Sunday, June 29, 2014

Blessed Ramadhan!

Assalamualaikum!! selamat menyambut satu ramadhan! I'm excited when Ramadhan comes, don't you?
Aku tak sempat nak berblogging sekarang ni sebab komitmen kerja, ada rombakan organisasi jadi kerjaku bertambah! Alhamdulillah Allah nak bagi rezeki yang halal dan lebih berkat!
Nak blogging kat rumah pulak mesti berebut lappy ni dengan budak-budak. Bila diorang nampak aku on je lappy ni, terus nak tengok Oggy and the Cocroaches!

Ok layan menu berbuka hari pertama Ramadhan. Korang boleh google resepi ikan dan ayam percik kat blog aku ni. Alhamdulilah cuaca hari ni hujan dan tak panas, alhamdulillah!

Have a blessed Ramadhan!




ni pulak gambar mek ni tengah buat kuih raya berinti guli!

Monday, June 23, 2014

penyokong tegar Deutchland

setakat ni aku tak pernah bangun tengok world cup dengan habibi,
dia pun tengok sekali sekala je sebab busy dengan projek dan match. Ni pun baru balik KL.
Layan gambar petang tadi, lama dah tak shooting gambar. Bz memanjang.
have a good day!

Tuesday, June 17, 2014

Irritated and annoyed!

( gambar hiasan, ada bengkel kelmarin sehari suntuk)

ohh..
ada dua perkara yang mengganggu fikiranku sekarang.
Yang pertama tu biarla, aku dah malas nak fikir.
Yang kedua tu huhu...
kadang-kadang orang suka mengambil kesempatan bila seseorang tu terlalu baik dan terlalu patuh.
Ada dua jenis peranan orang sekeliling dalam hal ini.
Jenis yang pertama akan bersikap biar dan lihat, atau dengan kata lain, biar dia buat semuanya, bukan tanggungjawab aku pun lalu gelak hahahha....
Jenis yang kedua, akan berasa malu alah lalu menawarkan bantuan sama ada bantuan logistik atau kewangan. Kadangkala, bukan itu yang menjadi ukuran tetapi kesungguhan nak membantu.
Dalam hal ini, aku berasa sangat irritated dengan golongan yang pertama tadi. Takda rasa kesian melihat orang susah payah berkorban wang dan tenaga melaksanakan tanggungjawab, padahal yang ditolong itu bukan orang lain, isk isk...
Aku memang irritated giler dengan orang macam ni.
Kalau kita tak mampu menolong dengan kudrat, tolongkan dengan support apa yang patut seperti makanan dan wang, offer bantuan lain dan sebagainya. Tapi kalu satu apa pun tak di offer, aku rasa mereka ni masuk dalam kategori selfish dan ignorant.
Ahhhh sakit hati!!!
Bila terlalu baik, akan terus digunakan sehingga lusuh semahu-mahunya.
Kesian kan, orang lain pun ada kehidupan dan cabaran sendiri.
Janganla kita pentingkan diri, asal diri sendiri je senang...
yang pasti, aku tak buleh masuk dengan orang macam nih,...
stay away from me...i hate you!
dushhhhh!!!!


Saturday, June 14, 2014

Happy father's day


I love you dear father..
happy father's day...
the first and the last time I wished you happy father's day was on year 2011's father's day...
I never thought that was the last time...
But one thing for sure, I am proud father, I am proud because I have your gene and blood in my veins...
I'm so thankful for inheriting your spirits,
and much-much thankful for inheriting your looks...
I am happy that I have your face, eyes, mouth, hands, feet and your awesomeness.
Whenever I look at my hands, I feel glad because that's your hands too with the same bone structure. I also got dimples from you!
And the most important thing is, I got much-much prayers from you. Now I am going to give it back to you, the best prayers is just for you!
I love you!

Tuesday, June 10, 2014

Tuesday updates

Sejak aku kena sakit mata april lepas, dalam tempoh dua bulan ni beberapa kali mata aku pedih-pedih walaupun tak merah dan tak gatal.
Rasa macam berlarutan pulak pedihnya. Time ok, ok aje.
Tadi sekali lagi aku ke pusat kesihatan universiti untuk jumpa doktor.
Sambil belek-belek mata, doktor kata mungkin bukan virus tapi allergik.
"Buleh buta ke doktor?" tanya aku huhuuuu...
doktor kata takde la, ok aje, cuma aku risau sebab kadang-kadang macam nampak kelabu aje.
Doktor bagi Eye Mo dan ubat titis. Err, hari tu dah guna ubat titis tu, mungkin tambah Eye Mo ni membantu kot insyaAllah. Tiba-tiba takut pulak dengan keadaan pancaindera aku ni, nikmat hidup ni.

Tadi abang aku sms bagitau pasal rumah kampung.
Minggu depan rumah tu akan dirobohkan untuk buat rumah baru kat bahagian tengah tu. Bahagian yang aku post kat previous entry iaitu area 3 bilik tu.
Tiba-tiba rasa hiba pulak.
Bilik Wan......
sob..sob...
kayu-kayu kat bilik tu nanti semua will be gone sebab nak naik dinding konkrit.
Raya kali ni buat pertama kali dalam sejarah kami tak beraya kat rumah nih sebab mungkin belum boleh diduduki, sedih wehhhh......
anyways thanks pada abang aku yang berusaha menjaga rumah ini agar tetap utuh mestipun bertukar casing :-P
Maklumlah, anai-anai teruk bebebor. Sekali terajang aje boleh hancur dinding tu. Lantai pulak ada yang dah berkeriut-keriut bunyinya.
Nanti nak suruh abang aku tangkap gambar sebelum roboh, buat kenang-kenangan.
Well, let's move forward, Wan wouldn't even bother about this anymore, mungkin emak ajelah yang berasa sayu, dan aku pun.... well just go ahead!!!
okaylah.... life goes on...

err...
korang ada try tak lulur garam yang aku ajar tu?
seriously best sangat home made bath salt nih!
berbanding dengan yang aku dok beli tu yang ni lagiii best. Sebabnya garam tu masih fresh yang tekstur garam tu lebih elok butirannya. Jadi bila scrub kulit lebih berkesan. Jadi kulit akan jadi lebih bersih halus mulus tulus hehhee....
sekarang ni asal mandi je aku guna garam tu, tak risau habis sebab nanti boleh beli lagi.
Korang nih tak terliur ke dengan testimoni nih hehehe, tak payah pegi Spa dah.
nak balik dah...
byeee...















Sunday, June 8, 2014

susahnya mau beli seluar wargghhh

mayday mayday mayday!!!
I'm getting fatter!
aku perlukan seluar sekarang ni, sama ada jeans atau slack.
Tapi beberapa kedai aku try semua tak lepas wargghh!!!
Bila pakai, jadi melekat macam legging plak grrr!!!
what the hell are they designing, do you think all women got slim legs and thighs?
*sighhh* I always have problems when buying jeans. They are so not muslim-friendly!
Kalau tak ketat kat betis, ketat kat peha.
Macam anak-anak muda pakai sekarang ni, ketat giler nampak batang kaki atas bawah. That is sooo ugly ok!
Yes solution dia adalah pakai kain atau skirt. Masalah dengan aku pulak, aku rasa aku sesuai pakai seluar sebab nak handle anak-anak aku yang aktif ni. Silap haribulan diorang masuk dalam kain pulak.
Aku juga ada beli seluar palazzo tu, punnn tak lepas JAKIM sebab kain dia jenis melekat nampak bentuk paha pulak dowhhh....
nampak sangat dah yang aku semakin montel sekarang ni,
err it's ok, Ramadhan is coming, di samping meraikan bulan ibadah ni, boleh lah menguruskan badan.
Weekend lepas in laws datang ke rumah, so I cooked and I ate a lot, oh my buruk betul makan!
Tadi pulak ada seminar kat hotel, jadi aku berjaga-jaga tak makan banyak sangat, ambik sikit-sikit aje and avoid creamy snacks.
Okla,
catch ya later....


Wednesday, June 4, 2014

Home made bath salt






yayyy jimat dan menjimatkan!!
kenapala aku tak buat bath salt ni dari dulu ye?
beli kat Padang Besar RM5 satu bekas ni. Bila buat sendiri modal beberapa sen aje hohoho!!

Meh nak ajar korang cara buat bath salt ni... alaaaa senang cam kacang kuda aje....

aku cuma gunakan sepeket garam yang berharga 60 sen. Beli yang ada jenama kunun-kunun, kalau beli kat kedai runcit bungkus sendiri tu 30 sen aje rasanya.
Lepas tu tuang dalam bekas, dan tuang pulak atas tu bath cream. Ikut la nak bubuh Lifebuoy ke, Palmolive ke, kebetulan aku baru beli Antabax kaler putih, jadila putih.
Masa tuang tu, tuang sikit-sikit aje sambil kacau dengan sudu bagi garam tu serap cream tu. Jangan terlebih, agak-agak sebati dah le. Banyak sangat pun tak best nanti nak sental tak rasa garam pulak sebab cream terlebih. Bagus scrub badan ngan garam ni sebab tanggal daki dan kulit jadi licin. Bila malas guna lulur rambai, aku guna bath salt ni la sebab cepat. Masa pegi salun baru-baru ni, kakak salun tu kata kulit aku elok ( maksudnya tak berdaki kot), sebab dok sental benda ni. Sebenarnya dalam beberapa hari je badan kita boleh berdaki, sebab kulit berpeluh setiap hari, sel mati setiap hari. Bila scrub ni rasa bersih giler kulit. Tak semestinya kulit kena putih baru cantik ok, kesianla aku yang tak putih ni kalau camtu hahahaha...
rajin-rajinnya menanggalkan daki kat badan korang tu hehehe...
ok selamat mencuba!!


enterprem jap!! bos takdak, pergi umrah muehehhee....

Sunday, June 1, 2014

sentimental lagi....

wah wahh lama aku tak meluahkan perasaan di sini...
sebenarnya aku baru lepas round satu semenanjung Malaysia in a week!
bermula dengan Kedah, turun ke Penang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelate, lepas tu kelmarin back to Kedah, sampau pukul 12.30 pagi!
Banyak agenda pulak semenjak dua menjak ni, tak sempat nak menatap blog aku ni lama-lama.
Sekarang baru kembali nak meluahkan perasaan.
Kali pertama sejak aku kawen hampir 9 tahun, kali ni aku balik kelate tak tido kat umah mak aku pun, sob..sob...
sebab rumah tengah renovate kat dapur, jadi tak ada dapur. Pastu tingkap belum siap, tak berani pulak nak duduk. Lagipun aku rasa sepi kalau tido kat sana melainkan ada adik beradik aku yang lain turut ada.
Kesian mak aku, dia nak tido kat sana tapi keadaan rumah tak mengizinkan.
Tapi waktu siang aku ke sana cuci yang mana patut.
Kalau aku ada duit, mau aje aku beli tanah kat sebelah rumah mak dan wan aku, buat rumah kat situ ke, kalau aku kaya... kalau aku kayaaaaaaa...... insyaAllah kalau Allah beri rezeki lebih, tu azam aku. At least bila balik kampung ada tempat nak lepak. Takkan nak menempel kat rumah abang-abang aku, segan pulak.
Bila balik ke rumah, terus ke dapur cari selipar kuning wan, nasib baik jumpa, so sentimental selipar tuh.
Petang Sabtu sempat ke kubur wan kejap, mesti wan gembira dengar suara kami datang bacakan doa untuknya. Aku suruh Faiz bacakan doa untuk tokwe dan minta Allah ampunkan dosa-dosa tokwe,

katanya, " tokwe mana ada buat salah pun!"

aku cakap doakan je la, dia ulang lagi " tokwe tak buat salah pun!"

lepas tu tengok mak aku berdoa sambil dok sapu air mata, ohh sedihnya....
sob...sob...
rindu betul kat wan...
malam tu aku dok belek-belek bakul barangan wan dalam bilik, tiba-tiba aku aku jumpa satu beg duit syiling yang mengandungi gambar-gambar passport wan, gambar aku dan gambar kakak-kakak aku. Wan simpan gambar tu elok-elok.
Sambil belek tengok gambar-gambar wan satu per satu, mata dah berair nak nangis, sekarang pun rasa nak nangis warrghhhh.... rindunya...
kalau ikut kalendar Islam, dah genap 3 tahun wan tinggalkan aku, wan pergi pada 2 Syaaban. Dah 3 tahun tapi hati masih menangis huhuhuu...

Allahummaghfirli..
waliwaalidaiyya..
warhamhuma kama rabbayaani soghiiiro....
amin....

:'(



his handwritings...

still missing you...




Sedih tengok gambar ni, masa aku kecik-kecik wan selalu suruh aku masuk bawah rumah ni untuk ambik telur ayam atau tangkap ayam, sebab dia tak larat nak masuk sebab kena membongkok. Tingkap sebelah kanan tu bilik solat wan, kesan papan coklat tu adalah sebab pencuri pecah masuk tahun lepas. Bilik tengah tu bilik wan, bilik belakang tu bilik kosong. Kat tepi rumah ni la wan selalu dok bagi makan ayamnya. Sekarang stor kat tepi tu dah roboh sebab usang sangat. Masih nampak lagi kat mata aku ni wan duduk di kerusi di tepi dinding ni dok bagi makan ayam.
I miss him so much.....