Showing posts with label wasiat. Show all posts
Showing posts with label wasiat. Show all posts

Wednesday, December 28, 2011

Bila aku sudah tiada....

Aku sering melawat blog yang tuan empunya blognya sudah kembali ke rahmatullah.
Betapa besarnya kesan tulisan seorang blogger. Semoga tulisan yang baik itu dapat memberikan pahala yang berterusan buat penulisnya.

1) onebreastbouncing
2) masafzal
3) nafastari

Blog pertama tu mengisahkan seorang pesakit kanser yang menulis tentang pengalamannya berhadapan dengan kanser payudara. Tulisan terakhirnya adalah kira-kira sebulan sebelum kembalinya beliau ke rahmatullah.

Blog kedua pula tentang pesakit kanser lymphoma, yang merupakan seorang doktor. Catatannya juga berkisar tentang pengalamannya melawan penyakit yang dihadapi.

Blog ketiga paling menyentuh perasaan aku kerana beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak perempuan yang masih kecil, berumur setahun dan dua tahun. Balunya adalah Mawar Nafastari. Beliau meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya apabila terlanggar seekor kuda. Kuda itu telah menghempap badannya. Kemalangan itu mendapat liputan akhbar pada Mac 2011. Sedih membaca luahan hati isterinya yang meneruskan kehidupan mereka tiga beranak. Nafastari merupakan rakan sekelas kepada seorang sahabatku di UIA.

Terasa sayu apabila membaca tulisan mereka yang telah pergi. Kita bukan tahu bila kita akan mati. Kita sendiri pun tidak pasti entah-entah entry yang ditulis adalah yang terakhir.

Emm... rasa macam nak buat pesanan pula, mana tau kan, aku pun bukan tau bila aku akan mati... amalan pun tak seberapa.

Cuma yang penting aku ingin memohon maaf kepada kepada suami tersayang atas kenakalan dan kedegilan aku sepanjang hidup bersamanya, atas rungutan, kata-kata dan tingkahlaku ku yang menyinggung perasaannya.. juga kepada anak-anakku andai aku sering memarahinya. I love my boy and my daughter soo...sooo much, I love you hubby so much :)

Kepada ibuku, maafkan anakmu kerana aku ni sering cakap lepas dan straight to the point. Emak banyak berjasa pada kami, ampunkan dosaku padamu mak!

Kepada adik beradik juga, aku memohon maaf atas segala keterlanjuran perbuatan dan tutur kata. Air dicincang tidak akan putus. Kepada ipar duai, anak-anak saudara serta sanak saudara yang lain. Maafkan aku. Juga kepada kawan-kawan. Aku hanya manusia biasa. Mulut ni kadangkala bertindak lebih pantas berbanding otakku ini.

Maaflah...aku hanya minta maaf, bukan boleh bagi harta pun ehhehe ( macam wasiat la pulak).
Kadangkala aku risau juga, sebab anak-anakku masih kecil. mati itu tidak mengira usia. Ada yang tidak sempat melihat anak membesar. Aku pernah berjenaka kepada encik habibi, kalau aku mati dan dia lekas-lekas kawen lain, nanti aku jadi hantu aku nak kacau dia hehehe....

hehehe gurau jeee... bila mati semua tu bukan jadi persoalan dah, semasa hidup ni memangla cemburu, bila mati nanti sibuk mengira amalan sendiri, sama ada ke syurga atau ke neraka. Yang hidup akan meneruskan legasi yang ada. Yang penting kasih sayang dan kebajikan anak dijaga sempurna.

Aku sendiri pun banyak hutang dengan Allah. Aku berdoa semoga Allah ampunkan segala dosaku, ibubapaku, kaum keluargaku dan semua umat Islam.
Semoga Allah lanjutkan usiaku dan suami untuk menjaga anak-anak sehingga mereka dewasa. Kami ingin meniti hari tua bersama.

Tapi itu hanya rancangan kita sebagai manusia. Rancangan Allah, hanya Allah yang tahu. He is the Best Planner.


Monday, June 6, 2011

Bila mama mati..siapa nak jaga Faiz?

Kelmarin, kami singgah sembahyang di sebuah masjid kecil di Baling. Kami biasa singgah di situ apabila balik, sejak Faiz kecil lagi. Masa first time singgah pada tahun 2007 ketika Faiz baru boleh berjalan. Ketika tu kami singgah berbuka puasa, on the way balik ke KB. Ketika abahnya memberhentikan keretanya, tiba-tiba kelihatan tunggul-tunggul batu nisan lama di hadapan. Mak ai ngeri pulak sebab sebelum tu tak nampak. Kelmarin semasa singgah solat pada pukul 5 petang, ada beberapa orang tabligh sedang berbual-bual di tempat parking kereta, berjanggut putih dan berjubah putih. Sesudah siap solat, aku dan budak-budak ni menunggu abahnya di tepi pagar yang memagari kawasan perkuburan. "Tengok tu kubur orang mati.." kataku kepada Faiz dan adiknya. "Oh..dia tinggal kat situ ke"?..tanya faiz.."Ya..sebab mereka dah mati". Selepas tu kami meninggalkan masjid tersebut menuju ke Sg Petani.

Kami tiba di rumah tokwannya pada pukul 7.30 ptg, dah senja..masa tu tokwan sedang mengemas kedai buah-buahan di hadapan rumahnya. Malamnya dekat pukul 10 mlm, kami bertolak ke Perlis. Ketika dalam kereta, tiba-tiba Faiz bertanya, "Nanti bila tua mama mati tak?" "Mama matila bila dah tua, sakit." Jawabku. "Lepas tu kanak-kanak tak ada kawanla"..balasnya dengan suara perlahan. "Pasal apa pulak kanak-kanak tak ada kawan?" Tanyaku, "Dah mama ngan abah mati"...katanya lagi..kadang-kadang aku terpaksa suruh dia ulang balik sebab dia cakap perlahan, macam sedih je bunyinya. "Taklah, mama tak mati pun.."kataku, supaya dia tak sedih. "Lepas ni mama mati.." Ulangnya lagi, ada kot 5,6 kali sepanjang perbualan semalam. Seram pulak aku.."Dah Faiz dok loncat-loncat mama dan abah mati la, kalau Faiz dengar cakap, mama dan abah tak sakit, tak mati laa"..abahnya pulak menyampuk sebab aku dah tak tau nak jawab apa. "Lepas ni mama tua mama mati...siapa nak kawan ngan Faiz, siapa nak jaga Faiz ngan adik..." Katanya lagi...aiseyy mann aku dah sedih dahh..."Faiz duduk dengan tokwan la..." Kata aku.."Faiz la jaga adik"..kata abahnya pulak...Apabila dia masih ulang ayat yang sama, aku kata "Taklah...mama lepas mati mama bangun balik..nanti kita masuk syurga sama-sama ok!' Kata aku pula.."Mama mati mama tak bergerak dahh" katanya lagi..isk...dia pun macam nak menangis sebab cakap makin perlahan...aku pun cuba tukar topik, tapi dia masih bertanyakan hal yang sama. Lama jugak baru aku dapat alihkan perhatian. Rasa sedih pulak dengan pertanyaan dia. Maybe sebab tengok kubur dekat masjid petang tadi kot. Sebelum ni pun dia memang risau kalau aku sakit. Ada sekali tu ketika hendak tidur, aku cakap "tak laratnya.." Dia tanya, "Mama nak mati ke?" rasa nak tergelak pun ada..(sebelum ni bila bersembang, aku ada kata, orang-orang tua bila tak larat, mati le.) Lepas tu dia tergaru-garu tangannya..."Gatalnya...boleh mati tak?" "Taklah..." jawabku.

Tapi..betul juga apa yang dia tanya, kalau aku mati siapa nak jaga dia? Most of the time kalau bini mati dulu, encik suami akan cepat-cepat kawen lain. Itu yang pasti aku rasa. Dan emak tiri akan jaga anak-anak tirinya? OMG!! No way man, lebih baik duduk dengan tokwan je lah. Ahhh..sedih pulak rasanya. Aku berdoa semoga dipanjangkan usia untuk membesarkan kedua-dua anak aku. Tak sanggup pula berpisah dengan mereka, apatah lagi masih terlalu kecil. But if that happens, I pray for the best for my son and my daughter..and also Mr Hubby. Semoga kedua-dua anakku dapat jadi seperti Dr. Zakir Naik, saintis dan ulama Islam. Isk....macam wasiat le pulak.....I love you, three of you sooooo much!!!mmuahhh.....