Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Friday, April 13, 2012

Tomyam untuk lunch...



Hari ni aku masak tomyam, habibi request sebab kawan-kawannya nak datang makan. Kelmarin dia request gulai ikan kering sebab kawan-kawannya suka makan gulai ikan kering. Sebenarnya diorang semua dok buat grille. Bekerjasama buat grille untuk 3 buah rumah termasuk rumah kami yang dah siap. Kejap lagi nak goreng telur dadar. Kalau masak tomyam, aku akan tumbuk bahan-bahannya dalam lesung somtam. Lesung ni biasanya orang guna untuk buat somtam. Aku tengok kat kedai orang Siam, diorang lenyek bahan-bahan untuk buat tomyam dalam lesung ni. Sebab tu la kuahnya nampak pekat sebab tomato + cili padi + serai + bawang + daun limau purut + lengkuas etc dilenyek bersama. Jadi hasilnya, kuah tomyam pekat dan sebati :

Tadi aku guna pes tomyam Adabi je. Terlebih dos pulak tu sampai 2 peket. Aku rasa lagi sedap kalau guna claypot. Nanti aku nak beli.

Tuesday, January 3, 2012

Lunch mee rebus @ Restoran Ketapang



Kawan aku kata, asyik ambil gambar je, tapi tak pernah tengok pun kat Fb. Sebenarnya ada banyak yang aku snap, tapi tak ter masukkan dalam blog je.

Monday, October 17, 2011

Kalau naik feri kena masuk ikut jeti.....
Kalau ramai kawan masuklah ikut jambatan...
Jumpa hidung mancung bukan semua pelancong..
Combi anak tanjung anak mami dok Jelutong....

Mailah sini..
Pulai Pinang Menanti..
Batu Feringgi Padang Kota..
Naik beca pusing Komtar
Pakat mai sini..
Pulau Pinang satu destinasi..
Tengok ular Tanjung Tokong..
Pesta Penang Sungai Nibong..

Begitulah bait-bait lagu Pesta Penang nyanyian Aris Ariwatan.
Weekend lalu kami ke Penang untuk menghantar parents in law ke Kompleks Tabung Haji Pulau Pinang. Bila pergi kami naik kereta melalui jambatan Pulau Pinang, dan bila pulang kami menaiki feri. Ketika dalam perjalanan pulang, kami singgah makan masakan ketam Paksu di Juru. Katanya kalau nak makan kena telefon order dulu, tapi kami gamble je hari tu. Kami makan nasi goreng dan masakan ketam berkuah. Nasi dia biasa-biasa je, tapi masakan ketam dia memmangggg LAZAT!!! Thumbs up lah!! Nak kata macam kuah mee bandung pun boleh juga, tapi sedapp!!! Kalau tak silap aku harga sepinggan adalah RM10 bersamaan dengan 2 ekor ketam. Sebab orang belanja, aku tak teliti pasal harga, cuma macam ternampak harga dia RM10. Kata kakak ipar aku yang merupakan penggemar kedai Paksu, kedai makan tersebut akan beroperasi sehingga bekalan ketam mereka habis. Pastinya ketam fresh dari laut. Nyum nyummm!!!!


On the way ke pulau..

Masa balik.....

Warung Pak Su...cetepon..cetepon..ceciter ceciter!!!

Rugi tak ambik mee ketam....bila makan nasik ni rasanya tak kick sangat..
Meh la kite singgah ke Kedai Paksu di Juru, Penang, terbaikkk!!!

Thursday, October 13, 2011

Lunch!

Makanan orang tua-tua nih, baaaagus untuk kesihatan hehee....

Asek tayang makanan je...aku tak sempat nak mengarang. Isnin ni kena present proposal..takuittt!!!! Dah tau dah nama evaluator. Diorang kata, evaluator aku tu suka tanya macam-macam in detail...waarrggghhh!!!!! Beberapa hari ni aku dok buat tutorial je. Malam ni nak baca dan buat slide. Heeeee..bila suspen aku jadi sakit perut!

Hari ni ada birthday girl belanja makan. Aku punya la nak jimat, order air kosong je. Dah siap order baru tau ada orang nak belanja, rugi tak ambik banyak-banyak kehkehkeh! ehehhe sebenarnya kalau makan nasik banyak, aku akan minum sikit je sebab tu order air kosong. Kalau makan sikit, minum banyak, sebab nanti nak bernapas pun tak buleh. Oklah bye!

Wednesday, October 12, 2011

Farewell encik Crab!

Well...what do we have for dinner tonight?

I just went into Bikini Bottom....and guess what I saw?

Mister Crab is dead! Mati lemas? hahaaa! tak dapek nak nolong! I've told you Mr Crab, money isn't everything hahahaa.....
Nampaknya Spongebob kena cari kerja lain.

Mungkin buka kedai tomyam instead of crabby patty!

This is how I prepared the ingredients....tumbuk semuanya! Dan tumis dalam periuk.
dan makan dengan mee kuning...yummy!

Tuesday, August 2, 2011

Confirmed ada DNA babi!!

Weh memang confirmed!!! mentega GOLDEN CHURN dan juga sosej-sosej di Kuala Perlis disahkan ada DNA babi!!! kan aku dah cakap pasal sosej tu...kenapa makan lagi??????
Boleh check paper hari ni...
Golden Churn tu aku dengar berita pagi tadi...
semua makan babi..camna nih....

oppss.............