Assalamualaikum semua,
ayyohhh lama tak menulis..
tiap kali nak masuk ni aku terpaksa regenerate password sebab lupa hahaha....
apa khabar korang semua?
alhamdulillah aku dan family baik2 sentiasa...
Aku tulis entry ni atas permintaan anak2 ehehhehe, they want me to write again, so now I write for them.
Nak tulis pasal apa ye?
ehhehe aku rasa nak tulis pasal lambakan produk kecantikan yang berlambak di pasaran.
Kalau tengok sekarang ni, business jual produk kecantikan sangat menguntungkan. Tokey dia boleh jadi jutawan, stokis semua berpendapatan sampai 5,6 angka. Masyukkkkkk.....
Tapi aku ada sedikit rasa skeptikal dengan produk2 ni especially yang terlalu mahal. Kalau perhatikan, produk2 ni mahalnya lebih daripada produk yang well known dan dah establish.
Kalau produk L'oreal jual dalam RM40, produk depa ni kadang2 tu sampai sekali ganda harganya,.
Good thing is that, boleh menjana pendapatan, dan menggalakkan kaum wanita menjaga body, jaga rupa, dan jaga dalaman.
Cuma bagi aku, aku berasa kedekut kadang2 ehhehe. Kedekut tu nombor dua. Tapi nombor satu tu sebab aku risaukan kesan sampingannya.
Kakak aku specialist bahagian radiology, dia ada kawan2 pakar kidney. Katanya, kawan2nya dah bising-bising dengan kes kerosakan kidney yang naik secara mendadak ni. Lagi-lagi golongan muda.
Kebanyakan kes ni bila disiasat, diorang ni ada consume produk macam2, telan macam2. Kalau korang tak caya, try pegi tanya doktor-doktor kat hospital.
Jangan terpedaya dengan iklan, kononnya nak membantu orang tua sakit lutut dan macam-macam, suruh beli produk keluarannya supaya mak ayah boleh beramal ibadat dengan baik. Tapi hati2 ya, jangan kerana iklan, nanti mak ayah kita jatuh sakit sebab makan produk macam2 ni ya!
Patient kakak aku sendiri, ada masalah kerosakan hati. Tanya makan apa, tak mengaku, Korek punya korek rupanya ada makan produk rupanya.
Aku juga ada tengok kawan2 yang jual pil kurus. Bila makan pil ,terus takde selera nak makan, dan jadi kurus cantik molek, putih melepak. Pil kurus ni kebanyakannya mengandungi sibutramine, yang merangsang otak korang, sebab tu korang tak rasa lapar.
Awas ya, korang boleh google sendiri, antaranya adalah tulis Dr Zubaidi
http://drzubaidi.com/blog/kesan-menggunakan-pil-pelangsing/
Aku ada terbaca, kalau diambil berlarutan, pil kurus yang mengandungi sibutramin ni boleh menyebabkan gila. Korang tak takut ke, bila makan pil tu, terus tak lalu makan. Lepas tu kat botol tu bukan tulis pun kandungan pil tu. Cantik, putih, gebu, tapi rosak buah pinggang, korang nak??
Sebab tu sekarang aku berbalik kepada home made jamu saja. Kakak aku memang marah kalau tau aku beli produk2 macam2 ni. So aku dengar kata dia la heheheh...
Sekarang ni aku buat sendiri jus asam kunyit tu. Rasanya dah cukup femes dah resepi tu. Lain kali aku update. Kesibukan dengan family kadang2 aku tak sempat nak buat, tapi kalau buat satu balang tu, boleh tahan berminggu-minggu letak dalam peti ais. Aku rasa jamu asam kunyit sedap dan kurang horrible berbanding jamu yang pahit tu.
Oklah, nanti aku tulis lain.
Ehh anak aku boleh faham ke ni entry pasal jamu hahahahha
take care of your health uolsss......