Aku suka tengok keadaan rumah yang tersusun kemas dan rapi. Kat ruang tamu kemas, bilik tidur kemas, bilik air kemas, belakang rumah kemas, depan rumah kemas, dapur kemas, bilik stor kemas...
taapiiii... aku tak mampu huhuu....
Aku boleh kemaskan tapi aku tak buleh maintain kemas. Kejap je okay pastu sepah balik.
Kat dapur tu kejap je aku clear, lepas tu pinggan mangkuk cepat je bertimbun. Ye, basuh terus tapi ada masanya aku terkejar nak buat benda lain pulak (hamboi macam sibuk sangat) tak sempat nak clear periuk belanga.
Semalam aku melawat rumah bos, bukan bos aku tapi dalam unit lain, kiranya rakan sekerja la. Dia baru lepas melahirkan anak lelaki. Baru sebulan bersalin.
Dia takde pembantu. Makcik bidan datang jaga 2 minggu pertama je. Selebihnya dia uruskan sendiri family dia termasuk anak-anak lain yang bersekolah.
Apa yang aku sangat kagum dan admire, rumah dia saaaaangatla kemas dan rapinya. Macam takde habuk sikit pun. Takde benda-benda bertabur bawah meja ke, tepi tingkap ke, walaupun satu benda. Kalau kat rumah aku, bawah meja tu ada guli la, lego la, kertas la. Bila aku simpan dan buang, aik ada balik. Soo.... I wonder... how did you do thatttt??????
Maksudnya, dia sentiasa mengemas ke? Tidak letihkah? Selepas masak nak kena buat segala macam kerja rumah? huhuuuu aku kena pegi skodeng ni. Balik kerja petang kelmarin terus aku capai penyapu dan kutip barang2 dan sorokkan mana yang patut, and yeah nampak kemas. Tetapi tidak lama kemudian ada lego pulak kat bawah almari.
I wish I have a maid! A robotic maid! Kalau berbentuk manusia kang masalah pulak huhuu...
Cuma aku kena sentiasa mengutip dan menyimpan apa yang ada di atas lantai dan di atas meja dengan segera. Jangan langkah atas barang-barang tu, ambil dan simpan terus. Tapi rumah bos tu memang super kemas la macam kat hotel pulak, kagumm kagummm!!!!!
Oklah nak balik dah, balik kemas rumah!
Tuesday, January 28, 2014
Sunday, January 26, 2014
wake up mama! asyik urusan duniawi aje, do something for ukhrawi!
Semalam tidur lewat setelah selesai menguruskan hal-hal duniawi. Pukul 2 baru selesai kerjarumah, packing barang customer. Sebelum tidur basuh muka dulu, mak aiii air sejuk sengal hingga ke tulang sum-sum. Aku jadi senang nak bersin, sebab sejuk. Lepas tu tepek serum kat muka, kat mata aku yang lebam genetically nih. Aku pakai agak kerap sebab aku suka hehe, aku rasa cepat habis nih. Ingat nak pakai lulur bedak rambai, tapi dah letih dah. Mama Meow aku letak dalam rumah sebab dia suka tido dalam rumah, aku bukak tingkap sikit untuk dia keluar masuk. Hachiko ni kanak-kanak hingusan, kalau nak pooh or pee dia main tunggeng je kat dapur huhuuu.. jadi aku tak boleh letak dalam rumah sebab dia tak reti lagi nak keluar ikut tingkap.
Masa dok best tidur tu, terdengar mama Meow mengeow tak berenti, aku sedar lepas tu dia tolak pintu bilik dan sondol-sondol muka dia kat muka aku, kena air liur dia macam Hachiko the dog pulak. Aku bangunla masa tu pukul 4.30 pagi, bagi dia makan dan letak air sekali kat dapur. Aku masuk tidur lepas tu dia tolak pintu mengeow-ngeow lagi kacau aku. Last sekali aku letak kat luar. Dia bukan lapar, aku tak tau dia nak apa. Pernah beberapa kali mama Meow buat macam ni di waktu pagi, Mama Meow nak bagitau apa ye? Ke Mama Meow nak suruh aku bangun sembahyang sunat? Maybe she knew something that I didn't know....
Anyway, I love both of you cats! Kerjanya tidur dan tidur. Sebelum pergi kerja bagi ikan sekor to each of them. I'm glad I have these cats, they make us happy.
Saturday, January 25, 2014
Stokis Panacea Beauty : Serum Biowhite Collagen
Setelah seminggu lebih menggunakan Serum Biowhite Collagen, aku dah officially jadi stokis Serum Biowhite Collagen from Panacea Beauty untuk negeri Kedah!
Wah aku pun tak percaya, tapi oleh kerana aku sukaaaaa sangat dengan kesannya yang aku alami, terus aku buat keputusan nak jadi stokis.
Aku memang suka sangat dengan produk ni.
Pakai sebelum tidur, ratakan beberapa titis ke muka.
Seminggu disarankan pakai 4,5 kali seminggu. Tapi aku excited sapu bila masa aku suka, cepatla sikit luak hehehe...
TREATMENT KULIT TERHEBAT!!
Serum ini
boleh diminum! Biar betul
Hasilnya :
Luka CEPAT
kering
Parut CEPAT hilang
Kulit CEPAT licin
Jerawat CEPAT
kecut
Bintik Hitam CEPAT pudar
Garis Kedut CEPAT tegang
Mari rawat
Kulit anda dengan produk pakar kulit...
SERUM BIOWHITE COLLAGEN mampu
membantu anda miliki KULIT IDAMAN ANDA
Serum hebat ini dirumus daripada
bahan-bahan semulajadi iaitu :
Air suling
Madu
Ekstrak
Aloevera
Seaweed
Marin collagen
Sarang burung walit
Pati
Oren
Vitamin C
Cara penggunaan :
Cuci muka bersih-bersih sebelum
tidur, kemudian sapukan beberapa titis serum rata ke muka atau bahagian kulit
lain yang bermasalah. Rasai kesegarannya keesokan hari! InsyaAllah puas
hati!
Sebotol tahan hingga 3 bulan jika hanya sapu, sapu 4 kali seminggu
sahaja.
===RAHSIA SERUM BIOWHITE COLLAGEN=====
- Mencantikkan
kulit wajah agar lebih berseri dan lembap sepanjang hari
- Melambatkan proses
penuaan dengan menambahkan keanjalan kulit
- Menghilangkan parut jerawat,
parut pembedahan, dan kesan regangan kulit
- Menghasilkan kulit yang licin
dan mengecilkan liang-liang pori
- Mencerahkan kulit dari dalam dan meratakan
tona kulit
- Membaiki sel-sel kulit yang mati, dan pembentukan sel-sel
baru
- Memulihkan kulit kering dan Nyahhidrat
-Sesuai untuk semua jenis
kulit
=====SERUM NO.1 DI ASIA===============
-100% Bahan semula
jadi
-100% Bebas bahan Synthetic
-100% Jaminan
-100% Buatan
Bumiputera
-100% Produk Islamic
-100% SELAMAT &
BERKESAN
Disahkan halal oleh JAKIM
NOT KKM : NOT130502930K
Aku ada share pasal produk ni dalam entry sebelumnya. Boleh baca banyak testimonial kat page rasminya iaitu PanaceaBeautyOfficial.
Seriously, aku memang suka pakai serum ni sebab bila bangun pagi keesokan harinya rasa halus dan clear je muka ni, tona jadi lebih rata dan sekata. Habibi kata muka aku jadi kuning langsat, dulu kelabu, ciss!!! So stock kat rumah baru sampai. Motto aku senang je,
Jangan Kedekut Untuk Cantik
Makin Tua Makin Cantik
isk isk boleh ke macam tu hahahaha...
boleh je baca kat bawah ni atau korang google sendiri...
Kehebatan Serum Biowhite Collagen
Blogger Namee Roslan
Blogger Cik Epal
Blogger fatin Suhana
I'm happy using this product so I want to share it with you...
sincerely selling....
***PS : Kalau aku lambat reply sms/ pm korang mohon maaf ye, insyaAllah aku akan reply secepat mungkin setelah settle kerja aku kat ofis. Waktu pos pula waktu lunch hour aku keluar ke pejabat pos, kalau aku ada meeting aku akan inform korang wokey, thank you :) so far aku pos the same day after payment made before lunch hour. If payment made after lunch hour I'll courier the next day.
****
updated on 28/1/15
Aku sambung balik bisness ni selepas rehat lama tapi ada limitation masa sikit.
Kalau nak beli boleh sms aku kat no 0194115600 (Khalidah) , please jangan whatsapp sebab HP aku rosak tak boleh whatsapp. Aku bukak sekali sekala je kat tab anak aku ehhehe. Dan juga jangan call lagi2 waktu pejabat sebab aku agak sibuk di pejabat, dan aku juga tengah study. Aku banyak luang masa dok baca jurnal, kalau ada call aku tak boleh nak study ehhehe. InsyaAllah aku balas sms.
tq!!
Wednesday, January 22, 2014
Be organized kids!
Kids!!!!
come on be organized!
mama will put these checklists on the wall :)
I'm not good at art but I think it looks okay hehehe..

Monday, January 20, 2014
smile!
Smile!
Bila melalui pintu gerbang universiti untuk ke tempat kerja, kelihatan pak guard dan mak guard tersenyum girang menyambut staff datang kerja, sambil mengangkat tangan.
Aku suka datang kerja pagi-pagi dan tengok sambutan ramah tamah guards. Macam satu alu-aluan yang beri semangat nak masuk opis.
Ada seorang mak guard berbangsa India, tersenyum manis macam dalam iklan ubat gigi.
Hari ni aku lupa buat senaman muka, jadi aku balas senyuman macam sakit gigi. Tak real langsung!
Sebenarnya penting pagi-pagi bangun dari tido, tengok kat cermin, buat regangan otot mulut dan muka seperti senyum, nganga luas-luas macam singa laut, herot ke kanan dan ke kiri. Korang akan dapati muka korang akan dapat senyum dengan lebih real dan sweet hahaha... aku cakap betul ni...
bandingkan kalau tak buat regangan muka, memang senyum nampak herot-herot sebab otot muka masih keras kot hehe...
Aku pernah dengar Datuk Dr Fadzilah Kamsah kata, buat regangan muka selepas bangun tidur akan jadikan muka lebih berseri dan awet muda.
Patutla mak guard kat entrance tu comel lote...
senyumlah..senyumlah ahai cekmek molek...
Sunday, January 19, 2014
Mulberry berries
Hai....
penah makan buah mulberry tak?
Kat belakang dan tepi rumah aku ada banyak pokok mulberry.
Pokok ni senang tumbuh, asalnya beli sepokok kat ekpo pertanian kat Kangar. Lepas tu habibi biakkkan dengan batang je, cepat tumbuh, cucuk aje. Tapi kena jaga juga la, siram dan bubuh baja.
Setiap masa aku tengok dia berbuah, bukan ada musim pun. Anak-anak aku selalu petik dan makan kat belakang rumah. Yang masak ranum warna hitam, rasa manis, yang merah tu masam la. Weekend lalu aku pegi harvest, dapatla banyak tu, ada lagi tapi merah tak masak. Sekali ngap je nih, abih mulut budak-budak ni jadi warna purple. Setau aku, ulat sutera makan daun mulberry. Maknanya kita pun boleh makan jugakla kan, buat sayur atau ulam? hehehe...
Wednesday, January 15, 2014
cuci dan suci?
Alhamdulillah...
baru lepas pekena biskut kering cicah milo.
Langkah penjimatan di tahun baru ini adalah makan biskut kering untuk makan tengahari.
Aku dah tak makan nasik masa lunch sejak beberapa minggu yang lalu. Aku perasan badan aku lebih ringan, tak macam dulu bila selepas makan nasik terus duduk tak aktif. Perut pun boleh jadi gendut kalau terus menerus cenggitu. So sekarang ubah menu kepada biskut kering, sebenarnya menu kedekut ni hahahaa...
Ermmm sebenarnya aku nak cerita pasal kebersihan bila membela binatang peliharaan di rumah. Faktor utama ramai orang tak mau bela kucing ni adalah sebab nak handle taik kucing ni.
First of all, memang la kucing akan berak kat kawasan rumah dan memang kena rajin buang taik dia. Aku dah biasa buat benda ni sejak kecik, jadi no big deal (padahal cuci taik kucing sambil maki hahaha)
Cuma aku nak komen pasal kucing yang berak kat bilik air. Bagus tu maknanya kucing diajar berak setempat, ada kot yang pandai flush? ehehehe...
sebenarnya aku tak suggest ajar kucing berak kat bilik air.
Kenapa?
Kerana kucing ni lepas berak kencing dia akan kais-kais dengan kaki dia, dan possibility najis tu melekat dikakinya adalah tinggi, lepas tu dia berjalan lalu keluar daripada bilik air. Selepas tu korang pulak masuk ambik wudhu kat bilik air tu, dan jalan-jalan atas tapak kaki kucing tu ( di luar pintu bilik air, dalam bilik air korang pakai selipar kan), selepas tu korang bersolat..
ermmm paham tak masuk aku? aku khuatir najis kucing tu terkena kat badan korang yang nak sembahyang tu.
Ala sama je kan, dia berak kat luar lepas tu masuk ke dalam rumah, well yang tu tak obvious sangat tapi kalau smelly semacam tu kena check la dan basuh. Kalau nak ambil kira betul-betul teliti memang tak bela langsung la kan, tapi at least najis kucing ni kena check betul-betul. Masa nak cuci tempat najis dia pun sama. Penggunaan mop bukanlah kaedah sesuai untuk cuci najis kucing. Kalau nak cuci, pastikan buang dulu dengan tisu dan lap dulu kawasan tu bersih-bersih dengan tisu/ kain basah. Jangan pulak terus ambik mop dan putar-putar seisi rumah, habihla najis tu tersebar. Aku ambil berat pasal ni sebab boleh jejaskan ibadah solat kita.
Ermm.. ni bukan setakat najis kucing, kencing muntah anak-anak kecik pun sama jugak. Sebab aku perhatikan ada orang lap najis anak dia ngan tisu sekali tu je tanpa cuci dengan air, adoiii, dahla bukan najis mukhaffafah. Sama jugak dengan muntah, lap kemudian cuci dengan air. Ada orang salin pampers anak yang penuh dengan kencing atas riba dia (pakai baju kerja), letak punggung anak dia atas riba tanpa dibasuh. Come one, ambil berat sikit pasal ni. Bekas-bekas najis tu terlekat kat baju kerja, lepas tu korang solat, adoi cemana tuh, aku pernah dengar ustaz Don ceramah pasal ni.
korang tengok ni Ceramah Ustaz Don
Hati-hati ye pasal najis ni, boleh menentukan sah atau tidaknya solat anda.
Have a good day!

Sunday, January 12, 2014
Stress and serum
Kalut betul setiap pagi, macam gempa bumi je berlari-lari...
Lepas diorang pegi sekolah, aku kalut uruskan anak-anak kucing pulak. Baru-baru ni kucing hitam (yang baru dinamakan Hachiko sempena the legendary dog hehehe) nyaris-nyaris nak kena lenyek dengan tayar kereta. Tak tau kebenda Hachiko ni, sebab masih kanak-kanak kot. Tadi masa nak masuk ke dalam kereta aku press minyak berdengung bagi diorang lari. Bahaya ni diorang nak mengekor aku pegi kerja. Lepas ni kena kurung la bila nak pegi keje, tapi kesian pulak. Tapi untuk safety memang kena kurung dan bubuh makanan banyak-banyak. Aku bagi makan ikan fresh, wet food dan juga makanan keras whiskas atau friskies tu. Aku bagi ikan fresh pulak sebab banyak kes kucing kena penyakit batu karang sebab makan makanan kucing tu. Ada orang bagi makan ayam rebus untuk kecantikan bulu kucing, ermmm baik aku beli produk untuk kecantikan kulit aku ni daripada kecantikan bulu kucing.
Sebenarnya aku baru beli serum Biowhite Collagen daripada Panacea Beauty. Selepas membaca blogger fofuler memberikan feedback yang menggiurkan, aku pun terliur lah sebab kulit muka aku ni dah macam muka amah dah aku tengok. Boleh check serum ni kat Panacea Beauty. Harga serum ni adalah RM95 termasuk pos.
ni aku quote :
"Serum Biowhite Collagen iaitu serum berasaskan bahan-bahan semulajadi yang terdiri dari gabungan bahan aktif yang mantap seperti AIR SULING, MADU, EKSTRAK ALOE VERA, KOLAGEN RUMPAI LAUT, KOLAGEN IKAN, SARANG BURUNG WALID, PATI OREN, dan VITAMIN C yang sememangnya memberi kesan yang baik terhadap kulit dan mampu merawat semua jenis masalah kulit. Keunikan serum ini adalah serum PERTAMA yang boleh DISAPU & DIMINUM"
Haaa siap boleh minum lagi. Tu yang aku jadi confident tu sebab natural. Aku try rasa sikit, rasa manis-manis gitu, tapi aku tak makan sebab aku rasa janggal ehhehe...
Aku cuma sapu je kat muka sebelum tido. Bila bangun pagi tadi rasa best je, macam licin je. Tu baru pakai sekali. Dalam seminggu pakai 4 kali je tapi aku rasa aku bantai je lepas ni hehehhe...
Lepas ni tengok muka harap-harapnya takla stress sangat macam tengok muka amah. Amah pun kencang makan jamu, jangan main-main.
ps: aku dah jadi Stokis Panacea Beauty, siapa nak order Serum Biowhite Collagen boleh pm aku
013 5208501
I'll reply as soon as possible kecuali kalau aku tengah drive or tido ehhehe

Saturday, January 11, 2014
HPV Vaccination
Dah 2 bulan tertangguh nak cucuk vaksin HPV, Alhamdulillah hari ni berjaya mendapatkan suntikan pertama daripada siri suntikan sebanyak 3 kali untuk melengkapkan dosage yang diperlukan.
Mesti korang pernah dengar kan pasal vaksin HPV ni. HPV stands for Human Papilloma Virus yang boleh menyebabkan kanser serviks, maka vaksin HPV ini dapat mencegah penyakit kanser serviks dan beberapa jenis penyakit kelamin yang lain. Ada dua jenis HPV vaksin yang ada iaitu Cervarix dan Gardasil, dan tadi aku dicucuk dengan Gardasil 0.5ml.
Ya, kanser serviks boleh dicegah dari awal. Untung kan bila kita boleh cegah ni, tak macam penyakit kanser yang lain. Penyakit kanser memang digeruni dan biasanya ramai yang tewas meskipun ada yang berjaya melawannya dengan pelbagai kaedah rawatan. Mencegah kan lebih baik daripada mengubati jadi mari kita ambil peluang yang ditawarkan oleh klinik-klinik berdekatan.
Di pusat kesihatan kerajaan biasanya diadakan promosi untuk menggalakkan kaum wanita mendapatkan suntikan vaksin ini. Aku mendapatkan suntikan ini di Pusat Kesihatan UUM dengan kos sebanyak RM100 bagi satu suntikan. Maknanya untuk ketiga-tiga suntikan, semuanya RM300 lah tapi bila cucuk sekali, bayarla RM100, bukan bayar sekaligus. Kalau kat hospital atau klinik swasta memang lebih mahal la. Untuk budak-budak sekolah memang suntikan ini diberikan secara percuma di sekolah-sekolah. Kalau korang nak dapatkan suntikan ini kat mana-mana klinik kesihatan, cuba telefon dulu tanya ada promosi ke tak, sebab kalau bukan tempoh promosi nanti mahal la.
Korang boleh study pasal HPV dan vaccination ni kat HPV and Vaccination.
Errmm... aku takut dah tadi sebab lama dah tak kena inject, sekali tak sempat nak sakit sekali dah siap dah, tak sakit pun, cuma lepas tu lenguh je sikit. Yay dah inject!!! Tinggal lagi 2 dosage yang harus dilengkapkan dalam tempoh 6 bulan. Tadi aku diberikan kad yang tertera tarikh suntikan akan datang. Oh ye, dalam tempoh ini, tidak digalakkan mengandung. Vaksin tersebut adalah selamat untuk ibu mengandung tapi kajian secara terperinci tidak dilakukan, oleh itu, hang on, lepas habis dosage bolehla pregnant.
Okla, nanti jangan lupa dapatkan suntikan vaksin HPV sebelum terlambat!!
bye!

Friday, January 10, 2014
alhamdulillah dah selamat!
Mama Meow dah selamat dimandulkan!
Kesian tengok dia pengsan beberapa jam. Masa kena bedah aku tak tengok sebab tinggal je kat klinik vet kerajaan kat Arau. Lepas sedar dari pengsan, masih pening-pening lalat dan termuntah. Kos kasi ni adalah sebanyak RM80 saja, murah berbanding swasta dalam RM150.
Okay Mama Meow dah boleh tido dengan mama lepas ni!
Tuesday, January 7, 2014
bawak bekal?
fuh busy sungguh pagi-pagi...
waktu pagilah paling busy sebab nak siapkan anak-anak ke sekolah.
Hari ni aku bangun awal, masak nasik goreng.
Aku baca kat forum pasal persiapan anak-anak ke sekolah ni, ramai yang bagi bekal untuk anak sekolah.
Huh aku patut buat setiap hari. Tapi dengan syarat kena bangun awal la. Tu yang lemau.
Si adik makan habis sepinggan, tapi biasala si abang dia makan sikit, yang tu aku tensen, makan main-main. Sebab tu kena tutup TV, kalau tengok TV memang dia makan main-main sebab mata tengok TV. Bekas air dah berapa hari tertinggal kat sekolah, dah 2,3 kali ingatkan suruh bawak balik tapi lupa. Si adik lebih berdisiplin dan kemas. Makan pun licin. Lepas mandi tau sikat rambut sendiri. Si abang lepas mandi dok terbogel lagi nak suruh orang marah dulu grrrr!!! Comot sikit budak nih, selalu kena marah dengan abah dia.
Masa aku kalut-kalut tu abah dia pulak tanya kat mana fail dia..
isk isk tak sesuai langsung tanya soalan di saat-saat genting orang nak pegi kerja nih....
Pelik betul lah aku dah bangun awal tapi tetap lewat jugak akhirnya! Pelik tapi benar. Pelik yang ada jawapan. Not well organized nih.
Kakak aku boleh aje masak bekalan makanan kat anak-anak dia setiap pagi, ada anak kecik pulak tu, kagum kagum! Aku nak trylah tapi taktau berapa hari ni hiihi...
Buku-buku sekolah semua baru, seronok tengok budak-budak ni excited dok baca buku baru. Bila balik rumah dia excited tayang buku baru kat aku. Hari tu dah balut buku si abang. Tak banyak nak kena balut sebab buku teks yang cikgu bagi dah sedia dibalut. Yang lawaknya masa aku mintak pembalut plastik, si adik pegi ambik aluminium foil dalam laci dapur, pastu dia kata, nanti tak nampak pulak! (sebab tak transparent) adoii...
oklah...
nak makan nasik goreng..
kaya aku kalau tiap-tiap hari bawak bekal hehehhe....

Sunday, January 5, 2014
Special offer!!
tawaran hebat tawaran hebat!
kelmarin masak acar ikan kering, ambik resepi dari Mat Gebu jugak, success!!! Mendapat pujian berkali-kali, dan sebab tu jugak, tak sempat nak snap gambar sebab habis licin, ni yang semangat nak mencuba resepi baru setiap minggu.
Takde istilah tak pandai masak sebenarnya, yang penting mahu try!
Friday, January 3, 2014
Wednesday, January 1, 2014
Back to school
Semalam aku siap-siapkan baju sekolah anak-anak. Cari baju, tali pinggang, stokin, tudung dan kasut. Lepas tu rileks jap sambil online. Masa dok tengok Facebook, aku tertengok sekeping gambar yang menunjukkan deretan beg sekolah dan kasut sekolah.
Ok aku telah terlupa satu bendaaaaaaaa!!!!!!!!
"Abahnyeee... kita tak beli alatulis!!!"
"Alah bukannya belajar lagi.."
kata habibi sambil tengok TV..
aihh boleh aje kata cenggitu..
ni nak marah ni, you should worry like I do!
kalut pulak aku pegi cari dalam laci dalam bilik, cari kotak pensel. Nasib baik dulu pernah beli stok alatulis banyak-banyak. Nasib baik ada. Lepas tu aku taruk dalam beg sekolah masing-masing.
Bukan pasal belajar tak belajar, ini lebih kepada dorongan supaya dia seronok nak ke sekolah, excited bila nak belajar.. lalu aku berhujah. Padahal dua-dua lupa hehehe...
Budak-budak ni takde masalah nak ke sekolah, sebab aku selalu motivate bahawa sekolah tu best, sekolah seronok, mama dulu seronok pegi sekolah, etc.. jadi dia dah set dalam kepala bahawa sekolah tu best dan tak perlu digeruni. Aku dulu pun darjah satu Wan tinggal aje masa first day. Wan hantar ke sekolah dengan basikal tua. Tak nangis pun sebab excited nak sekolah. Anak-anak aku pulak dah biasa ke tadika. Jadi hari ni tak jauh beza dengan hari lain. Lebih-lebih pulak setiap hari memang diorang bangun pagi. Tak duduk kat rumah pun walaupun hari cuti. Aku dulu enjoy habis, gilababas punya enjoy, berkubang macam kerbau pun ada, aku orang kampung! Budak-budak zaman sekarang mana buleh lepas macam dulu.
Pagi tadi nak snap gambar tapi tak sempat, esok-esoklah.
Lepas diorang turun ke sekolah, aku bagi makan kucing pulak. Oh ye lupa, anak kucing aku semua dah mati kelapan-lapan ekor. Tinggalla ibu kucing dan anak angkatnya. Aku gaul nasik dengan ikan rebus letak kat belakang rumah. Dalam bekas satu lagi tuang friskies. Ada 2 menu la kiranya hehhe, lepas tu bagi makan antibiotic kat kucing kecik. She's getting better, dah nak makan.
okay la, that's all for now..
have a good day..

Subscribe to:
Posts (Atom)