Mek kalau dalam bahasa Kelantan adalah merujuk kepada seorang perempuan, tak kira muda atau tua. Mek boleh menggambarkan seorang gadis sunti, atau perempuan muda. Mek juga boleh jadi seorang perempuan tua, yang mana merujuk juga kepada nama ganti Mak.
Mek merupakan nama panggilanku sejak kecil. Nama manja yang dipanggil oleh Wan dan mak. Ketika aku kecil, aku agak malu bila nama Mek disebut kuat-kuat di khalayak awam. Macam bila mak aku panggil, Mekkk.... ooo mekkkkk, macam kat pasar hehee... tak kurang juga yang memerli aku, Mbekkk...oo Mbekkk.. jahat betul diorang hehehhee....
Kat sebelah rumah, makcik jiran dipanggil Mek oleh anak-anaknya, dan aku selalu diperli bila anak-anak makcik tu memanggil-manggil nama makcik tu.
Nama Mek juga dicemari dengan mutasi apabila menjadi Stomek atau Semek..cisssss, malas aku nak menyahut hahahaa!!!!
Family memanggil aku sebagai Mek. Semua saudara mara panggil Mek. Pendek kata, kat kampung, aku memang dikenali dengan nama Mek !!!
Oh...bila dah ada anak saudara, nama aku telah melalui evolusi apabila menjadi Sumek! Pun demikian, ahli keluarga yang lain tetap memanggil nama glemer aku tu. Hanya orang tertentu yang memanggil nama aku yang sebenar. Tapi sangat jarang. Nama Mek hanya valid untuk family dan di kampung sahaja. Kat tempat lain, not applicable heheheh.....
Aku menganggap Mek adalah satu nama yang unik. Pada mulanya aku malu, tapi lama-lama I feel comfortable, should I say proud? ehhehe, kadang-kadang janggal juga kihkihkihhh.,, terutamanya bila orang pandang bila namaku dipanggil.
Okla, aku nak keluar ke bank. Banyak urusan nak buat ni.
Orang bodoh tak boleh bertutur, cakap pun pelik hahahhahahahahahaahahah
ReplyDelete