Wednesday, July 31, 2013

Ho ho ho balik kampung!!!

sampai aje ofis dengar kawan sebelah ni pasang lagu balik kampung....
dah nak raya rupanya.... kejap aje..
tahun ni balik raya kat KB, sukanya!!!!
bagi aku feeling raya ni masa ni aje dan ketika pagi raya pertama, lepas tu habisla.
Balik kampung..
rumah kat kampung takde orang, bila kami balik nanti barula mak pun balik kerumahnya.
hmmm...
dalam pada tu aku rasa teruk, sebab tak manfaatkan Ramadhan sepenuhnya, tak produktif dengan amal ibadah. Balik ke rumah aje aku terus penat.
Aku tau kenapa, sebab aku tak tidur siang!
memang aku cergas di siang hari, tapi bila malam memang jadi letih aku tido awal, so nak tak nak aku kena take a nap during the day.
Isk isk isk.. teruk teruk teruk.. memang teruk!!!
balik ke kampung nak jenguk kubur Wan huhuuu..
teruknya! aku tak bangun doakan wan di sepertiga malam..
teruk teruk teruk!! apa dah jadi dengan aku nih..
Wan selalu bermotivasi bangun sepertiga malam doakan anak-anaknya tanpa jemu..
aku pulak alasan penat..
ohhh *hantukkan kepala ke dinding!*

maafkan anakmu ini Wan..
Ramadhan masih berbaki...
astaghfirullah...

Monday, July 29, 2013

budak kecik ni demam


Dah seminggu demam on dan off....
pegi klinik biasa ok sekejap demam dia..
aku suspek penyakit kuku, tangan dan mulut sebab ada bintil-bintil kat mulut. Kelmarin terus pegi hospital dan buat blood test, hari ni baru tau result, harapnya tak ada apa-apa. Cuma doctor kata dia kurang darah, jadi kena masukkan air, dah 2 botol dah. Dehydrated.
Semalam pakat tido kat sana macam vacation pulak hehehe, budak-budak ni seronok aje dok main, si adik cergas aje.
oklah..
see ya later..

Sunday, July 28, 2013

kerja sosial

weekend lalu sibuk sikit, balik kampong lepas tu ada program, charity convoy macam tahun lepas..
saja menyibukkan diri terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan...
malas cakap banyak, layan je la gambar-gambar ni..
balik program minum air satu jug seorang hehehe...














Wednesday, July 24, 2013

Olive oil, the best moisturizer ever!

assalamualaikum!!!!
dah 2 minggu puasa, tak lama lagi nak masuk sepuluh hari terakhir Ramadhan..
amacam ada perkembangan positif? ada berlaku peningkatan iman tak agak-agak?
aku pulak masih enjin cabuk ni camna nih adoi....

aku sebenarnya nak kongsi dengan korang pasal amalan aku sejak 2 minggu ni, iaitu consume extra virgin olive oil dan pati delima.
Olive oil tu brand Ravika dari Turkey, aku beli sekali dengan pati delima Gulsan tu la.
Aku surveyed kat Internet, katanya bagus makan olive oil ni, especially kat kulit, jadi moist aje.
Aku pun try la consume satu sudu.... malangnya aku rasa nak termuntah sebab baunya macam minyak masak, try korang telan minyak masak, boleh? heheh
lalu aku pun memandai-mandai mencampurkan olive oil tu dengan pati delima dalam satu sudu, bila aku telan, rasa masam delima tu yang ketara jadinya tak rasa sangat la olive tu, jadi memandai-mandai aku tu bermanfaat hehhe... aku telan 3,4 sudu.
aku dah telan selama 2 minggu dan aku rasa puas hati sebab kulit muka rasa lembab walaupun di bulan puasa. Aku belum renew stock collagen dust jadi aku kena cari ganti kasi 'makan' kat kulit aku nih, jadi olive oil dan pati delima is good!
One more thing, disamping makan, aku juga dapati olive oil ni sangat bagus sebagai moisturizer. Ianya tak berminyak macam baby oil tu, cepat kering bila pakai. Jadi aku telah membuat eksperimen dengan menyapu olive oil kat muka aku. Jangan sapu banyak sangat, sikit dahla. Gosok-gosok sikit kasi serap, kemudian aku pakai bedak macam biasa. Kulit kekal moist walaupun dok dalam aircond sehari suntuk.  Believe it or not, bagi aku, olive oil ni is the best moisturizer ever! Aku dapat rasa kulit muka aku licin dan moist. Korang tryla kalau tak caya, insyaAllah korang suka!

oh ya, nak cerita sikit perbezaan antara virgin olive oil dan extra virgin olive oil. Extra virgin olive ni minyak yang diperolehi hasil daripada perahan pertama, tanpa campuran bahan-bahan lain. Virgin olive oil pulak perahan kedua, tak sebaik extra tu.

banyak sangat faedahnya kepada kita, boleh tengok khasiatnya kat sini

sekarang ni aku stop moisturizer lain, because I'm sooo in love with olive oil ni hehehe...

ermmm dan ni saja selingan sebab lama tak bubuh gambar,
gambar cek mek junior ni masa kecik hehehe....


Tuesday, July 23, 2013

Resepi Nasi Kerabu Kelantan

Ahad lepas aku buat juadah berbuka puasa nasi kerabu dan daging bakar.....
juadah wajib ni kalau kat Kelate...
bahan-bahannya mudah saje, cuma langkah-langkah nak membuatnya tu tak semudah disangka..

untuk daging bakar,
aku ada buat entry tentang cara-cara nak buat daging bakar ni. Ok tak payah cari, korang blend bawang putih, bawang merah, halia, serai, jintan manis, jintan putih, garam dan gula melaka (masak gula Melaka ni bagi cair, biasanya aku guna separuh atau sekeping bergantung kepada kuantiti daging). Perap beberapa ketika dan bakar. Aku suka bakar dalam oven sebab ia masak sekata.


 Untuk buat sambal nyioq :

a) 1/2 biji kelapa parut ( digoreng tanpa minyak sampai kekuningan)

b) 4 ekor ikan kembung (direbus dan diambil isinya lalu digoreng tanpa minyak sampai ianya kering dan hancur, tenyeh-tenyehla dengan sudip kasi hancur)

c) 2,3 ulas bawang merah (tumbuk lumat)
d) sesudu lada hitam (tumbuk lumat)
e) sebatang serai (ditumbuk lumat atau dipotong halus)
f) garam + gula

*Kesemua bahan di atas digaul bersama hingga sebati

Untuk buat kuah santan :

f) 4 ulas bawang merah + 3 ulas bawang putih + seinci halia (blend)

g) 500 ml santan
h) 2,3 sudu cili giling (lebih baik cili giling home made daripada cili boh)
i) 2 helai daun limau purut
j) 2 batang serai diketuk
k) sebotol budu (tengokla saiz botl tu heehhe kang masin pahit pulak)
m) sekeping gula melaka (boleh reduce)

*Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan f, selepas itu masukkan bahan-bahan seterusnya.
Kacau terus menerus sehingga masak, jangan tinggal takut nanti pecah minyak.

Untuk ulaman pula:

Bahan original version dari kelate :

Timun
Kubis
Daun Kesum
Bunga kantan
Daun serai kayu (kat kelate dipanggil daun samok)
Tauge

boleh tambah petai kalau nak...


ok, itulah bahan-bahan asasnya, untuk nasik aku masak nasik putih saje.


selamat mencuba, kena buat awal-awal tau jangan last minute hehhe...



Saturday, July 20, 2013

oh noo it's saturday!!!

ahhh tak bestlah hari ni dah petang sabtu...
esok kerja.. hisss tak bestt.....
belum puas lepak di rumah dengan family..
hari ni menu berbuka puasa ialah ayam golek dan cempedak goreng.
Golek sendiri dalam oven hehehe....
beli seekor ayam RM13. Kalau beli yang digolek kat bazar ramadhan ada la RM20++, baikkkk buat sendiri!! dijamin suci murni. Macam biasa la aku perap dengan kisaran bawang putih, bawang merah, halia, serai +gula melaka + garam+ jintan manis + jintan putih, as easy as ABC..
..jap lagi nak round jugak tengok kot-kot ada gulai kawah ke...
menjelang petang ni aku dah jadi lembik tak larat dah. Aku ni jenis metabolisma badan tinggi, bila tak makan aku jadi cepat letih. Tapi alhamdulillah boleh mengharungi ramadhan ini dengan jayanya hehe... bila berbuka puasa tu aku togok air bergelen-gelen. Habibi kata nanti tak mau nasik, aku kata nak buat camna, aku jenis kuat minum air.
bab baju raya pulak, aku satu family tak buat apa-apa lagi, tak kisah sangat pun, janji raya kali ni balik raya Kelate yahuu!!
oklah, selamat berbuka puasa!

Wednesday, July 17, 2013

Yayy it's Thursday!!

Hai apa khabar?
semalam aku mimpi balik rumah kat kampong!! bestnyaaaa!!! tak jumpa Wan pun tapi best boleh 'masuk' dalam rumah. Entah apa jadi pada my home sweet home kat KB. Tunggu raya ni la nak meriah pun. Mak kata tikus bermaharajalela kat dapur. Oh rumahkuuu.....syahdu betol bila tengok gambar rumah dalam gambar. Rumah tu mak aku dah bagi kat abang, kami adik beradik tiada bantahan, semua setuju sebab abang aku banyak berjasa dan menjaga mak dan Wan ketika tua. Cuma rumah tu tak ada orang lah, jadi persinggahan. Sedih kan, rumah sejak kecik membesar bersama mak dan Wan akhirnya tidak berpenghuni.
Ohhh, tak mau syahdu sangat.
Bulan puasa ni aku cergas di siang hari, tapi lepas berbuka aku jadi sangat letih, tido awal gila kadang-kadang tuh. Semalam letih gila aku solat Isya' sebelum sahur. Tido dulu, tapi bila bangun tu memang nyaman dan segarlah. Bila bangun je aku sangat sibuk dalam beberapa jam awal tu sehinggalah aku pergi kerja. Aku orang terakhir keluar rumah jadi kena check keadaan rumah betul-betul. Sebelum keluar rumah, sidai baju cepat-cepat, bila sangkut atau jatuh mula la geram kat diri sendiri heheheh... tapi I can't help it, extremely exhausted untuk sidai sebelah malam. Dan
biasanya aku sampai ofis dalam 7.40++. Penah jugak 7.38, better late than never.
Sejak bulan puasa ni aku dok consume olive oil yang dicampur dengan pati delima. Aku tak boleh telan olive oil tu semata-mata sebab baunya macam minyak masak, jadi aku campur. Katanya bagus untuk kelembapan kulit. So far aku rasa ok kot, baru seminggu, tunggu lagi seminggu. Banyak khasiat dia termasuk sebagai antioksidan.
Hari ni tak tau nak masak apa. Nanti aku google blog Mat Gebu hehehe....
aku tengok statistic kat blog aku ni, yang cari resepi ayam percik banyak betul.. ke aku nak buat ayam percik pulak ni hmmmm...
Aku banyak free kelmarin, sehari suntuk dok tengok video yang sangat cute seperti yang ini, hehehe sangat cuteee sampai aku nangis??? waaaaaaaa

Sunday, July 14, 2013

Cergas di bulan puasa

wahh terliur aku tengok rendang ayam Mat Gebu ni, tengok aje pun dah tau sedap...
ini memberikan aku idea untuk masak nanti, err.... tapi ayam takde ni ermmm... Nak sms habibi jap.. (tut..tap..tup....)
setiap hari tengok hidangan best-best aje kat Fb ni.
Ermm...
camna puasa hari ni?
okay kah?
aku tengok ramai juga kawan-kawan kat sini yang tidur di waktu rehat ni.
Mungkin mengantuk bangun awal kot..
surprisingly aku tak mengantuk sejak posa ni (tapi weekend aku tak kira hehehe)
aku bangun average pukul 5 pagi, sampai sekarang aku rasa cergas, petang ni la nak lembik sikit pun. Malam tidur awal sikit. Nak kata faktor pemakanan, aku rasa biasa-biasa aje. Cuma aku perasan, tidur siang ni adalah tabiat sebenarnya (seperti kat tempat kerja lama hihi). Bila dah mula tidur sekali, hari seterusnya akan terasan mengantuk pada waktu yang sama. Jadi baik aku jangan tidur, buat apa tidur sebab aku tak ngantuk langsung hehe... semalam tidur dalam 11.20 malam. Lepas maghrib tu dah ngantuk dah tapi aku hold on dulu melepasi waktu mengantuk tu. Kalau nak kira, lepas maghrib tu pun boleh terlelap. Dann jugaa, kalau tidur lepas Sahur tu memang akan mengantuk di siang hari. Tak percaya? korang tryla buat eksperimen. Masa weekend aku tidur lepas Subuh dan sepanjang hari tu asyik tidurrr aje. Tapi bila hari bekerja, aku tak tido lepas Sahur, memang aku cergas sepanjang hari. Huhu gila kalau tidur lepas Sahur, nanti tak makan anak-anak aku kat sekolah, dan baju pun tak tergosok. Siap haribulan boleh EL. Pagi tadi goreng nugget dan fries buat bekal. Ala-ala mat salleh tapi tu paling cepat. Nak makan nasik bukan berselera sangat pagi-pagi budak ni, orang tua pun sama. Lepas tu buat bekal milo ais. Setiap hari aku galakkan Faiz makan kat sekolah hehehe, sebab aku kesian kat dia yang kurus kering tu. Katanya, Khamis lepas ustaznya pesan, kalau lapar boleh berbuka. Sebelum tu dia tak berani makan, malu orang nampak. Kantin pun tutup. So hari ni dia boleh makan dengan beraninya hehehe... naahhh... dia terlalu kecil untuk berpuasa. Mak ayah aku tak pernah paksa aku puasa semasa kecil. Bila lapar sikit Wan dan mak suruh makan aje. So tak pernah nak curi-curi makan atau minum. Gradually di sekolah rendah tu akan belajar sikit-sikit. Alhamdulillah sejak baligh tak pernah ponteng puasa tanpa sebab.
kepada ibubapa, tak payahla paksa anak-anak kecil korang teruk-teruk puasa, Nabi suruh paksa anak solat dulu tau, bila solat, secara automatic dia akan puasa nanti.
oklah, nak solat zohor...
byee..

Daging bakarr!!!

Sekarang baru pukul 3.50 petang, lagi 40 minit nak balik.
Aku jadi tak sabar nak balik ni sebab anak-anak dan habibi ada kat rumah.
Aku dah pesan kat habibi suruh keluarkan ayam dan daging sebab aku nak balik bakar daging dan ayam.
Bakar macam satey tuh.
Meh aku bagi resepi mak aku, ehhehe..
tapi ni resepi satey tau hehehe...

aku tak bagi kuantiti tau, ikut suka hangpa la hehehhe... bergantung kepada citarasa dan kuantiti daging/ayam.


Resepi daging/ayam bakar @satey

bahan-bahannya:

bawang putih
bawang merah
halia
serai

* blend bahan di atas

serbuk jintan manis
serbuk jintan putih

garam
gula melaka (nak manis bubuhla lebih)
-masak gula melaka ni kasi cair

******
gaulkan ayam/daging dengan bahan-bahan di atas..
perapla beberapa jam barula rasa rempah sekata.

tapi aku rasa aku perap kejap aje sebab ni dah pukul 4 dah, jap lagi baru nak beli jintan manis jintan putih heheheh...

insyaAllah sedap ni, special sebab bubuh gula melaka tu.
kalau nak buat satey pun camtu la jugak bahan-bahannya.

wahhhh lapar dah aku niee....

selamat mencuba!



Thursday, July 11, 2013

Selamat hari jumaat!

hari ni aku cuti, ambil kesempatan hari ni basuh baju, kasut sekolah dan plan nak lipat kain.
Aku tengok feedjit kat sebelah tu, sehari dua ni ramai sungguh cari resepi ayam dan ikan percik kelate hehehhe, aku harap diorang berjaya membuat acuan santan yang enak buat santapan berbuka puasa. Aku pun buat ayam percik ni kelmarin. Tapi tak bakar pakai arang pun, bubuh dalam oven aje. Bila bubuh dalam oven ni aroma dia tak la sewangi kalau bakar pakai kayu arang. Bila kuah dia menitik atas arang tu yang jadi wangi tu. Tapi walaupun masak guna oven, habis licin jugak 8 ketul ayam kecik-kecik tu. Budak-budak ni suka kuah dia bila dimakan dengan nasik. Tengok next week nak cari ikan kembung besar-besar sikit, beli arang dan bakar kat luar rumah. Tapi yang aku buat ni tak sesedap mak aku buat, aku rasa sebab guna cili boh kot sebab mak aku guna cili kering yang di blend. Yang tu baru fresh dan wangi. Mak aku masak ayam tu dalam santan pekat, aku pakai santan cair sebab santan sikit aje heehhehe...senang cerita, nak sedap tak boleh jimat, aku sebab malas kelmarin.
Bestnya suasana sewaktu aku tolong mak aku masak kat kampung, bersama Wan.
Mak aku jarang balik rumah sekarang. Semasa pulang mengundi tempoh hari, aku ingat nak suruh bas tu berheti depan kedai Wan aje, tapi, itu dulu, bolehlah buat macam tu. Bas berhenti kat jalan besar depan kedai dan aku jalan kaki ke rumah dan jumpa mak dan Wan tercinta. Tapi sekarang, mak tak ada, Wan pun dah tak ada... sayu lah.....  tahun ni tahun ketiga puasa dan raya tanpa Wan... insyaAllah aku dan keluarga dan makin boleh sesuaikan diri, tapi ingat kat Wan hari-hari.
Petang ni balik kampung habibi. Diorang pun cuma tinggal berdua aje.
Aku suka balik hari jumaat sebab ada pasar malam depan rumah, bolehlah aku perabih duit hehehheh... seronok cuci mata padahal benda sama aje.
okaylah, dah nak zohor pun, kat muka tepek bedak rambai. Teruk betul keadaan muka sekarang ni, tak terurus hehehe, Faiz kata muka aku hitam hahahha....
ok la bye

Wednesday, July 10, 2013

Salam Ramadhan!

assalamualaikum!
macam mana puasa hari kedua, semua ok? hehehe
Alhamdulillah diberi kesempatan bertemu Ramadhan tahun ini.
Malam pertama Ramadhan, kami satu family ke masjid untuk berterawikh.
Masjid penuh dengan orang ramai termasuk kanak-kanak, bayi pun adaa!!!
Habibi dah pesan suruh duduk hujung-hujung belakang, sebab kotla adik dah tak mau solat, nak tido ke.
Selepas solat Isyak, " Mama, nak kencing!!"
pulakk..
"Ish nak berak sekalilah!"
oohh..... aku nak kena masuk toilet, bukak telekung, basuh punggung dia dan amik wudhuk semula laaa.... selalu dia basuh sendiri tapi tak harap pulak sebab pakai gayung nih.
Lepas siap tu orang dah mula 2 rakaat pertama. Masa dok solat tu aku risau sebab dia lari pegi belakang. Setiap kali selepas salam aku berubah saf sebab nak cari dia. Rupanya dia dok berlari-lari dengan si abang dan kawan-kawan satu taman. Kat tepi tu ada budak laki dok melepak pulak, siap merokok. Kalau solat buat apa nak melepak merokok tepi pokok tu, dahla kawasan tu kawasan jemaah perempuan.
Bila nak balik, sound siap-siap kat budak-budak ni supaya jangan lari, kalau tak nanti tak mau bawak dah.

Ermm...
okay lah aku just nak share cerita pasal wartawan Mesir Ahmed Assem El-Senousy yang mati ditembak sniper tentera Mesir pada Subuh 4 Julai lalu. Beliau ketika itu sedang merakamkan video sniper berkenaan sedang menembak mereka yang melakukan demontrasi secara aman. A very good man, humble and kind journalist. Saksikan video kematiannya sendiri. Video ini merakamkan saat-saat akhir sebelum Ahmed ditembak tepat di dahi , dan videonya berakhir disitu, semoga syahid untuk Ahmed Assem, insyaAllah.

Monday, July 8, 2013

Al Jazeera live from Egypt

the latest updates from Egypt Al Jazeera

syurga itu mahal harganya, lihatlah betapa ramai yang terbunuh di medan perjuangan, untuk mati sebagai syahid dan mendapatkan tiket ke syurga, kita ni nak dapat tiket camna ye? ukurannya bukan hanya pada kemenangan, tapi kepada sumbangan kita selain doa.

semoga Allah menyelamatkan Morsi, Ikhwanul Muslimin dan pendokong Islam yang ikhlas kepada mu ya Allah, amin...

Sunday, July 7, 2013

2 hari lagi nak puasa!

Kelmarin aku kena diarrhea, perut memulas. Tak pasti apa puncanya, tapi siangnya aku makan KFC dan nasi lemak. Aku rasa antara 2 tu lah. Tak pernah perut memulas macam tu, macam nak beranak je rasanya. Masa nak solat zohor tu rasa weak gila, siap tergolek-golek tak larat kat surau. Balik umah terus demam. Banyak betul kuman sebab demam.
Alhamdulillah hari ni recover. Habibi pulak kena, hari ni dia cuti. Anak-anak syukurla tak kena, kalau macam tu memang kes nasik lemak la ni sebab diorang tak makan.
Hari ni pun aku masih keletihan. Tadi ada majlis bacaan yasin kat jabatan. Tak larat pulak rasanya. Aku rasa aku dehydrated, tu yang feeling tired and weak.
Dan aku juga dah dapat beberapa tugasan. Bagi aku mencabar la. Aku nak kena banyak consult orang dan bertemu orang selaku wakil jabatan untuk menyelesaikan masalah berkaitan ICT, fuhhh kena atasi sifat penakut tuh, masa ni lah nak buktikan communication skill yang aku dok promote pung pang puang pang dalam interview hari tu hehehhe... janji ditepati!
biasalah, baru nak kenal orang, dan tengah dok cari maklumat sedikit demi sedikit, jadi takdelah aku cakap kosong, based on facts!
lagi 2 hari lagi nak puasa, korang balik kampong ke? aku mungkin setakat balik kampong habibi je kot, nak balik kelate tak kot sebab nanti aku balik awal sikit sebelum raya.
okaylah, feeling tired, kena togok air sebotol nih...
bye..

Saturday, July 6, 2013

apa cerita?

 Esok adik ada pertandingan nasyid, malam ni sempat try selendang dia. Huhu sedey pulak sebab aku kerja, tak boleh tengok, iskk.......

 Gambar tengah mandi petang tadi. Gambar tengah bergumbira. Semasa dinner tadi si abang kena tibai dengan abah dia sebab mengamuk. Orang suruh makan dia nak tengok cerita katun, bila tak bagi tengok mula hempuk pintu, sekali aku dengar piapppp!

Dan ini pulak baru kemas almari makanan sempena kedatangan bulan Ramadhan, ehhehe, penuh dengan rempah ratus sebenarnya. Hari ni penat sebab kemas dapur, buang banyak makanan dah expired.
Jadi hari ni cancel lipat kain, ohhh.... banyak sungguh!!!!

Friday, July 5, 2013

weekend!!!

hai apa khabar?
semua dah tido ni tinggal aku sorang aje.
hari ni Jumaat aku cuti, tinggal berdua dengan si adik. Aku tak hantar ke sekolah setiap jumaat, hehehe takpela sebab tadika aje pun, bila dah sekolah tak bolehlah nak suka hati ponteng.
Esok sabtu, nak kena cari stok sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dijangka Selasa ini.
Hari ni aku gunakan kesempatan untuk basuh kain, sapu sampah dan mop lantai. Nak lipat tu esokla kot, tengok timbunan kain pun dah stress. Tapi kalau lipat dalam 2 jam boleh siap kot.
Tadi aku keluarkan air timun batang yang aku blend. Aku letak kat tempat beku, jadi tadi keluarkan kasi dia cair kejap lepas tu nak pakai kat muka. Baru-baru ni kulit aku teruk betul sebab tak terjaga sekejap lepas baru masuk kerja. Sekarang back to normal, hampir setiap malam tepek masker kosong Watson yang aku celup dengan air timun. Memang refreshing gila. Kulit memang sangat licin keesokan harinya. Licin dan lembab. Seronok bila bangun pagi tengok tona kulit sekata aje. Sekarang ni aku tengah sengkek jadi tak boleh nak berkolagen lagi heheheh, aku ni warm warm chicken shit, bila ada aku makan la, bila takleh nak renew stok, terpaksa pause seketika hihi... tapi alternatif mask timun memang menggembirakan. Lebih-lebih lagi aku consume madu setiap hari, rasa kulit lebih sihat. Gaji masuk lusa, wargghhhhh seksa betol, tergendala agenda aku nak beli macam-macam nih.
Kaki ngan tangan aku pulak sakit-sakit nih sebab kelmarin main badminton tak ingat dunia. Kelmarin ada sukan jabatan. Main seronok-seronok je pun, dah bertahun aku tak main badminton, lagipun aku bukan jenis bersukan pun sejak dari sekolah. Lepas tu main pong pong. Bukan penat main tapi penat kutip bola kat bawah!
oklah, takde idea pulak, kadang-kadang ada macam-macam nak cerita tapi kerajinan tu tak berapa ada. Kat opis memang tak tertulis pulak, padahal boleh aje aku dok surfing macam-macam.
Oklah, selamat malam semua...

Wednesday, July 3, 2013

love you always Wan


3 Julai 2011, 11.07 malam, kali terakhir bercakap dengan Wan di telefon, saying he was okay (though he wasn't), that was our last conversation before he left us the next day, esok 4 Julai, genap 2 tahun Wan tinggalkan aku, i miss him 24 hours a day, al-fatihah....

sanggup tengok tak?

aku tengok sekali je, lepas tu tak sanggup dah...
terasa diri ini begitu mementingkan diri sendiri...
entah kan hidup atau tidak adik ini ....
kekejamann syiah yang menggila...
berani tengok tak ni ---> aku tak sanggup tengok!