Thursday, June 30, 2011

Musim durian...

Sampai sahaja di Perlis pada petang Rabu, aku dijemput oleh Mr Hubby dan anak-anak yang dirindui. Nampak sahaja kelibatku, budak-budak dua orang itu tersengih gembira, aku juga excited nak peluk cium budak-budak ni. Ketika masuk ke dalam kereta, terus kuberikan mainan sebagai upah setelah seminggu ditinggalkan dengan abahnya. Selepas itu kami terus ke pasar malam di perkarangan stadium Kangar. "Nak makan apa esok?" Tanyaku.."Masak gulailah..jemu dah makan kat kedai.." jawab Mr hubby sambil tersenyum. Rasa kesian dan terharu sebab mr hubby banyak menolong menjaga anak-anak ketika aku tiada. Terima kasih hubby. Dia juga mengingatkan aku yang aku ada banyak 'hutang' dengannya..alamakk....

Selepas itu dia membeli seekor ikan duri untuk dibuat gulai keesokan harinya manakala aku membeli ulam-ulaman which is my favourite as usual. Untuk makan malamnya kami membeli nasi maduri je yang mana ianya merupakan nasi kuning dengan gulai daging atau ayam serta dalca. Sebelum balik kami melintasi gerai menjual durian. Banyak sungguh durian, kenapa di Kota Bharu tidak kujumpa durian melainkan sebiji dua yang mahal harganya. "Nak durian tak?" tanya hubby."Boleh juga"..biasanya aku jarang makan durian begitu saja. Aku selalunya jadikannya tempoyak dan makan bersama sambal belacan atau budu hehee (mek budu). Sejak dari kecik aku tak pernah makan durian dengan pulut santan. Ketika mak, wan serta adik beradik lain sibuk menjamu durian dan pulut santan, aku hanya tengok je tanpa rasa teringin. Mak yang faham seleraku biasanya akan simpan sebiji untuk aku makan sebagai tempoyak hehehe...

Tengah pilih buah durian...

Bukan setakat pulut durian, buah pelam dengan pulut seperti yang dimakan oleh orang di Utara, mahupun pulut ayam, pulut kuning, pulut manis, you name it jenis-jenis makanan berasaskan pulut yang ada, tekak aku payah betul nak telan kecuali semasa baru-baru kawen dulu, mak mertua menghidangkan pulut dan mempelam manis. Nak tak nak aku telan je slow-slow. Selepas tu baru diorang tau selera aku, kalau diorang makan durian beramai-ramai aku jarang ikut serta, mungkin sekadar merasa seulas dua. Sebenarnya perut aku ni walau macam mana pun mesti makan nasi. Sebab tu aku jarang makan makanan lain selain daripada nasi. Sebut pasal nasi, perut aku pun dah lapar sekarang ni. Jom lunch!

Snap...snap 5

Ahad, hari pertama wan dimasukkan ke wad. Admitted at around 11 am in the morning


Isnin, Sempat ke pasar siti khadijah dengan kakakku

Selasa tengahari, jalan kaki dari hospital ke stesen bas kota bharu..phewww, dahla pakai wedges

Selasa petang, beli laksa kat gerai laksa Maharom, sekilo RM8 termasuk kuah dan ulam

Actually aku asyik perhatikan peniaga di pasar siti khadijah, most of them are fair and beautiful, termasuklah adik yang menjual laksa ni

Selasa malam, mungkin kata wan, budak ni asyik ambik gambar akuuu je hehe

Malam terakhir aku di hospital, kelihatan Sutera Inn, bertentangan dengan wisma persekutuan...wad di mana wan berada adalah betul-betul bertentangan dengan wisma.

Rabu pagi, wan dah boleh makan sendiri

Wednesday, June 29, 2011

Heart wrenching.......

Sebelum balik, ambil gambar dulu

Aduhhh... so heart wrenching saying goodbye to wan and mak....Pada pukul 7 pagi aku dan mak keluar dari kuarters hospital menuju ke hospital yang terletak di seberang jalan. Dengan berseluar trek dan berbaju t-shirt sambil menggalas backpack, kami berjalan menuju ke tingkat 4, wad bendahara. Berkali-kali aku menanyakan mak sama ada dia masih larat atau tidak, katanya tak mengapa.Tapi aku tau, apa yang mak kata, tak seperti apa yang mak rasa. Itu yang membuatkan ramai orang salah anggap seolah-olah mak masih sihat, padahal dia pun uzur. Selepas memberi makan kepada ayah, it's time to say goodbye. Abangku menunggu di bawah dengan motor untuk menghantar aku ke stesen bas. Kalau dengan kereta jalan jem takut tak sempat.

Aku peluk dan cium mak dan wan. Aduhhhh..rasa mau menangis, tapi ku ketap bibir dan kutahan jua. Aku minta maaf kepada mak dan wan. Wan dan mak mau memberikanku duit, aku kata tak mengapa, aku dah ada duit, bagi sajalah kepada abang I, kerana abang I gajinya kecil dan dia banyak berkorban. " Kirim salam Wan pada N (hubby)", kata wan sambil menahan sebak. Lantas aku memotong "Orang boleh selalu balik, takda masalah, kalau ada apa-apa bagitau je, petang tu jugak sampai, senang sebab anak-anak boleh tinggal kat N", sambil menahan getaran di dada...huhuuuu....sebelum aku melangkah pergi sekali lagi kucium pipi wan dan aku melangkah pergi. Wan dan mak memandangku dengan sayu..sambil melangkah dengan beg bergalas di belakang, aku menoleh kebelakang beberapa kali. Sambil mengetap bibir, aku masuk ke dalam lif. Di hadapan lif itu terdapat pintu untuk ke anak tangga. Di situlah tempat aku membawa diri dan meraung sepuas hatiku kelmarin. Rasa sedih yang amat. Dalam hati hanya Allah yang tahu.

Aku turun ke bawah di mana abangku, abang I sedang menunggu di atas motosikal. Abang I menghantarku ke stesen bas yang terlak berhampiran dengan Tesco. Laju gila dia bawak motor, aku dah seram-seram sejuk. Dalam pukul 8.40 pagi aku sampai di stesen bas. Abang I terus memecut ke hospital tempat kerjanya. Sambil membimbit beg kain ( yang mengandungi sebungkus nasi kerabu, air mineral dan 2 ekor ayam mainan :-p), aku mencari tempat duduk di hadapan kaunter bas Mutiara. Sambil menunggu bas, aku dok sentimental terbayang-bayang muka wan dan mak di hospital tadi. Sayu sungguh hati ini, kesiannya mak dan wan. Kalau aku duduk di rumah, aku akan bantu apa sahaja yang perlu tanpa banyak mengomel dan merungut. Sepanjang aku balik, aku sempat membersihkan bahagian belakang rumah. Mak dan wan takkan mampu melakukannya lagi. Hari ini sudah beberapa kali aku menelefon mak. Boleh dikatakan setiap jam aku telefon. Itu sahaja yang mampu kulakukan. Kata mak, wan selalu bertanyakan aku sejak semalam. Hari ini pun wan bertanyakan dimanakah aku. Mak kata, kan aku dah balik sejak kelmarin lagi. Aku dah tunaikan janji aku untuk masakkah mee kuah kegemaran wan dan mak. Dan aku berharap agar dapat memasak makanan kegemaran wan dan mak lagi selepas ini.

Sunday, June 26, 2011

Wan kena masuk wad...

Maafkanku wan...that was my fault...

Wan dan mak

Kelmarin, Sabtu malam Ahad, wan tak tido langsung. Batuk yang teruk membuatkannya jadi semakin lelah. Kadang-kadang terbaring, bila lelah dia bangun balik. Allah...Allah..terpacul dimulutnya sepanjang masa. Sebenarnya aku tak tau macam mana tahap kronik dan macam mana tahap ok. Kesiannya wan..aku ingatkan tak mudarat....blame me! Sampai pukul 4.30 pagi aku tengok wan masih terbatuk-batuk sambil duduk di atas katil. Sedih betul tengok. Aku yang sebelum tu tidur-tidur ayam terus bangun. Aku tak tau apa yang nak dibuat, hanya mampu menggosok-gosokkan badannya. Pada pukul 8 pagi wan terlelap sekejap selepas mak melumurkan minyak angin di dadanya. Inhaler pun dah tak berkesan langsung. Selepas 5 minit dia jaga dan abang aku tiba. Masa tu dia kelihatan tak kritikal. Selepas abangku pulang lelahnya semakin kritikal, "Wan dah nak mati dah....." kata wan...aduhhh...tangan aku nak buka phonebook kat handphone pun rasa menggeletar. Terus aku call abang aku supaya dibawa wan ke hospital. Apabila abang tiba, keadaannya semakin teruk, muka dah jadi pucat lesi, pipi dan bibir menggeletar sambil batuk yang tidak henti-henti. Mukanya memang dah lain...I was so scared, tanganku jadi sejuk dan menggigil. I thought he was going to collapsed. At the same time my other brother came from his office dan wan diusung masuk kereta sambil aku memangku kepalanya manakala mak di bahagian kaki. Abang aku yang sorang lagi (banyaknya abang, aku ada 5 abang, 4 kakak) standby kat Hospital Raja Perempuan Zainab (formerly known as Hospital Kota Bharu). Perjalanan terasa sangat jauh walaupun dekat.

Aku yang selama ni jenis otai dan tak pernah nangis ketika mak dan wan sakit, akhirnya surrender apabila aku menangis teresak-esak sambil mengajar wan mengucap dua kalimah syahadah. Series! I was so scared of losing him! Mak aku pun dah mula berair mata. Sampai di hospital, selepas di check kat bahagian emergency, terus wan dimasukkan ke ward. Mata aku dah merah tapi aku dah boleh kawal sebab tadi aku that cried out. Selepas dimasukkan ke dalam wad pada hari pertama, wan diberikan nebulizer dan oksigen. Dia masih batuk-batuk dan lelah. Doktor cakap paru-paru ayah aku tak mengembang, kecut, jadi tak boleh nak absorb oksigen. Rupa-rupanya ketika muka wan pucat lesi pagi kelmarin, oksigen yang diserap oleh paru-paru sangat sedikit and he was almost collapsed! A few minutes late sending him to hospital might be a disaster!

Masuk hari kedua wan semakin pulih walaupun masih batuk-batuk. Wan masih belum boleh tidur dengan nyenyak kerana setiap kali dia nak lelapkan mata, batuknya akan menyerang. Selepas diberikan antibiotik melalui drip serta ubat makan yang berjadual, Alhamdulillah pada pagi ini wan nampak better. Cuma belum ada selera mau makan. Hanya sesuap makanan yang boleh ditelan. Semalam aku dan kakak aku volunteer untuk jaga wan sepanjang malam. Bagi chance kat abang aku rehat pulak.

Semoga Allah memberikan kesihatan tubuh badan kepada kedua-dua orang tuaku. Ampunilah mereka dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami semasa kami kecil. Berikanlah kami peluang untuk memberikan penjagaan yang sempurna kepada mereka berdua, permudahkahlan segalanya Ya Allah..amin.....

Saturday, June 25, 2011

hmmm...nak buat macam mana hah?

Aku dan adik beradik aku tak dapat berbuat apa-apa jika wan terus dengan sikapnya. I admit, bila seseorang itu sudah terlalu tua, dia akan kembali kepada sifat kanak-kanak sepertimana yang telah dijelaskan dalam Al-Quran. Bacaan gula wan sangat tinggi iaitu 26. Sebenarnya kakak ipar aku telah mengasingkan ubat kencing manis daripada ubat-ubat yang lain dengan memasukkannya dalam beg plastik berasingan. Begitu juga antibiotik bagi penyakit pneumonia yang dihidapinya sekarang. Selepas aku memberikannya antibiotik (aku kata kalau tak makan antibiotik nanti paru-paru bernanah, jadi dia ikut kata aku huhuhuuu..) yang baru diambil daripada hospitalpada hari Rabu lepas, aku pun mahu memberikannya ubat kencing manis yang biasa dimakannya. Dia kata dia dah tau ubat mana yang nak dimakan jadi aku biarkan dia ambil sendiri. Lagipun punya la lama dia dok belek plastik ubat tu takkan aku nak tunggu.

Aku tak pasti sama ada Wan makan kesemua ubat kencing manis tu atau tidak. Semalam dia kata tak mau makan ubat kencing manis selepas makan antibiotik. Semoga kami dikurniakan kesabaran oleh Allah S.W.T. .Malam esok aku nak balik dah. Lama jugak aku balik kali ini. At least wan beransur sihat, cuma aku harap lepas ni dia akan sambung makan ubat kencing manis, bukan apa, kesian kat mak aku. Esok abang aku akan datang pagi-pagi nak pujuk supaya makan ubat.

Malam ni malam last aku di rumah. Perasaan berbelah bahagi sebab I also miss my children and hubby in Perlis, I'm also reluctant to leave because my parents aren't really well. Ohh..I haven't written anything in my green diary...hmmm where are you Miss Green..I wanna jot down something...

Friday, June 24, 2011

Jalan kaki ke Pasar Seringgit..

Aku baru balik dari beli sarapan kat Pasar Seringgit tidak jauh dari rumah. Kalau naik motor 3 minit je, tapi tadi aku jalan kaki. Mr. hubby tak bagi aku naik motor sebab katanya bahaya, banyak kenderaan. Aku pun dah lama tak naik motor. Dulu aku biasa dok merempit di UKM. Lagipun motor ayah aku dah lama tak digunakan, nanti mati tengah jalan pulak. Kalau jalan kaki dalam 10 minit. Masa pergi tu cepat, bila balik rasa lambat sebab bawa barang. Mak ayah aku nak makan laksam dan laksa. kat Pasar Seringgit tu macam-macam ada. Aku tak ambil gambar la pulak tadi. Masa bujang dulu memang aku biasa naik motor beli makanan dan sayuran. Ayam ikan semua ada asalkan bawa duit je hehe...mak aku tak larat nak pegi sebab jauh jugak bagi orang tua. Lagi-lagi nak kena lintas jalan besar. Masa aku pegi tadi, kuah laksa sedang dimasak, jadi aku tunggu dulu dalam 15 minit..duduk kat bangsal goyang kaki sambil tengok kenderaan lalu lalang. Ada muka familiar yang berhenti beli barang. Aku kenal diorang cuma diorang tak ingat aku sebab dulu aku masih kecik, bila besar dah jarang-jarang nak keluar rumah.

Aku perhatikan tak banyak yang berubah pun kat kawasan sekeliling. Masih seperti dulu cuma kenderaan semakin banyak. I noticed that most of the people coming for groceries are old folks. Mana pegi anak-anak diorang ye? Sebab aku dulu suka beli barang-barang sayuran dan makanan. Aku lebih tau selera mak ngan ayah aku, apa diorang suka makan, makanan dan sayur macam mana diorang suka makan. Kalau tak kena ngan selera diorang, sikit je lah makan. Maklumla orang tua punya makanan tak macam orang muda, aku main rembat je cuma aku prefer makan sayur fresh dan ulam. Makanan aku tak susah pun, ada nasi, ada ikan goreng sekor tak ada masalah. Kalau bagi kat Mr Hubby boleh tercekik sebab takde kuah. Aku cakap kat dia, senang kan bela aku ni, kalau darurat, aku la yang hidup paling lama hehee...

Sebenarnya aku dah out of cash. Dalam poket aku ada less than RM30. Masa balik hari tu dalam beg cuma ada RM50. Mr Hubby pun sama jugak ada RM50 tapi dia kata gaji dah nak masuk dah. Aku kena ajak abang aku keluar petang ni nak ambil duit kat ATM. Dalam masa yang sama kawan-kawan ramai dok promote biskut raya masing-masing. Mintak maaf la, rasanya tahun ni aku tak beli sakan sangat macam tahun lepas. Rancangan vacation aku hujung tahun ni menelan belanja yang besar jadi aku tak boleh boros.

Ayah aku nampaknya macam beransur baik tapi tak sepenuhnya. Kadang-kadang nampak ok, tapi bila dia lelah tu nampak macam sangat tak ok. Dia tak pandai guna inhaler jadi aku kena tolong press. Sejak aku balik ni aku mandikan dia, sental belakang dia dengan berus sabut. Londeh pun londeh la hehee...ohh...ada orang datang ...nanti aku sambung...

ok sambung balik....

Tadi abang aku datang bawa kain untuk disidai. Kat apartment quarters hospital yang diduduki katanya takde space nak sidai kain. Semua sidai dalam bilik. Haa memang plan aku pun nak ajak keluar, mak aku pulak pesan barang...elok benar la tu aku dah takda duit kat tangan ni... kami pun menuju ke ....


Pasaraya Mirwana....yang mana ianya terletak bertentangan dengan ..

Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian

Untuk ke sini, ianya mengambil masa kira-kira 10 minit, dekat aje. Pelbagai kedai yang terdapat di deretan rumah kedai berhadapan HUSM ni, Mydin, Bank Islam dan macam-macam ( aku tak observe betul-betul sebab tu tak ingat kedai apa). Masa aku snap gambar ni, abang aku dan anaknya sedang menunggu dalam kereta untuk balik, aku pulak ke farmasi berdekatan, Viseutics. Aku ke Viseutics untuk beli ubat eczema, Dermovate jenis ointment. Aku mewarisi eczema ni dari mak dan ayah aku. Bila ianya menyerang, memang gatal gila dan menggelupas kalau dibiarkan. Aku dah cuba macam-macam krim sama ada beli di farmasi, klinik atau hospital tapi tak berkesan. Ayah aku rekmen farmasi ni sebab masa dia sihat dulu dan masih boleh naik motor, dia datang beli kat farmasi ni. Nampak gayanya anak aku yang sulung inherits penyakit kulit ni. Tapi kalau apply ointment ni selalu, memang akan sembuh. Cuma pada masa yang lain ia akan berulang kembali. Doktor kat klinik kata, memang penyakit sepanjang hayat. Aku biasa kena kat hujung jari dan hujung kaki. Oklah aku nak makan nasik pulak, balik dari membeli dan belah tadi aku dan mak aku masak sayur lemak bayam ngan ikan goreng, plus budu+tempoyak+sambal belacan+jeruk petai+petai yang belum sempat dijeruk..hah klasik kan makanan aku ahahahaa....jom makan!!!

nostalgia kandang lembu.....

Kaki, tangan serta dahiku menjadi sasaran puluhan ekor nyamuk aedes yang berkeliaran di sekeliling rumah. Sampai sekarang masih gatal-gatal. Biasanya kulit aku ni kebal terhadap gigitan nyamuk. Aku telah melakukan operasi pembersihan kawasan sekitar rumah mak ayah aku pagi tadi. Mula-mula aku bakar sampah daun-daun kering, lepas tu kayu-kayu reput disekeliling rumah. Ayah aku ni semuanya dia nak simpan. Kalau tengok kat bangsal tepi rumah, semuanya benda tak perlu tapi dia masih simpan. Dia pun kurang sihat sekarang ni (update : alhamdulillah dah boleh berjalan ) dan aku tak rasa dia akan guna kayu-kayu semua tu..apa lagi aku kutip dan bakarlaa hahahaaa...bukan senang nak bakar 'harta benda' dia ni....penat jugak dok punggah kayu tu..seram pun ada takut ada ular di bawah timpunan kayu reput dan lembap. Ada beberapa ekor mengkarung berlari keluar...terkejut aku ingatkan ular kapak. Sekarang ni pun tangan aku melecet. Aku tak pasti terkena kayu atau penyapu. Ketika aku sedang mengutip kayu-kayu buruk, aku terkenang sebuah kandang lembu berhampiran yang sudah 70% roboh dan terbiar.

Dulu..masa aku kecik-kecik, aku dan abang serta kakak aku akan memanjat kandang ni untuk mengait buah rambutan yang tinggi di atas pokok. Kawasan sekeliling masa tu masih terurus dan lapang. Ayah aku ada bercucuk tanam di sebelah kandang lembu ni. Di kandang lembu ini jugalah aku selalu sembunyi bersama kucing kesayangan aku apabila ayah aku nak masukkan kucing dalam guni untuk dibuang ke pasar malam kerana berak merata. Sanggup hidu bau taik lembu..kucing tu aku masukkan dalam sangkar burung dan aku bersembunyi ketika hujan lebat dan dekat maghrib!! Sayu pulak mengenangkan kawasan di tepi rumah yang telah terbiar. Dahulunya cuma terdapat pokok renek, tetapi sekarang pokok dah besar dan kawasan tersebut jadi suram dan gelap. Dahulu juga ayah aku akan tarik lembu masuk kandang bila dekat-dekat senja dan aku jadi tukang excort. (lalu aku mencari-cari album lama di dalam bilik, ahhh....siapa pulak ni yang songlap album gambar klasik masa kecik-kecik nih..habis lesap satu album!!! sayang la macam ni...dah takleh tengok...siapa yang hambik haaaa??? esok aku try cari lain..)

Bila sebut pasal kandang lembu ni..aku teringat tentang satu peristiwa. Ketika tengah tidur nyenyak, aku dikejutkan oleh abang aku untuk bersiap-siap ke sekolah. Masa tu aku darjah 5. Aku yang risau takut terlewat ke sekolah dengan segera bergegas mandi. Dengan sepantas kilat aku mengenakan pakaian sekolah dan terus ke pintu mengenakan kasut sekolah. Ketika sedang kalut memakai kasut sekolah, tiba-tiba abangku yang mengejutkanku tadi mencuitku...katanya " Cuba tengok wan sedang buat apa.." lalu menunjukkan ke arah ayah aku....kelihatan ayahku sedang mengheret lembu masuk kandang...cisssss.....pukul 7.30 petang rupanya!!!!!Wakena bebbb!!!!

Gambar tak terang..re-captured pakai phone, wan, abang dan aku..macam tomboi daa...kat depan kandang lembu..masa ni aku darjah 4.

Diapit oleh anak saudara...masa ni aku darjah 5..ada kisah di sebalik skateboard ni hahahaa

Hari Raya Puasa tahun 1993

Selepas maghrib pulak aku melakukan operasi pembersihan bilik tidur ayah aku. Banyak habuk, dengan katilya sekali aku basuh. Tilam lama tukar baruuu!! Bukan tilam baru tapi letak toto je /comforter. Aku basuh ngan lantai sekali. Lepas lantai dan katil kering, aku pasang kelambu baru dan tukar sarung bantal. Patutla ayahku bila masuk bilik je batuk-batuk. Tilam tu dah 'expired' dah, boleh dilupuskan dah kot. Hari ni mission accomplished...cuma esok nak bersihkan mana yang tak sempat buat siang tadi. Masa tengah basuh katil tu daddy telefon..rindu laa tuuu....dia balik Sg Petani ngan anak-anak. Aku tanya diorang sedang buat apa, katanya budak-budak dok jaga gerai depan rumah ngan tokwan dan emak saudaranya (adik ipar). Kebetulan hari ni pasar malam, jadi ramaila orang. Budak dua orang tu bukan main seronok lagi. I miss them so much but I am not so worry sebab diorang dah balik kampung, ada tokwan, tok serta emak saudaranya.

I miss them so much:

This naughty boy...

This adorable girl... and..their daddy :-)

Ok sambung esok pulak....


Tuesday, June 21, 2011

Tulis blog dalam bas

perghhh....dalam bas pun boleh tulis entry...

aku baru naik bas nak balik kota bharu...ayah aku dah masuk hospital....aku ambil EL ...naik bas 2 tingkat, kat atas ni aku sorang je hehe....walaupun hati gundah, hidup mesti diteruskan.....nasib baik tak nangis masa Mr hubby hantar...thanks darling..tolong jaga budak-budak ya...i love you

Monday, June 20, 2011

Apakan dayaku....

Oktober 2008, baru lepas pantang



Ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, kelihatan dari jauh ramai orang sedang berhimpun di tepi jalan...kenderaan pula bergerak perlahan...aku dan Mr hubby mengagak mungkin berlaku kemalangan jalan raya. Ketika menelusuri jalanraya, kelihatan sekujur badan tertiarap di atas jalan raya dan ditutupi dengan surat khabar. Innalillah....memang sudah ajalnya. Motor lawan motor. Mengikut pemerhatian aku, pakcik tu (40an) mungkin memecut agak laju apabila sebuah motor yang lain-lain tiba-tiba membuat pusingan U-turn di hadapan sekolah. Mayat pakcik tu betul-betul tersembam di hadapan pintu pagar sekolah. Mayat yang kelihatan masih memakai but kerja( mungkin kerja makmal atau bengkel) dengan uniform berwarna biru, ku agak mungkin dia baru balik kerja shift malam. Tiba-tiba terasa sayu mengenangkan yang arwah mungkin masih mempunyai anak-anak yang kecil serta isteri yang setia menunggu kepulangannya di rumah. Memang sudah tersurat yang arwah akan dijemput mengadap Penciptanya pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Apakan daya, baru je sambut hari bapa kelmarin.

Aku pulak masih merasa tidak keruan lantaran ayah aku yang masih belum bertambah baik keadaannya. Sekejap ok, sekejap tak ok. Mak aku pun turut merasa tempiasnya apabila badannya dah mula sakit-sakit. Jauhnya aku ni, kenapala jauh sangat. Kalau setakat sejam dua perjalanan tak jadi hal nak balik. Tadi cakap dengan ayah aku, aku janji nak masakkan mee kuah kegemarannya kalau aku balik nanti. Ayah aku dah jadi ingat-ingat lupa. Katanya dia belum makan ubat, padahal abang aku dah bagi dia makan ubat serta pakaikan pampers. Orang tua bila dah terlalu tua dia akan berperangai seperti budak-budak. Ahh....apalah daya aku...dengan cuti yang tinggal 7 hari!!! Kakitangan badan swasta pulak tu...nak cuti punya la leceh nak kena bersoal jawab. Tu yang malas tuh. Mungkin ini ujian buatku, mungkin tak seteruk ujian ke atas orang lain. Suspen....itula yang aku rasa sepanjang masa selagi keadaan mereka berdua macam tu....what should I do...I don't even know what to do...can't even think...cuma merancang untuk balik...but not sure when....*sighhh** Allah help me...

Sunday, June 19, 2011

Pokok manjakani

Pokok Manjakani/Mempening

Setelah melahirkan anak pertama, tak banyak yang aku lakukan untuk 'membaikpulih' badan setelah melalui proses yang telah mengubah fizikal dan dalaman badan. Aku makan jamu masa awal-awal kelahiran tapi tak konsisten. Ketika aku bekerja di maktab perguruan, aku mengenali ramai makcik-makcik yang berkongsi tentang kebaikan manjakani dan khasiatnya dalam mengembalikan anggota peranakan wanita ke keadaan asal. Makcik tu kata, ketika nasi tengah menggelegak, masukkan beberapa biji buah manjakani dan tutup periuk nasi. Selepas tu apabila nasi telah masak, ambillah buah manjakani tersebut dan hiris lalu dimakan dengan nasi. Aku tak pernah buat ni sebab rasanya tekak aku tak mampu nak telan.

Apa yang aku buat adalah tumbuk dan blend buah manjakani sampai jadi serbuk, masukkan ke dalam kapsul ubat ( aku beli kapsul halagel kat farmasi), lepas tu telan , memang tak rasa pahit langsung. Kalau tak mau telan, boleh sapu seperti bedak sejuk at the intimate area and the effect is superb and instant! Aku ajar kawan aku pasal kebaikan manjakani ni tapi dia makan terlebih 'dosage' hehehe....(ni dah masuk bab hubungan antara suami isteri). Aku pun tak konsisten sangat, kalau rajin aku buat, dan bila habis aku tak buat dah. Cuma buah manjani selalu ada kat rumah. Ni aku ada google pasal buah manjakani :

Pokok Mempening merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Lithocarpus spp.

Pokok Mempening merupakan darimana buah manjakani dituai. Buah manjakani merupakan hasil dari tidakbalas pokok terhadapa serangan sejenis tebuan (cynipsh gallae tinctoria). Serangan ini akan menyebabkan kulit pokok bertunas, apabila tebuan mengeluarkan larva dan larva ini menetas sejenis bahan kimia yang merangsang pertumbuhan puru akan terhasil. Buah manjakani yang berkualiti baik selalunya ialah buah yang dipetik ketika anak tebuan mula membesar kerana ketika ini peratus tanin yang tinggi akan dimakan oleh anak-anak tebuan tersebut. Tanin yang tinggi akan meningkatkan lagi khasiat manjakani.Biji manjakani berbentuk bulat berkerutu sebesar biji guli.Warna hijau kebiruannya akan berubah menjadi warna kelabu atau putih apabila ia kering.Bahagian dalamnya berwarna putih kekuningan.

Pokok manjakani boleh ditemui dihutan-hutan tanah pamah atau ditanam untuk tujuan perubatan. Di India pokok Oak digunakan untuk menghasilkan manjakani yang bermutu tinggi. Di Malaysia ia biasa dihasilkan oleh pokok Mempening.

Mempening ialah sejenis tumbuhan renek dan selalunya mempunyai ketinggian sekita 1.8 meter.Daun mempening menyerupai daun ubi kayu manakala batangnya tumbuh bersilang licin , berbentuk bulat dan berwarna hijau muda.

Biji manjakani mengandungi 50-70 % tanin dan 3 % gallic asid.Biji manjakani terbaik dikatakan berasal dari daerah Aleppo Syria.

kegunaan:

Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita.Penyediaanya ialah dengan cara merebus 6 biji majakani dengan 3 helai daun beluntas dan 1 helai daun tutup bumi. Airnya direbus hingga mendidih dan menghasilkan air berwarna keperangan. Air ini akan diambil sebagai minuman sebanyak 2 kali sehari. Seeloknya air rebusan tidak disimpan terlalu lama walaupun didalam peti sejuk.Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga.

Manjakani ini boleh direndam seketika dengan air suam dan dimakan bersama madu.Air rendamannya juga diminum.Ia begitu mujarab untuk merawat luka dalaman (selepas bersalin) dan juga untuk luka luaran. Untuk kegunaan luaran buah manjakani bleh diasah pada belakang pasu dan bubuk yang terhasil ditampal pada luka.Asid galik yang terdapat didalamnya juga boleh digunakan untuk merawat kencing manis dan asma. Antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

---------------

Kat kedai ubat Cina atau jamu, aku biasa beli dalam bentuk packet, satu packet mengandungi dalam 8-10 biji, RM1. Ok selamat memproses manjakani !!

Snap..snap 5...taman tasik Jitra

Hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu...hari Sabtu kami keluar the whole day..pagi tengok rumah, lepas tu terus ke Alor Star, round-round sana lepas tu singgah tasik Jitra kayuh bot. Kat atas bot tu tak ambil gambar sebab nak kena pegang budak-budak ni lagi, takut terjun ;-P ... lepas tu jalan-jalan kat padang, ramai gila orang, macam pesta. Hari Ahad pulak pada sebelah paginya kami ke pasar minggu beli bahan-bahan nak masak kari ayam. Lepas tu masak, makan, lepak-lepak sampai tertidur. Petang tu bila check kamera, tengok-tengok lense cover tak ada..aku tertinggal kat restoran Joe Cendol malam sebelumnya lepas balik dari Alor Star..waaaaaa.....check kat Internet harga dia RM35. Sedey plak...tapi dah memang bukan rezeki aku kot...rasanya orang mesti ambik. Aku ni memang pelupa, sebab tu aku tak boleh letak barang merata-rata. Masa kat pasar kelmarin, aku pegi bayar harga sayur tu dua kali..mula-mula tu aku dah bagi RM10, lepas tu dia mintak pulak RM6.50 dan aku terus bayar..lepas aku beredar dari situ baru aku teringat yang aku dah bayar 2 kali..aku pegi mintak balik la...pokaila aku main bayar 2, 3 kali nih. Bestnya weekend..dah lama tak enjoy weekend sebegini sebab dulu aku ada kelas kat UUM. Sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......................



Susah betul nak ambil gambar si abang...


1..2..3 lompat!!







Monday, June 13, 2011

Apabila susah hati....*sighhh*......

My father's condition is not well.....fever and bad cough had getting him worse :( Sehari-dua ni memang dia demam dan batuk sampai tak tidur malam...bila demam, takde selera makan...dan badannya semakin lemah. Tetiba tadi pukul 7 mlm dapat panggilan mak aku...bila dengar ring tone tu aku dah risau dah..mak aku takkan call time macam tu kalau takde benda penting..and I was right...ayah aku takleh bangun sampai terkencing kat atas lantai...mak aku tak larat nak angkat sebab berat...she was only able to lift his head..at that time my two brothers were on their way, luckily their houses are not far away, about 10 minutes drive. My mum called to inform me as I did called her several times today. Even though I live far away, but I know everything about them, what they do, what they eat etc....the constraint is : I CAN'T HELP ANYTHING OR CONTRIBUTE ANYTHING!!!! Just listening what's happening and pray..that's all....

I have asked my partner (hubby) for his permission to go home this weekend by bus if my dad's condition is worsened. He will take care of the kids. Luckily it is not a problem handling them by himself. I told him, he was lucky because he had never felt the way I felt when my parents get sick...as his parents are still healthy and younger compared to mine. I always feel scared, shivering, nervous, worrying, feeling uncertainty, and useless when I can't do anything to help..I can't help my mum and dad when they need me!!! That is so hopeless......

Pray..that's all I can do...pray that Allah will have His mercy on my parents..to grant them a good health, happiness...

He was so weak when I saw him 2 weeks ago....



Uwaaaaa...nak nangis tengok gambar ni....ni kat depan kedai yang disewakan...masa ni ayah aku datang kutip sewa kedai...dulu kedai ni merupakan kedai kopi ayah dan mak aku...tapi telah di renovate..dulu usang je...kat kedai ni la aku membesar, dan duit hasil kedai kopi la mak ayah aku hantar anak-anak belajar sampai masuk Universiti, 3 orang pegi luar negara, dengan duit kedai kopi la ayah aku bagi kat abang aku sebanyak RM300 (300 keping RM1...masa tu teh 'o 30 sen je secawan..RM300 is a very big amount that time) untuk daftar masuk UPM naik lori panjang pada tahun 1982..waaa nak nangis.....(sorry gambar aku tak clear..kaler oren tu casing hp aku)



Ayah aku nak ikut pegi pasar Siti Khadijah..kakak aku terpaksa pimpin sebab dia tak larat nak jalan...suatu waktu dulu ayah aku yang pimpin kami lintas jalan....dulu aku selalu ikut ayah pegi tambat lembu kat padang..bila nak ke padang tu kena lintas jalan besar, dan ayah aku pegang tangan aku erat-erat.....that was 20 years ago...

He was too tired...sampai kat tengah-tengah tangga ni terpaksa berhenti, we were worried....masa aku kecik-kecik..ayah aku naik basikal tua dari rumah ke pasar kota bharu untuk beli bahan-bahan masakan kat kedai kopi....pasar ni merupakan tempat rutin dia setiap minggu, naik turun tangga adalah perkara biasa..tapi sekarang....that was so difficult for him to climb up the stairs....there's no more tough looking father carrying heavy loads on his shoulder :-(


He was too tired...muka pun dah pucat kuning dan sangat kurus..he wasn't that skinny before...(just received an sms just know, kadar gula ayah aku adalah 17!!!! aku rasa dia tak makan ubat...dia penah kata, dah bercupak ubat dia telan...if I were there, I will give him the pills at the right time..If i were there....)


My sister and my niece..sorry niece...I wanna show this photo hehe...

Sitting again....penjual ikan bilis tu kata, lama dah tak tengok ayah aku, dia bertanya kenapa muka tidak sihat...ayah aku kenal hampir semua peniaga di pasar...that was his place for ages...I remember when I was 5 years old...ayah aku nak pegi pasar naik basikal tua, dan aku pesan supaya dibelikan payung...

Kalernya macam tu la cuma payung budak kecik....bila balik...ayah aku belikan payung tu dan aku sangat gembira..kemana saja aku bawak payung tu....

Thanks Wan kerana memayungi kami selama ini...kalau bukan kerana didikan ayah (walaupun ayah sangat garang), dah tentu kami jadi mat rempit atau minah rempit.....terima kasih ayah dan mak kerana mendidik kami sejak kecil...semoga kami dapat menjadi anak-anak yang soleh yang dapat mendoakan mak dan wan kelak.... i love you so much mak dan wan....nak nangis wehhhhh................

Sunday, June 12, 2011

Sedih tengok cerita Pingu ;-P

2 hari lepas....aku bagi budak-budak ni tengok cerita Pingu sebab tak mau tido lagi, sedangkan dah lewat malam...aku pulak layan Internet kat sebelah. Tiba-tiba terdengar bunyi..sob...sob....kat sebelah...aku tengok kat si adik, habis beringus, air mata meleleh...dia kata "kesian pingu..dia sedih..."..... alahai siannya..lembut hati jugak anak aku ni..tengok pingu pun boleh nangis...ada babak Pingu kena tibai ngan emak dia sebab bagi pecah pinggan..Pingu pun keluar dari rumah dan tersesat dekat kawasan salji...masa tu Pingu ketakutan dan menangis..budak kecik ni pun nangis sama..









Start kat part yang ada lagu Linkin Park tu dok mula sedih...

Saturday, June 11, 2011

My old green diary...

Sebenarnya aku mula menulis diary sejak dari darjah 5. Ianya bermula setelah melihatkan kakak-kakak aku yang rajin menulis diari. Diari pertama aku ada gambar kartun, kecik je buku tu. Masih ingat lagi yang aku beli kat The Store dan baunya wangi.

Diari Pertama (umur 10 tahun)
-berkisar tentang kelahiran kucing, kucing sakit, kucing mati, lembu sakit, lembu mati, merajuk ngan kawan, no tepon kawan, etc.

Diari kedua (13 tahun)
-Pun lebih kurang macam tu jugak, pasal kucing, kucing beranak, terpijak kucing, kerja sekolah tak siap, tak suka matematik, artis pujaan,aktiviti harian, luahan kekecewaan dan kesedihan bila kena marah

Diari ketiga (14 tahun)
-Aktiviti harian, buat kerja sekolah, bengang kat cikgu, bengang kat kawan, lirik lagu.. macam-macam, pun sama jugak bila kena marah sedih, aku tulis dalam ni

Bila masuk Univ.
-Berkisar tentang mata air, dia tepon pukul berapa, statistik berapa kali seminggu hehe, aktiviti harian, angan-angan masa depan, nota usrah (bila rajin), tepek gambar mata air,kaler ngan krayon..isk...macam-macam laaaa....

Bila mula-mula kawen
-berkisar tentang barang-barang yang dibeli termasuk resit, tarikh beli lesung batu dan kuali..isk...isk....resepi bonda pun ada...

lepas ada anak..tarak masa mau tulis daa.... hanya rekod penting seperti tarikh lahir anak, bila boleh meniarap, berjalan, sebut perkataan pertama etc yang aku simpan dalam handphone.

pada tahun 2004 iaitu sebelum kawen aku terjumpa buku Kimia form 5 yang berwarna hijau dan masih banyak muka surat kosong...so I have decided to write when I gets home.... aku hanya akan tulis diary ni bila balik kampung... apabila balik kampung, aku akan cari diary ni, tulis apa yang aku buat dan apa yang berlaku....this is how it looks like...macam diary Anne Frank je...hehee




My green diary....



Pada mulanya ia merupakan nota Kimia form 5



I started to write on 2004 in this book



Aku ada membela tupai







Catatan kami adik-beradik secara tak rasmi boleh dilihat pada kalendar di dinding rumah. Kat siling pun ada. Bila gaduh, panjat kat alang rumah dan tulis kat siling pakai pensil " ***** gila!" ..ataupun tulis kat belakang buku atau novel. Catatan secara artistik dan batu bersurat pun ada. Macam-macam benda diukir kat dinding kayu, gambar Pak Dogol (Watak dalam dikir barat), harapan dalam SPM dan sebagainya. Biasanya tarikh penting yang tak sempat ditulis kat diary, akan terus ditanda pada kalendar atau ditoreh dinding buat dinding bersurat.



Perkara yang membuatkan aku sangat terkilan ialah apabila surat menyurat di antara family aku dengan abang aku yang belajar di US pada tahun 1980+, terbakar dengan tidak sengaja. Sayang sekali..pada suatu hari aku balik kumpul semula semua surat tu dan masukkan dalam kotak kasut dalam almari. Ntah macam mana abang aku yang kebetulan mengemas buku-buku lama telah membuang dan membakar kotak itu tanpa memeriksa kandungannya terlebih dahulu..memang aku terkilan sungguhhh!!! Macam-macam cerita dalam surat-surat lama tu..ia termasuklah cerita kelakar yang disampaikan kepada abang aku di sana, maklumlah masa tu telefon belum ada..yang ada pun hanya telegram dan surat menyurat yang lambat sampai.



Cerita seperti abang aku yang bekerja sementara sebagai penggali kubur selepas grad UKM, cerita abang aku sorang lagi yang tumpang naik lori panjang (San tai wong namanya) untuk daftar masuk UPM..cerita pasal aku yang baru pandai sebut nama abang aku...cerita abang aku kena tibai ngan ayah aku sebab pegi tebas anak-anak pokok pisang yang baru ditanam...perkembangan bola sepak tempatan, cerita kejiranan, orang kampung bergaduh, juga termasuk lukisan adik beradik yang masih kecil yang dilukis pada aerogramme...tak lupa juga pesanan suruh beli macam-macam bila abang aku pulang ke Malaysia nanti....macam-macam...tidak lupa juga pesanan mak dan ayah aku kepada abang aku yang jauh di perantauan....ahhh..sedihnya..kenapala abang aku tak bukak kotak kasut tu sebelum membakarnya....rugiiii...satu artifak berharga telah termusnah... Sekarang aku dah ada blog..Bila ada blog ni...lagi senang aku nak merekod aktiviti......coretan aku ni insyaAllah non-volatile....

Thursday, June 9, 2011

weekend kembalii.................

Esok weekend yayyy!!! Cepatnya masa berlalu, rasanya baru last week aku balik kampung. Dari hari ke hari, minggu ke minggu, tahun ke tahun..sekejappppp aje. Dalam pada tu aku belum mula pun lagi master project aku hehehe...mentang-mentang banyak masa, lagi la aku membuang masa aiseyy.....

Dah lama tak shooting dapatkan gambar yang cantik-cantik.. daddy pulak tak sempat nak belajar guna D90 tu. Nak kena beli lense untuk tangkap gambar panorama pulak kot...but not now..tengah plan nak beli bulan 11 ni..

Sebenarnya we are planning to go for a vacation this November. Tahun lepas dah pegi Sabah. Aku menabung awal-awal lagi untuk ke sana. Kali ni setahun jugakla menabung untuk pegi jalan to our next destination. Tempatnya nanti dekat-dekat nak pegi aku bagitau, tapi jauh lagi dari Sabah. Sebab tu tahun ni tercungap-cungap jugak aku saving, di samping saving untuk bayar yuran pengajian. Tu pun kira ok sebab yuran tu telah di support oleh hubby dah separuh. Kat destinasi kami november ni, target nak beli gadget-gadget electronic seperti lenses atau iPad clone hehee....

Dalam pada tu, abang aku ada ajak jalan ke Indonesia next time. Yang tu kena bincang kemudian, biar settle satu per satu. Yang penting kena ada tabung untuk vacation. Aku sanggup berhabis untuk vacation...bab-bab dressing aku tak pandai, begitu juga make-up, aku tak reti sangat selain skin care je. Di kala orang lain sibuk mendapatkan pelbagai jenis kain tudung, serta fesyen baju yang bermacam jenis dan aneh (bagi aku laa), aku rasa kalau aku pakai, rasa buruk dan hodoh sekali...bagi aku, lebih baik aku guna duit untuk berjalan-jalan dan makan-makan. Maklumlah aku ni kuat makan. Kalau berjalan-jalan tu mesti nak makan. Nak makan tak susah pun, kat pasar malam pun boleh...tak payah nak makan tempat mahal-mahal pun, sebab tekak aku pun jenis tradisional hehehee....

Dan aku jugak tak paham bagi orang yang bergaji kecil tapi sanggup berhabis duit beli kereta mahal yang sebenarnya di luar kemampuan diorang sebenarnya. Tengok kereta mahal boleh kenyang ke? isk isk...tapi tu hak masing-masing..cuma aku lebih suka MAKAN dan JALAN-JALAN cari makan....maklumlah, dulu anak-anak aku masih kecil, sekarang ni dah boleh jalan, berlari, seronok la nak jalan..cuma tak larat nak kejar, takut hilang. Aku dah suggest kan hubby, november ni, nak guna tali untuk ikat budak ni kat pinggang aku dan hubby. Takut hilang, bukan apa...aku tengok ada je orang buat macam tu...tapi encik hubby nampak macam tak setuju...takpe kita tengok dulu camna...

2 minggu ni memang banyak masa terluang sebab budak-budak cuti...next week budak-budak kolej ni datang balik....yang pasti aku tak payah pegi kelas kat Sintok dah yesss!!!!

Esok aku nak kemas rumah bagi clear....bukan setakat tongkang pecah dah ni..tapi karam terus....kain baju tak terlipat nak mencecah siling dah tu...aduhh...sakit mata aku...

ok adios amigoss....

Skincare..usia? Hanya pada angka heheee...

Sebelum ni aku tak betul-betul jaga kulit muka..jadi sejak dua menjak ni rasa insaf pulak, lagi-lagi bila umur semakin bertambah. Dahla kat Perlis ni cuaca panas bahang, muka senang nak jadi gelap kalau kena panas matahari. Aku pakai ni selama beberapa bulan ni :

1) Facial wash Safi Rania Gold
2)Toner Safi Balqis - baru aku tau, penting rupanya pakai toner, rasa bersih je
3) Serum - aku try Safi Rania Gold-Bestttt!!!!
4) Eye cream-Nivea Aqua Sensation
5) Night Cream Bio- Essence Tanaka White
6) Loreal UVA/UVB Protector SPF 50- pakai last sekali selepas yg di atas

Lepas tu pakai bedak etc. macam biasa la..

Hasilnya memang PUAS HATI hehee...when people around me said that my face becomes fairer..besttt!!!!! Usia? Hanya pada angka..hehee..betul kata orang, kena rajin dan motivated..kalau hangat-hangat tahi ayam mana nak berkesan..kalau boleh nak ubah persepsi..makin tua makin lawa..boleh? (bolehhh!!!!)

Kari ikan...


Tonight we had kari ikan for dinner.....simple tapi puas hati...

Wednesday, June 8, 2011

Loreal UV protector ....


I am using this.....dalam pada kita dok tepek macam-macam, tapi lupa pakai sun block...this product is nice for me...kalau beli kat Watson dalam RM20++, kalau kat supermarket mahal sikit...aku ada terbaca, matahari adalah faktor utama penuaan kulit..so kita kena guna sunblock..krim biasa tak memadai.....selamat menepek-nepek...

Tuesday, June 7, 2011

Dr. Zakir miraculous memory!!!

Memory Dr. Zakir memang hebat MasyaAllah!! Berikut adalah petikan video perdebatan bertajuk "The Quran and the Bible In The Light Of Science" dengan Dr William Campbel.. Dr. Zakir Naik sememangnya pemenang!! Lihat saja betapa fasih dan lancarnya beliau berdebat..dan bagaimana gugupnya pihak lawan. Untuk menonton video selanjutnya, sila ke

http://www.youtube.com/watch?v=_xtIyoqqsMA&feature=fvsr





Christian accepts Islam after challenging Dr. Zakir Naik at an Islamic Conference!

Dr. Zakir Naik memang hebat, Allah mengurniakan kepadanya kefasihan dalam melebarkan agama Allah melalui perdebatan dengan orang bukan Islam. Tanyalah apa saja, Dr. Zakir akan menjawabnya dengan genius berdasarkan Al-Quran dan hadith. Beliau juga mengingati setiap bab dan ayat dalam semua kitab agama Kristian. Beliau memang dikenali kerana kebolehannya mengingati kesemua isi kandungan kitab Al-Quran dan kitab-kitab agama lain. Dalam video ini, seorang penganut Kristian telah memeluk Islam setelah mendengar hujah Dr. Zakir tentang Keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad SAW serta Nabi ISA AS. Dr. Zakir merupakan anak didik kepada Allahyarham Shaikh Ahmad Deedat, ulama tersohor kelahiran India.


Cucu saudara yang keempat...



Alhamdulillah..ahad lepas, 5 Jun 2011, aku mendapat seorang lagi cucu saudara, Maryam Alice namanya. Cucu saudara yang ke 4. Maryam merupakan cucu sulung kakak aku yang kedua. Maryam ni campuran Melayu+ Cina sebelah ibunya, dan Melayu + Scottish sebelah bapanya. Ada tokwan Cina dan mat salleh la ni. Tahniah buat kakak aku...selamat berjaga malam ye :)