan coklat dan gigi pulak jenis tak kuat, senang rotten. Aku harap bila gigi kekal tumbuh, penjagaan gigi dapat diteruskan dengan lebih sempurna. Sekarang ni kalau diorang mengantuk dan tidur, takkan aku nak kejut kan..

okaylah selamat menggunakan floss sebagai rutin harian.... boleh check website www.oralb.com

al-fatihah...dah 67 hari...