Monday, February 20, 2012

What's new hujung-hujung bulan ni?


Erkkk.... hujung bulan ni weii....

tapi aku perlukannya!!!

aku start guna Ellips hair vitamin pada bulan lepas. Dan ianya sangat-sangatla best!!!!!
rambut jadi lembut dan cantik. Aku guna yang kaler kuning, smooth and shiny hair. Oleh kerana aku bukan jenis yang berambut pendek (habibi tak bagi potong pendek!!) , maka supaya tak kelihatan macam pontianak, aku kena la la guna hair vitamin ni. Harganya RM5.20 untuk 6 kapsul. Kena gunting kat hujung kapsul tu dan sapu pada rambut ketika ianya masih lembap. Korang cuba sendiri la, best best!!!!

Dan semalam juga aku beli stok jamu aku, Manjakani Perapat Extra dan Mustika Ratu Perawatan Wanita, lepas tu beli masker kat Watson. Aku bukan buleh masuk Watson atau toko jamu, mesti nak melilau. Mesti dah lupa yang abahnya tu dok berhempas pulas dengan dua kanak-kanak itu hehehe.....

Dan semalam dok tengok katalog Avon, macam best je masker Papaya tu, isk..isk... sabar yeop... beli macam-macam tapi tak sempat nak tepek semua...

Sejak dua menjak ni sangat sibuk. Dah lama aku tak melulur kulit rambai, baru semalam buat balik, best best tapi express sangat sebab nak keluar makan. Kena rilek-rilek baru la best. Tapi rasa licin je kulit lepas tu. Nanti balik Kelate nak beli lagi sekilo bedak rambai (aku selalu sebut bedak bunga rambai, sebenarnya bedak kulit rambai).

Pada petang tu sebenarnya kami ke klinik sebab habibi sakit telinga, katanya telinganya berdengung. Masa tu aku tanya puan dokter, ada tak vitamin untuk rambut sebab bila sikat rambut, mesti lekat rambut di gigi sikat. Dokter suruh beli syampu Hairpro dan vitamin E kat farmasi. So semalam aku check Hair Pro tu berharga RM38. Kalau tonik tu dekat seratus.... alamak... no money no talk!!! Tapi dah berkurangan dah sebenarnya keguguran rambut ni.

Bulan 3 ni ada family trip to somewhere. Bulan 6 pulak ada kenduri kat KB. Kena simpan duit $$$$$.

Oklah, aku nak buat kerja...



No comments:

Post a Comment