Wednesday, May 28, 2014

ayah....

aku kat kampung sekarang ni...
balik jenguk rumah kat kampung kejap....
rindu dengan kelibat dan bayangan wan...
alfatihah

Wednesday, May 21, 2014

Ayam brands


mama : Faiz, nah duit pergi beli sardin ayam brands kat kedai Alia
faiz     : ok
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
mama : aik mana sardinnya? beli mainan pulak?

faiz     :  tak ada sardin! (sambil beri baki 20 sen daripada RM4 yang diberi)
mama : aik mana buleh tak ada, takkan tak ada??
faiz     : betul tak ada ! ada sardin ikan je, ayam takda ! (dengan muka bersungguh-sungguh)

agagagaa...........

Sunday, May 18, 2014

happy birthday to me!


Happy birthday to me!
semalam dah terlupa, habibi kejutkan pukul 1 pagi haha, what a surprised <3>

(customer bila tanya pasal produk, diorang mintak nak tengok muka aku sekali hehhee, orait my dear customers, for these photos I didn't put foundation on my face, just some light compact powder after a thin layer of Neotrogena sunblock. Eyeliner, blusher and listick are compulsory. Sometimes I just wear eyeliner and lipstick and I feel good, sincerely the serum I'm using is awesome!)

****dah remove gambar, cukupla aku bubuh gambar yang sipi-sipi aje sebab hubby pernah warning, tapi aku bubuh jugak la kejap-kejap***

Friday, May 16, 2014

sebelum dan selepas


Kelmarin satu hari buat kerjarumah, cuci toilet, basuh toto etc....phewww......




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Ini beberapa minit kemudian....
waaaaaaaaaaaaaaaaaa..................


Wednesday, May 14, 2014

Yeah I'm back

alhamdulillah...
baru selesai training 2 hari,
balik je dari hospital, terus training esoknya.
Tak sempat nak prepare tapi nasib baik dah ada dalam otak aku ni.
Anak aku kena chicken pox selepas demam baru ni.
Mula-mula masuk ward tu risau dah, sebab platlet darah menurun, daripada 166, jadi 100++ je,
risau aku. Sebab kalau platlet turun camtu biasanya kes denggi atau chikunguya. Teringat hari tu aku bawak diorang jaga gerai, lepas ni tak mau bawak dah huhuuu..
tapi bila check denggi negatif, demam on, off...
lastly hari nak balik tu naik bintik-bintik pulak, rupanya dia nak kena chicken pox!!!


 Kat muka naik sebijik dua je, kat belakang dan tengkuk banyak. Cian anak pompuan aku ni....


 Sempena dengan hari Jururawat, ada satu corner aiskrim dan belon. Memandangkan anak-anak aku je budak-budak yang dah besar kat wad, banyak dia dapat belon. Budak-budak lain semua baby dan kecik-kecik.

Tak berapa nak makan selama beberapa hari ni, baru dua hari ni nak makan.

Semalam dia kata gatal-gatal, pagi tadi sakit. Kesiannya, aku dulu kena masa dah tua sakit woo. Kena ciken pox lepas first date dengan habibi, huahuahaaa!! Masa tu habibi baru sampai dari Germany, lepas jumpa kena ciken pox kikikii, balasan berdating! Err... beberapa hari lepas aku tanya habibi, do I look the same since we first met? dia kata camtu la camna lagi hahahha...oh ye masa first date aku mana tau bedak lipstik semua ni, buruknyeeeee....
saja teringat zaman muda pulak.

okaylah,

tata

Saturday, May 10, 2014

berkampung di wad



ttido kat hospital si kecik ni demam,
muka aku pun dah macam hantu kubur, harapnya malam ni aku boleh tdo lena

Wednesday, May 7, 2014

motivasi


Betul-betul betul....
nombor satu tu bagus sangat!

Tuesday, May 6, 2014

Hai guys...
I'm kind of busy lately, many things happened tapi tak sempat nak update.
2 minggu lepas pergi main air kat kolam air panas kat Ulu Legong.





Anak-anak aku ni memang pantang jumpa air.
Dulu pernah datang sekali tapi mandi air yang sejuk je.
Kali ni masuk kolam air yang sedikit panas.
Terus lepas tu sakit kepala dan mengigau-ngigau di sebelah malam. Gigih aku dok kepung kiri dan kanan atas katil kat chalet.
Baru aku tau lepas berendam air panas ni akan jadi sakit kepala sebab darah yang panas kerana terendam dalam air panas tu naik ke kepala dan jadila sakit kepala dan pening.
So selepas ni masuk kolam yang sejuk dah la.
Aku nampak si abang ni dah boleh berenang sikit, camna dia buat ntah. Aku ni yang tak pandai-pandai. Plan kononnya nak belajar berenang kat kolam renang universiti ni tapi kena beli swimming suit dulu, baju muslimah la katakan ( muslimah tak muslimah sangat laaaaa sebab macam melekat je aku tengok). Tunggu punya tunggu bila nak ada swimming suit ni.
okla nak pegi makang, bye..




Pertanyaan berkenaan ubat-ubatan?


Saturday, May 3, 2014

Menyelami perasaan

warghhh...
mengantuk pulak...
semalam sampai kat rumah pukul 12.30 malam selepas selesai jaga gerai kat ekspo di Kangar.
Aku angkut satu family ke sana.
Seronok sebenarnya, bersama kawan-kawan yang sporting yang sehaluan dalam berniaga.
Anak-anak aku seronok dapat bermain-main kat dataran, ke hulur ke hilir.
Tapi kesian pulak bila diorang dah mengantuk dalam pukul 10 malam tu, nyamuk pulak banyak, risau aku.
Jadi selepas ni aku kena bawak kipas dan tikar serta bantal.




Bila aku join gerai macam ni, baru aku lebih nampak tentang peniaga gerai ni.
Ada yang bawak anak kecik termasuk aku, lepas tu makan lebih kurang je sambil duduk kat belakang gerai sambil digigit nyamuk. Badan pulak berpeluh kalau dok angkut itu ini, kaki pulak lenguh tunggu customer. Bagi aku, bukan senang sebenarnya bagi peniaga gerai ni. Aku biasa tengok peniaga gerai dok tidur kat khemah. Sekarang baru aku faham kenapa, memang lenguh kaki weh dok terpacak, kalau penat dok kat kerusi, pastu bangun balik.
Ketika orang lain dok bersenang lenang kat rumah menonton TV, kami kat gerai ni menanti pelanggan dengan penuh harapan andai ada rezeki yang datang. Kalau ada adalah orang, kalau tak ada, maka pulanglah. Nak pulang pun kena sampai waktu dia, bukan boleh main kemas dan simpan khemah.
Sekarang aku lebih memahami keadaan peniaga. Walaupun ramai yang buat dua pekerjaan dalam satu masa yang sama, ramai juga yang menjadikan gerai ini sebagai punca pendapatan utama.Baru-baru ini aku ada tengok kat TV, kisah ramai orang terpaksa melakukan beberapa pekerjaan dalam satu masa dek kerana desakan ekonomi, lebih-lebih lagi di bandar. Seorang pembantu tadbir jabatan kerajaan, setelah pulang dari pejabat, terus bergegas ke gerai burgernya seawal pukul 6 petang. Pukul 12 malam baru pulang ke rumah. Katanya, dengan pekerjaan sampingan tersebut, dia meraih sebanyak RM1500 sebulan dan ia digunakan untuk menampung keperluan keluarga. Kalau tak buat part-time job tu, susah katanya, memang tak cukup dengan gajinya sebagai kerani lebih-lebih lagi di KL. Sekarang ni tak kira dah walau di mana saja, orang buat part-time job. Kawan aku ramai buat part-time job jual insurans, jual shaklee, tudung, baju kurung dan juga kek. Yang duit banyak aku tengok rilek aje, tak payah susah-susah.
Aku dan habibi dah pun ada pekerjaan tetap tapi bagi aku bukak gerai ini boleh jadi satu pintu rezeki yang membantu aku di kala susah. Aku juga jumpa ramai 'kaki' untuk masuk berniaga. Lebih pada sosial network la. Padahal kalau nak dikira, baik aku duduk di rumah, orang beli online lagi ramai tapi ini lebih pada usaha dan minat. Yang penting, anak-anak aku suka hehehhe... aku tak mau berniaga dalam keadaan mendesak. Lebih pada rileks aje dan bagi orang kenal.
Alhamdulillah I have wonderful friends yang mengajar aku agar tak cepat give up, supaya slow and steady.
We had a great time!