Beli collagen lagi ye?
Dulu kawan aku suggest Pure Marine Collagen (PMC) ni yang dia jual. Tapi masa tu aku masih ragu-ragu tentang keberkesanannya. Ketika itu aku dok makan Gogen Collagen dust. Bukan tak elok, elok aje, kesan dia bagus, tapi harganya mahal, sebotol tu kalau consume betul-betul, boleh habis dalam 2,3 minggu. Setelah melihat testimoni rakan-rakan yang menggunakan PMC ni, aku rasa nak cuba pulak. Dengan harganya yang lebih murah dan tahan lama, aku rasa aku boleh jimat banyak duit.
Lalu aku pun order dari sini Rumpai Laut Semporna , aku beli PMC kaler hijau, yang dikatakan lebih berkualiti daripada PMC kuning dan ungu. Aku beli 500g, RM60. PMC hijau dikatakan mempunyai antioksidan paling tinggi. Boleh baca kat sini perbezaan PMC kuning, ungu dan hijau.
Kawan aku makan bersama emaknya. Katanya, tumit merekah emaknya pulih bila makan kolagen ni.
Seperti collagen dust, PMC ni baunya pun spesen, hanyir seperti ikan, kerang. Jenis hidupan laut kot. Oleh kerana aku pernah makan collagen dust yang busuk tu, jadi aku pun boleh makan juga PMC yang telah dimasak menjadi agar-agar ni.
Kadang-kadang aku rasa nak termuntah bila cium baunya. Aku telan 2,3 sudu besar agar-agar PMC ni. Aku dah campurkan daun pandan dan sedikit gula melaka ketika memasaknya kelmarin. Lepas telan, aku terus minum air dan telan pati delima. Loyaaaa..... tapi better than collagen dust sebab yang tu serbuk.
Tunggu dan lihat hasilnya. Aku hanya masak segenggam PMC. Bila masak, jadi banyak macam ni.
Oklah tunggu dan lihat hasilnya.
Petang tadi, aku ke Padang Besar membawa tetamu istimewa aku jalan-jalan.
Aku sempat beli seutas jam tangan, ni haaa
Aku tak tau nak pilih yang mana satu. Ada jam tangan Rolex tuuuu hahahha. Kerana rasa tak munasabah, maka aku beli yang jenama 'Rado' dengan harga RM20 hehehhe... 'Rolex' tu pun harga sama aje. Nampak sangat tiruan kalau aku pakai Rolex, baik aku pakai Rado ajelah. Tetamu istimewa aku seronok ke pasar Padang Besar, sebab katanya selesa untuk lepak-lepak duduk rehat. Kalau kat Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur di Kelate, kena jalan jauh dan takda tempat selesa nak lepak-lepak. Kat komplek Padang Besar, kita boleh duduk di tengah-tengah bangunan kedai tu sementara menunggu yang lain membeli belah, disamping membeleh-belek aksesori seperti gelang dan brooch di gerai berhampiran. Tadi kami pegi lewat sikit, selepas Asar sebab nak elak kepanasan di tengahari. Pasar pulak biasanya tutup pukul 6 petang, tadi tutup lewat sikit sebab cuti sekolah. Kami ikut jalan short cut melalui felda ladang tebu Chuping, the hottest spot in Malaysia wuuu!!!
oklah, nak tido dah.... bye
No comments:
Post a Comment