Friday, May 31, 2013

Kitty dah hilang.......


Kelmarin aku balik kerja macam biasa cuma aku sampai dahulu kat rumah, sebab habibi singgah pasar malam. Sampai ke rumah lepas parking kereta, terus aku ke belakang rumah panggil nama Kitty. Panggil punya panggil tak muncul-muncul. Biasanya bila panggil nama Kitty dia akan datang. Aku cari lagi keliling rumah. Bila tengok bekas makanan dia, makanan tak usik langsung, pes ikan dan makanan kering tak terusik. Rupa-rupanya Kitty dah hilang!!!
Oh sedih sungguh rasanya... (aku dengar macam suara kucing, lari tengok kat luar, Habibi yang tengah belek rumput kata tu burung la)...
Faiz nangis bila Kitty hilang, dia tanya aku, nanti boleh jumpa Kitty di syurga tak...
si adik pulak buat-buat macam tak sedih, tapi aku tengok kat bilik dia dok tengok video Kitty yang diorang rakam pakai handphone aku malam kelmarin.
Malam tadi aku ajak habibi round taman pegi cari, tak jumpala.. kena jerit nama dia kuat-kuat kot. Pagi tadi pun jenguk-jenguk juga kot-kot la jatuh longkang. Tak ada jugak. Benda pertama aku buat pagi tadi ialah buka pintu dapur, sebab biasanya Kitty akan masuk bila aku buka pintu. Bila bela kucing jadi sedih cenggini lah sebab bela sejak dia kecik lagi, tak sampai 2 bulan pun aku bela dia. Kata pemilik kedai kucing tu, umur Kitty 2 bulan lebih.
Dulu aku bela tupai 2 ekor, bela sejak merah-merah lagi. Bila besar dia lari sebab binatang liar. Tu pun hari-hari aku dok cari keliling rumah.
Habibi baru plan nak beli sangkar kucing, tak jadi la.
Kitty ni dia sangat lincah, kira nak gigit tangan orang aje (gigit manja la), orang kata menikus.
Semalam dengar Faiz sembang dengan adik dia, katanya,

" Tak apalah, nanti kita jumpa dia kat akhirat!"

sebab aku kata kat dia, kat akhirat nanti Kitty akan bagitau kat Allah yang kita semua dah jaga dia, bagi makan kat dia...
sob..sob....
namun apa pun, aku rasa bukan saja-saja Kitty ni 'datang' kepada kami. Mesti ada sebabnya. Bagi mereka yang minat kucing, selalunya akan percaya dengan konsep rezeki Allah. Kata ustaz Azhar Idrus, orang yang memberi makan kepada kucing (haiwan-haiwan la) murah rezeki. Kata habibi pulak, kita tak tau entah entah kita ni tumpang rezeki (berkat) kucing tu sama.

Aku cuma harap Kitty selamat. Kat sini ramai pekerja vietnam dok buat rumah, ada orang kata diorang ni makan kucing...huk...huk...... sedihnya, Kitty dah di trained berak kencing dalam bekas pasir dia dah kat luar rumah. Dia tak buang merata, mesti kat situ saja. Kalau bela yang baru leceh pulak nak mengajarnya.

Oh Kitty... bila aku dah mula sayang dia hilang entah ke mana.... ketika aku nak perg kerja pagi kelmarin, dia macam nak ikut kat tepi pagar....
Kitty...Kitty.... lepas ni nak kutip kucing dari mana laa pulak...hmmm...

Thursday, May 30, 2013

mesej pendek written by habibi

hati kena tabah, telinga kena tebai....setiap saat pasti di uji.. itulah kehidupan di dunia ini

Wednesday, May 29, 2013

sendiri.....

menyusuri lebuhraya Kuala Perlis-Changlun, tanpa radio, nyanyi lagu nasyid Sendiri (Saujana)...

Terasa tersisih sendiri di pinggir sana
Kau tiada lagi di sampingku berbicara menyalakan api
Tika kau disampingku tuturmu ku anggap bisu
Tingkahmu untukku sumbang bagi diriku
Harapanmu padaku tidak kuendahkan

( korus )
Nasihatmu madu penyembuh luka
Pabila bersamamu hilang dukaku
Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi disisiku
Belaianmu kini masih terasa
Restu darimu membawa ku ke syurga
 
(sampai di sini suaraku tersekat, mata mula bergenang, memandu dengan kelajuan 70kmj, air mata yang bergenang sejak tadi mengalir deras.... rindu sungguh rasanya... setiap baris lirik lagu ini bermakna bagi aku. Betul.... tuturmu kuanggap bisu, 2 hari sebelum Wan masuk wad, pada petang itu Wan duduk dikerusinya dan mengeluh dan berleter tentang kaum keluarga (ada la yang kurang berkenan sikit), masa tu aku baring atas kerusi buat tak tahu aje... huhuuuuu...... sebab aku tak mau dengar... kalau diberi pilihan, sejuta kali pun aku mahu dengar sekarang ni, aku rindu suara Wan......)


Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

(Suara dah tersekat tapi nak nyanyi lagi huk...huk....)

Andai dapat ku kembali mengubah yang terjadi
Pasti takkan kuulangi walau hanya sekali
Namun hanya doa yang bisa kukirimkan

Lewat kusedari nilai cintamu
Pabila kau tiada lagi di sisiku

Ku kan cuba tempuh hidup sendiri
Kerna kita kan akhirnya sendiri

Ingin saja aku beritakan kepada Wan yang aku telah berjaya dalam temuduga baru-baru ini. Ingin saja aku ceritakan kepadanya yang aku dah dapat kerja di sebuah IPTA ternama. Wan mesti orang yang paling gembira mendengarnya, aku rindu nak melihat reaksinya. Mesti Wan akan adakan kenduri untuk aku. Tapi, di sana, Wan lebih memerlukan doaku untuknya, yang mana tidak pernah kulupa walaupun sehari, walaupun di dalam hati aku tetap doakannya. Aku dah meletakkan jawatan di tempat kerja sekarang ni setelah hampir 5 tahun di sini. Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan doaku untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik. Walaupun apa jua cabaran mendatang di tempat kerja baru, aku terima dengan hati yang kental insyaAllah. Kat mana-mana pun ada cabaran, kena berhat-hati jugak nanti.
Baru-baru ini ketika balik kampung, kami menziarahi pusara Wan.(Nak upload tenet slow pulak). Sehari sebelum kenduri aku mimpikan Wan ada kat rumah. Gembira rasanya.
hmmm oklah itu update untuk hari ini. Esok aku last day keje kat sini. Ahad ni lapor diri kat tempat kerja baru. Alhamdulillah....aku bersyukur dengan apa saja yang Allah beri, yang penting jangan putus asa cuba dan berdoa...

Monday, May 27, 2013

Traffic light di Ho Chi Minh City

haha layan video kat YouTube ni, lawak dan dalam masa yang sama aku kagum! macam semut aje,
nak tau apa benda, layan ni Ho Chi Minh City
aku rasa aku tak boleh bawak kereta atau motor kat sana hehhehehe

balik kampung daaaa....

tak sempat nak update..
baru balik dari kelate, tadi baru sampai pukul 9 malam.
Penat, mengantuk, semua ada. Ada kenduri kat kampung, seronok balik jumpa kaum keluarga, jiran tetangga, dan juga shopping tudung, ehhehe...oklah aku takleh taip ni Kitty kacau...
bye

Tuesday, May 21, 2013

Changlun Pets Mart

Hai !
lama tak update,
kali ni aku nak cerita pasal Pets Mart yang terletak di Taman Keruing, Changlun, Kedah.
Setiap kali balik kampung atau pergi bercuti, aku akan tinggalkan si Kitty kat sini.
Pets Mart adalah sebuah kedai yang menyediaka perkhidmatan menjual arnab, kucing, kura-kura, ikan, serta makanan-makanan haiwan berkenaan. Perkhidmatan boarding atau 'mengasuh' juga disediakan. Caj boarding sehari untuk seekor kucing adalah RM8 termasuk makanan. Aku puas hati sebab Kitty dijaga dengan baik, begitu juga kucing-kucing yang lain. Nampak bersih dan teratur. Bila aku ambil Kitty, dia sihat, kenyang dan terurus, tak seperti ketika boarding di ******* di mana Kitty busuk dengan tahi dan kelaparan. Aku recommend Pets Mart ni kepada mereka yang nak board kucing. Service yang bagus.
Pemilik Pets Mart adalah orang Melayu, tokey dia nama Kak Siti. Diorang satu family ni memang sukakan binatang. Semasa aku ke kedai dia pada hari Jumaat, anak-anak dia sendiri dok uruskan haiwan-haiwan tu bersama Kak Siti dan juga suaminya. Kalau hari lain aku tengok ada pekerja yang jaga. Yang penting, diorang yang buat bisnes ni adalah disebabkan minat dan sayang kepada haiwan, bukan kerana keuntungan semata-mata. Aku dok plan nak beli sangkar kucing lepas ni, yang boleh dibawa ke mana-mana. Kalau setakat balik kampung sehari dua tu bolehla bawak balik kot.
Ok kalau nak ke sana, boleh call aje nombor tu.

Wednesday, May 15, 2013

sembang petang

Huwarghhh mengantuk sungguh rasanya. Lepas lunch mula la jadi macam ular sawa kekenyangan.
Oh I have a good news, tapi aku akan cerita kemudian. Saja nak bagitau jugak yang akau ada good news hehehehe. Ia mengubah mood aku sejak dua menjak ni dan ianya umpama apa yang aku dambakan menjadi realiti, alhamdulillah...
sebenarnya tadi aku dok bersembang dengan kawan aku, yang sedang merancang untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana. Aku amat menggalakkan para ibu khususnya untuk menyambung belajar, walaupun menghadapi rutin harian yang memenatkan dan padat. Aku melalui cabaran yang betul-betul mendidik jiwa, bila aku menyambung pengajian sarjana/master ketika anak aku yang kedua baru berumur setahun lebih dan masih breastfeeding. Penghargaan aku memang khusus buat encik habibi tercinta yang menolong menjaga anak-anak sehari suntuk. Kesian dia, pagi-pagi usung anak-anak ketika hantar aku ke kelas, petang-petang pulak kalau anak-anak tidur, dia akan angkut masuk kereta dan hantar aku ke kelas. Begitulah rutin setiap hari Sabtu atau Ahad sepanjang pengajian aku selama 3 tahun. Sampai besar anak aku, akhirnya grad juga, alhamdulillah. Jalan hidup aku sedikit berbeza dengan orang lain sebab ketika muda belia aku bina keluarga dahulu, korbankan alam kerjaya dan terpaksa bersabar ketika orang menyindir aku macam-macam. Sabor jelah, mungkin memandang rendah kepada aku yang hanya seorang surirumah masa tu. Alhamdulillah, Allah beri balik apa yang aku missed dahulu, insyaAllah aku akan naik balik dalam kerjaya aku, ketika aku sudah punya keluarga yang stabil serta sedikit aset yang membolehkan kami hidup selesa, alhamdulillah.... kepada yang pernah perli-perli aku dulu sebab kerjaya diorang lebih bagus daripada aku, sekarang aku bangkit mencapai cita-cita aku. Rezeki yang Allah bagi sama ada cepat atau lambat bukan persoalan, tetapi ianya hadir tepat pada masanya, alhamdulillah terima kasih Allah.....huh sedikit kesal kerana ada orang yang suka memperlecehkan orang kerana merasakan dirinya serba bagus dan mempunyai jawatan yang hebat.
PhD pulak? ehheheh, nanti dulu, bagi aku cari ilmu pengetahuan dahulu....
tata...

Monday, May 13, 2013

Doa ibubapa...

semalam aku dengar Faiz solat kat bilik dia, baca Al Fatihah dan surah yang aku sendiri pun tak hafal, dah solat aku tanya dia,

Aku : Baca doa tak tadi?
Faiz: Baca
Aku : Doa apa?
Faiz :Doa ibubapa
Aku : Cuba baca nak dengar
Faiz : (sambil nasyid), allahummaghfirli zunubi, waliwalidayya warhamhuma, kama robbayani soghiro, ya allah Ya Tuhan ampunkanlah dosa-dosa ku, dan kasihanilah ibubapaku, seperti mereka mengasihaniku, seperti aku, kecil dahuluuuuu...
aku : sob..sob...... :'-(


Aku tak percaya rasanya bila anak-anak sendiri yang mendoakan aku dan abahnya, seperti aku mendoakan mak dan wan selalu....
 

Friday, May 10, 2013

Hahahha jom gelakk

Three guys, stranded on a desert island, find a magic lantern containing a genie, who grants them one wish each.

The First guy says:
“I wish I was off the island and back home”…..Wish Granted

The Second guy says:
“I wish I was off the island and back home”…..Wish Granted

The third guy says:
“I’m lonely…. I wish my friends were back here”…..Wish Granted


Credit to Fun Zone

Wednesday, May 8, 2013

Cara-cara membuat sampan!


Berpesan-pesan..

Pukul 1 tengahari tadi abang aku bagitau, rumah mak kat kampung dipecah masuk pencuri. Terkejut abang aku bila datang tengok rumah semasa rehat tadi. Habih pecah dinding bilik solat Wan dan juga dinding bilik Wan. Almari kesayangan Wan juga robek dipecahkan diorang. Tak guna punya penyamun. Tiada barang berharga di rumah, tapi aku sedih sebab rumah Wan rosak. Abang aku pun tak sempat nak check betul-betul tadi sebab nak ambik anak sekolah.  Habis kain baju dalam almari disepahkan. Mak tak diberitahu lagi, dia tak  boleh tahu benda-benda macam ni, nanti dia jatuh sakit. Lepas semua ok nanti abang aku bagitau. Dah lama mak tak duduk di rumahnya sorang-sorang, bahaya sebab drug addict (yang disyaki) ni boleh hidu orang-orang tua mana yang duduk sorang-sorang. Lagipun mak aku dah tak teringat sangat dah kat rumah dia, kalau dulu dia selalu nak balik. Ini lah kali pertama rumah kami di kampung dipecah masuk sejak Wan bina rumah tersebut. Ada rahsia sebenarnya yang diamalkan oleh Wan ketika hayatnya. Ketika Wan masih sihat, Wan akan membaca ayat Qursi sebanyak 7 kali sambil mengelilingi rumah. Alhamdulillah selama berpuluh-puluh tahun, tak pernah dipecah masuk walaupun rumah jiran -jiran dah beberapa kali dimasuki pencuri. Tetapi sekarang rumah mak dah lama tak berpenghuni. Macam rumah tinggal. Aku pulak lupa nak baca doa yang Ustaz Harun Din ajar masa nak kunci pintu rumah ketika balik mengundi weekend lalu. Lepas ni kenal amalkan doa tu balik bila balik kampung. Kesian pulak abang aku nak repair dinding tu petang ni.
ermmmm, sebenarnya aku bukan nak bercerita pasal kes pecah rumah, tapi kali ni pasal kes rumahtangga. Seorang kenalan kepada kenalan aku baru saja bercerai dengan isterinya. Ketika aku mula-mula tahu, ianya masih bergolak, selepas tu dah tak dapat diselamatkan lagi.
Daripada cerita tersebut, terdapat beberapa perkara yang menjuruskan kepada penceraian tersebut dan aku nak kongsikan agar para isteri mengambil berat dan menjaga hubungan dengan suami dengan sebaiknya. Ini nasihat kawanku :

1) Jangan suka mengutuk ibupapa suami kerana ia akan menambahkan kebencian suami kepada isteri. Walau buruk macam mana pun ibubapanya, air dicincang tidak akan putus, tak seperti  hubungan suami isteri, kalau putus dah tak ada apa-apa dah. Nak tak nak kena bersabar dengan kerena ibubapanya.

2) Pentingnya bersikap caring dengan suami, ambil berat tentang keperluannya. Sebab orang laki ni sebenarnya manja sikit, nampak aje legend. Kena ambil berat makan minumnya, buatkan air etc.

3) Bila telefon, jangan cakap kasar, cakap baik-baik. Terkejut si suami bila isteri mengherdiknya di telefon.

4) Hubungan intim..ohhhh... penting ni. Menurut sumber tersebut, isterinya melayan acuh tak acuh aje. Macam batang pisang? hmmmm.... ( lalu aku dan kawanku bertunggu lumus makan collagen bagai ehhehhe). Dari segi penampilan kena jaga, kasi attractive sikit kat rumah. Ni pucat macam hantu kubur, ohhhhh....

5) Mulut jangan puaka. Jangan terlalu celupar dengan suami, kerana ini akan membuat hati suami semakin tawar.

6) Suami nakkan isteri jadi seorang yang romantik, jangan tak tau. Kita ngat orang pompuan aje nak lelaki romantik, sebenarnya suami pun.

7) Jangan halang minat suami. Kalau dia suka main futsal, jangan halang (bagi aku, bagus kalau libatkan isteri dan anak-anak sekali).

8) Isteri garang, itu tak boleh, ini tak boleh sampai suami jadi stress.

9) Jangan suka tuduh-tuduh suami ada affair. Dalam kes ni, si isteri suka menuduh suaminya ada perempuan lain, last-last jadi sungguh sebab suami tu geram dengan isterinya.


ok, itu nasihat kawan aku, Nasihat aku pulak, adalah lebih baik untuk mendiamkan diri sahaja ketika marah. Bila rasa nak smash macam-macam tu, cuba relax dulu dan jangan cepat lepaskan kata-kata dan tuduhan. Sebenarnya selepas itu kita akan menyedari bahawa dengan tidak berkata apa-apa ketika marah itu telah menyelamatkan keadaan. Ia pernah berlaku kat aku bila kita rasa nak marah kat habibi, dalam kepala plan dah nak cakap itu dan ini, siap skrip lagi. Tetapi, bila sampai waktunya, aku senyap dan tunggu, rupa-rupanya andaian aku tu tidak benar dan kadang-kadang kita tak tahu keadaan suami kita sebenarnya. Kadang-kadang dia ada masalah tapi tak diceritakan kepada kita, orang repempuan pulak jenis cepat nak melenting dan kata itu dan ini. Apa yang perlu, ketika marah tu cuba control. Ingat tu ye, sangat penting!
Lagi satu, orang perempuan jangan malas dan kedekut. Jangan berkira nak beli supplement mahupun collagen atau pakaian. Sorry to say, bagi aku kain batik ni nampak selekeh. Begitu juga seluar pendek, hubby aku pun tak berkenan aku pakai seluar pendek. Aku rasa aku nampak macam orang seberang aje bila pakai seluar pendek. Banyak aje fabrik yang lembut dan murah kat kedai. Beli la pakai. Baju harga RM10 pun aku tengok cantik kat kedai Hari-Hari. Baju tak semestinya takde lengan, dengan berbaju biasa tapi berkain lembut juga boleh membuatkan isteri napak comey. Pemilihan warna juga penting. Pilih warna-warna yang ceria sikit. Aku cakap macam ni sebab aku tengok ramai surirumah pakai kain batik dan tshirt bodo aje. Bukan suruh berbaju ketat sexy pun, tapi baju yang ceria sikit. Pakai seluar panjang jenis longgar tu pun boleh  nampak segar. Iye aku tau, anak kecik, tapi cuba, peringatan ni pun buat aku jugak sebenarnya. Bila aku pakai selekeh kat rumah, aku sendiri pun tak lalu tengok muka sendiri kat cermin, apatah laki. Sekarang ni bonus buat aku sebab anak dah besar. Alhamdulillah banyak rehat dan tak stress seperti anak-anak kecik dahulu.

ohh... aku baru dapat Gogen collagen yang aku order beberapa hari lepas. Seronok berurusan dengan Gojezhouz sebab diorang cepat respon dan pantas hantar barang.

oklah, jaga diri baik-baik ye!

Tuesday, May 7, 2013

pengalaman ngeri?

amacam keputusan pilihanraya? korang ok? ehhehehe, sabar... apa yang berlaku ada hikmahnya, yang penting berbaloi aku balik kampung hehe...
aku cuma nak ceritakan pengalaman ngeri aku naik bas pulang ke sini kelmarin.
Sejak dari dulu, aku memang cukup berhati-hati bila nak naik bas, takut sakit perut. Sebelum naik bas aku makan sikit aje sebab beringat. Tapi pada malam selepas pilihanraya lalu, aku dok excited tengok keputusan pilihanraya kat Internet di rumah abang aku, sambil tu kakak ipar aku bubuh nasik banyak dalam pinggan. Aku main bantai aje dengan berseleranya.
Kemudian bila kat stesen bas, perut aku memulas tapi aku tahan. Oleh kerana risau ketinggalan bas, aku ke tandas tapi dengan kadar segera ehhehehhe, takut bas datang. Padahal delayed sampai pukul 11 malam, dah sejam setengah aku tunggu. Bila dah naik bas, masa berhenti kat Tanah Merah, dok menunggu setengah jam, tensen betul. Lepas tu kena tukar bas lain pulak.
Selepas tu bila bas ganti bergerak, aku tidur dalam bas. Bila sedar pukul 5 pagi. Masa tu aku dapat merasakan perutku sakit, tapi aku tahan. Makin lama makin memulas, warghhhh tak tahan sungguh nak nangis rasanya. Tak pernah aku tahan hajat nak ke toilet sampai macam ni. Tengok kat tingkap, masih kat dalam hutan belantara, Ahhh gila sakit mental jadinya.
Lama juga aku dok menahan sakit perut tu. Bila ada penumpang turun kat kawasan bandar, aku tak turun sebab sakit perut on off. Bila aku nak turun pulak perut dah memulas sangat-sangat dah, dah la aku duduk kat skydeck. Akhirnya setelah 3 jam menderita, aku turun gak cari toilet kat Hentian Sahab Perdana lepas tu naik balik.
Tapi seriously pengalaman tahan perut memulas selama 3 jam memanggggg ngeriiiii!!!!!!!!! lepas ni aku tak mau makan dah bila nak naik bas, huhuuu azab sungguh!!!

Saturday, May 4, 2013

Saya dahhh.....

anda bagaimana? undi adalah rahsia? *wink*

Friday, May 3, 2013

alhamdulillah dah sampai...

Alhamdulillah sampai kat THIS IS KOTA BHARU pada pukul 5.30 padi, aku malas nak tepon awal-awal takut kacau abang aku dok tido, pukul 5.45 dia tepon tanya dah sampai ke belum. Selepas tu kedengaran azan berkumandang di bandar Kota Bharu ni. Kulihat sekeliling, apa yang tak membangunnya? what do you really want in life? we have everything here, we don't fight with each other, berniaga takda dengki nak sabotaj orang, my family hidup dengan selesanya kat sini, mewah aje aku tengok. Yang miskin takda sampai nak meminta-minta (yang aku kenal), cuma peminta sedekah tu kat mana-mana pun ada. Oh ok suddenly I don't look neutral anymore hahahaha... kat sini nak berniaga memang untung, rezeki Allah ada di mana-mana asalkan usaha. Berniagalah apa saja,di sini tumpuan pelancong. Yang ada hanyalah orang yang malas, bukannya takda rezeki di sini. Aku tak perlukan KLCC kat sini, aku lebih sukakan Wakaf Che Yeh dan Pasar Siti Khadijah. Walaupun ada kompleks-kompleks baru seperti di Kubang Kerian mahupun KB Mall atau Tesco, Giant, tapi aku lebih senang ke tempat tradisional where I belong. (ok my vote has been identified hohooo). Aku membesar dengan suasana yang dibangunkan oleh TGNA. Dah biasa dengan suasana di sini. I know my leader, I know TGNA, I know how his house looks like, I know he's been the imam for morning prayers at the mosque next to his house. Anak aku yang kedua ditahnikkan oleh TGNA, alhamdulillah. Hahah ok it's getting obvious. Just bear in mind, we live in a democratic country, feel free to choose ok and don't fight.

Thursday, May 2, 2013

Ok kitty, duduk dengan pengasuh yeee

Kena hantar Kitty rumah pengasuh, sebab nak balik mengundi. Kena cari pengasuh lain sebab pengasuh hari tu kurang memuaskan penjagaannya. Bayar mahal tapi kucing tak terjaga.
Jaga kucing macam jaga anak pulak ehhehe....
byeee nak balik mengundi!

*** ermmm nak kelentong apa kat budak-budak ni yang aku balik kampung ni

ho ho ho balik ngundiii!!!!

semoga selamat hendaknya, amin.....