Monday, July 30, 2012

Resepi ikan percik/ayam percik kelate weeehuuuu!!!!











kring..kring....

"hello mak.... boleh bagi resepi ayam percik/ ikan percik?"

"caranya adalah..." :


Ikan percik

Bahan-utama:

Ikan kembung segar beberapa ekor yang dikelar

Bahan perap

Bawang putih
Halia
Garam
-bahan di atas ditumbuk

Kuah untuk siram

bawang putih 3 ulas
bawang merah 5 ulas
halia 1 inci (lebihkan)
cili kering/cili boh (kalau percik putih, tak payah cili kering ni)
garam
gula
-blend bahan di atas

Santan pekat 1 cawan

Cara-cara

-perap ikan dengan bahan perap
-untuk kuah/siraman, masak bahan yang di blend dengan santan pekat
-pastikan sentiasa kacau jangan tinggal ok, jangan kasi pecah minyak. Bila dah menggelegak terus tutup api.

-Kemudian boleh bakar ikan, dan renjis kuah ke atas ikan menggunakan sebatang serai yang diketuk.
-Jangan terus renjis ikan tu, tunggu dulu bagi masak ikan tu on both sides.
-Bila dah masak/nak makan, siram ikan tadi dengan lebihan kuah santan tadi, nak bagi banjir ke terpulang lah.. hehe..

Bagaimana pula dengan ayam percik?

Ayam percik berbeza sikit dari segi perapan.
Seperti biasa ayam perlu dikelar untuk memastikan bahan perapan masuk.
Untuk perap ayam:

1 inci halia
3 ulas bawang putih
sebatang serai (ikan tak perlu serai)
Garam
1/2 cawan santan pekat

-halia, bawang putih dan serai di blend dan masak bersama santan pekat. Masukkan ayam, agak-agak dah masak, tutup api, jangan masak sangat sampai hancur pulak.
-Santan untuk siram adalah sama seperti untuk ikan tadi.
-Dan tunggu apa lagi, bakar dan renjis sepertii biasa.

****ps; kuatiti bawang, halia, serai dll. tu adalah anggaran aku, ia juga bergantung pada kuantiti ikan dan ayam serta selera korang juge!

*** digalakkan guna cili kering kerana ia lebih wangi dari cili boh, dan gunalah santan pekat

kepala mereng....




Sejak puasa ni, aku tak tido siang hari, dan aku kekal cergas sepanjang hari. Tapi tadi aku rasa mengantuk yang amat, lalu aku tidur ketika rehat. Dan alamatnya, kepala aku jadi pening, letih dan kemerengan. Sebenarnya kalau tak tido selepas Subuh, memang aku stay cerdas. Tapi hari ni aku sangat mengantuk sebab semalam tido tak cukup, budak-budak ni asek mengigau tak tido malam sebab main kuat sangat masa kat kampung.

Terus aku sms kat habibi kata tak larat masak hari ni. Dia kata nanti dia beli aje lauk kat bazar. Serius otak memang tak berfungsi dengan baik ni hehehe..

oleh kerana broadband ni dah ok (lepas aku maki eheh), so aku upload a few photos. Kat bendang tu petang kelmarin masa nak tunggu berbuka. 




Sunday, July 29, 2012

berukband buat hal...

Grrrr....
bukan aku tak mau update blog, tapi celcom berukband ni lembab macam sloth (tak buleh buat perumpamaan lebih teruk sebab puasa heheh)..
setiap hari aku nak update, tapi lembab aku jadi ilang sabar pulak. tadi aku nak update punyala lambat, sambil page ni loading aku sempat gosok baju beberapa helai. Kalau nampak makin kritikal gini, aku nak tukar DiGi. Celcom ni is always stupid as usual lah. Kalau page yang ada gambar tu tunggu minggu depan baru keluar semua gambar dia.

Banyak aku nak cerita tapi berukband ni dah spoil dah...
anak-anak aku terkena jangkitan kutu. Aku tak perasan pada mulanya, tapi bila aku tengok dua beradik tu dok tergaru-garu, dan aku check kepala adik, tu dia berapa banyak telur kutu daaa. Masa aku dok sikat rambut dia tu tak perasan pulak. Dan aku dan habibi dan mula gatal-gatal kepala nih. Cisss rasa terhina betul bila terkena jangkitan kutu di zaman millenium nih. Hari ni nak cari ubat kutu bagi nyah sama dia. Aku rasa jangkit kat tadika ni. Selama ni dok 2 buah tadika lama tak penah kena kutu. Tadika baru ni macam sesak sikit, kurang penjagaan kot. Rasa nak aje aku sembur ridsect kat kepala ni hehehe..

okla aku nak mandi pegi kerja, kat tempat kerja pun aku susah nak update sebab tak privacy sebab aku kena buat groupwork. Nanti ada yang skodeng dan masuk blog aku, blog aku ni aku hadkan kawan-kawan aku baca. Kalau ada sape2 yang terjumpa tolong la baca senyap2 sudah. Aku menghargainya.

Thursday, July 26, 2012

nak Zzzzz...

Buat pertama kalinya dalam hidup aku, lepas berbuka puasa dengan segelas air, terus aku masuk bilik, landing atas katil..
phewwwhh.....
penat wehh....
aku kena biasakah diri dalam sejam siapkan makanan untuk berbuka.
Sampai di rumah 6.30 petang, masuk dalam rumah terus menuju ke dapur dan masak, tak sempat nak duduk ataupun rehat. Penat giler babas sungguh. Muka pun dah takde ekspressi dah sebab letih gile. I can't smile atau cakap banyak.. kalau Ultraman tu mesti dah nyala lampu merah, perlukan bantuan sedara mara dia kat planet diorang supaya tolong bagi nyawa hehehe, sebab Ultraman nak kiok dah.

Dan aku perasan muka aku shrink dah. Walaupun baru puasa 6 hari, badan aku ni cepat shrink lalu mengurus. Muka kecik macam Sang kancil katanya abang aku heheh... sang kancil kan mukanya kecil dan kurus. Padahal muka aku ni bersegi, bila kurus jadi panjang aje dan cengkung. Nampak sangat aku ni kena makan banyak sentiasa supaya aku tak kurus. Aku nak kasi muka aku ni tembam sikit tapi tak buleh-buleh.

Wargghh... letihnyeee aku nak tido weh...
bukan sebab lapar, tapi sebab penat buat itu dan ini tanpa rehat. Dan lack of rest and sleep.
Ahhh tak kira aku nak tido sekarang jugak... dah pukul 9.45 malam...

Wednesday, July 25, 2012

Tuesday, July 24, 2012

projek masuk kampung bantu golongan miskin

http://www.moniermatdin.blogspot.com/

blog ni menggamit minat aku setelah kawanku menghantar email berkenaan trip membantu golongan miskin di pedalaman... check it out

Monday, July 23, 2012

6.30 petang-mula kerjarumah....

Waktu berbuka puasa adalah dalam pukul 7.40 malam.
Seperti biasa, aku balik dari kerja jam 5.30, sampai kat rumah 6.30 petang.
Balik kat rumah, tengok habibi tengah bersiang ikan, dan nasik sedang dimasak. Good job hubby!
Aku terus sambung masak. Hubby suruh masak ikan kicap. Dia dah beli beberapa juadah lain di samping bubur pulut hitam.
Masakla aku sampai pukul 7.00, dah siap, nak tunggu waktu berbuka aje.
Sambil tu aku online kejap...
kemudian siap-siap nak makan berbuka. Aku bedal air anggur beberapa gelas heheh. Memang tabiat aku dah, aku memang minum air banyak masa berbuka. Pernah dulu MIL letak jag air jauh-jauh masa berbuka, tapi skang dia dah tahu aku memang minum banyak, dan aku juga akan habiskan nasi aku walaupun aku minum bergelen-gelen air. Orang kata perut buncit, tapi aku rasa aku tak teruk sangat hahahhaa....

Lepas tu dah makan mandi, solat dan habibi siap-siap untuk ke masjid dengan Faiz. Sambil tu aku baca tafsir beberapa page sementara tunggu Isyak. Aku baca Quran lambat sebab lepas baca satu ayat, aku baca tafsir pula. Azam aku nak baca bagi habis. Kat TV AlHijrah ada rancangan Reflection, iaitu tafsir Quran oleh Imam Shuhaib Webb, boleh tonton pagi-pagi jam 7 pagi. It's very interesting and semua patut tengok.

Lepas solat, aku dah mula mengantuk, tapi aku rajin-rajinkan diri pakai bedak sejuk (bukan putih, tapi kaler coklat, kasar macam scrub). Bila pakai tu aku landing kejap depan TV, sampai terlelap. Masa tu habibi dah balik dari berterawikh. Aku tengah mamai-mamai masa dia tidurkan budak-budak ni. Aku sedar bila dia kejut suruh tutup sliding door. Ngantuk gile masa tu, namun aku ada tugas yang belum selesai iaitu masak nasi!

Lepas masak nasi aku ingat nak tidur terus, tapi aku terr basuh pinggan mangkuk heheh...
kemudian aku terr cuci, terr kemas dapur. Lepas tu aku terr basuh kain dan sidai kain hahaha...
kemudian aku terr sapu sampah dan mop lantai hahaha... dalam mengantuk tu aku siapkan banyak kerja. Kalau aku tidur alamat nya memang rumah bersepah sampai esok. Tangguh tangguh pun aku juga yang nak kena buat.

Kemudian aku mandi lagi sekali. Lepas tu  aku ingat nak lipat kain, tapi tak terdaya wehh... aku hanya asingkan baju budak-budak ni dan siapkan baju diorang untuk pakai esok.

Lepas tu rasa nak tidur, tapi muka aku ni smemeh aje rasa. Jadi aku tepek DIY mask dengan air timun yang aku blend sebelum tu. Sempatla dia sejuk jadi kerak-kerak ais, baru best!

Maka aku pun nak tidur le dan baring dengan nyaman sambil udara air cond yang sejuk menyapa muka, sejukkkk sebab air timun tu!! Ok jam 12.10 tengah malam aku nak tidur..

opss...
tunggu kejap, aku kena check anak-anak ni...
lalu aku bingkas bangun balik dan tengok diorang, seperti biasa diorang suka tidur tak berbaju walaupun pasang aircond. Maka aku selimutkan diorang dan himpit dengan bantal, aku tutup lampu malap dan tutup pintu (tak rapat). Dan aku kembali ke bilik. Habibi dah lama lena, agaknya dah sampai Jerman kot...

Lalu aku pun back on bed. Dan sambil pikir itu dan ini, teringat orang tu dan ini, isu itu dan ini, jadi lewat jugalah aku tidur. Dekat pukul 1 pagi. Maybe sebab dah melewati waktu mengantuk iaitu jam 10 malam.

Aku hanya sedar bila habibi kejutkan aku jam 5.10 pagi tadi  sebab aku mengantuk gile.
Bangun terus panaskan lauk, nasi. Lepas tu siap-siap makan. Pagi ni aku tak tidur lepas Subuh, jadi aku tak rushing dan tertinggal itu dan ini. Kalau aku tidur, confirm berlari-lari la jawabnya.

Kemudian kejut budak-budak ni bagi mandi dan makan nasi. Lepas tu goreng karipap untuk diorang buat bekal. Sebelum turun ke tempat kerja, aku sidai kain dulu.

Ok habibi nak pergi kerja dah, salam-salam semuaaaa.......

Kalau aku tidur awal semalam, mesti aku tak buat satu apa benda pun kerja rumah ni. Aku juga takkan pakai bedak sejuk dan mask. Dan kalau aku tidur lepas Subuh, mesti anak aku tak boleh bawa bekal karipap ke sekolah. Dan kain juga takkan tersidai pada pagi tadi. Jadi, moralnya, kalau jadi hamba tidur memang satu apa pun tak jadi.

Petang ni nak masak asam pedas melaka... nyum nyummm!!!!

Sunday, July 22, 2012

Anak-anak kecil berpuasa?


Tidak ada hadith yg menyuruh anak kecil berpuasa tapi ada hadith yg menyuruh kita mengajar anak SOLAT umur 7 tahun. Ajar anak2 SOLAT first. 

************
Yeah, aku setuju sangat-sangat dengan Wardina.
Aku tengok ibubapa cenderung menyuruh anak-anak kecil (ada yang memaksa) berpuasa.
Tapi aku dengan habibi punyai pendekatan yang berbeza. Bagi aku, anak-anak seawal usia seperti 5,6 dan 7 tahun adalah terlalu kecil untuk berpuasa. Kesian diorang, masih perlukan zat dan tenaga untuk membesar.
Aku takkan paksa anak-anak aku yang masih kecil untuk berpuasa. Biarlah dulu bagi diorang besar dan pandai berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. 
Yang penting adalah SOLAT!

Berapa ramai yang mengaku Islam, berpuasa tapi tidak solat! Kan sia-sia saja amalan puasa tu sebab tiang agama diruntuhkan!

Orang yang berpuasa belum tentu menjaga solat. Tapi orang yang menjaga solat tentu akan berpuasa. 
Samalah juga, apabila orang yang bertudung belum tentu bertaqwa, tapi orang yang bertaqwa semestinya bertudung.

Aku dan habibi sedang melatih anak-anak untuk solat terutamanya Faiz sejak dia berumur 5 tahun lagi. Masa kecik-kecik dah ajak dia duduk bersama semasa solat dan dia ikut serta walaupun belum boleh baca dengan betul. Bila masuk tadika Islam, dia dah boleh solat sebab sebelum tu dah dipraktikkan. Tambah-tambah lagi di tadika Islam, lagi kuat penerapan solat setiap hari.

Aku cuma pelik bila orang suggest aku suruh anak-anak puasa. Aku angguk aja, tapi aku tetap tak setuju. Dalam Islam sendiri, solat itu ditekankan dahulu. Kita bolehlah gradually bolehlah ajar dia puasa pula tapi bukan seperti memaksa. Kalau lapar, boleh aja berbuka, takda masalah sebab dia masih kecil. Sekarang ini seolah seperti wajib pula menyuruh anak-anak kecil berpuasa, dan seolah-olah pelik bila anak kecil tak disuruh berpuasa, tapi tolonglah jangan kerana ikut-ikutan semata-mata. Ibubapa lain nak suruh anak-anak mereka, terpulanglah. Tapi bukan aku dan habibi. Kesian aku tengok anak-anak kecil sampai lembik kerana berpuasa. Nanti terbantut pula tumbesaran mereka. Tak kisahlah sama ada anak kecil itu sendiri sukarela nak puasa, tapi jangan nak samakan dengan anak orang lain. Acuan setiap ibubapa tak sama, jadi terpulanglah. Namun semua orang mahukan anak-anak mereka jadi anak yang soleh dan solehah. 

Pada hari pertama, Faiz kata dia nak puasa. Ok dia bangun sahur. Tapi pukul 8 pagi katanya dah lapar, jadi aku benarkan aje dia makan, tak sanggup aku tengok dia kebuluran kerana berlumba-lumba nak suruh anak-anak puasa. Tapi boleh aja ajar slow-slow, cuma keutamaan adalah SOLAT, kemudian baru PUASA! Bukannya aku larang, cuma hold on dulu....




Nak pegi bazaar Ramadhan...

Aku kat rumah mertua kat Sungai Petani...
oleh kerana kat umah ibu mertuaku, ehhehe, maka aku kenala rajin-rajinkan diri walaupun tak berapa nak rajin hahaha...
aku masak gulai kari ikan duri....
adik ipar masak sup...
kejap lagi nak ronda-ronda bazar ramadhan..
tak sah kalau tak ke baazar, nak tengok suasana...dan beli apa yang patut..
korang puasa camna pulak ye?
kawan aku katanya dia nak konsisten pegang rekod tak ke bazar ramadhan selama sebulan, sebab semua hidangan dimasak sendiri.
Aku pulak kontra, mesti nak ambik feeling puasa kat bazar ramadhan hehehe..
lagipun aku balik kerja (kalau hari bekerja la) pukul 6.30++. Nak masak mana sempat.
Ok la jom kita pegi bazar, perabih duit jom jomm!!

Friday, July 20, 2012

Pertama Ramadhan ini...

 Abah memang ada skill belit-belit ni hehe...

 Posing sebelum keluar solat subuh di masjid..

"Esok mama kejut Faiz ya..Faiz nak puasa.."

Selamat menyambut Ramadhan!

Esok kita start puasa..
semalam bila dengar pengumuman puasa kat TV, aku rasa janggal sebab biasanya dok dengar pemegang mohor besar raja-raja yang sebelumnya tu sejak aku kecik lagi..
Yang penting, semoga bulan puasa ni membawa keberkatan dan kempunan daripada Allah s.w.t.
Semoga Allah merahmati Wan di bulan yang berkat ini, amin.
Petang ni aku takleh pegi pasar malam cari bahan mentah sebab memang orang ramai gila, tahun-tahun sebelumnya, siap 'cop' pakat pegang kaki ayam lagi takut orang ambik..
selamat berterawikh malam ni!

Thursday, July 19, 2012

Pakcik oh pakcik....

Tadi aku dan kawan-kawan keluar makan kat Kangar. Makan ABC dan nasi goreng. dahla cuaca sejuk, makan ABC pulak. Ingat nak round-round kedai berdekatan, tapi dah hampir pukul 2 petang, moreover, masing-masing dah sengkek hehehe, so kami balik je le.

Ketika menuju ke kereta, seorang pakcik tiba-tiba menanyakan padaku,
"Stesen bas kat mana?"
"Kat sana pakcik.." jawabku sambil menunjukkan stesen bas yang hanya beberapa meter dari situ.

Pakcik dan seorang lelaki muda disisinya macam terpinga-pinga.
"Nak naik bas ke Alor Star.." katanya lagi.
"Oh..bukan kat sini, jauh pakcik sebelah sana, pakcik naik teksi. Kat sana ada stesen teksi." kataku lagi lalu menunjukkan arah stesen teksi yang letaknya berdekatan.
"Dari mana ni?" tanyaku lagi.
"Pattani.." jawab lelaki muda itu. Umur dalam lingkungan awal 20-an. Aku assume macam mengaji skolah pondok ni, muka bersih aje, dengan berkopiah dan berbaju sejuk. Pakcik itu pula macam sebaya Wan aje, berketayap dan berbaju melayu, berkain pelikat. Nampak uzur aje.

Kami pun beredar menuju ke kereta, sambil menoleh ke arah mereka berdua.
"Ni boleh jumpa ke ni?" kata kawanku sambil membuka pintu kereta, bimbang kalau mereka tak jumpa stesen bas.
"Isk... aku bukan boleh tengok orang tua..isk isk..." kataku.
Akhirnya kami sepakat nak hantar aje mereka ke stesen bas Kangar.
Kawan aku risau takut aku tak selesa sebab aku dok kat belakang, aku kata no worries nanti aku dok sebelah pakcik tu, aku dok jauh2 la sikit.

Lalu aku kembali kepada mereka yang masih terpinga-pinga dan tidak berganjak dari tadi. Mereka setuju untuk menumpang kereta kami.

Dalam kereta,
"Alamak kak, macam muka ayah mu la..." bisik  kawanku sambil memandu.
"Ha ah la, huhuuu..." jawabku perlahan sambil tangkap gambar pakcik tu.


Takde la sebijik sama, tapi ada la sekali imbas tu. Muka orang tua kan lebih kurang aje aku tengok. Aku juga menunjukkan gambar Wan kat handphone pada mereka, kataku macam muka pakcik. Budak lelaki tu senyum aje. Rupa-rupanya lelaki itu adalah cucunya. Pakcik tu tak cakap banyak sangat, jadi aku tak boleh nak sembang sangat. Aku tanya sepatah, jawab sepatah hehehe... budak tu pun comel aje, sejukk tengok muka. Selepas itu kami pun turunkan mereka di depan stesen bas, dan kami pulang ke tempat kerja.
Semoga mereka selamat ke destinasi.

Wednesday, July 18, 2012

Susur galur...


Tak banyak yang kami tau tentang Wan dan keluarganya.
Wan bukan yang jenis bercerita sangat pun, sekali sekala aje dia cerita sikit-sikit. Yang banyak bercerita ni adalah mak.

Selepas Wan meninggal, kami rasa terkilan sebab tak banyak yang diketahui pasal susur galur keluarga Wan. Alangkah bagusnya kalau semasa hayatnya kami  banyak bertanya dan berkongsi kisahnya semasa kecil.

Sehari dua selepas Wan meninggal, aku menyelongkar laci yang mengandungi barangan aku dalam sebuah beg kain pelikat.

What a surprise, aku terjumpa khazanah berharga yang aku hampir lupa!

Kertas tu bertarikh 24 Oktober 2004. Masa tu aku baru konvo di UKM. Maklumlah tengah menganggur, aku punyai banyak masa dan banyak bertanya pada Wan tentang sasilah keluarganya. Masih kuingat, aku meniarap di lantai sambil meng interview Wan yang duduk dikerusi favourite nya.

Ok aku mulai dengan moyang Wan, namanya Wan Leka. Wan Leka (nama suaminya Wan tak tau) merupakan ibu kepada Wan Supiah. Wan Supiah adalah nenek Wan. Wan Supiah berkahwin dengan Bulat (atok Wan). Melalui perkahwinan di antara Wan Supiah dengan Bulat, maka lahirlah 7 orang anak iaitu Siti Pura, Pakda Isa, Meksom, Leba, Makngah Timoh, Sakmoh dan Mohamad.

Meksom adalah mak kepada Wan setelah berkahwin dengan Wan Mat Amin. Meksom kerjanya adalah membuat raga daripada buluh untuk dijual.

Ok kita ke keluarga Wan Mat Amin pula.

Wan Mat Amin adalah anak kepada Wan Minah hasil perkahwinannya bersama Wan Salleh.Wan Minah menyara keluarga dengan membuat bakul dan dijual.

Selain Wan Mat Amin, anak-anak lain adalah Wan Deraman, Wan Jusoh, Wan Halus serta Wan Selamah. Mengikut rentetan tulisan aku, Wan Mat Amin adalah anak bongsu.

Meksom dan Wan Mat Amin telah bertemu jodoh lalu mereka mendapat 5 orang anak. Mereka adalah Wan Yaakob, Wan Ahmad (Wan), Wan Semek, Wan Ismail dan Wan Yah. Pekerjaan Wan Mat Amin adalah seorang petani yang mengusahakan tanah padi di Tendong, Pasir Mas. Anak beranak Wan ni semua asalnya dari Pasir Mas.

Mengikut cerita satu-satunya mak sedara aku yang masih hidup iaitu Wan Yah, Meksom mengalami keguguran ketika mengandungkan seorang lagi adik Wan, masa tu kandungan berusia beberapa bulan gugur kerana Meksom tergelincir ketika sedang menjunjung air dari sungai. Klasik kan kehidupan zaman dulu, serba susah, nak minum kena angkut air dari sungai.

Aku tak kenal Wan Semek sebab dia dok kat Pahang, aku tak pernah kenal pun tapi anak-anak dia ada yang aku tau tak berapa rapat. Wan Semek meninggal beberapa tahun lepas. Pada tahun 2008, Wan Ismail yang kupanggil PakCu Mail pula meninggal dunia. Aku agak sedih bila PakCu Mail meninggal sebab PakcuMail sangat baik orangnya. Ketika kecil, aku sering kerumahnya. Dia akan memberikan macam-macam hasil kebunnya seperti buah rambutan untuk dibawa pulang. Pakcu Mail juga pernah memberikan aku seekor anak itik serati yang kuberi nama Kaka, waktu tu aku berumur 10 atau 11 tahun kot. Aku suka ke rumah Pakcu Mail sebab sangat la kampung, sebab kat tepi sawah. Kadang-kadang dia masih berpakaian orang masuk bendang. Aku kan suka style kampung hehehe. Aku masih ingat pesan Pakcu, katanya kalau kita tangkap burung hutan atau ayam hutan pada waktu pagi, dia ada potensi untuk hidup berbanding kalau tangkap waktu malam. Kat rumah pakcu selalu terdapat anak-anak burung hutan yang ditangkap dan dibela. Kehidupannya sangat sederhana, maklumlah petani.

Pakcu meninggal akibat stroke. Masih aku ingat ketika melawatnya ketika sakit, Pakcu jadi sensitif dan asyik menangis.

Sekarang baru aku rasa menyesal sebab kurang menitikberatkan hubungan dengan makcik pakcik. Bila mereka sudah meninggal, alangkah ruginya rasa. Bagi mereka yang masih punyai makcik pakcik atuk nenek, janganlah menyombongkan diri. Memang kita masih boleh hidup tanpa bergaul dengan sanak-saudara, tapi lama kelamaan hubungan itu akan terputus begitu saja kalau tidak dititikberatkan.

Oh ya sambung,
kedua-dua orang tua Wan meninggal dunia ketika Wan masih kecil. Setelah kehilangan tempat bergantung, Wan mengikut bapa saudaranya Pakda Isa dengan bekerja menoreh getah di Thailand. Susahnya hidup Wan, kecik-kecik dah kena cari makan sendiri. Kiranya dari kecik sampai besar la Wan bekerja menoreh ni sampailah Wan berkahwin dengan mak.

Aku dah lama nak tulis kisah Wan datang menoreh ke Kedah ni tapi asyik tertangguh-tangguh.

Ketika Wan dah kembali ke Tanah Melayu, hidup susah gilababas sampaikan takde makanan. Wan pun mencuba nasib dengan membuat kerja memukul padi (dulu mana ada mesin, pukul je bagi keluar bijian) di Kodiang Kedah. Pada hari untuk bertolak ke Kodiang menaiki keretapi, Wan bersama rakan-rakannya bertolak awal dari rumah, dalam jam 3,4 pagi turun jalan kaki dari rumah untuk ke stesen keretapi Wakaf Bharu. Jauh tu weh kalau naik kereta pun 30-40 minit. Siap kena cross sungai lagi tapi aku tak pasti masa tu dah ada jambatan ke belum. Ohh.. aku rasa dah ada sebab masa tu pertengahan tahun 70-an.

Naik keretapi turun kat stesen Arau Perlis. Bila aku lalu kat stesen tu skang, mesti aku teringat kisah ni. Kemudian Wan terus ke rumah tuan padi yang bernama Haji Jamaluddin di Kodiang. Wan bekerja kat situ selama beberapa minggu dan mendapat upah beberapa puluh ringgit sahaja. Kerja punya la penat demi mencari makan untuk anak-anak yang setia menunggu di kampung. Macam mana la agaknya mak dan adik beradikku kat kampung masa tu kan...kerja punya la teruk sampai sakit-sakit, pulangannya cuma RM70 kalau tak silap aku, kerja selama 2 minggu di bawah terik mentari.

Bila balik, Wan sakit kuat sebab bekerja terlalu teruk. Masa tu Wan dah mula berpesan pada anak-anak sebab dia sangka dia nak mati dah, tapi rupanya hayat Wan masih panjang masa tu, demi untuk membesarkan anak-anaknya. Haji Jamaluddin ada datang ke Kota Bharu untuk menjemput Wan dan rakan-rakan bekerja dengannya tapi Wan menolak kerana penat yang amat, serta jauh.

Bila aku melalui Kodiang, Kedah, mesti aku teringat betapa susahnya Wan dahulu merantau mencari kerja demi mengisi mulut kecil anak-anaknya. Kalau Wan tak bekerja, nanti anak-anak kelaparan kat rumah. Aku masih tertanya-tanya pasal Haji Jamaluddin tu, mungkin dah meninggal kot. Tapi aku assume dia orang kaya dan punyai banyak tanah bendang di Kedah.

Wan menggunakan sepenuh kudratnya dan seumur usianya demi keluarga dan anak-anaknya. Aku berdoa semoga Allah mengurniakan Wan keampunan dan pahala yang besar buat dirinya yang tidak pernah merungut walaupun dirinya sendiri jatuh sakit akibat teruk bekerja. Apakah pula balasan kita anak-anak kepada ibubapa kita? Apa pula balasan aku untuknya?

Hanya doa yang takkan pernah putus insyaAllah.....
doaku selalu bersama mu Wan, walaupun kesedihan ini semakin pulih, namun namamu tetap meniti di bibir...

"Wan.... wan...tokwe...ayah aku.."...




Lariiiii

Ketika aku pulang ke kampung semasa cuti semester (ketika belajar di UKM), aku mesti akan pinjam motor Yahama merah Wan. Naik motor ronda-ronda Kota Bharu. Biasanya sebelah pagi Wan akan ke pasar membeli barangan dapur. Selepas Wan pulang, aku pulak rembat motor Wan. Wan seorang mematuhi undang-undang. Dia takkan benarkan aku naik motor tanpa lesen. Wan juga tak pernah naik motor tanpa helmet. Kalau naik kereta mesti pakai tali pinggang sebaik saja masuk ke dalam kereta. Wan sangat berdisiplin orangnya. Tapi kali ni aku nak cerita pasal benda lain.

Pada suatu hari, aku ke bandar Kota Bharu dengan motor. Aku pegi sorang saja seperti biasa. Aku buat apa sebenarnya? hahahah aku ke cyber cafe sebab nak berutus email atau chatting dengan che abe lah heheheh... masa tu pulak penyakit nak bukak Friendster, tak pernah miss. So kerap juga aku 'outing'. Dari rumah aku, naik motor dalam 15 minit aje nak ke bandar.

Selepas keluar cc dan keluar masuk pasar dan supermarket, aku pun pulang. Biasanya aku parking motor kat area The Store aje. Untuk pulang, aku melalui banyak traffic lights.

Ketika di traffic light berdekatan Wisma Persekutuan, aku perasan ada sebuah kereta dok hon hon kat aku. Aku buat tak tau sajalah, mana tau dia hon kat sapa.

Bila lampu hijau, aku terus jalan ke depan la. Dan aku lihat  sebuah kereta Wira mengekori aku dan asyik hon-hon.

Aisey aku dah cuak dah. Dia memintas aku lalu memberhentikan keretanya di tepi jalan dan memberi isyarat supaya aku berhenti. Aku dah mula takut aku pecut terus aje le. Aku dapat lihat seorang lelaki berkepala botak (dan aku assume berperut buncit) seperti berkata sesuatu.. heeeeee pecut wehhhh takuutttt!!!

Sampai kat simpang lampu isyarat dekat kampung, dia masih mengekori, haih takut weh natang orang tua nih nak apa hah, aku pecut lagi bila lampu hijau, dan signal nak masuk simpang sebelah kanan, dia pun ikut aku sambil membuka tingkap,

"Student UiTM kan?" tanya sambil tersengih,
"Tak...tak...UKM.." jawabku ketakutan...

dan vrooommmm terus aku cabut masuk lorong kampung tepi kedai Wan.

Takut weh tengok muka orang tua tu. Umur dalam lingkungan 40-an dan muka macam muka sugardaddy aje. Ntah-ntah dia dok cari anak ikan dia kot, ke muka nak sama dengan aku. Masa tu aku rasa takut wey sebab ada dengar kes student U ada affair dengan sugardaddy ni. Dan muka orang tua tu menepati muka laki orang yang desperados. Pasal apa dia mengekori aku sebanyak 3 lampu isyarat. Cara dia follow tu memang menyeramkan. Sebab bila dia pecut, dia akan memberhentikan keretanya di pinggir jalan kat depan supaya aku berhenti. Beberapa kali dia buat camtu.

Balik rumah aku cerita kat mak dan Wan. Mereka suruh aku berhati-hati dengan orang yang tak dikenali. Nasib baik dia tak masuk mengekori aku sampai ke rumah. Pada firasat aku, dia dok jejak student UiTM yang ada hubungan dengan dia kot. Bila aku kata aku budak UKM, aku cabut terus, tu yang dia tak ikut agaknya.

Sebelum tu, aku dengar banyak kes tentang sugar baby di taja sugar daddy ni. Hidup mewah, dibiayai orang lelaki kaya. Tapi itu tak ubah macam spare part aje lah. Eiiii ngeri weh, sama-sama la kita berdoa semoga perkara ni tak berlaku kepada keluarga kita, adik-adik dan anak-anak perempuan kita, amin.

Untuk anak-anak gadis, tak payahla nak cari 'tajaan' lelaki berhidung belang tu. Yang terindah hanyalah sementara. Ibarat kata pepatah, habis madu, sepah dibuang. Yang penting, jauhilah maksiat dan dosa. Kalau dah kasih sayang sangat, kawin terus ok!

Tuesday, July 17, 2012

apa cerita?

ahh...
mati idea la kadang-kadang, tak tau nak tulis apa, lagi-lagi bila internet slow aku jadi malas. Bila aku rajin nak upload gambar, masa tu la internet lembab macam siput sedut.
Mak aku takde kat kampung skang ni. Dia dok kat rumah anak-anak. Sedihnya teringatkan rumah tu kosong, malam-malam gelap dan sunyi.

Aku plan nak beli external hard disk bila ada pc fair yang murah-murah. Sebab kat dalam hard disk desktop pc yang lama, ada banyak video dan gambar Wan ketika masih sihat. Habibi kata hard disc tu tak rosak, motherboard aje yang rosak. Aku harap semua video dan gambar tu selamat, kalau tak, terkilan nanti!

Bulan puasa ni tak pasti sama ada mak aku balik ke kampung atau terus duduk kat rumah anak-anak sampai raya. Kalau macam tu, maknanya itu adalah kali pertama rumah kat kampung terbiar begitu tanpa penghuni. Sedih kan, sejak kecik membesar di situ, dengan suara riuh rendah dan gelak tawa, juga suara Wan dan dan emak. Segalanya bagaikan telah lenyap dalam setahun ini. Semuanya bagaikan telah hilang, meninggalkan memori dan kesannya cukup mendalam.

Tadi makan buah rambutan, teringat buah rambutan kat rumah yang akan terbiar buruk begitu saja. Dulu, aku panjat sampai ke bumbung dan membawa turun satu plastik besar buah rambutan, dan aku makan bersama-sama Wan dan mak. Wan selalu tersedak bila makan rambutan. Ahh... makin dikenang, makin lah sedih.

Kata kakak, dia nak balik raya pertama kat rumah walaupun takda sapa kat rumah, Maknanya, dia nak bawa mak pulang sebelum puasa kot, sebab nak ke kubur Wan. Apa dah jadi kat kubur ntah. Dah lama tak pegi, kalau abang aku sorang, dia tak berani nak pegi, sebab tanah perkuburan tu memang dalam hutan tepi paya. Buat yang penakut macam aku ni, seram sejuk juga heheee... sebab pernah terjadi kejadian jiran kena 'usik' hehehe... Wan semasa mudanya juga pernah kena 'usik' kat situ sewaktu sedang menebang buluh di tepi kubur untuk dibuat galah.

Dan aku juga nak basuh selimut Wan yang belum pernah aku basuh sejak Wan meninggal. Wan gunakan selimut tu di hujung hayatnya. Aku ambil dan belum kubasuh sampai sekarang. Aku gunakan selimut lain, selimut tu aku lipat dan buat peluk aje. Selimut tu jarang aku bagi habibi dan anak-anak guna. Tapi kelmarin aku baca majalah pasal hama, hehehe jadi aku rasa baik aku basuh, walaupun aku sayang nak basuh.

Kat dalam almari juga ada sehelai seluar trek yang aku pakai ketika hari Wan pergi, pun aku sayang nak basuh. Biar la dok situ, jadi nostalgia.

Everyday I love you Wan... al fatihah..

Apa yang berat sangat ni hahh...

Beratnya beg aku ni, mengalahkan beg laptop....
ini le yang memberatkan beg aku...

Senyumlah...senyumlah... ahai cek mek molekkk....


Seperti selalu, sebelum tidur, si kecik ni akan mendekatiku dan berbisik,

"Nanti mama tido dengan Zati nah!!"

"Ya..ya..ya.." kataku... (padahal aku terus tido di bilik berasingan dengan abahnya).

Setiap malam, bila aku tersedar daripada tido di tengah malam, akan ada la si kecik ni tidur mengerekot di sebelah. Aku pun tak pasti masa bila dia masuk menyelinap.

Tapi I love to hug her and kiss her head and her face, wangiiii!!! Best la peluk si kecik ni hehee....

Sunday, July 15, 2012

Happy birthday buat anakku Ahmad Faizzuddin!

 Dapat nombor 3 pun jadi lah baby boy, nanti cuba lagi :)


Ni sebelum naik stage, cikgunya kata, dia seorang yang berani.


Sedar tak sedar, hari ini adalah hari jadi anak sulungku yang ke 6.
Selamat hari jadi sayang!
Tak sangka dah besar dah, dalam penat berkejaran dengan 2 beradik ni, alhamdulillah berbaloi melihat mereka berdua sekarang. Namun perjalanan masih panjang, may Allah guide us through the journey, amin.

"Hari ni birthday Faiz la.."  aku menghantar sms kepada abahnya.
"Dah 6 tahun anak laki kita.." he replied.

Aku selalu berpegang kepada kata-kata mak dan Wan bahawasanya Faiz adalah seorang budak yang bertuah bila besar nanti, tunggu sajalah masanya kata mak.

" Besar ni nak jadi menteri ni, jadi orang yang bagus!"
kata emakku kerana melihatkan ragam Faiz yang luar biasa sikit ehhehe...

dia sangat kuat menangis ketika kecilnya. Sejak keluar dari dalam perut aku, memang aku bagi gred A la tahap menangisnya hehehhe. Aku pun kuat menangis, tapi bila dah besar, bukan bayi. Sehinggakan Wan kurung aku dalam telaga buruk hahaha...

14 haribulan Julai iaitu Sabtu lepas, Faiz menyertai pertandingan azan mewakili tadikanya. Yang dia dok praktisnya adalah azan maghrib dan isyak. Sekali kena azan Subuh hehehe, dan ada sikit tersasul, jadi dapatlah nombor 3. Habibi ada rakam video tapi aku nak upload tak bole pulak.
Punya la bergegar video tu hehehe, abahnya menggigil menggeletar excited, maklumlah pengalaman yang mengujakan bagi kami ibubapa muda heheh. Aku pulak rasa nak menangis pun ada. Tak sangka our son dah besar dan sedang berdiri atas stage. Ini adalah permulaan, insyaAllah semoga Allah permudahkan usaha kami mendidik mereka berdua untuk menjadi anak-anak soleh dan solehah.

Aku serahkan urusan ini kepada Allah, semoga Allah pelihara zuriat keturunanku dari api neraka, amin.

Saturday, July 14, 2012

terlalu clique juga tak baik....

Apa itu clique?

Definition : A small group of people with shared interests, who spend time together and exclude others.

Aku sebenarnya kurang gemar berada dalam clique.
Dalam konteks sebenar mengikut pemerhatian aku, clique jadi lebih sukar bilamana dah jadi macam assabiah pulak, and even worse, every single thing you do, mesti bersama-sama. Oh come on! Takkan nak pegi berak pun bersama-sama kot? Tapi itu le yang berlaku dikalangan orang perempuan.

I don't mind not being in clique. Yeah, dalam banyak aspek, ku jenis selamba, dan boleh masuk dengan sesiapa saja. Being in clique sebenarnya mengehadkan kebebasan diri aku. Ada sesetengah clique ni, jenis hard core gila, sehidup semati, semuanya mesti bersama, ayyooo come on, aku dah tua untuk jadi clique. Bagi kat budak-budak muda sudahlah.

Clique juga mempunyai protokolnya sendiri, kalau tak ikut, mula la nak bermasalah.
Well, bukan semua clique bermasalah. Ada clique yang jenis sporting dan membina minda.
Aku juga ada kawan baik sejak dari sekolah menengah dan kami memang rapat dan memahami antara satu sama lain. Apa-apa yang dilakukan, takde nak paksa sebab semua dah besar-besar belaka. Walaupun tak semua perkara dilakukan bersama, tapi the friendship is very sincere. You know what's the key words in friendship? Sincerity and the willingness to accept our friend's weaknesses. Without these keywords, I'd rather not being in a clique or creating a new clique!

Come on people, kita punyai jalan hidup yang berbeza, cara hidup yang berbeza, tak semuanya sama, makanya choose your own way!

Friday, July 13, 2012

PhD.?

Doctor of Phylosophy.....

errkkk....
macam best, tapi macam nyawa-nyawa ikan aje.

Semalam chat dengan kawan aku yang sedang buat PhD kat local Univ. Kagum dengan dia yang begitu bersungguh-sungguh. Husband dia juga akan sambung PhD kat London tak lama lagi. Anak dua orang, fuhh memang aku kagum. Diorang berdua ni rakan sekelas masa sekolah rendah dulu. Dua-dua budak pandai, aku ni pulak budak nakal hahaha....

"Tak kira ada tokoh ke takda tokoh, buat aje, aku pun dulu malas je.."

katanya bila aku kata attitude aku ni bermasalah sikit bab-bab belajar ni hehee....

"Bila kita berada dalam suasana semua orang buat kerja bersungguh-sungguh, kita pun akan turut buat sungguh-sungguh!."

Katanya lagi memberikan motivasi kepada aku yang otak tak berapa nak laju nih.

Ala aku tak heran kawan aku tu, form 1 dah masuk sekolah Tun Fatimah. Dalam kelas, memang dia aje la yang dapat nombor 1, takde sapa boleh challenge. Aku ni top 15 aje hihiiiii....

Habibi pun tengah berhempas pulas dengan projek nya. Aku kata, aku yang mula lambat, tapi aku yang habis dulu ahhahahah. Tapi dia buat research, memang hard work betul la.

Dan ada beberapa orang classmates kat UUM tengah buat proposal untuk PhD.

Aku pun hantar sms pada habibi,
"Jom kita sambung PhD sama-sama, ejas biar sama-sama dapat sponsorship boleh?"

he replied,
"Boleh, kena habis master ni dulu, jemu dah ni tak habis-habis lagi."

and the sms continues...

Tapi kalau betul le, ambik masa juga la nak pikir pasa proposal ni, bukan boleh buat cincai bocai. Kawan aku apply biasiswa di bawah program MyPhD. Dan semalam dah boleh mula apply di bawah Tenaga Pengajar Muda UiTM, tarikh tutup 25 Julai 2012.

Apa pun, aku rilek dulu.....
penat dan mereng master projek pun belum selesai lagi (penat la sangat hahaaa).

Thursday, July 12, 2012

Mimpi...

Setiap hari aku terbayangkan ketika Wan masih berada di sisi. Dan aku sentiasa imagine bagaimana keadaan Wan sekarang.

Semalam selepas solat, aku berdoa semoga aku dapat bertemu Wan dalam mimpi, sebab aku rindu gila kat Wan.

Alhamdulillah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar segala apa yang ada dalam dada.

Di dalam mimpi semalam, aku bermimpi yang aku memberi minum pada Wan. Selepas Wan minum, Wan bertambah sihat dan boleh bangun sendiri.

Pada satu scene yang lain, aku bermimpi membaca satu tulisan di hadapanku,

Hal jazaul ihsani illal ihsaan- Tidak ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula”"(Ar Rahman 55:60).

Aku tak pasti part mana datang dulu dalam mimpi aku, tapi aku dapat rasakan keduanya seolah-olah saling berkaitan.

Bagi aku, ia mempunyai pengertian yang amat mendalam. Aku berasa sangat tersentuh dan terharu.

Aku bersyukur kepada Allah, kerana mimpi semalam memberi kesan yang mendalam buat diri aku.

Dah 375 hari Wan pergi. Semoga Allah melindungi Wan dengan rahmat-Nya, amin.




Wednesday, July 11, 2012

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

" Ingat 5 perkara...sebelum 5 perkara...
sihat sebelum sakit...
muda sebelum tua...
kaya sebelum miskin...
lapang sebelum sempit...
hidup sebelum mati.."

Isk isk.... aku ada kesemua nikmat-nikmat di atas, cuma bukanlah mewah, tapi mencukupi.
Paling ketara, nikmat kelapangan, usia muda, sihat dan nikmat hidup.
Suasana kat tempat kerja sekarang ni adalah terlalu la lapang heheh....
aku patut buat perkara yang lebih bermanfaat.

Dan aku juga masih muda serta sihat, tak pernah sakit-sakit teruk, cuma sekadar demam dan selsema sekali sekala. Alhamdulillah, aku juga masih hidup. Isk..isk kenapala aku tak menggunakan nikmat-nikmat ini sebaik mungkin. Aku tunggu nak konvo je, dengar cerita Oktober ni kot, jadi aku memang sangat-sangat lapang. Cuma balik rumah lewat aje yang jadi terkejar-kejar ni. Hmmm, kena berbuat sesuatu nih.

Nak menjahit? Buat biskut raya? wahh macam best aje. Best juga kalau aku pandai menjahit ni. Aku ada survey kelas menjahit di bawah Kemas, tapi macam kelas pagi-petang aje. Kalau nak belajar, baik aku belajar dengan tukang jahit Cina. Tapi nak kena ada mesin jahit dulu. Ohh.. expensive la pulak yang ni. Baiklah, nak buat biskut raya macam munasabah kot, sebab kosnya tak mahal sangat. Tapi bila masa pulak aku nak buat kueh raya kat rumah ni? ehhehe, lainla kalau aku ni dok kat rumah 24 jam.

Hmm... jadi aku ada option yang ketiga, iaitu membaca. Membaca buku-buku kat rumah yang baru dibeli tapi tak sempat dibaca. Juga nak try resepi yang sedap-sedap. Aku rasa kena buat senarai masakan apa nak dibuat nanti di bulan puasa, yang cepat dan mudah.

wuittt aku ubah topik jap, sambil-sambil blogging ni, member kata result dah keluar,
alhamdulillah project dapat A- (ok la tuh), CGPA 3.43. Skang ni aku jadi blur tak tau nak buat apa pulak...
hmmm.....

Monday, July 9, 2012

Think before you speak, or speak and think?

Setiap Isnin dan Selasa, kanak-kanak ribena ni akan ke kelas mengaji berdekatan rumah dari pukul 8 hingga 9 malam. Abahnya dah tak sempat nak ajar sendiri, tak boleh nak konsisten sebab balik kerja dah lambat. Sekali sekala je bila berkesempatan, jadi baiklah hantar aje kat jiran yang juga merupakan guru KAFA. Sambil-sambil tu biar diorang bergaul dengan anak-anak jiran. Sebenarnya mak dia bukannya bergaul sangat, tegur dan senyum gitu-gitu aje,,isk isk teruk kan aku!

Sebenarnya jiran-jiran aku ni juga kawan-kawan habibi juga, dah kenal lama. Tapi aku jarang nak keluar rumah sembang pot pet pot pet. Sekali dalam dua kala kot aku sembang hehehhe.... sebab kepala otak aku ni kata, banyak tugasan rumah yang aku kena buat. Ya lah, aku sampai ke rumah dah 6.30++, diorang sampai rumah 5.30 ptg. Aku balik kira nak terus masak atau buat kerja lain, sapu sampah, kutip kain semua kain kat belakang. Dan ada insiden yang memalukan berlaku minggu lepas.

Pada suatu petang, aku dengan rajinnya telah menegur jiran sebelah rumah yang juga merupakan pengusaha pusat asuhan kanak-kanak. Kelihatan beberapa orang kanak-kanak sedang bermain di laman rumah. Aku ternampak seorang kanak-kanak tu berkulit putih, muka sebijik macam anak Cina.

 Lalu aku yang tiba-tiba peramah itu telah menanyakan kepada jiran aku yang sedang mencangkul tanah, "Anak melayu ke anak cina ni?"

Dia tidak menjawab, hanya tersengih, aku tanya lagi " anak melayu ke anak cina?"

Dia menjawab, "anak sendiri"...

cissssss.....

teruk punya perangai, tak kenal anak jiran. Bukannya aku tak pernah tengok anak dia sebelum ni, pernah aje datang ke rumah. Tapi aku dah lupa ahhahaha! Maklumle pusat asuhan, aku assume ramai le anak-anak orang lain.

Untuk meng cover malu itu, aku gelak aje huahuaaaaa......

Masuk dalam rumah, habibi perli, katanya," tu la tak bergaul dengan jiran-jiran.." sambil tersengih.

Ohh.. tu yang aku jadi malas tu, sebab seperti kata Syarifah Amani, "I sound stupid when I speak Malay",
atau aku kata versi aku, " I sound stupid when I speak!!!!"

Tu yang jadi faktor aku malas nak berkata-kata tuh, mesti keluar benda yang irrelevant ayyaaa....nanti menampakkan kebodohan aku sendiri. Aku lambat  nak apply tagline : think before you speak. Sebab kadang-kadang tak sempat nak think, I just speak!

Tapi kalau sembang dengan kawan-kawan aku ok le takde masalah, bila nak bersembang dengan orang yang aku tak berapa rapat dan kurang kenal aku ni, masalah sikit la nanti orang jugde aku teruk-teruk. Sebab kadang-kadang maksud aku lain, aku pegi kata lain pulak...adedeeeee...
agak-agak korang ni buleh kenal perangai aku tak? heheheh

Buat apa kelmarin?


Kelmarin kami ke Taman Jubli Emas, Alor Setar.
Kat situ kebetulan ada kejohanan Paintball, dirasmikan oleh Tunku Puteri Intan Shafinaz.
Kat Taman Jubli Emas ni tempat untuk bermain skateboard, tasik, taman permainan, sesi menunggang kuda, serta gerai-gerai makanan. Kanak-kanak ni belum puas nak main tapi terpaksa balik sebab hari dah mula nak hujan. Dah lama tak jalan-jalan pusing-pusing sana sini. Kehidupan agak busy semenjal dua menjak ni.

"We should change our life style.." kata Habibi pagi tadi masa hantar aku ke tempat kerja. (keta aku tak idup daaa).

Yeah, dah jarang melakukan aktiviti bersama-sama. He is always busy during weekends. Nak pegi vacation takde modal la pulak, banyak duit dah habis. Camna ni nak ubah supaya kami ada masa berkualiti bersama, hmmmm.....

Sunday, July 8, 2012

He knows how to heal....

Just some big hugs! No other words, and it heals... and he's good at it!

Doa buat anak-anak...


Saturday, July 7, 2012

Upset...

I'm very-very upset right now.

Friday, July 6, 2012

Subhanallah..

http://www.quranandscience.com/islam-and-science-universe/257-all-swimming-in-an-orbit.html

these facts really take my breath away.... rasa macam nafas terhenti kejap...

"And He is the one who created the night, daylight, sun and the moon, all swimming in an orbit". (Quran, The Prophets: 33).


Kenapa dikatakan 'swimming in an orbit'? Dan bukannya 'floated'?
Alam semesta ini sebenarnya sedang mengembang, hanya Allah yang tahu segalanya. Oleh itu, planet-panet tidaklah mengorbit  di laluannya yang sama melainkan ianya berubah sepanjang masa, kerana alam semesta ini terus mengambang! Dan perhatikan juga bahawa orbitnya adalah berbentuk elips.

Gambar di atas menunjukkan bagaimana bulan mengorbit bumi, dan bumi mengorbit matahari, seolah-olah seperti dalam gerakan swimming (ups and down through the waves). Perhatikan yang bumi, bulan dan matahari tidaklah berada dalam kedudukan yang sama, tetapi ia terus bergerak seperti mengembang dan ia terbukti dengan kajian sains!


Gambar di atas pula menunjukkan bagaimana sistem suria kita mengorbit Bima sakti/Milky Way. Bimasakti pula mengorbit pusatnya. Terdapat berbilion galaksi seperti Bima sakti di angkasa sana.
Daylight and night are symbols of time, here in the photo as the Quran mentioned, they are moving in a wavy motion over the spherical earth, indicating that time is a wave.

Figure showing a meteoroid track in space, though 21 days.

"it is clearly proving that the orbits of the celestial bodies which are all moving relative to each other is wavy, but until now I couldnot reach an explaination why it is wavy, at the same time nobody drew the accumulated wavy orbits, these questions I expect I explained its answers in these two articles, while other related questions such as: How gravity works with wavy orbits? What is the relation between accumulated wavy orbits and higher dimensions?... and many others I tried to explain in my books (Universe Revealed More- Continueing Einsteins Revolution) and (New Principles of Space-Time travel). "(Written by: Eng. Wasfi Amin Alshdaifat (Author, Inventor)

Hanya Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Tinggi ilmu pengetahuan Allah.

Korang bacalah sendiri, panjang sangat...
I'm speechless...
Bayangkan segala macam planet yang ada dalam berbilion galaksi ini, beredar dengan teratur tanpa coalision!
Maha Suci Allah...
aku hanyalah hamba-Mu yang kerdil...

Maha Suci Allah Yang Maha Bijaksana..

Thursday, July 5, 2012

Trust no one!

Situasi :

Ada beberapa watak, A, B dan C (boleh jadi lebih ramai).
A dan C ada bertelingkah pendapat. Just a small matter. A dan B bercerita perihal tersebut.
B dengan bersungguh-sungguh menyokong A, dan menyebelahinya dalam semua aspek, dan meng'kondem' C yang kononnya tak berlaku adil terhadap A.

Pada satu waktu yang lain,
C juga mengadu kepada B tentang permasalahannya. B juga dengan bersungguh-sungguh menyokong dan menyebelahi C, lalu mengutuk dan meng'kondem' A dengan bermati-matian.

Masing-masing A dan C merasa bahawa B menyokong kedua-dua mereka. Akibatnya, A dan C sangat akrab dengan B, manakala A dengan C masing-masing menjadi saling membenci gara-gara B!

B menjadi pilihan ramai dan dipercayai dan disayangi semua orang kerana dia menyokong mana-mana yang datang kepadanya. WELL!! sebenarnya orang tak selalu datang kepada B, tapi B yang datang mengorek dan mengintip segala rahsia. Benda-benda yang kecil diperbesar-besarkan oleh B, ibarat mengadu domba. Bila pihak D, E etc bersuara, contohnya, D dan E turut mengkondem A yang dikhabarkan buruk oleh B, maka tak lama selepas itu, B akan menyampaikan kepada A bahawa D dan E telah mengutuknya kaw kaw, padahal B yang mula membuka cerita dan mengadu domba! Tetapi yang mendapat nama buruk adalah orang lain.

**********
MENGADU DOMBA /FITNAH (Peringatan Daripada Peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj)
(Petikan/ Ringkasan Huraian dari kitab al-Kabaair yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Naim dalam kuliah di Surau Al-Ansar Rampaisari pada 16 Jun dan 23 Jun 2009)

Mengadu domba merupakan perbuatan yang boleh mengakibatkan persengketaan dan perbalahan antara dua belah pihak. Sikap suka menyampaikan cerita atau menyampaikan percakapan satu pihak kepada pihak yang lain dengan tujuan yang tidak baik sehingga menimbulkan perasaan tidak senang di hati pihak yang lain, dan akhirnya membawa kepada perselisihan faham antara kedua belah pihak adalah sama dengan menabur fitnah.

Dalam peristiwa Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”.

Mengadu domba adalah maksud dari perkataan Arab an-namimah. An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut.

Dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain “ Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini”.

Contoh ucapan atau kata-kata lain yang menggambarkan tentang perbuatan mengadu domba, antaranya: “Dia melakukan begini terhadap hakmu”, “dia merancang untuk merosakkan urusan kamu”, “dia merancang untuk membantu musuh kamu” atau “dia memburuk-burukkan tentang hal dirimu”.

Hukum Mengadu Domba

Ulama bersepakat bahawa mengadu domba termasuk antara dosa-dosa besar. Imam al-Ghazzali Rahimahullah menyatakan bahawa mengadu domba adalah dilarang kerana ianya mendedahkan sesuatu perkara yang tidak boleh didedahkan samada perkara itu tidak disukai oleh orang yang mengatakannya atau orang yang mendengarnya atau tidak disukai oleh orang yang ketiga (orang yang dikatakan).

Perbuatan yang dianggap mendedahkan sesuatu perkara itu adalah samada dengan kata-kata atau dengan tulisan atau dengan isyarat atau dengan gerak-geri, samada yang disampaikan itu daripada perbuatan atau percakapan, samada ianya tentang keaiban atau kekurangan pada diri orang yang dikatakan.

Hakikat mengadu domba ialah mendedahkan atau membuka rahsia seseorang yang dia sendiri tidak suka orang lain mengetahuinya. Maka jika seseorang itu melihat sesuatu perkara (hal ehwal orang lain) hendaklah dia mendiamkan diri sahaja tanpa perlu menyebarkannya pada orang lain.

Walau bagaimanapun jika dengan menceritakan sesuatu perkara itu mendatangkan faedah kepada orang Islam atau dapat mencegah daripada berlakunya maksiat, maka tidaklah menjadi kesalahan jika dimaklumkan kepada yang lain. Contohnya: jika dia melihat seseorang mengambil harta orang lain, maka hendaklah dia menjadi saksi bagi melindungi hak orang yang empunya harta tersebut. Namun jika tujuan sebaliknya, perkara menceritakan hal atau percakapan orang lain dianggap sebagai mengadu domba.

Balasan Mengadu Domba

Mengadu domba merupakan salah satu daripada dosa-dosa besar kerana perbuatan ini akan mengakibatkan perkelahian antara dua belah pihak. Maka oleh kerana itu Allah Subhanahu wa Taala telah menjanjikan balasan azab yang pedih kepada golongan pengadu domba.

1. Firman Allah Subhanahu wa Taala yang menggambarkan tentang kecelakaan dan penghinaan bagi pengadu domba:

Tafsirnya: “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci dan pengeji.”(Surah Humazah: 1)

Penghinaan, azab serta kebinasaan dari Allah Subhanahu wa Taala bagi golongan pencaci dan pengeji. Pencaci dan pengeji menurut Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhu: orang yang suka mengadu domba, merosakkan kasih sayang (sesama manusia) dan penzalim yang membuka keaiban (orang lain).

2. Firman Allah Subhanahu wa Taala lagi:

Tafsirnya: “Yang suka mencaci lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk menjahilkan orang ramai).” (Surah al-Qalam: 11-13)

Maksud ayat di atas ialah golongan yang suka mencaci dan menyebarkan fitnah untuk merosakkan orang lain dan ini tergolong di dalam perbuatan mengadu domba. Golongan ini tidak akan memasuki syurga sebagaimana yang diriwayatkan oleh Huzaifah Radhiallahu ‘anhu, bahawa beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

Maksudnya: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba”(Hadis riwayat Muslim)

3. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan dari sahabat, Ibnu Abbas Radhiallahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam berjalan pada suatu tempat lalu mendengar suara dua orang yang sedang disiksa di dalam kuburnya.

Maksudnya: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Dua orang (yang berada dalam kubur ini) disiksa, tapi bukan disiksa kerana melakukan dosa besar.”

Baginda Shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda: “Ya, salah seorang daripada keduanya itu tidak bersuci dengan bersih setelah berkencing, sementara yang satu pula berjalan (di kalangan manusia) dengan mengadu domba”.”(Hadis riwayat al-Bukhari)

Bedasarkan al-Qur’an dan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, mengadu domba itu adalah haram dan neraka adalah tempat mereka sebagai balasan daripada Allah Subhanahu wa Taala. Adalah menjadi kewajipan kita untuk tidak melakukan perbuatan tersebut dan menolak jika di datangi oleh golongan yang suka melakukan sedemikian.

Cara Menolak Jika Didatangi Oleh Pengadu Domba

1) Jangan mempercayainya, kerana orang yang suka mengadu domba adalah orang yang fasik. Orang yang fasik ialah orang yang ditolak kesaksiannya (syahadah). Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tafsirnya: “Wahai orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu mengenainya sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.”(Surah al-Hujurat: 6)

2) Melarangnya supaya tidak mengadu domba dan menasihatinya serta mencela perbuatannya itu sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah dari melakukan perbuatan yang mungkar.”(Surah al-Luqman:17)

3) Hendaklah membenci perbuatan mengadu domba itu kerana Allah Subhanahu wa Taala. Sesungguhnya perbuatannya itu sangat dibenci oleh Allah Subhanahu wa Taala. Maka wajib kita membenci perbuatannya sebagaimana Allah Subhanahu wa Taala membenci perbuatan tersebut.

4) Janganlah bersangka buruk terhadap sesama saudara dalam Islam yang tiada pada ketika itu. Firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang), kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa.”(Surah al-Hujuraat: 12)

5) Tidak perlu memperbesar-besarkan apa yang disampaikan kepada kamu dengan mengintip atau mencari (keburukan) untuk memastikan (apa yang disampaikan), sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Taala:

Tafsirnya: “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan dan keaiban orang.”(Surah al Hujuraat: 12)

6) Jangan kamu menerima apa yang kamu sendiri tidak suka dan melarang dari perbuatannya. Dan jangan disampaikan pula cerita tersebut pada yang lain, contohnya kamu berkata: “Si Fulan memberitahu kepadaku begini”. Perkara seumpama ini juga dianggap sebagai mengadu domba dan mengumpat. Maka dalam keadaan ini, kamu sendiri melakukan apa yang kamu sendiri melarang (orang lain melakukannya).

Peliharalah lidah daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh syariat, seperti mengadu domba atau menyebar fitnah kerana ia merosakkan perhubungan sesama insan. Takutlah terhadap balasan mengadu domba itu. Balasannya adalah api neraka sebagaimana yang diperlihatkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam pada malam Isra‘ dan Mi‘raj.

WALLAHUA'LAM..SELAMAT BERAMAL

Breakfast.....

Ni breakfast untuk pagi ni, tangkap gambar dulu, belum makan pun lagi. Hari ni mood spoil sikit, ada benda berlaku tadi ggrrrrrr........

Wednesday, July 4, 2012

Picture in 2010..

Gambar ni masa Wan ke putrajaya menghadiri majlis perkahwinan cucunya. Masa ni dah uzur, bila sampai kat putrajaya, Wan tak sihat, demam-demam.
Kalau boleh aku nak bagitahu Wan, yang aku mengingatinya setiap saat, dan aku berdoa semoga umurku panjang agar aku boleh terus berdoa untuk Wan, agar kita dapat bertemu di syurga, amin.

Tuesday, July 3, 2012

4 Julai 2011- 4 Julai 2012

Kat sudut atas diary aku, ada number yang aku tulis. Ia menunjukkan dah berapa hari Wan pergi.

Ngantuk....penat.....

Setiap hari adalah hari yang memenatkan.
Setiap hari sampai di rumah pukul 6.30 petang.
Lepas tu nak masak (kalau sempat), lepas tu siapkan budak-budak ni bagi mandi.
Lepas tu lepas makan, kena kemaskan, basuh pinggan mangkuk, mop lantai.
Lepas tu basuh baju, kalau ada rendaman dalam bilik air, kena basuh dulu.
Lepas tu kutip sampah celah-celah kerusi, simpan mainan budak-budak ni.
Kalau rajin, lipat baju dan simpan dalam almari. Kalau malas dan penat, aku buat bila aku rasa aku nak buat!
Secara puratanya aku tidur pukul 12 tengah malam setiap hari. Nak tido awal tu impossible sebab banyak nak kena buat weh! Tapi kalau penat gilebabas aku tido dulu dan bangun awal pagi solat Isya'. Penat sangat la tu, memang tak berdaya. Kadang-kadang badan aku ni kepenatan yang melampau. Sebab tu aku kena dapatkan tido yang berkualiti. Kalau tido sikit-sikit, aku akan mengantuk esoknya, dan seterusnya meleret-leret sepanjang hari.

Hari ni aku siap kerja rumah awal, 10.15 dah settle. Tapi nak kena sidai kain ni haaa...nanti budak-budak ni takde baju nak pakai ke tadika esok.

Ohh... being a housewife memang memenatkan, ni baru half day being a housewife!
Orang lelaki boleh tido awal, pukul 10 dah boleh tido. Tapi mothers won't go to bed until they finish all the cores. Makanya, kalau kaum ibu membebel dan berleter, please understand ok. Mereka melakukan sedaya upaya untuk membersikah rumah dan memastikan keadaan segalanya mengikut peraturan. Kerja surirumah ni orang takkan perasan melainkan kalau surirumah tu tak buat kerjarumah! You got that?

Monday, July 2, 2012

What's up?

Aku kena handle orientasi budak-budak baru esok.
Tengah siapkan aktiviti LDK.
Aku suka LDK, bagi aktiviti yang best-best.
Hari ni my bestfriend is coming tengahari nanti. Best buddy sejak sekolah menengah.

Oh ya, semalam aku mimpi Wan.
Hari ni genap 365 hari Wan tinggalkan aku.
Semoga damai di sana.
Al-Fatihah..