sejak kelmarin kerongkongku pedih, batuk sikit-sikit aje tapi bila batuk tu rasa nak meletup ke kerongkong aku ni. Suara pun garau dah sikit, tapi masih terkawal, alhamdulillah.
Aku sebenarnya tengah berdebar dan berdoa dengan penuh pengharapan kepada-Nya.
Ada satu peristiwa penting yang akan berlaku tak lama lagi, aduhh aku tak boleh nak cerita lebih-lebih tapi insyaAllah aku ceritakan selepasnya segalanya selesai. Yang penting, aku percayakan rancangan Allah, Allah merencanakan segala-galanya tepat pada waktunya, semoga segalanya dipermudahkan-Nya, amin.
Kalau dulu masa Wan masih ada, aku mesti akan maklumkan kepadanya.
Ketika pulang ke kampung pada hari raya cina yang lalu, aku dapati jam dinding di rumah sudah tidak bergerak jarumnya. Bateri dah habis.
Masih aku kuingat ketika Wan menyuruh abangku menurunkan jam itu untuk ditukar baterinya yang telah habis. Hari tu hari Jumaat, 2 hari sebelum Wan admitted to ward pada June 2011. Abangku menurunkan jam tersebut dan Wan memberikannya bateri energizer untuk dimasukkan ke dalam slot bateri jam. Sungguh masih kuingat, kami adik beradik ramai-ramai mengelilingi Wan yang ketika itu berada di atas katil kecilnya di ruang tamu. Akhirnya setelah setahun setengah, iaitu beberapa hari sebelum hari raya cina yang lalu, jam itu kehabisan baterinya. Aku tukar bateri baru dan kusimpan bateri lama di dalam bilik Wan. Aku berasa sayu kerana aku masih ingat lagi Wan memegang bateri itu, 10 hari sebelum Wan pergi.
Minggu lepas kakak aku pulang menjenguk emak. Di wall Fb nya dia post gambar ni yang bertarikh 3 Mac 2013.
dan statusnya :
"Melalui jalan yang pernah ku lalui bersamamu dengan sebak di dada.."
5 Jun 2011
rindunya kat Wan..
semoga Wan gembira di sana, amin.
No comments:
Post a Comment