Friday, August 22, 2014

Widad Asfurah

Kisah As-Syahidah Widad Asfurah Ad-Deif, isteri kepada Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif.

3 tahun setengah yang lepas, telah dikhabarkan kepada seorang gadis yang bernama Widad Asfurah bahawa Ketua Komander Briged Izuddin Al-Qassam, Muhammad Ad Deif ingin menikahinya. Walaupun dia yakin persetujuan untuk menikahi Muhammad Deif akan membuatkan dirinya menjadi buruan tentera Zionis, dia tidak kisah dengan pengakhiran hidupnya yang mulia itu.

Sejak detik itulah, bermula hidup Widad Asfurah dengan membawa gelaran suaminya, "Ad-Deif". Mereka telah dikurniakan seorang anak yang mereka inginkan.

Pada petang hari Selasa 19 Ogos yang lalu, bertemulah Widad dengan janji yang dinanti-nantikan olehnya ketika dia sedang berehat di rumah, Israel telah melancarkan serangan yang meragut nyawanya dengan ditemani anak kecilnya, Ali yang baru berumur 7 bulan.

Pada petang Rabu hari berikutnya, ribuan penduduk di wilayah Jabaliyah mengiringi mayat dua orang yang syahid itu, Widad dan Ali dalam keadaan yang marah selepas jenazah mereka disembahyangkan di Masjid Khulafa' Ar-Rasyidin. Jenazah mereka dibaluti dengan bendera hijau yang biasa dikibarkan oleh para pejuang sambil tembakan dilepaskan ke udara.

Kejadian sebenar yang berlaku pada petang Selasa itu adalah sebuah pesawat perang Israel telah meletupkan rumah keluarga Ad-Dalu yang menyebabkan kematian orang awam, antaranya termasuklah dua jenazah yang bertuah itu tadi.

Israel telah mengeluarkan kenyataan melalui medianya dengan mengaku bahawa serangan itu adalah cubaan untuk membunuh Ketua Komander Al-Qassam, Muhammad Ad-Deif, tetapi serangan mereka tidak mengenai sasaran yang sepatutnya.

Sebagai jawapan kepada cubaan membunuh Muhammad Deif ini, jurucakap rasmi Briged Al-Qassam telah menyampaikan ucapannya dan memberi amaran kepada penduduk Israel yang berada dalam lingkungan capaian roket Israel agar jangan kembali ke rumah mereka selagi tiada arahan daripada Muhammad Deif.

Widad Asfurah lahir pada 4 November 1986 di wilayah Jabaliya. Beliau sebelum ini merupakan isteri kepada Komander Briged Al-Qassam, Bilal Abu Qasi'ah yang telah terbunuh pada Mei 2006. Ketika itu beliau berumur 25 tahun.

Selepas itu, Muhammad Deif telah mengahwininya pada tahun 2011 di tengah-tengah kawalan keselamatan yang ketat. Widad jarang kelihatan di tempat awam kerana kawalan keselamatan daripada ancaman yang berada di sekelilingnya.

Muhammad Deif telah menjadi orang nombor satu yang paling dikehendaki oleh Israel sejak dua dekad (20 tahun) yang lalu, tetapi mereka tidak pernah berjaya untuk membunuhnya. Dia dituduh oleh Israel sebagai dalang kepada operasi-operasi terawal Briged Al-Qassam pada awal penubuhannya.

Sejak perkahwinan mereka, Widad dan Muhammad Deif telah dikurniakan dua orang anak perempuan selain dari Ali yang telah syahid bersama-sama Widad.

Muhammad Deif telah dilahirkan pada tahun 1965 di Khan Younis. Beliau telah memulakan aktiviti ketenteraanya sejak bermula Intifadhah yang pertama dengan menyertai HAMAS pada tahun 1989. Beliau merupakan orang yang paling menonjol dalam medan ketika itu. Beliau telah tertangkap oleh tentera Israel dan dipenjarakan tanpa bicara selama setahun setengah.

Selepas itu, Muhammad Deif telah dibuang negeri dari Tebing Barat ke Semenanjung Gaza bersama dengan beberapa pimpinan Al-Qassam yang lain. Ketika itulah beliau mengasaskan Briged Al-Qassa, sayap ketenteraan bagi gerakan Islam HAMAS.

Israel telah mendakwa Muhammad Deif sebagai ketua operasi bagi peperangan menghadapi serangan darat dan udara Israel pada yang bermula sejak 7 Julai yang lepas.

Terjemahan oleh Aman Palestin.

Monday, August 18, 2014

ok!






Selama ni aku tak berapa nampak jalan sangat untuk sambung PhD. Mendatar je perancangan ni, well aku ikut arus aje. Nak buat PhD takda duit, takda idea dan aku rasa kepala otak kosong.
Tapii..
bila aku jumpa bos aku, Prof. R, terus aku macam ada momentum baru.
Rasa macam susah tapi Prof yakinkan aku yang aku boleh buat asalkan usaha dengan gigih, work at least 3 hours everyday at night. InsyaAllah I can finish my PhD in 3 years...itu dia yang kata la heheh...
Siap suruh aku register bulan 9 ni dan masuk kelas dia, siap nak supervise aku lagi dan bagi konsultan.
Aku rasa macam orang mengantuk disorongkan bantal. Bila dah ada PhD dia kata dia boleh tarik aku duduk kat school ni.
Dia suruh aku jumpa orang dia, siap call kata aku nak jumpa dan suruh bagi tajuk kat aku erkkk....
Serta merta macam dapat kuasa kuda aku rasa hahahha....
tapi aku macam 40/50 lagi sekarang ni.
Jalan dah ada depan mata nih ermmm....
Prof aku ni bab akademik dia memang suka, dia galakkan semua staff dia sambung.
Aku dah tanya habibi, dia kata go ahead sebab Allah dah mudahkan jalan ni. Sebelum ni aku tak tau siapa nak tuju.
Dalam masa yang sama, aku tengah tunggu keputusan interview.
Baru lepas interview last week.
Aku tak pasti la interview tu aku boleh lepas ke tak, sebab selepas interview tu mata aku berkaca-kaca nak nangis huhuuuu..... rasa macam susah dan macam kena reject je gayanya.
Aku nak confirm kan, kalau tak berjaya, semoga Allah permudahkan jalan untuk aku sambung PhD pulak...
adoihh...
I'm kind of shock because suddenly I found a way out of my static career.
Bolehkah aku melakukannya?????
Nak pakai topi bulat tapi aku kena berkorban masa dan tenaga.
Tapi aku belum buat keputusan lagi ni....
Prof siap tolong sketch masa depan aku lagi kalau aku jadi lecturer hehhe...
okla...
catch ya later....

Tuesday, August 12, 2014

Hai anda semua

assalamualaikummm....
banyak benda berlaku and my work and my emotion were turning upside down for sometimes...
aku baru berpindah ke school setelah setahun bersama geng komputer.
Aku rasa sedikit janggal pada hari-hari pertama sebab sekeliling aku semuanya orang lain yang aku belum kenal.
Kali ni aku banyak nak kena deal directly dengan lecturers. Bos aku pulak professor. Aku tiba-tiba menjadi skema yang mana sebelumnya aku selalu bising hahaha...
Hari pertama kat sini aku jadi tak lalu makan huahuahuaaa.....
Pukul 10 nanti diorang suruh aku masuk meeting dengan semua lecturer professor doktor etc. Hah semakin skema dan pendiam la aku jadinya kahkah..
Actually I miss my friends from the previous office...sob..sob...
Dan esok juga merupakan hari penting buat aku, melibatkan masa depan aku. Semoga Allah makbulkan doa aku. Korang doakan yang terbaik untuk aku ye!
Gambar raya pun tak sempat nak share dengan korang,




Have a good day!

Wednesday, August 6, 2014

Monday, August 4, 2014

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum!!
Selamat Hari Raya ke 7 hehhehe...
baru balik dari kampung..
raya dah tamat, cuma sekarang ni akan datang banyak open house di sana sini...
Dan semalam jugak hari jadi Mek Iti yang ke enam, happy birthday darling!
Tak sempat nak beli kek dan hadiah, jadi kami nyanyi kat dia dalam kereta ketika balik ke Kedah, tersengih-sengih dia. Bila lagi nak dengar abah nyanyi lagu birthday bahasa jerman, rugi tak rekod hahaha...
Aku suruh dia fikirkan hadiah apa dia nak, sampai pagi tadi dia belum habis fikir lagi hihii...
balik dari beraya ni, selalunya berleluasanya penyakit tak ada duit kihkihkih...
aku tak beraya sakan sangat, takdela melaram sangat.
Tapi tup-tup duit mengalir terus. Bila berjalan jauh ni, memang banyak habih duit tengah jalan.
Petang nanti nak ambik Hachiko dan Mamameow kat 'tadika' ehhehe.
Okaylah selamat hari raya dan maaf zahir batin andai terkasar dalam blog sunyi ni hehee...

" Nak kekkkkkkkkk!!!!"