Dulu aku pernah terbaca status kakak aku dalam Fb tentang keretanya tergesel dengan sebuah kereta lain semasa kat tempat parking. Dia serba salah sama ada nak tunggu tuan dia atau nak cabut lari aje. Ada yang suggest suruh cabut lari aje, ada yang suruh tinggalkan mesej bertulis," I'm sorry I hit your car". Tapi kakak aku cabut lari aje hehehe..
aku juga pernah terbaca dalam suratkhabar, kalau tak silap aku aktor Brad Pitt kot, tergesel kereta orang lain. Mungkin kerana nak cepat, dia hanya tinggalkan mesej di kereta itu yang berbunyi, "Sorry I hit your car, please contact me, Brad Pitt." Bagi aku, itu merupakan contoh yang baik sebab dia bertanggungjawab di atas kerosakan yang dilakukan.
Pagi tadi, aku ke pasar untuk membeli bahan mentah sebab ada tetamu istimewa datang ke rumah. Aku drive sendiri kat pasar tu. Keadaan pagi memang sesak sebab orang ramai membeli barang dapur masing-masing. Hanya ada sebuah petak parking kosong yang sempit. Aku yang datang bersama kakak ipar terus parking di petak tersebut. Tapi aku parking terlalu rapat dengan kereta sebelah. Masa nak reverse perbetulkan kereta, tiba-tiba side mirror aku bergesel dengan side mirror kereta sebelah menyebabkannya patah tapi tak tercabut. Arghhh mampuih, aku tak pernah langgar kereta orang sejak aku memandu sebab aku sangat berhati-hati. Dan aku juga elakkan parking di tempat yang sempit untuk elakkan kejadian sebegini. Aku ni jenis cepat cuak, masa tu takleh pikir dah, kakak ipar aku yang tolong pusing stereng, aku dah jammed hahaha.... serta merta spoiled niat nak beli barang.
Dalam kepala otak aku, aku harus bertanggungjawab di atas kerosakan ini. Aku boleh aje blah dari situ dan buat tak tahu. Tapi aku terfikir bahawa, mesti tuannya akan maki hamun bila tengok keadaannya keretanya nanti kalau aku blah terus. Bagi aku, aku boleh lepas di dunia, tapi aku mesti tanggung dosa diakhirat nanti, tak lepas dosa aku kalau aku tak mintak maaf atau bayar ganti rugi.
Adoihh... aku pun dengan rasa bersalah terus ke gerai berdekatan membeli sayur-sayuran. Dalam hati dok gelabah dan susah hati. Nampak gayanya kereta itu milik seorang peniaga sebab selepas aku beli barang pun masih ada kat tempat parking. Kereta tu jenis proton saga lama macam kereta aku juga. Mungkin pemiliknya orang tua mengikut kepada otak aku ni. Masa tu aku tekad nak spy siapa tuan dia, sebab masa aku call habibi, dia suruh hati-hati kot-kot tuan kereta tu jenis bengis, mampus aku nanti jujur tak bertempat. Sambil berserah dan berdoa Allahumma Yassir Wa laa Tu'assir Rabbi Tammim Bilkhair (Ya Allah permudahkanlah, usah dipersulitkan, sudahilah dengan kebaikan), aku jalan kaki ke mesin ATM berdekatan mengeluarkan sejumlah duit. Dalam hati aku, ohhh kopakkk bulan nih!!!
Sampai kat gerai, aku bertanyakan pakcik yang menjaga sebuah gerai sayuran berkenaan dengan tuan kereta itu. Aku harapkan kereta tu pakcik tu yang punya, sebab muka dia baik hehehhe...
" Pakcik, pakcik kenal tak siapa tuan kereta tu? "
"Yang mana?"
" Yang tu, saya dah langgar kereta dia.."
"Ohh.. entahlah kereta siapa ye.." ( sambil bertanya kawan dia di gerai sebelah)
lalu dia pun mengikut aku ke kereta tadi.
" Oo... sikit aje ni, takpa kott.."
"Nanti dia sumpah (maki) saya pakcik, huhuuu"
Kemudian datang seorang lelaki (dia ni macam lurus bendul sikit)
"Hang tau kereta siapa ni", tanya pakcik kepada lelaki tu..
"oooo saya tau ni, kereta dia tu.." Jawabnya lalu menunjukkan ke arah seorang cina menjaga gerai barangan dapur. Lalu dia menjerit ke arah lelaki cina yang sedang melayan pelanggan. Heee malu aku dia pegi jerit, takut semua orang tau pulak
"Uihh... hang pi panggil lah.." kata pakcik kat lelaki tu.
hehehe lalu dia pun pi panggil, aku dan kakak ipar ikut sekali.
Aku explain kat dia, kata aku langgar kereta dia. Dia sedikit cuak lalu mengikuti aku ke keretanya. Hahh matilah kali ni....
lalu dia pun menuju ke sebelah kanan keretanya untuk melihat side mirror yang patah tu.
" Ooo....tadak apalah... tak mengapa.."
" takpa ke, saya mintak maaf...."
"tak apa...tak apa..." katanya. Aku ucapkan terima kasih dan dia kembali ke gerainya.
Alhamdulillah syukur.
Lega aku, sekurang-sekurangnya aku dah lepas dah bahagian aku. Dah settle, tak payah settle di akhirat kalau dia tak redha.
Tapi, aku rasa aku tak boleh buat begini dalam semua keadaan. Silap haribulan, kena maki atau kena ketuk.
Tapi tadi aku confident sebab kat pasar tadi biasanya customer dia orang-orang kampung berdekatan. Kalau kat Tesco, aku rasa aku cabut lari dah ehhehehe.... ataupun kalau kereta tu kereta mewah, sure aku cabut wakkakakka......
lepas ni kena hati-hati, parking jauh-jauh pun aku sangguppp!!!
No comments:
Post a Comment