Monday, May 30, 2011

Aku tak makan bebola ikan, sotong, ketam, sosej kat pasar malam dan yong tau fu

You are what you eat!! Selalu dengar kan ayat ni, apa yang kita makan akan menjadi darah daging dan membentuk diri kita. Sejak dua menjak ni banyak isu berkaitan dengan kewujudan DNA babi dalam makanan seharian seperti serbuk kopi, mentega, makanan segera seperti bebola daging, sosej dan sebagainya. Adakah anda biasa membeli yong taufu yang terdiri daripada sosej, bebola sotong, ketam dan macam-macam lagi dijual di pasar malam? Pergila ke mana sahaja, pasar malam atau mana-mana karnival, di tepi jalan pasti akan ditemui deretan kedai menjual sosej dan bebola goreng yang dicucuk menggunakan lidi. Ada yang dipanggil 'lok cing' yang digoreng dalam dalam kuali lalu dicicah dengan sos pedas.

Nampak sedap..tapi....aku tak lalu!!


Terus terang, sakit mata aku bila melihatkan makanan tersebut apatah lagi nak beli untuk diberi kepada anak-anak aku. Suatu waktu dahulu aku makan juga makanan tu . tapi semenjak aku mendengar cerita dari ayah mertua aku, aku stop terus. Apa yang FIL aku ceritakan sampai aku dah tak makan? FIL aku ada mengenali seorang berbangsa Cina di kampungnya. Kiranya diorang memang saling mengenali apatah lagi tinggal sekampung sekian lama. Pada suatu hari, kata apek itu, semua orang melayu makan BABI. FIL aku terkejut lalu bertanya kenapa? Katanya apek itu, makanan bebola ketam, bebola udang, yang dijual di merata-rata tempat tu mengandungi daging babi! Kalau diikutkan, hampir semua pengeluar makanan tersebut adalah orang bukan Islam (mostly Chinese). Takkanlah orang Cina nak sabotaj perniagaan orang Cina kot. Tapi tanpa berselindung apek tu beritahu FIL aku. Dan sejak itu FIL aku melarang anak-anaknya membeli makanan tersebut yang dijual di pasar malam. Lainla kalau brand yang diyakini dan diluluskan oleh JAKIM yang biasa di beli di pasaraya. Yang dijual di pasar malam tu entah dari mana sumbernya.

Kat Kuala Perlis aku tengok ada banyak benda ni tapi aku tak pasti kat mana diorang ambik. Sesetengah peniaga ada jenis yang ambil yang halal saje tapi yang lain-lain tu wallahualam. Aku tengok kaler yang pink tu pun dah tak lalu dah!! Jadi adalah menjadi tanggungjawab kita untuk ambil berat berkenaan apa yang kita makan. Jangan main rembat je makanan tepi jalan bagi anak-anak makan. Nanti ia akan membentuk peribadi dia kelak.

Sama jugak macam belacan. Aku tak makan belacan yang dijual di pasaraya. Kakak aku kata kat kilang belacan orang bukan Islam, anjing berkeliaran kat dalam kilang tu. Aku hanya makan belacan yang dibuat oleh orang Melayu Islam sahaja. Kat Tg Dawai iaitu berdekatan rumah mertua aku, aku biasa beli belacan yang dibuat oleh orang kampung situ. Memang perusahaan turun temurun keluarga mereka. kalau yang dibeli di pasar-pasar Tg Dawai tu ada juga yang diambil daripada pengeluar Cina dan dipaketkan balik dalam bentuk ketulan atau bar. Sebab tu hubby aku tak bagi beli kat pasar Tg Dawai, dia akan belikan kat kedai seorang pakcik yang merupakan kawan baik FIL sejak kecil. Nama dia Pak Awang, kat tepi jalan ada signboard Belacan Pak Awang. Dia jual belacan dan pekasam. Dia buat belacan dan pekasam tu tepi rumah dia. Tapi kadang-kadang takde stok, nasibla kalau pegi beli tu dah habis. Kadang-kadang bila balik kampung boleh nampak dia jemur udang kat dataran depan rumah dia. Adik-beradik aku biasanya akan pesan belacan bila aku balik kampung. Katanya, dah tak makan belacan lain dah termasuklah anak saudara aku.

Tapi apa yang penting di sini, kita mesti ambil berat makanan kita. Tapi bila dah makan kat kedai makan takkan nak tanya sambal belacan tu ambil belacan tu dari mana. Makan je la tanpa was-was. Janji kita dah usaha pilih yang halal dan suci. Begitu juga gula-gula yang ada di kedai-kedai runcit, kadang-kadang jumpa yang ada tulisan siam dan made in China. Aku akan bagitau kat anak-anak aku, tak boleh makan sebab tu orang Cina punya...

Walau apa pun, apabila memilih makanan, tepuk dada, tanya iman!




No comments:

Post a Comment