Sunday, March 16, 2014

Muda, berbakat, bijak dan bergaya

Selama ni aku jarang sangat buka channel 501 Astro Awani, sebab dok selalu tengok channel berita Al-Hijrah. Kadang-kadang aku tak tengok berita langsung kat TV sebab aku dah tau awal-awal kat Internet, selalunya kat forum la.
Sejak kejadian pesawat MH370 hilang, setiap hari aku tengok channel 501.
Kalau kat ofis aku bukak website dia.
Aku memang suka tengok kesemua wartawan dan pembaca berita Astro Awani.
Bagi aku, mereka sangat bijak, petah, analitikal dan dan hanya bertanya benda-benda yang relevan dengan topik. Selain itu, jika menemubual, mereka dapat membuat ulasan dan mengaitkan dengan soalan seterusnya. Aku biasa dok tengok rancangan kat tv lain, bila bersoal jawab dengan tetamu, selalu juga jawapan tetamu itu tamat di situ tanpa soalan berhubungkait lain yang lebih cerdik didengar, lebih-lebih lagi kalau temubual dalam bahasa Inggeris. Selalunya mereka akan terus ke soalan seterusnya tanpa kesinambungan yang analitikal. Aku dapat lihat yang ada segelintir pengacara atau wartawan tertentu kurang analitikal semasa membuat liputan.
Bila tengok Astro Awani, aku selalu cakapm wow hebat diorang ni, very intelligent dan jarang nak tersasul.
Aku pernah tengok satu rancangan tv ni, pengacara yang merupakan artis seolah-olah saling nak overcome pasangan pengacaranya, kesian pulak pasangannya yang tersasul-sasul. Bagi aku, pengacara dan wartawan kena banyak membaca dan belajar dengan mereka yang arif dalam bidang ni. Mungkin pembaca berita Astro Awani memang asal dalam bidang ni dah kot.
Aku perhatikan, pembaca berita Astro Awani menggunakan bahasa Melayu yang baik. Mereka juga boleh menguasai bahasa Inggeris dengan lancar, memang kagum ahh!!
Walaupun masih muda, tapi mereka sangat professional dan berbakat.
Hmm nampaknya sekarang aku dah beralih arah kepada siaran berita Astro Awani, bravo!

No comments:

Post a Comment