Saturday, June 30, 2012

Take a break....


I smiled while watching them...
main punggah-punggah barang dari lori katanya...

What's new this month?


Ok, aku baru beli :


Banana Boat Ultra Protect Sunscreen Lotion, SPF 80++  (FOC Aloe Vera Sunscreen Lipbalm)   RM 33.58
Safi Balqis Perfect 10 Serum RM 22++
Maybelline Masterline (eye liner) RM13++.

Aku pakai sunblock Neutrogena tu kat muka, kadang-kadang kat tangan. Sayang pulak, jadi aku beli satu lagi. Ini untuk kegunaan satu family. Lagi satu serum. Dah setahun lebih aku guna Serum Safi Rania Gold, tapi kali ni nak jimat bajet, jimat RM10++. Dan aku juga beli eyeliner, love it!

Friday, June 29, 2012

My little girl...


Ramai kata ikut muka abahnya....
ramai juga kata ikut muka aku...
Wan kata ikut muka aku...
jadi aku ikut pendapat Wan heheee....
 Kedah + Kelate, and borned in Kelate, kiranya Cek Mek Kelate...
Mek laagi....

Thursday, June 28, 2012

Kali terakhir...

28 Jun 2011...

29 Jun 2011..

kali terakhir kita berjumpa ketika Wan masih sedar...
kali terakhir Wan  melihatku dengan pandangan yang sangat sedih....
I hugged him twice...
and I walked away with tears..... feeling choked...suffocated...
I screamed in my heart, as I knew deep in my heart (even though I kept denying) this was the last time I hugged him alive...


kakakku hantar sms pagi tadi..
"29.6.2011 last day jaga Wan kat wad. Last time I saw him alive..."

it's ok...
I am ok today..
I can feel that Allah grants my prayer... amin..

Wednesday, June 27, 2012

Penyejuk mata.... penawar di hati....


Pagi tadi, aku menghantar anak-anak ke tadika, sebab abahnya ada seminar kat Penang. Kelam kabutla uruskan mereka seorang. Si adik pulak nyaris-nyaris nak mengamuk, nasib baik aku berjaya pujuk. Si abang pun sama, bila pakai baju, nak pakai yang panas-panas baru seterika, jenuhla aku nak buat. Bila dapat baju yang sejuk, muka nak bad mood.

Finally berjaya siapkan diorang dan turun dari rumah jam 7.18 pagi.

Sampai kat persimpangan lampu isyarat , dari jauh aku tengok lampu isyarat tak menyala.

"Alamakkk!!!! Lampu mati!" kataku sambil panik...

dalam fikiranku, macam mana le aku nak cross simpang empat tanpa bantuan traffic light... argghhh
camna ni camnaaaaa???

Tiba-tiba Faiz berkata...
"Takpe lah, nanti mama tengok kiri, tengok kanan...
tak ada kereta mama jalan la."

waduhhh....
serta merta aku jadi rileks dan lintas macam biasa...
(padahal kereta tak banyak pun!)...

oh my son....
anak-anak penyejuk mata, penawar di hati....
semoga dapat jadi anak yang soleh dan solehah...
semoga dapat jadi anak-anak yang didadanya ada Al-Quran dan Hadis...
amin...

Dah lama tak cerita....

Hari ni 27 June. Wan masuk wad 26 Jun tahun lepas.
2,3 hari sebelum masuk wad, aku memandikan Wan pada setiap hari.
Kelmarin kakak sms, katanya,

"Malam tu (26 June) kita tunggu kat wad 2 orang...rindunya kat Wan..."

bila aku scroll gambar-gambar lama kat handphone, aku makin suspen dan berdebar, sebab bila makin scroll down, makin mendekati gambar-gambar Wan. (dalam tempoh 30 hari)

Dimulai dengan gambar aku keluar ke pasar dengan Wan....


Seterusnya video Wan sedang minum susu...


Seterusnya video aku pulang ke Perlis dan Wan sedang duduk memerhatikan aku pulang...


Seterusnya video aku menjaga Wan dihospital, gambarnya baring di katil, gambar aku menyuapkan makanan etc...


Seterusnya gambar Wan sedang tenat dengan alat bantuan pernafasan, dengan tangan yang membengkak...


Seterusnya gambar emak sedang membisikkan kalimah syahadah di telinga Wan...


.
.
.
.


Seterusnya gambar Wan terbaring kaku dengan berselimut kain batik, disisinya abangku mengaji Al-Quran...


Seterusnya gambar pusara yang merah....


Dan seterusnya gambar pusara setiap kali aku balik kampung...


Setahun dah berlalu...
Aku masih ingat dengan jelas bila aku mandikan Wan ketika sakit.
Aku ingat dengan jelas bentuk telinganya yang aku gosok...
belakangnya yang bongkok...
dulu ketika aku masih kecil, Wan suruh aku berdiri dan memijak-mijak belakangnya. Katanya sakit urat.

masih ingat dengan jelas rambutnya yang beruban memutih. Dulu ketika Wan masih kuat, masih ada rambut-rambut hitam.
Masih aku ingat aku menyiram air di kepalanya dan mengusap sisa air dimukanya. Wan juga turut menggosok-gosok lengannya dan mengusap mukanya...
dan tidak lama selepas itu, badan Wan dibalik-balikkan dan disiram, tapi Wan sudah tidak bergerak lagi....

Andai dapat kuundurkan masa?
ohh....aku ingin sangat berbakti kepadanya, aku nak mandikannya lagi, aku nak menjaganya ketika sakit dan berbuat baik padanya.
Tapi, kenangan kehilangannya terlalu pahit.... cukupla sekali, tak payah berulang saat pemergiannya.

Wan sangat dekat di hati aku. Hingga aku masih belikan buah kegemarannya, walaupun dah hampir setahun Wan pergi. Kalau orang lain aku tak tau, tapi bagi aku, dia sangat-sangat dekat dan aku selalu menyebelahinya...


I miss you Wan, al-fatihah....

Kena sound....

Beberapa hari lepas, kami keluar makan malam kat KFC.
Tetiba pulak habibi bawak ke KFC padahal itu bukan favourite dia. Mungkin sebab nak pujuk bini yang merajuk kot (uihh senang aje nak pujuk aku, bawa ke KFC LOL! apa sangat yang ada kat Changlun tu kalau bukan KFC!)

Aku hanya mengenakan jeans dan tshirt lengan pendek, kemudian cardigan kat luar. Mungkin aku dok imagine orang tak perasan sebab malam (????), baju aku pendek sikit. Habibi dah sound sebab pakai baju lengan pendek. Tapi sebenarnya aku bawa Cardigan. Dah lama aku tak pakai cardigan tu, bila aku pakai dalam kereta, tengok-tengok lengan dia shrink melekap. Jenis malas, aku main rembat aje.

Masa nak duduk kat dalam restoran, tiba-tiba Faiz menegur...

"Seksi la mama ni...." lalu dia berlalu pergi bermain dengan adiknya.

Wawaaaaaaaa teruk punya mamaaa.....

**moralnya : jaga dressing, jangan ketat !!!!!

Tuesday, June 26, 2012

Vacation?

Ohh....
rindu kat Shenzen, rindu kat Disneyland....
bila nak pegi lagi ntah??
So, where is our next destination?
hehehhe aku ada merancang dengan habibi untuk ke beberapa tempat, nak merasa tempat yang lebih jauh dari Hong Kong.
Tapi kata habibi, yang penting adalah kena saving, bila dah banyak saving, bolehla nak kemana-mana saja!
Kata habibi, kalau dia ada pegi conference kat mana-mana, bolehla aku ikut, dah save flight ticket satu kepala dan juga hotel. Heeee tergedik-gedik nak melancong ni.

Sebenarnya aku berasa lega sebab aku dah tak perlu saving untuk bayar yuran pengajian master..legaaa!!! dan aku juga tak saving untuk melancong, buat masa sekarang belum lagi. Tapi lepas ni memang kena saving balik. Sebab tu la sekarang ni aku shopping tak fikir 10 kali macam dulu hehehe... tadi baru lepas beli baju 2 helai. Tahun lepas memang rasa 'sempit' dan 'terkepit' sebab aku simpan 1 per 3 daripada gaji aku untuk tabung melancong dan yuran pengajian. Dah lama aku tak shopping dengan gumbira! Sekarang masanya nak enjoy!!! Tambahan pula aku buat bisnes sikit skang ni. Mudah-mudahan memperoleh lebih rezeki dari-Nya, amin.

Sebenarnya aku lebih senang beli keperluan aku sendiri. Macam kesian pulak nak pow duit habibi. Aku tak sampai hati nak perabih duit dia. Kadang-kadang bila aku takde duit, dan aku berkenan dengan sesuatu barang, terpaksa pendamkan dan diam saja, rasa sedih pun ada sebab tak dapat apa yang aku nak. Tapi nak buat camna, aku bukan jenis yang meminta-minta...huhuuuu isteri mithali la kononnya ngengeee.... Kalau aku shopping pakai duit aku sendiri, aku tak rasa bersalah kalau nak belanja banyak sekalipun. Tapi tulah, I'll feel a bit upset when I can't get what I want, and I won't ask him to buy it either.

So...that's why I want to get anything that I want, sebelum aku saving untuk melancong.

Money--money..money

Monday, June 25, 2012

Must try!


Patient....


Incredible!


SUBHAN ALLAH!! This is the Junction of two Rivers, in Geneva, Switzerland - about which ALLAH says:

"He released the two seas, meeting [side by side]; Between them is a barrier [so] neither of them transgresses. So which of the favors of your Lord would you deny?" [Surah Ar Rahman, 55-19-21]

Undoubtedly this is an incredible sign of Allah!
Allahu Akbar! ♥

ok..shopping again!!

Seronok betul kat tempat kerja aku ni, macam-macam boleh shopping walaupun takda kedai. Aku supply kain pasang, orang lain supply tudung, jubah, skirt, seluar, kuih-muih..etc ... macam-macam. Asalkan ada duit, semua boleh beli.

Aku pun tak tahan godaan hari ni, ada orang jual jubah. Cantek bangat, ngam-ngam dengan badan aku. Depa kata badan aku kurus, senang nak beli baju, jubah. Aku bukan kurus, cuma aku tak gemuk hehe..

Lepas tu ada supplier seluar palazzo dari Padang Besar. Aku order 4 helai seluar. Nanti next week dia datang bawa. Kami tak payah ke Padang Besar untuk shopping. Order ada dengan dia. Boleh dapat dengan harga yang murah tanpa perlu berpenat lelah berpanas di komplek Padang Besar. Lagipun mahalla barang kat sana, memang peniaga dah assume pelancong ramai, jadi lebih baik beli dengan direct supplier. Bukan setakat seluar, nak apa, bagitau aje nanti budak tu bawa. Ok this week aku dapat jubah dan seluar, ok happyyy!!!!!

hehee esok pulak nak pegi survey eyeliner pulak. Skang aku dah mula minat dengan eyeliner, berjangkit dengan kawan-kawan. Ala bukan yang branded pun, ada yang suggest Follow Me, Avon etc. Aku dah ada dah sebenarnya tapi kaler coklat. I need a black eyeliner, rasa mata lebih cantik.

Hehee dan aku nak bagi tips nak buat rawatan stim muka sendiri. Rasanya ramai dah tau ni. Senang aje, masukkan air panas dalam baldi, kemudian halakan muka di atas permukaan air dan selubung dengan kain. Kalau air panas sangat, memang nak bernafas pun payah hehehe, agak-agak la kan asal ada wap. Ia akan membuka liang-liang muka untuk membuang sisa kotoran. Dah lama aku tak buat sebenarnya, kalau rajin boleh buat tapi bahaya la nanti anak-anak kacau hehe..
selamat mencuba!

Sunday, June 24, 2012

Macam-macam adaaa...

Semalam tinggal aku sorang kat rumah, sebab habibi tak sempat nak balik. Dia balik petang ni kot. First time aku tido sorang-sorang kat rumah. Mak tanya, tak takut ke duduk sorang (maksudnya orang jahat, bukan hantu hehe). Aku kata okey aje sebab dah ada jiran sebelah kanan dan belakang. Tak risau pun, tak takut pun.

Bila tinggal sorang, jadi malas nak buat apa-apa. Nak kemas rumah pun malas.

Sebelum tu pada petangnya aku ke UUM jumpa supervisor untuk sign borang pengesahan semakan report sebelum buat hardcover. My supervisor is very helpful, aku rasa dia bukan jenis yang kedekut markah kot. Dia bukan jenis push sangat, dan bukan jenis take easy lepas tangan. Dia suruh aku hantar paper ke conference. Aishhh bila pulak tuh aku  nak buat conference paper.

Lepas settle hal kat UUM, aku ke Changlun cari kedai hardcover. Katanya boleh siap hari Khamis ni. Aku harap Khamis ni aku dah boleh submit kat office UUM, dan settleee!!! Yabedabeduuuuu tak sabar nak menamatkan marathon ini.

Hari ni aku datang kerja dengan perasaan yang lebih damai, sebab dah selesai dah semuanya. So, I'm waiting to do my next task. Boss suruh compile balik data-data student dalam database. Aku rasa lepas ni aku dah tak bagi lecture kot, dah tukar bidang hehehe, but still in IT field. Eloklah, aku pun dah malas nak study buat masa sekarang.

Sebenarnya aku tak tau nak cerita apa hari ni.

Tapi tadi kat FB dok tengok gambar kawan-kawan yang buat reunion etc. Wah wah bergaya sungguh diorang ni. Tudung gaya terkini yang aku tak ter follow. Aku pakai tudung yang outdated dah, tak tau aku yang mana satu terkini. Cantik betul diorang ni. Pandai diorang berfesyen. Aku ni bab-bab fesyen ni memang fail terus hehe. Aku dan habibi memang 2x5 dressing outdated.

Azamnya sempena umur 30an ni nak coba beri perhatian pada penampilan diri. Tapi aku rasa ia perlukan maintenance cost yang tinggi. Tengok aje le start dari kasut, kemudian seluar atau skirt yang cantik, kemudian blouse, atau dress, dan tudung bawal tak bawal, 3 layer 4 layer, fuhhh satu 'set' dah berapa ongkos tuh? Ni tak masuk accessories gantung sana sini kat tudung. Lepas tu tak masuk mekap semua tuh. Alamak sayangnye duit!!! Tapi kawan aku boleh bergaya dengan bajet yang telah ditetapkan setiap bulan. Dia memang memperuntukkan duitnya untuk membeli pakaian setiap bulan. Dan dia takkan beli lebih daripada itu. Contoh RM100 untuk pakaian. Dia hanya guna bajet sebanyak tu je la. Aku kagum sebab dia bukan jenis membazir, dia pandai merancang kewangan tapi dia sangat bergaya, dengan pakaian baru setiap bulan yang sangat cantik.

Err... tapi aku susah nak tiru orang. Kalau ada duit baru beli baju, Tak kira bajet tak bajet hehehe. Ohh aku perlukan transformasi. Boring wehh bukak almari asek-asek baju tuuuu aje. Takde baju pun huhuuu. Semuanya dah expired! Nanti aku nak tanya kedai Cina jahit baju tu, dah siap belum baju aku. Boring dah jadi selekeh hehehe....

Okla nanti kalau ada idea aku tulis lagi..

Saturday, June 23, 2012

Cepat...cepattt....nak siap dah!!!

Aku nak ke UUM petang ni mengadap encik supervisor, dan seterusnya jumpa Madam Latifah, dan kemudian hantar report untuk buat hardcover.

Kadang-kadang bila nak print pun boleh timbul masalah besar yang membuatkan aku tensen.
Semalam aku tidur pukul 4 pagi. Aku sakit hati sebab bila print out, keluar page belakang. Aku nak tengok page depan. Banyak kali berlaku dan aku asyik cancel dan cancel printing. Ntah berapa banyak paper terbuang. Masa tu rasa nak hempuk dah printer ni. Rasa nak baling dalam longkang depan rumah pun ada. Macam-macam yang aku buat, tekan butang macam-macam, restart, tutup suis buka balik, tapi tetap jadi cenggitu jugak...

Ohh.... rupanya aku yang nak kena hempuk dan nak kena baling dalam longkang, sebab memang printer ni dia keluar yang dari page belakang sebab ia susun dokumen tu siap-siap warrgghhhhhh!!!! Padahal aku dah print dah satu set. Masuk set ke tiga aku dah jadi pening sebab sebelum tu aku print page tertentu aje, so dia keluar as expected. Bila aku print satu set, dia akan keluar appendices, dan  aku rasa macam salah. Warrgghhhh nampak sangat otak dah mengalami penuaan dan neuron-neuron mula merosot. Ni la akibatnya malas berfikir heeeee...nampak gayanya kena banyak berfikir benda-benda yang kompleks dan analitikal lepas heeee... Otak dah jadi slow dan lembab hayyaaa!!!!

Kalau le aku ni ditentukan kerjaya ikut kepala otak aku ni, rasanya aku sesuai kerja angkat kotak-kotak kat gudang kot. Tak payah nak fikir. Ataupun jadi Mak Guard, atau pengawas peperiksaan. Jadi jurutol pun ok, aku hulur tangan bagi tiket tol aje. Haiihhhh pemalas betul. Camna la aku jadi seorang yang intelek ni. Tahap kemalasan yang tinggi, nak fikir pun malas, kan dah jadi slow ni.....

Sebenarnya aku dok sorang aje ni. Anak-anak ikut abahnya balik kampung bersama Tokwan, Tok dan makciknya (adik bongsu habibi). Sebenarnya kelmarin diorang hantar adik ipar pegi lapor diri sebagai guru pelatih kat sekolah di Jitra. Habibi tinggal keretanya kat kampung dan datang sini naik van FIL. Klasik betul van tu hehehe, bawa 40-50kmj aje. Maghrib baru sampai sini kelmarin. Naik van sebab nak angkut motor untuk kegunaan adik ipar kat sekolah. Maka pagi tadi diorang bertolak pulang ke Sg. Petani, dan habibi akan kembali petang ni dengan keretanya. Kanak-kanak ribena suka naik van tu, hehehe adventure. Van tu FIL biasa guna untuk naik bukit tengok dusun, memang lasak. Aku tak ikut serta sebab nak pegi UUM hari ni.

Rasa pelik pulak bila dok sorang kat rumah ni.

Sambil-sambil tadi dengar ustaz kat TV AlHijrah bagi tips pilih bakal suami.
Katanya, nak tau perangai bakal suami, tengok bila dia sedang lapar dan letih. Kalau dia berperangai baik ketika lapar dan letih, maknanya he is a good candidate.

Ohh..perangaiku tak elok bila aku lapar dan letih hehehhee (nyaris-nyaris printer jadi mangsa)......terbalik la pulakk...
wahai habibi, terimala bini mu ini seadanya hehe....

ok dah siap print set ke 5.
Yahuuuuuu aku tak payah stay up lagi....
syukur...


Friday, June 22, 2012

Weekend...

Buat apa pada hujung minggu?
seperti biasa, basuh kain, sidai kain, lipat kain, sapu sampah, mop lantai, basuh cadar, kemas dapur, bagi makan anak-anak etc... rasanya FIL dan MIL akan datang hari ni tapi tak confirm, lagila aku kena extra clean heeeee..

MIL aku ni jenis pengemas orangnya, kalau dia datang ke rumah aku, mesti dia akan kemaskan dapur dan susun barang-barang dan pinggan mangkuk heheee.... nampak sangat aku ni sepah! Maklumla aku ni takda skill mengemas yang very-very neat. Oleh kerana aku ni seorang yang pantas, maka apa yang aku buat main nak cepat aje, so tak berapa nak kemas gila-gila la hehehe. Kalau aku ni seorang yang very neat, aku rasa aku akan bertambah stress sebab kekemasan takkan bertahan lama, takkan kerja aku nak mengemas aje kot dari pagi sampai malam. Yang buat sepah bukannya aku sorang :p ! Enjoy la, takkan nak buat kerjaaaa aje kan heheh...

Sebenarnya aku cari pasal ni sebab lambat repair report. Aku terlupa ada satu form yang nak kena ambik kat office FTM UUM, borang tu nak kena bind dalam hardcover. Cisss take easy nak mampus heheh, esok pandai-pandaila aku mintak excuse kat Puan Latifah yang coordinate master project ni. Kena hantar by 25th June ni tapi aku baru nak hantar binding esok. Binding hard cover mengambil masa 3 hari. Jadi mungkin aku extend 2 hari hehehe... ala lepak laaa, semua dah settle, nak hantar hard cover aje. Tapi suspen ni sebenarnya.

Okla aku nak lipat kain pulak... phewww...

Thursday, June 21, 2012

2 Syaaban 1432 - 2 Syaban 1433

Sangat sedih rasanya. Pada tarikh seperti hari ni, pada tahun lepas aku balik Kb tengok Wan sakit. Turun daripada bas kat jalan depan kedai Wan, aku jalan kaki masuk jalan kampung. Dalam hati, rasa sangat gundah sekali. Sungguh susah hati. Sampai di rumah, aku naik ke atas dan lihat Wan sedang duduk atas katilnya. Uzur sekali wajahnya, sugul dan cengkung dengan badan yang sangat kurus. Hatiku sangat gundah, aku sangat tidak gembira melihat keadaan Wan. Keesokannya aku belikannya laksam, makanan kegemarannya. Meja kecik berwarna hijau tu, kat situla Wan menerima takdir, tidak dapat bernafas, tak dapat tidur pada malam terakhirnya di rumah. It broke my heart into pieces :''''''(

Kalau ikut kalender hijrah, dah setahun rupanya Wan pergi.

Oh Allah, I believe in You, may You forgive my father and may You take a good care of him. Amin. Only You know how I feel and what's inside my heart.

Parking...

Pagi tadi aku ke Canselori UUM. Tak confident nak parking depan canselori.....


Jauh ke mana hala ntah aku parking hehehhe, atas pokok tu ada lutong 2 ekor.

Wednesday, June 20, 2012

permulaan yang baik, alhamdulillah...

Setakat ni, aku belum buat business online, tapi aku jual di kalangan kawan-kawan. Sebenarnya aku jual kain batik sutera dan kain pasang bermacam jenis, ada english cotton, viscose cotton, cindai dan opera. Mulanya aku tak berapa nak yakin, sebab aku bukan jenis pandai promote barang. Tangkap gambar pun tak elok. Syukur sebab kawan-kawan banyak membantu dan tolong support. Lagipun aku tak jual mahal. Ikut kemampuan. Cuma batik sutera tu tak dapatla aku jual murah, sebab memang aku dapat harga yang mahal dah pun. Alhamdulillah, permulaan yang baik. Ni yang buat aku bersemangat nak renew stok ni. Yang penting aku kena sabar, dan tak boleh untung cepat. Tak mengapa, di samping cari rezeki tambahan, niat aku juga nak bantu kawan untuk dapatkan kain dengan harga yang diorang mampu, cewahhhh.... tapi aku bertuah sebab dapat kawan-kawan yang supportive dan sporting, diorang siap tolong jadi model lagi hehehe....

okla, hari ni adalah hari yang baik, Thank You Allah....
alhamdulillah....

Monday, June 18, 2012

Doa...

Kawanku yang baru pulang dari menunaikan umrah, telah menghantar email padaku...

Satu doa memohon diberi kemudahan dalam apa saja urusan yang baru diajar oleh cikgu saya sebelum ke umrah & saya banyak amalkan (font merah sahaja) especially bila hendak tawaf & saie.
Alhamdulillah, kebanyakan urusan dipermudahkanNya. Yang penting, kita mesti istiqamah dan tawakkal, insya Allah, dipermudahkan.

Bacaan doa seperti berikut : "Rabbi yassir wala tu 'assir, rabbi tammim bil khoir", yang bermaksud, "Ya Tuhan, permudahkanlah urusanku, permudahkanlah jangan disulitkan".
Bacaan penuhnya ialah : "Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birokhmatikaya Arhamarrohimin."
 
 
p/s: mengikut kata cikgu saya, setakat yang dia selalu amalkan doa ni, Alhamdulillah tak pernah ada masalah nak cari parking bila ke pasar & etc. wallahualam.
 

jalan-jalan...





Sunday, June 17, 2012

Happy father's day Wan....

Last year was the first time I wished him happy father's day. I was talking to my mom on the phone, when I told her to say happy father's day to Wan that was listening to our conversation. And it was the first and the last time I wished him happy father's day.

Happy father's day dear Wan...
I may look strong and calm...
but they never know how much I miss you and I remember you all the time as you appears in every blink of my eyes....
They never know that everyday I see your pictures while I wish you were here where I can hear your voice and your giggling....
I love you dear father...
always....
al-fatihah...

Wednesday, June 13, 2012

Puasa selang seli...

kelmarin aku puasa ganti. Hari ni aku rehat.
Panas gila cuaca skang ni. Badan memang dehydrated, sangat keletihan sebab aku hanya sahur dengan segelas susu+milo+nestum. Cuaca kat luar sangatla panas. Aku keluar makan tadi bawa payung. Semalam masa berbuka memang capek sungguh, aku bedal air ribena sejuk 2 gelas besar. Lepas tu makan mi goreng. Kurang kick pulak mi goreng yang aku masak. Masak dalam keletihan, mi goreng pun macam mode puasa juga sebab ramuan sedikit, tapi mi banyak.

Nanti balik karang nak isi minyak kereta. Boleh tahan gak seminggu RM50/60. Dalam RM10 sehari. Jauh juga tempat kerja aku, 45 minit perjalanan, merentasi highway dan jalan biasa, dengan banyak traffic lights. Bila sampai ke rumah, dah 6.30++, tup-tup maghrib dah. Uhhhh life macam ni la yang dilalui oleh orang yang bekerja.

Takda apa nak update hari ni, kehabisan idea la pulak. Malam ni nak pegi ambik barang yang kawan aku supply dari Kelantan.

Tuesday, June 12, 2012

Ultra HD view of Venus transit on 5th of June 2012

venus transit

This video really takes my breath away....
see how the sun looks like...
how venus looks like...
perfect shape, flawless...
perfectly ordered...
is it us who rotate the planets on the axis and move in the orbit?
is it us who create the sun? such an increadible creation!
There is the Greatest Power that moves this planet...
the Greatest Power that creates all the planets...

He Who created the seven heavens in layers. You will not find any flaw in the creation of the All-Merciful. Look again - do you see any gaps? Then look again and again. Your sight will return to you dazzled and exhausted! (Surat al-Mulk: 3-4)

"We did not create heaven and Earth and everything between them to no purpose. That is the opinion of those who do not believe..." (Qur'an, 38:27)

[He is] The Originator of the heavens and Earth. When He decides on something, He just says to it, "Be!" and it is.
(Qur'an, 2:117)


Praise belongs to God Who created the heavens and the Earth and appointed darkness and light. Then those who do not believe make others equal to their Lord! (Qur'an, 6:1)


Subhanallah..

 go to Harun Yahya page

Monday, June 11, 2012

Ada apa dengan Mek?

Mek kalau dalam bahasa Kelantan adalah merujuk kepada seorang perempuan, tak kira muda atau tua. Mek boleh menggambarkan seorang gadis sunti, atau perempuan muda. Mek juga boleh jadi seorang perempuan tua, yang mana merujuk juga kepada nama ganti Mak.

Mek merupakan nama panggilanku sejak kecil. Nama manja yang dipanggil oleh Wan dan mak. Ketika aku kecil, aku agak malu bila nama Mek disebut kuat-kuat di khalayak awam. Macam bila mak aku panggil, Mekkk.... ooo mekkkkk, macam kat pasar hehee... tak kurang juga yang memerli aku, Mbekkk...oo Mbekkk.. jahat betul diorang hehehhee....

Kat sebelah rumah, makcik jiran dipanggil Mek oleh anak-anaknya, dan aku selalu diperli bila anak-anak makcik tu memanggil-manggil nama makcik tu.

Nama Mek juga dicemari dengan mutasi apabila menjadi Stomek atau Semek..cisssss, malas aku nak menyahut hahahaa!!!!

Family memanggil aku sebagai Mek. Semua saudara mara panggil Mek. Pendek kata, kat kampung, aku memang dikenali dengan nama Mek !!!

Oh...bila dah ada anak saudara, nama aku telah melalui evolusi apabila menjadi Sumek! Pun demikian, ahli keluarga yang lain tetap memanggil nama glemer aku tu. Hanya orang tertentu yang memanggil nama aku yang sebenar. Tapi sangat jarang. Nama Mek hanya valid untuk family dan di kampung sahaja. Kat tempat lain, not applicable heheheh.....

Aku menganggap Mek adalah satu nama yang unik. Pada mulanya aku malu, tapi lama-lama I feel comfortable, should I say proud? ehhehe, kadang-kadang janggal juga kihkihkihhh.,, terutamanya bila orang pandang bila namaku dipanggil.

Okla, aku nak keluar ke bank. Banyak urusan nak buat ni.

Sunday, June 10, 2012

My kitchen and my study table...


 Finally, our kitchen cabinet has been installed. Ada beberapa kecacatan yang dibuat oleh tukang yang lari tu. Kat tingkap tu nak kena pasang tirai lain sebab ada 'junction' merentasinya. Dapur ni agak besar, nanti bila dah letak meja makan sempit la sikit.


Ini adalah meja makan merangkap meja study aku. Sepahhh ehehehhe....

Monday again....

Kerongkongku gatal-gatal...
dah seminggu batuk-batuk. Mujur tak kronik. At first I didn't feel comfortable with my chest. I'm getting better now, alhamdulillah.

Aku masih dok berbincang dengan my buddy pasal projek kami tu. Hehee, macam besar je bunyinya. Dia akan jadi supplier aku nanti. Produk made in Kelantan, imported from Kelantan. Tunggu aje masanya. Cakap lebih-lebih tak guna takut tak jadi kenyataan.

Sebenarnya aku nak cerita pasal kawan baik aku ni. Kawan lama sejak zaman sekolah, sejak di tingkatan satu lagi. Kiranya dah 17 tahun la kami berkawan. Hehee pernah aku gaduh besar dengan dia. Sebabnya adalah main dam! Hhahaa bodoh betul gaduh sebab tu. Aku lawan dam dengan dia, tapi aku kalah. Aku tak tau ada teknik macam tu untuk makan buah dam tu, jadi aku bangkangla. Last-last gaduh tak bertegur sapa berminggu-minggu jugak. Aku yang asalnya dok kat sebelah dia dalam kelas, terus pindah dok belakang. Hehehhe sengal betul! Kawan-kawan semua tau, diorang cuba gak bagi kami baik kembali. Akhirnya setelah penat bermasam muka, aku bubuh kad mintak maaf dalam beg sekolah dia. Hehehhe berdamai akhirnya, memang salah aku sebab aku tak tau teknik yang dia guna tu, jadi aku ingat dia tipu. Otak kanak-kanak lagi masa tu, umur 14 hehehe...

Tapi she remains as my buddy until now. Aku perasan satu benda, kawan-kawan yang penah gaduh dengan aku, gaduh gila-gila punya, last-last akan jadi kawan baik aku ehheheh. Aku juga ada team-mate yang aku pernah bergaduh gila-gila, aku marah betul kat dia sampaikan muka  aku merah padam macam cili. Dia pun sama, tuduh macam-macam kat aku. Aku pun serupa hehehe, last-last skang ni baik aje, siap call aku lagi bila ada apa-apa masalah bab-bab studies.

Masa matrik pun sama, aku gaduh dengan kawan aku. Dia tu susah betul nak bangun tidur. Pagi tu ada lab Fizik, kena jalan jauh. Aku kejut tak bangun-bangun jadi aku tinggal la. Takkan aku nak tunggu. Last-last gaduh hahhhaa, dia marah aku tinggal dia. Tak pernah lagi aku jumpa orang tido mati sampai tahap tu.Tapi kami jadi kawan baik lepas tu.

Aku jarang nak marah orang, tapi bila aku marah sangat, memang muka berubah kaler macam cili api merah la. Aku tak payah kata apa tapi tengok muka macam tu tau la aku marah. Tapi dah lama aku tak marah macam tu hehehe, semuanya sebab salah faham. Biasanya ada le sebab aku jadi marah gile tu, aku ada alasan aku sendiri. Mestilah aku pertahankan diri aku hehehe.. kalau salah aku sorang, takde la aku jadi sampai macam tu.

Ohh....tak semestinya nak kena gaduh besar baru boleh jadi kawan baik. Tapi at least mesti ada juga selisih pendapat yang membuatkan hubungan persahabatan tergugat sedikit. Sekarang bila dah menginjak dewasa, malas dah nak pening-pening. Sebenarnya aku ni mudah dibawa berbincang, easy going person, mudah kira kata orang Kedah. Buat tak kena kat aku, aku marah le hehehe... (skang ni aku dok berbalas mesej dengan bekas seteru aku dulu heeee)

Okla, sebenarnya aku dok tunggu maklumbalas dari supervisor aku ni. Baru email dia. Aku belum repair report.

Friday, June 8, 2012

Terharu...

Sejak beberapa hari ni, angin ribut kerap melanda di beberapa negeri di utara, termasuklah Kedah, Perlis. Ada rumah yang tercabut bumbung dan dimasuki air lumpur, terutamanya di sebelah pantai. Kata kawanku, rumah ibunya di Kuala Perlis dimasuki air lumpur semalam. Kat Kuala Muda pun air naik. Sekarang pun cuaca menakutkan, dengan keadaan gelap dan suram di luar. Macam nak turun hujan ribut aje nampaknya. Semoga selamat semuanya tanpa malapetaka.

Minggu ini aku rilek sikit rasa, nak rehat sehari dua sebelum jumpa supervisor pada weekend ni untuk repair report.

Semalam ketika solat, aku berdoa agar aku dapat mimpikan Wan, sebab aku rindu gila pada Wan, dan dah lama aku tak mimpikannya. Alhamdulillah, Allah listened to my prayers. Dan semalam memang aku mimpikan Wan. Aku mimpi aku pulang ke rumah. Ketika itu mak dan Wan sedang duduk menunggu di depan rumah. Aku terus menerpa Wan dan memeluknya. Sangat gembira sekali. Biasanya kalau aku mimpi balik rumah, dah tak ada sesiapapun, rumah sunyi, usang. Tapi semalam Wan ada!

Bila terjaga dari tidur dan mandi. Aku cuba ingat balik mimpi semalam. Sebak rasanya. Bergenang air mataku. Terus aku menghantar sms kepada kakak. Aku sebak kerana aku mimpikan Wan. Dan yang paling membuatkan aku sebak, adalah kerana aku dapat merasakan Allah sentiasa mendengar rintihan hamba-Nya. Aku dapat rasakan Allah sangat dekat dan sentiasa mendengar segala isi hati dan perasaan aku. Terima kasih Allah, I love You.

Aku akan cuba sedaya upaya untuk sentiasa mendoakan Wan dan mak tanpa jemu, insyaAllah...

Thursday, June 7, 2012

Murtabak raja



Korang pernah dengar nama murtabak raja? murtabak gergasi ni setahu aku hanya ada di Kelantan. Kakak ipar selalu bekalkan aku dengan murtabak raja. Harganya RM12 sekeping. Ohh... lupa pula nak tangkap gambar murtabak. nanti aku update lain. Kalau nak beli, kena telefon order dahulu. Kalau main terjah aje takut tak ada sebab dia buat atas request, kadang-kadang dia buat lebih.

Wednesday, June 6, 2012

Alhamdulillah...all praises to Allah...

Alhamdulillah...
dah selamat melalui master project defence pagi tadi. Syukran, tak percaya dah habis.
Legaaaaaa....
akhirnya tamat sudah pengajian aku selama 2 tahun setengah. Sejak Izzati kecik baru berjalan, sampaila dia besar. Masih kuingat abahnya membawanya bersama sewaktu menghantar dan menjemput aku pulang dari kelas. Abanya juga yang mengasuh ketika sehari suntuk aku ke kuliah. Terima kasih habibi dan anak-anak. Terima kasih Wan yang sentiasa mendoakan aku dan bangun solat hajat pukul 3 pagi, agar aku lulus exam. Walaupun Wan dah uzur, tapi tidak pernah jemu berdoa untuk kami.Wan memang rajin bangun solat hajat untuk anak-anak pada awal pagi ketika menjelang peperiksaan. Terima kasih mak yang menjadi pendengar setiaku.
Fuhhh legaa... tinggal nak repair report dan hantar kedai buat hardcover aje.
Thank you Allah, I love U...

Monday, June 4, 2012

Nostalgia 2.....

Hari ni 5 Jun 2012, aku terkenang kenangan 5 Jun 2011 ini dan ini. Gambar itu diambil pada 5 Jun 2011.
Aku sangat sedih hari ni sebab terkenangkan Wan dalam gambar tersebut. Dah lama aku keraskan hati, pagi tadi saja nak feeling lebih, mengalir air mata aku... rindu sungguh rasanya. Al-Fatihah...

kalau dulu, ketika dalam perjalanan pulang ke kampung, aku berasa sangat-sangat gembira untuk bertemu Wan dan mak...
bila nak kembali ke sini aku berasa sedih dan penuh harapan, agar dapat ketemu di lain kali bila aku pulang...

tapi sekarang,
ketika dalam perjalanan balik ke kampung, aku berasa sedih...
ketika nak kembali lagi-lagi la sedih....

:'''''(

Sunday, June 3, 2012

Nostalgia...

Hari ni 4 Jun, aku terkenang kenangan ini . Itu merupakan kali terakhir aku membawa Wan ke pasar Wakaf Bharu.

Friday, June 1, 2012

Buah nanas....

Pagi tadi aku bertolak dari Bukit Kayu Hitam pada pukul 7.30 pagi. Ingatkan nak bertolak lebih awal, tapi kami tido puas-puas dulu, bagi badan segar. Banyak kali singgah kat stesen minyak, beli minuman, mandikan budak-budak. Tu yang jadi lambat. Dalam kereta biasala, budak-budak kejap ok, kejap bergaduh, lepas tu baik balik. Pagi tadi mak ke Kedai Lalat dengan kakak aku. Tak sempat nak pegi kedai Lalat. Ruginya! Aku pesan ikan kering kat mak.

Dalam pukul 2 lebih, masuk Jeli. Habibi dah mula mengantuk. Kami berhenti tepi jalan kat stesen minyak tidur sekejap. Lepas bangun tu aku ambk turn drive dan bagi habibi sambung tidur. Aku drive kejap aje, lepas habibi dah mula segar, dia drive balik. Masa nak masuk Tanah Merah, kami melalui satu kawasan di mana kiri kanan banyak gerai buah nanas. Banyak gila buah nanas yang tersusun di atas rak kayu. Aku sangat excited dan meminta habibi berhenti salah sebuah gerai. Tak sabar aku nak bawa pulang buah nanas sebagai buah tangan.  Aku terus keluar dan membeli 3 biji nanas yang sedia dilonggokkan yang berharga RM10 selonggok. Aku main pilih aje yang mana nampak oren dan bau manis. Lepas tu aku masukkan dalam bonet kereta. Kemudian terus aku masuk duduk kat seat depan.

 Tiba-tiba baru aku terfikir....

"Siapa nak makan banyak-banyak ni...." aku bercakap sendirian walaupun habibi kat sebelah...
'Tokwe aje yang suka makan nanas.." dengan perlahan aku  jawab soalanku sendiri....
huhuuuuuu..... aku lupa yang Wan dah tak ada.... aku belikan nanas untuknya.... Wan suka makan nanas.... huhuuuu...