Showing posts with label kedai lalat. Show all posts
Showing posts with label kedai lalat. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

4 Februari 2011- 4 Februari 2012 (5 bulan countdown... kalau kutahu..)

Ketika sedang mendengar member aku present kat depan masa kursus pagi tadi, aku mendapat sms daripada kakak aku,

"Dok lalu ikut pasar tempat jale ngan Wan dulu..hiss sedih.."

sms sebelumnya,

"aku on the way kelik Kelate, baru kat Karak. Ari ni 4 Feb.. dah setahun gi Kedai Lalat ngan Wan.."

Lalu aku terdiam seketika...
aduhh....pedihnya....
lalu aku menunjukkan gambar Wan di Kedai Lalat dalam laptop aku kepada kawan aku disebelah...

"Aku rasa tak percaya ayah aku dah tak ada.."

tak semena-mena kawan aku pulak yang berair mata..

I miss him, I really miss him..
betapa berharganya waktu ketika Wan masih ada. Aku sering membayangkan saat ketika Wan masih ada, yang mana ia telah terlepas dari pandangan aku...dah berlalu...

lalu kucari gambar ketika kami sama-sama ke Kedai Lalat pada 4 Februari 2011. Masa tu Wan dah uzur tapi masih boleh berjalan.

Pada pagi Jumaat, 4 februari 2011, awal-awal lagi dalam pukul 8 pagi kami bertolak ke Kedai Lalat dengan menaiki Unser kakak aku. Seperti biasa, Wan duduk di depan. Sampai di Kedai Lalat, kami parking di perkarangan masjid.

Baru sampai

Ketika di Kedai Lalat, kami berpecah sebab Wan tak larat nak ikut kami. Wan yang tidak pernah miss dari minum teh, berjalan kaki ke warong berdekatan untuk minum. Ketika kami nak beli sayur, masih kuingat aku melintasi warong itu dan melihatnya sedang duduk dan minum.

Warong kat belakang, aku snap gambar ni last Friday masa balik kampung....

Setelah membeli barang-barang dapur, aku meletakkan barang dekat dengan kereta. Masa tu kakak aku berjalan bersama Wan. Wan nak beli tali jam. Setelah dibelek-beleknya, tak ada satu pun yang berkenan di hati.



Wan sedang pilih tali jam..


Ikan yang mesti dibeli oleh Wan, ikan tenggiri. His all time favourite. Sedihla tengok ikan ni, mesti ingat Wan.

Ketika aku masih merayau-rayau kat pasar, Wan dah tunggu kat perkarangan masjid...
4 Feb 2011, sebenarnya ada masa 5 bulan lagi sehingga 4 Julai 2011, we've never knew..

Tidak lama kemudian, setelah membeli baju Ben 10 untuk anak-anak aku di gerai berhampiran, kami kembali ke tempat parking kereta di mana Wan sedang menunggu di atas palang seperti gambar di atas.

And, itu adalah kali terakhir aku ke pasar Kedai Lalat dengan Wan.
Aku rasa sangat-sangat lah cepatnya masa berlalu. Aku rasa seolah-olah baru sangat ia berlalu. Macam beberapa bulan lepas je. Sebenarnya dah 215 hari Wan tinggalkan aku, tinggalkan kami semua.

Dalam hati rasa macam nak menangis, tapi tak boleh.
Oh Tuhan.. pedihnya suatu kehilangan.....

wahai kawan, dulu aku pernah ada Wan... tapi sekarang Wan sudah pergi...
mengapa sesudah tiada baru terasa sangat??? semasa masih ada jarang pula nak fikirkan/bayangkan seandainya Wan tiada. Sekarang Wan betul-betul dah tak tak ada!

Wahai kawan,
kalau korang masih ada ayah atau ibu,
cuba bayangkan bagaimana rasanya kalau ayah atau ibu korang dah tak ada,
mesti korang insaf dan akan terus menefonnya atau pulang kerumah,
atau akan memohon maaf padanya,
atau akan berada disisinya selama mungkin....
kalau ibubapa korang masih ada dan korang bayangkan kepedihan jika mereka tak ada, itu adalah bagus sebab hakikatnya mereka masih ada, dan kiranya masih berpeluang memberikan mereka kasih sayang....
membayangkan sedemikian adalah lebih baik, berbanding jika membayangkan yang mereka masih ada, padahal mereka sudah tiada!!!

Ya Allah, Tuhanku Yang Maha Pengasih,
Ampunkanla segala dosa ayahku...
tidak sanggup aku melihat Wan merana...
kasihanilah ayahku yang menghabiskan hampir seluruh usianya untuk membesarkan kami...
kasihanilah ayahku yang hidupnya susah sejak kecil, ayahku anak yatim piatu..
kasihanilah ayahku dan ampunkanlah segala dosanya atas kelalaiannya, atau kecuaiannya, atau kealpaannya....
jadikanlah tempat kediaman Wan di sana sebagaimana taman-taman syurga..
amin...
al-fatihah...

Sunday, January 29, 2012

From kedai lalat with love

Bukan nak tunjuk budak baju putih ni, tapi kedai kopi kat belakang. I spotted Wan sitting there on 4th February last year

Ini namanya budu kampung.. ada berani?

Mak pesan kelapa, sebiji RM1.30

Lorong ikan kering

Doroyan...


Bangunan kedai yang baru dibina...

27 Januari lalu, pada hari Jumaat, aku ke Kedai Lalat / Pasar Kota Jembal dekat dengan Kampung Pulau Melaka (Dekat rumah Tuan Guru Hj. Nik Aziz).

Kunjungan aku ke sana adalah setelah hampir setahun sejak aku mengunjunginya bersama arwah Wan tercinta, iaitu pada 4 Februari 2011. Pada Jun 2011 aku ke sana tapi dengan mak, sebab Wan sudah tak larat nak ikut.

Lainnya rasa kali ni, bercampur sedih serta sayu, sebab it has been his favourite place during his lifetime. Kedai Lalat sinonim sangat dengan Wan. Selepas Wan pergi, aku dan mak belum berkesempatan ke sana. Baru-baru ni aku pergi tanpa Mak sebab she wasn't well. Hati jadi tak begitu teruja, hilang tarikannya tanpa Wan. Kalau dulu-dulu, Wan ke sana dengan menaiki motosikalnya sahaja. Bila dah uzur, anak-anak membawanya dengan menaiki kereta.

Kalau tanya adik beradik aku, mereka akan kata sedih ke Kedai Lalat sebab Wan dah tak ada.
I miss those moments so much.