Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan!

assalamualaikum!
macam mana puasa hari kedua, semua ok? hehehe
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.
Malam pertama Ramadhan, kami satu family ke masjid untuk berterawikh.
Masjid penuh dengan orang ramai termasuk kanak-kanak, bayi pun adaa!!!
Habibi dah pesan suruh duduk hujung-hujung belakang, sebab kotla adik dah tak mau solat, nak tido ke.
Selepas solat Isyak, " Mama, nak kencing!!"
pulakk..
"Ish nak berak sekalilah!"
oohh..... aku nak kena masuk toilet, bukak telekung, basuh punggung dia dan amik wudhuk semula laaa.... selalu dia basuh sendiri tapi tak harap pulak sebab pakai gayung nih.
Lepas siap tu orang dah mula 2 rakaat pertama. Masa dok solat tu aku risau sebab dia lari pegi belakang. Setiap kali selepas salam aku berubah saf sebab nak cari dia. Rupanya dia dok berlari-lari dengan si abang dan kawan-kawan satu taman. Kat tepi tu ada budak laki dok melepak pulak, siap merokok. Kalau solat buat apa nak melepak merokok tepi pokok tu, dahla kawasan tu kawasan jemaah perempuan.
Bila nak balik, sound siap-siap kat budak-budak ni supaya jangan lari, kalau tak nanti tak mau bawak dah.

Ermm...
okay lah aku just nak share cerita pasal wartawan Mesir Ahmed Assem El-Senousy yang mati ditembak sniper tentera Mesir pada Subuh 4 Julai lalu. Beliau ketika itu sedang merakamkan video sniper berkenaan sedang menembak mereka yang melakukan demontrasi secara aman. A very good man, humble and kind journalist. Saksikan video kematiannya sendiri. Video ini merakamkan saat-saat akhir sebelum Ahmed ditembak tepat di dahi , dan videonya berakhir disitu, semoga syahid untuk Ahmed Assem, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment