Monday, November 28, 2011

Macam-macam.....

Aku sebenarnya berkenan dengan dengan baju kurung siap cotton kat sebuah kedai. RM100 dapat dua. Oh ya, ni bukan kehendak tau, tapi keperluan. Aku plan beli silk kat China tapi tak jumpa kedai. Jadi aku tak dapek la nak buat baju baru.

Masa aku dan kawan-kawan aku tengah makan bihun sup kat gerai sebentar tadi, aku dah plan nak draw duit kat ATM berdekatan untuk beli baju tu. Tapi selepas makan kenyang dan minum segelas air cincau, sambil fikir masak-masak, aku mengenselkan hajat nak perabih duit RM100 seperti dirancang. Heee rasa sayang pulak kat duit. Sebenarnya baju aku semuanya dah buruk dan lusuh. Kalau nak ke kenduri tu aku jadi mati kutu tak ada baju! Aku heran dengan orang yang pakai baju mahal-mahal tu, diorang tak sayang duit ke? hehehe soalan daripada seorang yang kedekut.

Tengok le camna, hujung bulan ni ke.

Oh ya, aku tak jadi ke Pulau Langkawi weekend ni sebab mak aku kurang sihat. Aku takut dia jatuh sakit kat Langkawi pulak nanti. Sebab di musim cuti sekolah ni, orang memang ramai gila la kat jeti tu. Mak aku bukan boleh berada kat tempat yang sesak, nanti dia jadi lemas. Jadi aku telah mengenselkan tempahan hotel. Kakak dan abang aku akan teruskan rancangan mereka. Cuma mak aku je akan duduk kat rumah aku. Ok juga, bagi mak aku rehat sebelum diorang bertolak ke Kelantan hari Isnin ni.

Sambil cancel hotel, aku dan hubby dok surf hotel-hotel yang ada kat Langkawi. Aku rasa hotel kat Tg Rhu tu paling mahal kot, paling murah seribu lebih satu malam. Teluk Datai pun aku rasa mahal jugak. Orang ada-ada je yang mampu. Mat Salleh yang kaya-raya macam muka George W. Bush je yang dok kat situ. Aku teringin nak merasa hotel yang ekslusif dengan breakfast dan dinner sekali. Bilik nak yang besar dan lawa. Cisss kedekut tapi nak yang murah, mana nak dapat bilik macam tu wakakaa....... tapi dah lama mengidam nak duduk bilik eksklusif ni. Nantila kalau ada rezeki kalau aku kaya ( kalau aku kaya muehehhee!).

Petang ni lepas balik kerja aku akan terus airport Penang sebab mak bapa mertua pulang dari Mekah malam ni. Weekend ni hubby akan pulang ke kampung dan aku tinggal bersama anak-anak dan mak aku. Parents in law dua-duanya kurang sihat, jadi baik hubby balik kampung. Kalau hubby dok kat rumah, nampak macam queen control pulak hehehe, biarla dia balik.

Oklah, aku nak buat koreja.


Layannnn.....






upload sikit-sikit....

147 days....

4 Julai-28 nov...

sampai bila aku akan terus mengira?
Aku pun tak tahu.....

semalam aku mimpi Wan, dah lama aku tak mimpi yang mana aku ingat betul-betul..
semalam aku mimpi Wan peluk aku...
I miss you Wan...

al-fatihah....
musim tengkujuh yang berlainan rasanya, tanpa Wan....

The Amazing Race 5

Hari Khamis adalah hari terakhir kami di negara China. Flight kami adalah pada pukul 9.40 malam ke Kuala Lumpur. Kami sepatutnya check out daripada Muslim Hotel pada pukul 2 petang, tapi kami minta keluar lewat iaitu sebelum pukul 6 petang. Kena bayar extra RM50.

Sardin dan maggie...heheheh

Pada pagi tu, kami breakfast dengan roti yang dibeli di sebelah Yi Rong Restaurant. Balik makan kat hotel, cicah sardin macam dalam cerita Bujang Lapok la pulak. Nak makan kat Yi Rong restaurant tapi awal pagi belum buka lagi. Selepas makan dan kemas-kemas beg, kami keluar.

Niat di hati nak cari kain sutera tapi kami tak jumpa kedainya. Kedai kain yang kami tuju tu bukannya kain sutera, tapi kain biasa-biasa macam kain langsir je. Lepas tu kami kembali ke Hua Qiang Road, lagi bagus!

Tunggu hubby tukar duit kat bank.....

Dataran Hua Qiang Road...

Kat situ kami jumpa kedai Polo Villae. Kami rembat beberapa buah purse untuk buah tangan kepada adik-beradik. Aku rasa macam Polo original sebab kedai dia macam elok je. Selepas tu kami just round-round pusing kedai elektronik lepas tu turun balik. Masa nak melintas jalan, kami disapa oleh sepasang suami isteri warga Singapore yang sungguh ramah. Katanya, kat area belakang kedai tu berbahaya sedikit, jadi kena berhati-hati. Aku ingatkan segalanya selamat di sini. Pasangan Cina tersebut mengingatkan kami agar waspada dengan mamat yang suka approach jual barang seperti mana yang telah terjadi kepada kami, yang mengekori kami untuk menjual komputer Mac kelmarin. Katanya, orang China boleh recognize yang dia adalah orang luar, lalu dikenakan harga yang mahal. Kataku, kan muka macam sama je, namun katanya, peniaga boleh cam rupa mereka. Aku mengusiknya dengan mengatakan yang orang Singapore orang kaya, sebab tu kena charge mahal ehhehe, katanya dia orang biasa-biasa saja.

Mereka suami isteri sungguh baik hati kerana memberikan kami panduan tentang tempat tersebut. Mereka selalu datang ke Shenzen, tidak hairanlah mereka kenal selok-belok tempat tersebut. Apabila ditanya di mana kedai sutera, katanya ianya terletak jauh dari tempat kami berada. Mereka mencadangkan kami membeli barangan kanak-kanak di hujung jalan, bersebelahan dengan kedai MacDonalds. Lalu kami pun membawa haluan masing-masing, what a nice couple!

Di kedai barangan kanak-kanak tu, kami dapati ada pelbagai jenis pakaian kanak-kanak. Kebanyakannya adalah pakaian sempena musim sejuk yang bakal tiba. Kami ke booth pakaian jenama Disney. Disney ori la ni. Topi Disney yang sama kualiti dengan topi HK Disneyland cuma berharga RM25 sahaja, berbanding RM50-70 sebuah di HK Disneyland. Lalu kami rembat 3 buah topi kanak-kanak. Topi Izzati sangat cantik, heheh aku berkenan!

Kami beli dua pasang baju tidur kanak-kanak untuk setiap seorang. Cantik!!!Design nya tak sama macam design yang kita biasa tengok. Baju yang lain kebanyakannya tebal-tebal tak sesuai dipakai di Perghelih ni. Kat situ juga ada banyak kedai mainan, terutamanya di tingkat atas. Tapi kami dapati harganya tak jauh beza dengan di Malaysia, macam susah sikit nak minta kurang. Kadang-kadang betul juga kata pasangan Singapore tadi, katanya barangan di Malaysia juga murah, sebab tu dia selalu shopping di Johor Bharu. Kat China ni kalau kena cara baru la dapat murah.

Kami juga beli gelang jed di kedai jed berdekatan. Kedai jed tu terletak dalam kawasan menjual aksesori seperti gelang, rantai, cekak rambut dan sebagainya. Sebenarnya aku tak dapat nak bagitau kawasan mana sebab masa tu kami main redah je, tapi dekat kawasan Hua Qiang Road tu jugak la, berdekatan MacDonalds tu. Kedai jed tu macam ekslusif sikit la, tak macam kedai di kaki lima. Ada pelbagai jenis jed, berharga dari puluhan ringgit hinggalah kepada ratusan ribu ringgit. Aku beli dua untuk mak dan mak mertua, harga RM70 seutas. Ada dua jenis jed, kalau kita nak bagi kat emak, lain warnanya, kalau kat bapa, lain pula jenisnya iaitu warna gelap sedikit. Pekerja kat kedai jed tu sangat ramah, diorang dok geram kat Izzati sebab katanya muka macam Cina.

Selepas membeli beberapa barangan, maka kami pun terus mendapatkan teksi untuk pulang ke hotel sebab kami nak makan buat kali terakhir kat Yi Rong Restaurant. Sampai di hotel, kami terus jalan kaki ke bangunan sebelah dan memesan beberapa hidangan.

At Yi Rong Restaurant...

Masakan cendawan dan daging...

Bergambar kenangan dengan anak tokey berbaju putih, pekerjanya berbaju hijau, maknya yang bertudung celoreng.

Huhuuu rasa sedih pulak nak meninggalkan Shenzen ni terutamanya anak tokey restaurant yang comel dan baik hati. Sebelum pulang, kami sempat bergambar buat kenang-kenangan. Faiz dan si adik bersalam dengan anak tokey. Dia pun macam sedih nak peluk Izzati je hehehe. Aku rasa umurnya dalam 18, 19 tahun kot sebab nampak muka budak lagi. Makanan kami tadi banyak yang tak habis, jadi kami minta tapau untuk di makan di airport ( tapi tak termakan pun)

Selepas we said goodbye, kami pun balik ke hotel dan mengemas-ngemas kerana masa tu dah pukul 4.30 petang. Balik bilik mandi manda dan packing mana yang patut. Dekat pukul 6 petang kami turun tahan teksi kat bawah. Masa tu hujan renyai-renyai dan kereta banyak di atas jalan. kami berjaya mendapatkan sebuah teksi dan menunjukkan gambar kapalterbang kat peta, dan dia paham kami nak ke airport.

Ketika dalam kereta, kami dapati jalan agak jem kerana orang tengah pulang dari kerja. Driver teksi mencadangkan agar kami menaiki metro sahaja kerana dia takut tak sempat naik flight. Walaupun dia bercakap bahasa Cina, kami dapat mengagak apa yang dimaksudkan. Driver teksi menghantar kami ke stesen metro Hua Qiang Road.

Dengan kanak-kanak yang tertidur dalam teksi, serta beg besar bergalas di belakang beserta dua beg kecil di tangan, aduhhhh terasa sungguh mencabar kerana terpaksa keluar dari teksi dalam keadaan hujan renyai serta berasak-asak dengan orang ramai yang menaiki metro. Dahla Hua Qiang Road tu tempat tumpuan orang orang ramai. Tapi kami berterima kasih kepada driver teksi yang mencadangkan kami naik metro, kerana dengan jalan yang jem, belum pasti kami akan tiba di airport dalam waktunya. Selepas bersesak-sesak, maka kami pun dapat naik train, menuju ke stesen yang paling last iaitu Shenzen International Airport.

Hati terasa sayu ketika menaiki train menuju ke airport. Ntah bila lagi nak jumpa anak tokey yang comel tu. Orang China pada pendapat aku, orangnya baik-baik dan peramah. Tidak seperti Cina di Malaysia, mereka dalam kelompok mereka sendiri dan ada gap antara mereka dengan kita. Di China, mereka lebih friendly.

Akhirnya kami sampai di airport kira-kira sejam kemudian. Kalau le kami terus menaiki teksi, tentunya kami akan terlewat berdasarkan keadaan jalan yang masih sesak di waktu itu.

Di airport, kami membeli beberapa ekor anak beruang panda yang jauh lebih murah berbanding harga di HK. Pada mulanya kami tak jumpa cari International Terminal. Ianya terletak di sebelah kanan (kalau kita menghadap airport) . Di sebelah kiri adalah untuk penerbangan domestik.

Flight kami yang sepatutnya berlepas pada pulul 9.40 malam telah terlewat selama setengah jam lebih. Dekat pukul 10.30 malam, kami meninggalkan bumi China dengan perasaan yang sayu sekali. Macam mimpi je rasanya kami di China. Sebelum ni tak terbayang akan menjejakkan kami ke negara China. Such a wonderful people, nice place! Aku pasti akan menjejakkan kami ke China lagi, insyaAllah, aku akan cari budak comel tu lagi hehehhehe.....

bye HK, bye Shenzen...bye China, Bye Yi Rong Restaurant.....I'm gonna miss you...

lepas ni nak ke mana pulak? kat Guangzhou baru ada silk, Korea pun best juga, aku ada mak angkat kat Hiroshima...hmmmmm.......

Sunday, November 27, 2011

Apa yang dibuat dalam 3 hari?

Hari pertama aku selsema dan tak sedap badan, jadi aku tidooo je memanjang. Hari kedua kami kemas rumah yang macam tongkang pecah ni. Tongkang pun tak pecah macam ni. Stress aku tengok. Sebenarnya kami kemaskan bilik stor kat belakang. 80% barang-barang dalam rumah ni adalah sampah!! Walaupun banyak barang dah buang, tapi masih semak. Petang kelmarin beli tikar 2 keping dan scooter budak-budak. Tikar tu sebab nak cover tikar getah rumah aku yang koyak rabak.
Hari ni hari ketiga, hubby dok tebas rumput kat luar. Rasanya boleh jenjalan hari ni. Masih terasa gian nak berjalan. Sebelum jenjalan kena lipat kain, buang segala habuk. Kat sini senang nak berhabuk.

Thursday, November 24, 2011

Cuti 3 hari yeyeyee!!!!

Ahad ni adalah hari awal Muharram. Jadi hari Isnin ni cuti yahuu!!!!
Hari Isnin mak ayah mertua balik dari Mekah. Mungkin kami balik kampung pagi Isnin tu kot sebab aku nak kemas-kemas rumah dulu sebab weekend depan mak aku nak datangggg!!!! :-)
Mak aku tak pernah datang ke rumah aku kat Perlis. Ingatkan nak bawa masuk rumah baru tapi rumah baru masih belum boleh masuk. Last weekend kami pegi tengok rumah. Rumahnya dah siap dibasuh dan dikunci. Maknanya dah tak lama lagi la tu.

Kami dah booking hotel Grand Continental kat Pulau Langkawi. Kakak aku dan abang aku bersama keluarga masing-masing akan datang bercuti. Aku sebagai duta di wilayah utara akan menjadi tourist guide kat sana nanti. Biasanya kami akan dapatkan kereta daripada ejen bernama Kak Ros. Kak Ros ni bukan ejen kereta sewa berdaftar. Kami pernah dapatkan kereta daripada kaunter kat jeti tapi kereta yang diberikannya rosak. Ini merugikan masa kami. Dengan kak Ros ok je setakat ni. Dah dua kali berurusan dengan Kak Ros, so far kereta tak rosak. Kalau korang ke sana, baik mintak kereta yang mahal dan baru sikit macam honda ke, nissan sentra ke, hyundai ke..instead of kancil, wira, etc. sebab kereta lama berpotensi untuk rosak dan merosakkan masa percutian anda di sana.

Hubby aku orang Kedah jadi diorang tak bagi harga mahal sangat. Kali ni ke Langkawi secara santai je, bukan nak marathon atau macam the Amazing Race pun. Jalan rilek-rilek je supaya mak aku tak letih. Lagipun kami dah beberapa kali ke sana dan dah tau selok belok pulau tu. Setakat ni kami belum pernah naik kereta kabel je sebab tak berani. Aku bawa budak-budak kecik jadi tak sesuai nak naik sampai ke puncak gunung tu. Lagipun mahal tiket dia, RM20++ kalau tak silap aku.

Hari ni aku kena selesema pulak. Rasa yang tak best.....

Wednesday, November 23, 2011

The Amazing Race 4

Aku kena cepat-cepat tulis pasal perjalanan aku ke HK sebab takut lupa pulak nanti. Maaf sebab ada part yang aku tak cerita secara detail. Ada yang aku lupa. Kami ada buat jadual pasal perjalanan kami tu. Aku tak refer kat jadual tu jadi aku lupa. Nanti ada masa aku attach.

Pada hari Rabu kami kembali ke Shenzen pada tengahari. Tapi pada pagi tu ketika budak-budak masih tidur, encik hubby keluar seorang untuk beli breakfast kat Chungking Mansion di samping mengambil gambar di sekitar kawasan Tsim Sha Tsui. Aku kat bilik mengemas beg sebab nak balik Shenzen dah.



Masjid Kowloon

Suratkhabar free!!

Bila hubby balik, kami makan-makan dan mandikan budak-budak ni. Makan nasi putih berlaukkan ayam goreng dan masakan daging kambing. Memang masakan bau rempah kuat semuanya. Aku pulak asyik lapar je. Kerja nak makannn je. Dah la makanan mahal. Oh ya lupa nak cerita, suhu kat HK dan Shenzen tak sejuk mana pun. Biasa je. Dalam 24 darjah celcius je jadi kami pakai baju biasa.

Selepas kemas-kemas barang, kami turun ke kedai cenderamata kat bawah tanpa membawa beg sebab nanti nak naik balik. Mujur kat bawah tu je. Kami beli beberapa baju T-shirt yang ada tulisan HK, RM50 untuk 3 helai. Kami amikla beberapa helai. Keychain besi aku beli 10 dapat RM50. Keychain penyepit kuku aku beli 10 untuk RM25. Mahal le aku kira cukup-cukup untuk adik beradik je. Aku juga beli cap HK RM50 untuk 3. Cina tu punyala cerdik, dia main ambik je mainan yang anak aku hulurkan tanpa sempat kami tengok. Izzati ambik beruang panda kecik gile harga RM30-RM40. Aku perasan bila kat airport. So bila korang nak shopping, cuba check betul-betul barang dalam plastik tu sebab kadang-kadang budak-budak ni main ambik je dan bagi kat cashier tu sebab dia yang mintak, jadi hati-hati!! Kalau kat China, beruang panda yang 5 kali lebih besar harganya baru RM25 seperti yang aku beli kat airport Shenzen. Kat kedai souvenir tu habih dekat RM300 untuk souvenir yang kecik gile. Yang mahalnya cuma tulisan HK tu je, padahal semuanya barang China.

Selepas geleng-geleng kepala sebab habih duit,hehehe, kami naik ke bilik dan ambik beg lalu ke tingkat 13 untuk check out. Masa tu kami tengok seorang mat salleh tengah bergaduh dengan receptionist hostel. Bilik receptionist tu sempit gila macam stor je. Apa yang kami faham, mat salleh tu tak mau check out pagi tu, sedangkan kami memang kena check out pada pukul 11 pagi. Bergaduh terjerit-jerit. Kami dok tunggu giliran kat luar sambil dengar mat salleh tu ugut nak report polis. Receptionist tu kata report la kalau nak report. Fuhh... macam-macam la. Datang negara orang kena la ikut peraturan orang. Ni nak check out petang macam tempat lain mana boleh. Suka hati dia je! Lepas diorang bertekak, kami check out dan deposit akan dikembalikan dalam 30 hari (RM150) sebab hari tu pilih kad kredit untuk bayar deposit. Bayar cash pun boleh.

Kemudian kami pun turun ke bawah dan masuk ke stesen train metro bawah tanah melalui pintu D2 seperti ketika kami tiba dulu. Exit D2 tu kat area-area tu jugak. Kami terus ambil train dari Tsim Sha Tsui untuk ke Luo Hu. Stesen Luo Hu tu paling hujung sekali la. Bye bye HK, I love Disneyland! Tapi suanana crowded di HK tu buatkan aku rimas. Tips aku untuk korang adalah, jangan duduk lama-lama kat HK. Kalau setakat nak ke HK Disneyland, lepas balik tu takyah lepak lama-lama sebab nanti duit akan habis banyak untuk makan. Aku rasa makan kat HK beserta tiket train ada kot dekat RM1000 paling banyak, atau RM600 paling sikit selama 3 hari 2 malam kami kat situ.

Kami melalui kastam dan imigresen HK dan China sebelum kembali ke hotel yang sama di Shenzen. Selepas check in dan letak beg, mandi dan solat, kami turun makan di Yi Rong Restauran kat bangunan sebelah. Kosnya RMB130/RM75. Kali ni mahal sebab kami pesan banyak makanan sebabnya harga setiap hidangan jauh lebih murah berbanding HK. Lapar weh balik dari HK heheheh....

Kemudian kami ke Yahya Halal Supermarkat kat selang beberapa kedai untuk beli snek budak-budak. Banyak juga snek dari Malaysia yang dijual di situ. Kemudian kami ke bank di bangunan berhampiran untuk menukar duit sebelum terus ke hentian teksi dan mengambil teksi ke SEG Electronics yang terletak di Hua Qiang Road kira-kira 5 km dari hotel. Tambang RM 13 lebih kurang (campur ngan tips).

Hua Qiang Road memang SYURGA buat peminat gajet elektronik!!!! Cakapla nak apa, iPhone, tab, bapak tab, kamera, laptop, electronic components, memory card, segala macam chip yang dijual pakai kilo, tripod, remote control helicopters, cars, PSP Sony, aihh.... tak tersenarai aku! Aku dan hubby memang jadi gilaaaaa!!!!!!!! Hubby jadi gila (heheh) sebab dia tengok pelbagai jenis motor dan komponen elektronik yang sangat-sangat leee murah.

Apa yang kami beli?

iPhone 4 (x 2) + 2 battery RMB1020
Sony PSP x 2 RMB360
Kereta mainan x 2 RMB140
Tripod RMB170
Memory Card 8Gig+ casing USB RMB60
Casing Sambung Tab RMB45

kesemuanya berjumlah RM900 la lebih kurang.

Kami tak sempat beli external hard disk. Kami terlupa nak check casing tab tu. Casing tu termasuk keyboard. Rupanya keyboard tu guna USB port. Balik tak boleh guna la. Tapi kira murah la tu. Beli barang kat sini kira gamble la. Kadang-kadang ada yang rosak. Mujur barang kami beli setakat ni ok. Cuma charger iPhone tu je bila balik test tak masuk karan. Rupanya dawainya tercabot!

Oh ye, barang-barang iPhone dan Sony tu klon le sebab tu la murah. So far ok je iPhone aku nih. Buat pengetahuan korang, kat Hua Qiang Road tu terdapat deretan bangunan yang setiap satunya mengandungi ratusan kedai gajet elektronik. Aku beli iPhone tu kat bangunan Hua Qiang Electronic Centre. Memang kami tak sempat round habis sebab banyak sangat kedai di deretan bangunan yang aku rasa dekat 1 km. Pembekal komponen elektronik datang dapatkan bekalan mereka kat sini la. Hubby aku dok geram kat motor yang dijual. Kalau kat situ harganya dalam RM100, kalau kat Malaysia ada dalam RM200 katanya.

Semasa tengah round-round kedai, kami diekori oleh seorang mamat yang mahu menjual komputer Mac pada harga RM2000. Kami syak yang mamat ni ala-ala 'ulat' dan mungkin barang yang dijual merupakan barang curi. Kami menolak dengan baik tapi dia asyik ikut je tapi kami buat tak tau je. Seram jugak takut orang jahat. Tidak lama kemudian ketika turun ke tingkat bawah, kami dapati banyak kedai sedang ditutup dan polis peronda datang round. Bila kami keluar bangunan rupanya dah gelap, maghrib dah. Kalau nak ke Hua Qiang Road ni datang awal-awal sebab diorang beroperasi pada waktu siang je.

Masa tu ramai gila orang kat luar yang mahu pulang ke rumah masing-masing. Walaupun teksi banyak, semua pakat berebut mau naik. Mujur kami dapat satu teksi dan terus pulang ke hotel. Nasihat aku kat korang, simpan alamat hotel atau peta berkaitan, gambar kedai yang hendak dituju dengan jelas, serta gambar stesen train atau kapalterbang serta yang sewajarnya. Atau korang nak bawak replika train dan kapalterbang pun boleh hehehhe. Oleh kerana driver teksi ni sepatah pun tak tau cakap BI, maka penting untuk bawa petunjuk yang bersesuaian. Lagi bagus kalau kita mintak kawan-kawan Cina tolong tulis siap-siap kat Malaysia ni dalam tulisan Cina. Kalau kat sana, boleh mintak tolong receptionist yang paham BI. Mujur le aku tau sikit-sikit bahasa Cina seperti " Wo pu ming pai" (saya tak faham), "Ni yau chui na li?" (awak nak ke mana?), " ke yi/ pu ke yi" (boleh/tak boleh). Masa kat UKM aku belajar bahasa Mandarin tapi separuh jalan tak sempat nak pandai hahahaaa.....

Tapi walaupun kami susah nak berkomunikasi, tapi body language serta instinct membolehkan kami faham apa yang dimaksudkan oleh driver..sikit-sikit tu ia membantu la.

Pada malam tu kami balik belek gajet yang kami beli. Sukaaaaaa!!!!!


Dah 24 November!!!

Sekarang ni dah masuk musim tengkujuh. Banyak tempat telah dinaiki air. Kata mak, dia rasa sunyi bila duduk sorang kat rumah di waktu siang. Sebab bila hujan lebat, rumah jadi gelap dan suram. Kalau dulu ada Wan, masih ada teman untuk berbicara. Tapi sekarang dia tinggal seorang. Kelmarin mak aku duduk kat rumah abang aku, tak balik ke rumah sebab hujan lebat sangat. Baru hari ni dia balik rumah sebab hujan dah mula reda.

Aku pulak dah mula rasa ok sikit berbanding sebelum ni. Sebab kalau sebelum ni, bila teringat Wan, mula rasa perit je kerongkong aku ni. InsyaAllah aku akan bersabar dengan kehilangan Wan. Bab teringat tu memang tak payah kata apa la, memang setiap masa aku teringat.

Tadi aku terpandang parut kat tapak tangan kanan aku. Aku teringat peristiwa semasa aku berumur 5 tahun. Pada suatu hari aku sedang mandi di bawah kepala paip kat luar bilik air di tepi telaga. Aku mandi sambil tergedik-gedik berjoget-joget. Kat tepi tu pulak ada pisau di atas papan pemotong. Ayah atau mak aku basuh ikan atau ayam kat situ (untuk masak lauk kat kedai kopi). Tiba-tiba aku terjatuh ke sebelah kanan tempat pisau berada dan terkena pangkal ibu jari kanan aku yang kecik cinonet tu. Habis berdarah-darah. Yang aku ingat, Wan mengambil aku ke anjung rumah dan meriba aku.

"Allah.....anak akuuu!!!" kata Wan beberapa kali sambil mengesat darah yang mengalir. Nasib baik tak putus jari aku. Yang aku ingat, aku tak menangis pun. Hanya duduk terdiam di ribaan Wan. Terima kasih Wan kerana mengambil berat pasal aku. ya Allah kasihanilah ibubapa kami sebagai mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil..amin....

Semalam ketika hendak tidur, aku terbayang jari jemari Wan yang akan memegang dahiku ketika aku demam. Masih terasa tekstur tangannya yang kasar itu. Kasar kerana bekerja keras membesarkan kami.

Ya...memang ada rasa terkilan. Terkilan kerana kadang-kadang pernah menyakitkan hatinya. Selalu nak menang. Ada saja yang tidak kena dan tak puas hati terhadapnya. Bila sudah tiada, baru tahu hikmah disebalik nasihatnya selama ini. Hanya doa mampu kuhulurkan sebagai hadiah daripada seorang anak buat ayah yang sudah tiada.

hmmm......cuma aku jarang mimpi Wan yang aku boleh ingat jelas seperti sebelum ini. Aku ada bermimpi pasal Wan tapi tak dapat nak ingat balik.

Minggu depan mak, abang dan kakak sekeluarga nak datang perlis yahuu!!!!
Aku jadi tourist guide akan bawa diorang jalan-jalan kat Langkawi. Juga terkilan sedikit sebab tak tercapai hasrat Wan untuk ke Pulau Langkawi seperti yang pernah diluahkannya dahulu.

Cuaca kat Perlis sekarang kadang-kadang hujan disertai angin yang sungguh sejuk. Waktu ni best pegi Langkawi sebab sejuk!!!!

Aku harap mak sihat supaya dia boleh berjalan di Langkawi.

143 days (4 julai-24 Nov)..al fatihah...

Tuesday, November 22, 2011

The Amazing Race 3

Pada hari Selasa, kami pusing-pusing sekitar pusat bandar Hong Kong. Sebelum tu kami breakfast di tempat sama. Order nasi putih berlaukkan gulai ayam dan daging. Kesemuanya berjumlah RM80 termasuk minuman. Selepas tu kami menukar duit kat money changer. Tukar USD 200 dapatla HKD 600. Kemudian kami terus ke ferry terminal untuk ke pulau HK. Ferry nya kelihatan macam filem Jackie Chan. Susunan kerusi kayu di atas dek kelihatan tradisional. Mungkin mereka saja tak nak tukar kepada ferry yang lebih canggih sebab ferry tu dah jadi identiti mereka kot.

Dalam ferry...

Selepas membeli tiket di mesin tiket (beberapa ringgit je, aku lupa), kami terus berlari-lari menaiki ferry yang akan bertolak ke seberang. Dekat je pun seberang tu. Aku rasa lagi sekejap berbanding naik ferry Pulau Pinang. Setibanya di jeti seberang, kami lepak-lepak sekejap sebelum menaiki tourist bus yang diparking berhampiran jeti. Tourist bus tanpa bumbung tu akan round kawasan tertentu di HK sambil monitor TV menerangkan kawasan-kawasan yang dilawati. Kami bergambar je sambil melihat bangunan-bangunan yang sungguh padat dan tinggi. Rasa macam masuk ke dalam filem Jackie Chan je. Kawasannya berbukit-bukit. Aku tengok rakyat HK berjalan menaiki dan meruni jalan berbukit di sisi bangunan tinggi. Rakyat HK ni semuanya aku tengok sihat dan cergas walaupun umur dan lanjut gila. Diorang ni memang dah biasa berjalan untuk ke mana-mana. Yang berumur dekat 100 tahun pun masih berjalan sorang-sorang di laluan berbukit. Aku rasa aku yang muda ni pun cepat pancit. Dengan berbantukan tongkat, mereka berjalan perlahan-lahan tanpa bantuan sesiapa. Yang muda tu tak payah cakap lah memang jalan laju gila. Dari kecik lagi diorang dah biasa.

Kuat la nenek ni....naik bukit tuh....

Buluh bertingkat-tingkat....unik!

Lagi satu yang aku perasan. Bangunan yang under construction semuanya menggunakan batang-batang buluh sebagai penyangga tak seperti kita yang menggunakan kayu. Unik betul! Batang-batang buluh diikat pada bangunan berbelas-belas tingkat dengan rapi. Cantik!!! macam dalam filem HK kan diorang selalu buat aksi kat bangunan tak siap yang banyak buluh tu. Mungkin buluh ni banyak kat tempat diorang kot. Lepas naik bas kami turun jalan kaki untuk cari kedai jed. Tapi kedai jed tu rupanya banyak jual replika tokong dan binatang, eiiii seram aku! Masa tu aku dah tak larat nak jalan dah sebab dukung budak kecik. Kemudian kami terus ambik bas ke pusat bandar sebab nak naik tram. Tram ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak. Masa nak naik tram tu aku hampir tersepit kat pintu sebab lambat masuk. Faiz dok depan aku jadi aku hampir tersangkut. Huhuuu terus rasa macam nak balik ehhehe.... kami naik dok kat tingkat atas dan pusing-pusing tengok kota metropolitan HK. Macam-macam jenis manusia dengan kelas tersendiri. Kebanyakannya menampakkan gaya seorang businessman dan ahli korporat. Aku dah mula keletihan sebab tadi berjalan jauh di jalan yang berbukit. Aku dah mula nak balik hotel.

Aku rasa bandar HK ni tak sesuai untuk pelancong seperti aku sebab aku kena dukung budak dan berjalan turun naik bukit. Lepas tu barangannya mahal gila untuk dibeli. Tengok je boleh la. Mungkin sebab kami backpakers. Tapi kat China aku rasa seronok sebab aku boleh shopping dan kawasannya lebih lapang dan luas, tak macam HK yang sempit dan padat gila. Bawak bagpack sambil dukung budak memang membuatkan kepala aku sakit. Kat China kami lebih banyak naik teksi untuk ke mana-mana. Lebih mudah. Akhirnya aku surrender.. " Nak balikkk..." kataku. Akhirnya kami menaiki train pulang ke Tsim Sha Tsui. Boleh je naik ferry tapi naik train boleh terus sampai ke hotel. Sampai Tsim Sha Tsui kami lunch dengan ongkos RM70. Dapat diskaun sebab setiap hari makan kat kedai pakcik Pakistan tu.

Hostel kami di bangunan Mirador Mansion....

Tempat kami makan.....

Pada sebelah petang, kami naik bas untuk ke Symphony of Light untuk menyaksikan multimedia show daripada bangunan di pulau HK yang disaksikan daripada pinggir laut Kowloon. Tapi kami tak tunggu hingga malam sebab cuaca mula sejuk dan berangin. Takut demam pulak si kecik nanti.

Kami hanya bergambar di sekitar kawasan tersebut sebelum menaiki bas ke hotel. Naik bas yang sama iaitu bas bernombor 97 yang kami naiki tadi. Kalau tak silap aku satu stesen je untuk ke hotel tapi kami merancang untuk terus duduk dalam bas dan round bandar. Pada pemikiran kami le, mungkin bas itu akan patah balik di tempat yang sama. Tapi ianya meleset sama sekali apabila bas tu pergi semakin jauh dan jauh. Untuk mengelakkan sebarang risiko sesat pada waktu malam, kami turun di sebuah stesen sebelum berjalan kaki untuk pulang. Tapi...aihh.... tak larat weh jalan kaki. Lalu kami ambil bas untuk balik ke Tsim Sha tsui. Masa tu si kecik dah tidur atas dukung. Balik bilik hotel di tingkat 5 terus krohh krohhhh tanpa makan apa-apa. Pada tengah malam tu kami bangun mandi dan solat. Budak-budak ni pun aku paksa kejut dan mandikan sikit sebab nanti gatal pula badannya sebab bermain berlari-lari kat dataran Symphony of Lights tadi. Kemudian kami makan maggie. Mujur le ada maggie!!!!! Esoknya kami nak balik Shenzen..yahuuuuu!!! aku suka Shenzennn!!!!!

Sunday, November 20, 2011

140 days....

Kat HK aku teringat kat Wan. Bila nak beli baju HK aku teringat yang dia mesti seronok bila aku pulang nanti. Bila belek handphone aku masih ada nama Tokwan dan nombornya. Dia hanya pakai handphone tu kejap je sebab lepas tu rosak. Saja dia nak merasa, nak belajar jawab panggilan.

4 Julai 2011-21 November 2011.. dah 140 hari Wan pergi....
i miss him so much....
walaupun aku kat HK untuk berseronok, tapi ada ketikanya aku berasa sayu kerana tak dapat bercerita tentang pengalamanku dengannya lagi.

al-fatihah...

The Amazing Race 2


Kami sampai di USA Hostel kat Kowloon pada pukul 5.45 petang Ahad. Namanya hotel, tapi sebenarnya hostel yang sangat kecik biliknya. Alamatnya USA Hotel, Flat F1, Floor 13, Mirador Mansion, 62 Nathan Road, Tsim Sha Tsui, Hong Kong. Check in kat tingkat 13, bilik di tingkat 5. Masa mula-mula sampai di bangunan ni, memang terpusing-pusing macam gasing daa.... nak cari bukan senang. Ianya bukan macam satu bangunan hostel atau hotel, tapi ianya terletak di antara deretan bangunan tinggi yang di dalamnya terdapat pelbagai lagi guest house, kedai, restaurant, kedai sim kad dan sebagainya. Pening kepalo den! Beberapa bilik hostel USA ni terletak di floor berlainan, pandai-pandai la nak cari tapi ada instruction kat dinding yang menunjukkan kedudukan bilik yang dinomborkan seperti F1, D etc.

Aku perasan yang dalam blok bangunan tu dinamakan sebagai mansion seperti Mirador Mansion tempat hostel aku menginap, beberapa blok daripada Mirador Mansion ni ada Chungkin Mansion di mana tempat aku makan. Kat Chungkin Mansion ni ada banyak restoran Pakistan. Ada yang terletak di tingkat atas yang mana pekerja restoran akan attract orang yang lalu lalang untuk ke restoran mereka di tingkat atas. First day kami makan restoran Pakistan kat tingkat 4. Pada mulanya kami disapa oleh seorang warga pakistan ketika kami lalu lalang di kaki lima. Sambil menunjukkan kad, dia menyatakan halal food, halal food! Pada mulanya kami teragak-agak nak ikut takut orang jahat ke, tapi tapi kami ikut juga. Mulanya seram juga sebab masuk lorong kecik, rupanya dia bawa naik ke lif untuk ke tingkat 4. Masuk-masuk kat restaurant tu rasa lega sebab memang betulla kedai makan. Siap ada bendera Malaysia tuh. Tapi tokey dia nak macam orang Filipina pulak, makan je la tanpa was-was sebab tengok tukang masak orang pakistan. Kami pesan beriani ayam dua pinggan. Masa tu dah rasa kelaparan sangat dah. Tidak lama kemudian diorang bawa 2 pinggan nasi beriani. Hah amek kauu!!!! Banyak gila sepinggan tuh, macam nasi tambah masa makan malam keluarga je! Kami hanya berjaya menghabiskan sepinggan suku je, selebihnya kami tapau tapi it ended in the dustbin pada pagi esoknya!

Hambik kau!

Menu kat restorant kami makan malam tu, Pakistan Mess P.M Club, C-2, 4th Floor, Chungkin Mansion.

Harga makanan kat HK memang mahal nak mampus la. Nasi beriani tu HKD55 sepinggan (RM27.50). Kat Shenzen dan HK ni, diorang bukan jenis bancuh air macam kita, semuanya air botol. Kami order air oren je. Sebotol air oren Minutes Maid tu RM11! Gilo apo la mahal, sedangkan di shenzen tak sampai RM2 sebotol. Malam tu dinner paling mahal kami le, dapat bil RM80 untuk 2 pinggan nasi beriani ayam dan 3 botol jus oren Minutes Maid. Lepas tu jalan kaki tepuk kepala la hehehhe.. (psss....kalau kedekut dok umah dah ler!) Jadi kalau korang makan kat sana, ambik sepinggan share 2 orang memang cukup sebab sepinggan tu banyak. Selepas selesai makan kami pusing-pusing sekitar mansion.

My first impression bila sampai di HK ni adalah : ni negeri orang Cina ke negro ke? sebab ramai sangat orang asing seperti negro, Filipina, Nepal, mat salleh, Indon, Pakistan etc. Kalau aku le jadi warganegara HK ni mesti stress sebab ramai sangat orang asing. Macam kita stress sebab ramai sangat pendatang asing kat KL tu lah! Ramai sungguh umat manusia pelbagai kaum dan warna kulit di kaki lima yang berjalan laju, tak macam kami sebab kami dukung budak kecik hehhe.. Kalau kat Shenzen tu orang akan pandang-pandang juga kami sebab nampak orang asing, tapi kat HK tu diorang tak layan sangat. Cuma bila dalam train atau bas macam ada orang tengok, ke aku yang perasan kah kah kahh!!!!! Biasanya diorang dok ushar anak pompuan aku ni sebab diorang kata muka putih macam Cina cuma mata je bulat tak sepet. Bila tengok maknya mata macam nak sepet tapi tak berapa nak putih hehhe. Mata bulat ikut mata bapaknya. Anak laki aku mata sepet cuma tak berapa nak putih macam si adik tapi aku rasa boleh dah menyamar jadi anak Cina yang dekat-dekat Nepal tu ehhehhe. Si ayah pulak aku rasa boleh menyamar macam warga Kazakhstan bila pakai kopiah hehehhe....

Kata hubby, kami akan ke HK Disneyland pada keesokan harinya iaitu Isnin, itulah matlamat utama kami ke HK ni! Jadi pada keesokan harinya kami bersarapan awal. Kali ni bukan kedai semalam, tapi kedai di tingkat bawah Chungkin Mansion. Kedainya kecik je sebab diorang tak masak kat situ. Kedai Pakistan. Kami makan nasi beriani ayam yang lebih sedap (boleh la!) dari semalam tapi kali ni kami pesan sepinggan je. Kami bawa bekal 2 keping roti capati dan 2 biji telur untuk budak-budak kat Disneyland. Maklumla mana buleh makan makanan diorang kat sana. Dalam beg aku dah ready susu kotak Dutch Lady dan coklat Cadbury. Pagi tu breakfast kami bernilai RM54.50. Kemudian kami bertolak dari stesen Metro Tsim Sha Tsui pada pukul 8 pagi ke Lai King, kemudian tukar laluan ke Sunny Bay. Dari Sunny Bay terus ambik train ke Disneyland Resort. Train direka khusus dengan tema disney di mana tingkapnya berbentuk kepala Mickey Mouse. Train diorang sangat efisyen sebab masa menunggu tak lama sebab bila turun train, the other train is ready. Bila train banyak, takde la kesesakan dalam train. Kat Malaysia yang jadi sesak ni sebab train sejam sebutir baru ada. Disneyland ni jauh sikit sebab terletak di sebuah pulau. Tambang train adalah HKD19 untuk dewasa, dan HKD8 untuk kanak-kanak. Kanak-kanak macam anak aku ni tak payah tiket.

Weeeeeee!

Impian setiap kanak-kanak!

Akhirnya kami sampai di HK Disneyland dalam pukul 9.30 pagi. Terus ke kaunter tiket, total kami 4 beranak dalam HKD1368 (HKD 399x 2 + HKD 285x 2). Pukul 10 pagi baru boleh masuk. Kat pintu masuk tu diorang check beg. Abih dibelek dan dibukanya roti canai aku. Katanya, tak boleh bawa dalam restoran makanan yang kami bawa tu. Nasib baik lepas! Kalau tak, kebuluran le anak-anak aku. Dan kami pun masuk le dalam theme part tu bersuka ria sampai malam. Mesti korang tanya kan, camna nak solat? Kata hubby yang pernah belajar kat luar negara, kita sembahyang duduk. Sebab kalau sembahyang kat tempat open, tak mustahil diorang akan datang mengerumun dan security akan datang. Jadi kami cari tempat yang tak ada orang sikit macam kat kerusi tepi pokok dan solat kat situ. Hubby berwudhu di toilet dan dia bawakan aku sebotol air for ablution. Mula-mula suspen juga dan rasa macam main-main je. Kata hubby, kalau travel jauh-jauh kat tempat asing memang kena biasakan diri solat macam tu. Walau macam mana pun solat tak boleh tinggal kan!

Kat dalam Disneyland tu macam-macam game dan show yang ada. Aku jumpa 2 beranak bangsa Cina dari Malaysia ketika dalam raft ke rumah Tarzan. Sangat peramah orangnya. Gelaknya memang gelak orang kaya ha ! ha ! ha! segan pulak tapi diorang sangat baik. Aku jumpa satu family Melayu tapi aku hanya sempat jeling dan senyum sekali sebab nampak macam tak berapa nak ramah sangat. Kata hubby, there are two types of Malay yang dijumpai di luar negara. Ada jenis yang sombong gila dalam kelas dia tersendiri. Ada yang ramah dari kategori yang suka travel sana-sini. Biasanya Cina atau India Malaysia sangat ramah. Kami juga jumpa sepasang suami isteri warga Singapore kat Shenzen masa hari last. Peramah sungguh. Aku yang jarang cakap omputih ni cuba speaking ngan diorang. Aku imagine orang Singapore ni kurang friendly. Ni yang jenis low profile.

Oh ya, kat dalam Disneyland tu kami main mainan yang sesuai untuk budak-budak je. Diorang memang syok habis. Lagipun kat HK Disneyland ni takde mainan yang thriller mana pun melainkan roller coaster Space Mountain tu kot. Bergambar sakan tu takyah cakaplah. Souvenir pulak memang mahal gila. Cap budak-budak dalam RM50-70. Keychain RM34. Padahal made in China jugak. Aku terkilan sebab aku beli cap Minnie dan tertinggal kat USA Hotel masa nak balik!!!!

Kami terus bergumbira di HK Disneyland sampaila waktu kemuncak iaitu persembahan bunga api di atas Sleeping Beauty Castle. Selepas tu kira tamat le waktu operasi taman tema tikus tu dan kami kembalikan stroller yang disewa sebanyak RM30 sehari kat kaunter. Kemudian kami pulang naik train ke Tsim Sha Tsui. Once in a life time to Disneyland. Bye bye Mickey!

Saturday, November 19, 2011

The Amazing Race 1

Aku nak upload gambar tapi slow gila....
aku akan cuba cerita pasal our travel sebagai guide bagi sesiapa yang nak ke Shenzen atau Hong Kong... guide sikit-sikit la....

Flight kami adalah pada hari Sabtu, 4.40 petang. Sampai di Shenzen dah malam, pukul 9 malam lebih kurang. Sampai di Shenzen Airport kami ambik teksi ke hotel tempat penginapan, nama hotel tempat kami menginap adalah Muslim Hotel, beralamat no 2013 Wenjin South Road, Shenzen. Boleh check website dia www.muslim-hotel.com.

Ambik je teksi yang disediakan di depan airport. Sebelum tu kami disapa oleh driver teksi luar. Nasihat aku, ambik teksi khusus di depan airport. Dari airport ke hotel mengambil masa dalam kurang sejam kalau tak silap aku ( aku tak tengok jam daaa), dalam 40 km dengan tambang sebanyak RMB 135 (RMB115 + tips+ tol RMB 30 = kira-kira RM 75 ). Sampai di hotel kami terus check in. Masalah di China ni adalah komunikasi. Boleh dikatakan diorang ni tak tau langsung English Language. Muka receptionist tu macam stress je hehehe.....

Yahya Halal Supermarket..belum buka lagi sebab masih awal pagi

Jalan kaki ke Dongmen Road

Beli roti. Di sebelahnya adalah restoran halal Yi Rong. Dia tak tulis pun nama kat restoran tapi kat pintu dia tulis halal restaurant.

Ambik gambar macam ni baru nampak betul-betul China ehheheh (tulisan Cina)

Lepak kat Dongmen Road

Pagi esoknya kami terus berjalan-jalan di sekitar Muslim Hotel. Kat area hotel ni ada deretan kedai Cina Muslim. Kat bangunan sebelah ada Yahya Halal Supermarket. Kat tepi tu sikit ada restoran halal milik keluarga Cina muslim yang mana kat sebelahnya adalah kedai roti. Aku rasa anak- beranak diorang jugak. Kami hanya beli roti dan terus jalan kaki ke Dongmen Street yang terletak around 1, 2 km dari hotel. Kat sini banyak kedai yang menjual pelbagai barangan, kebanyakannya adalah baju fesyen diorang ler! Ada kedai kasut dan beg yang aku hati-hati belek takut kulit khinzir.

Pada mulanya kami tersilap lorong. Terrrmasuk dalam lorong pasar basah. Apa lagi, paha babi kiri kanan wehhh!!!!!!! Dan aku rasa nak termuntah bau hanyir. Selepas berjaya meloloskan diri dari pasar basah, kami round kedai-kedai aksesori dan aku beli rantai mutiara kira-kira RM30 seutas. Aku beli dua untuk mak dan mak mertua. Mutiara dia lagi murah compared dengan mutiara yang aku beli kat Sabah dulu. Aku jugak beli beg Thomas and Friends. Masa ni tak pandai nak tawar lagi, tak dapat la murah. Nasihat aku adalah korang kena tawar half price macam kat Petaling Street, kemudian kalau dia tak bagi baru le naik sikit-sikit. Cara tawar menawar adalah dengan menggunakan calculator je, tak payah cakap banyak. Aku tak tau teknik tawar menawar jadi aku beli beg Thomas and Friends tu pada harga RM30...aku rasa boleh je dapat RM15. Budak-budak ni nak toys, kami beli la kereta mainan made of steel. RM20 satu..punnnn tak pandai tawar hehehe.... nak cepat weh sebab budak-budak ni dah moody. Kalau diorang ok, boleh je kami ambik masa tawar menawar, kalau tak dapat kami bergerak ke kedai lain.

Oleh kerana budak-budak ni nak dukung je dah aku pun dah jadi tensen, kami pun balik dengan menaiki train Metro dari stesen Lao Jie ke stesen Gua Mao, tambang RM4. Dari Gua Mao naik teksi ke Wen Jun, tambang RM7.50. Saja nak merasa naik public transport. Public transport diorang sungguh memudahkan perjalanan. Tak macam kat Malaysia ni. Teksi diorang semua pakai meter dan ada biodata driver kat depan. Driver semua pakai uniform kaler biru. Kalau kat Malaysia, nak naik teksi pun takut! Sama ada tak pakai meter atau tak mau ambik penumpang. Bas diorang pun banyak dan cantik. Setiap route dinyatakan dengan jelas tapi kami ada tersilap naik bas heheheh....sebab tak paham weh nak cakap ngan dengan diorang ni. Yang ni berlaku di waktu petang ketika kami nak ke stesen train untuk ke Hong Kong. Kami tersilap naik bas. Bas tu bas yang betul cuma the opposite way. Last-last masuk dengan lorong kecik mana ntah. Memang nampak betul-betul pekan China. Macam kawasan setinggan la kalau kat Malaysia cuma diorang ni rumah batu tinggi bertingkat-tingkat.

Sesat di Shenzen!

Ketika jalan kaki keluar dari lorong kecik tu, kami menahan sebuah teksi. Mujur la teksi ni senang nak jumpa. Kami kata nak ke train station, tobat tak pahamm!!!!! Train station pun tak paham daaaa...... ketika tengah mati kutu tu baru teringat tadi ada beli train mainan untuk budak-budak ni, lalu kami tunjukkan train tu, dan driver teksi menganggukkan kepala... fuhhh....mujur leeee...... kami ke stesen ketapi Luo Hu untuk ke border. Di stesen tu ada pemeriksaan imigresen dan kastam. Setelah melepasi pemeriksaan pihak berkuasa China, kami hanya jalan kaki di dalam bangunan merentasi sebatang sungai untuk ke Hong Kong. Sungai tu la border dia.

Kemudian kena melalui imigresen dan kastam HK pula. Untuk makluman, kami buat visa double entry sebab masuk China dua kali sebab selepas ke HK, kami kembali ke Shenzen. Masuk HK tak payah visa. Daripada stesen train Luo Hu, kami terus ambik train ke stesen Tsim Sha Tsui di Kowloon. Kebetulan waktu tu waktu orang balik kerja, train memang sesak.

bersambung.....

Dah balikk!!!

Fuhhh.... akhirnya sampai juga aku ke rumah pada petang tadi setelah singgah menyinggah di beberapa tempat. Kami sampai di LCCT pukul 3 pagi kelmarin.
Trip ke Shenzen-Hong Kong memang adventure! Kaki aku sakit-sakit sebab banyak berjalan. Kami travel ala-ala rancang The Amazing Race gitu! Jump from one train to another, from bus to taxi and walked. Letih wehh!!!! Maklumlah back packers!
Nanti aku cerita lain.

Tuesday, November 15, 2011

Thursday, November 10, 2011

130 days......

4.7.2011-11.11.2011
Dah 130 hari Wan pergi.

Kalau Wan masih ada, mesti aku excited untuk belikannya buah tangan dari Hong Kong. Dan dia juga mesti excited bila aku bawa pulang buah tangan untuknya.
Raya haji terasa kekurangan tanpanya. Tahun lepas aku tak balik beraya haji di KB. Kata kakak, raya haji tahun lepas Wan dah tak larat. Dia tak tunggu kat bangsal tempat korban diadakan, sebaliknya menunggu di rumah abangku tidak jauh dari situ. Kata kakak ipar, Wan kata dia belum makan apa-apa lagi pagi tu, lalu dia bersarapan mee goreng yang kakak ipar buat. Kemudian dia meminta supaya dihantar pulang kerana badannya tidak larat. Dari tahun lepas lagi Wan dah menunjukkan tanda-tanda yang badannya tidak mampu bertahan lagi. Raya haji tahun 2009 dia masih tunggu di bangsal sampai selesai. Raya haji tahun 2011 tiada lagi kelibatnya. Namun apabila adik beradik pakat balik dan kami ber BBQ pada malam itu, sedikit sebanyak rasa terubat sedikit hati kami semua.

Semoga Allah mengampuni Wan dan merahmati Wan. Ya Allah, kasihanilah kedua orang tua kami sebagai mana mereka mengasihani kami ketika kami kecil. Amin.
Al-Fatihah.

Dah packing...

Semalam dah siap-siap packing. Kami hanya bawa 2 backpacks. Yang besar hubby bawak, dan satu lagi yang kecik aku bawak. Bawak maggie, sardin, coklat, biskut, susu kotak dan paracetamol. Selebihnya adalah keperluan lain seperti beberapa helai baju. Sikit je bawak baju, makanan yang banyak. Takut budak-budak ni kelaparan dan tak sempat jumpa kedai makan halal. Abang aku pernah ke Beijing tahun lepas. Katanya kita boleh je bawa makanan masuk ke sana. Cuma bila nak keluar je tak boleh bawa barang berbentuk liquid. Aku berdoa semoga nanti lepas kat kastam diorang.


Bila packing, aku paling menyampah bila nak cari baju. Sebab? Aku bukannya ada baju yang elok pun! Asyik baju tuuuu aje aku pakai. Sama jugak dengan hubby dan budak-budak. Baju memang dah expired. Bila nak packing aku jadi tensen sebab tak ada baju nak sumbat hehehe... nanti kat sana aku shopping kaw-kaw punya. Kali terakhir aku beli seluar slack adalah pertengahan tahun lepas. Tahun ni beli 2 helai seluar trek dan sehelai baju T-shirt..ehhehe gila la memang tak ada baju! Kalau ada yang elok sikit pun bukan la menjadi baju favourite aku sebab aku suka pakai T-shirt biasa-biasa je. Nanti kat Shenzen aku nak shopping gilababas punya! Bermacam-macam gajet elektronik kat sana nanti. Tapi kena pandai-pandai pilih sebab banyak juga yang low quality. Nak beli silk banyak-banyak untuk buat baju kurung sebab baju kurung aku ni pun memang expired dan lusuh. Kalau nak ke kenduri memang tak ada baju elok nak pakai hishhhh!!!!! Sama juga baju kanak-kanak ni. Setakat nak pakai ke pasar malam boleh la. Bukan apa, berjimat cermat sebab banyak benda lagi nak buat dengan duit ni. Kalau nak makan, boleh makan apa saja tapi berpada-pada. Bab-bab pakai, hiasan, yang tu bukan priority aku. Baik simpan duit pergi melancong hehehe...


Okla nanti kalau sempat, aku update lain. Sebab aku tak bawa netbook ke sana, cuma bawa Samsung Tab untuk refer peta dan translation bahasa Cina.

Wednesday, November 9, 2011

Tugas aku hari ni....

Tugas aku adalah study map HK Disneyland, check waktu show, game mana nak masuk..
supaya sehari kami di Disneyland tidak terbazir ke hulur ke hilir tanpa hala tuju. Dan aku kena buat jadual kat sini. Yang lain semua encik hubby buat, aku buat plan fokus kat taman Mickey Mouse ni je......

Kami akan bertolak ke KL Sabtu ni, flight petang Sabtu. Dari KL, kami ke Shenzen, China, sebelum naik train selama 40 minit ke Hong Kong. Anak saudara aku belajar kat Beijing tapi kami tak ke Beijing sebab jauh nuh beratus kilometer lagi. We'll be back on Thursday. Doakan kami selamat ya. We are backpackers so memang kena study betul-betul.

Netbook diserang virus...

ohh....netbook ku diserang virus selepas Kaspersky antivirus dah expired..
tensen aku hari ni tak dapat buat apa langsung sebab netbook dah jadi mereng...
nanti aku upload gambar raya yang lain....
jap lagi nak keluar beli kasut...
sebab kami nak berjalan ke :

Hong Kong Disneyland yeaaaaaaaaaa!!!!!!!!

Saturday, November 5, 2011

Dah balik!!!!

Balik kampung.....
ho ho ho balik kampung.....
hati girangg......

Hmmm......
Aku tak rasa girang pun, biasa-biasa je. Masih berjiwa sentimental. Sejak turun dari Perlis sampai la ke Kota Bharu, memang bayangan Wan asyik terbayang je. Kadang-kadang mata berair..aku pandai-pandai la cover...

adehhhh........ maafkan aku kalau aku asyik cerita benda yang sama dalam setiap entry. Mesti korang bosan kan? Macam-macam kenangan yang bermain di benakku, sejak aku kecil, hingga lah Wan meninggal.

Sebenarnya blog aku ni bukan ramai reader pun, hanya 3 orang kawan aku yang tahu pasal blog ni. Selepas tu ada la beberapa orang family members yang tahu secara tak langsung. Kepada kawan aku, aku dah pesan supaya jangan promote blog ni kat facebook diorang, biar diorang aje yang baca senyap-senyap. Kalau ramai sangat kawan aku yang tahu, nanti tak syok pulak rasanya, nanti aku jadi hipokrit pulak nanti. Kalau bukan ada family members yang tahu pasal blog aku ni, dah tentu aku tulis macam-macam lagi ehehhehe..... Selebihnya adalah beberapa readers anonymous yang aku hargai sebab sudi baca blog aku yang boring ni.

Aku bertolak dari Sungai Petani pada pukul 9 pagi tadi, dan selamat sampai dekat pukul 4 petang. Sampai di rumah aku terus check in masuk bilik Wan. Kemas-kemas sikit dan letak barang dalam bilik. Sayu sungguh masuk dalam bilik Wan. Baru aku perasan, ada seutas buah tasbih yang masih tersangkut di kepala katil. Pasti Wan yang sangkut di situ, sebab terletak dihujung kepala semasa dia tidur. Ahhhh.....sedihhh......

Esok hari raya haji, biasanya pada malam ni Wan akan mengasah-ngasah pisau untuk kegunaan esok hari. Pagi esoknya selepas solat hari raya, Wan akan ke tempat korban diadakan. Wan memang seronok, dan excited! Aku sangat merinduinya!!!! Maafkan aku kerana selalu sentimental, nak buat macam mana, kehilangannya memang meragut sebahagian besar kegembiraan aku. Sebelum ni aku selalu melihat orang kehilangan ibu atau ayah. Aku hanya mampu melihat kerana tidak pernah merasa. Setelah merasa sendiri, baru aku tau macam mana. Suaranya memang sering terngiang-ngiang di benakku.

Tadi kami adik beradik mengadakan tahlil secara kecil-kecilan. Hanya kami adik-beradik bersama menantu-menantu, cucu-cucu. Hanya doa yang mampu kami sampaikan. Walau bagaimana pedih pun kehilangan ini, kami redha. Cuma kesedihan itu tidak akan hilang dalam sehari dua, atau sebulan dua. Kami percaya, Allah menjaga Wan jauh lebih baik daripada kami menjaganya. Kami berdoa kepada Allah dengan Rahmat-Nya agar mengampuni segala dosa Wan. Wan bukan orang jahat, tidak pernah dia berbuat jahat kepada orang, dia hanya menjaga haknya. Tidak pernah juga dia berhutang dan tidak membayarnya. Seingat aku, Wan tidak pernah berhutang. Kalau tidak mampu, tidak dibelinya, kalau mampu, dibayar secara penuh. Wan juga seorang yang amanah. Aku berdoa agar Allah meredhai Wan sebagai penghuni syurga-Nya. Amin.

Ketika para jemaah haji sedang melakukan wukuf, aku juga terbayang Wan. Wan mengerjakan haji pada tahun 2002. Alhamdulillah, Wan dapat menyempurnakan rukun Islam ke-lima. Semoga Allah mengurniakannya haji mabrur yang balasannya adalah syurga. Amin....

Aku tulis blog ni sambil sembang dengan mak dan kakak aku. Okla nak sembang pulak.
Selamat Hari Raya Aidiladha......


Friday, November 4, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha!

Esok nak balik kampung, my hometown nun di pantai timur!
Selamat hari raya haji kepada semua umat Islam.
Wan adalah orang yang paling gembira bila tibanya hari raya haji...
Bagaimana rasanya setelah kehilangan orang yang tersayang?

hmmm......
It feels like you're missing something.....and it hurts :(
and you are hoping you can return to the moment when you can fix situations so you won't regret...
which is impossible....
and it won't be the same again...never be the same again....

di mana kan ku cari ganti...
serupa denganmu.....

4 Julai-4 November..123 days....I won't stop counting....al-fatihah....

Thursday, November 3, 2011

40?

Kenapa sinonim sangat orang lelaki dengan umur 40-an?
Seperti yang selalu kita dengar, for men, their life start at 40s..
kenapa mesti umur 40-an?

Cuba tengok orang lelaki pada umur 40-an, dan check balik wajah mereka pada umur 20-an...
oh...memang jauh beza. Biasanya umur 20-an, masih kurus kering, muka kecik...oh..macam tak cukup makan? heheheh

Tapi bila umur 30-an, terutamanya bila dah kawen, badan dah mula berisi. Kalau dulu macam papan lapis, jeng jenggg..... sekarang dah jadi berlapis-lapis dengan lemaknya hehe.....

apa lagi? emmm.....biasanya kedudukan ekonomi dah mula stabil. Kalau dulu gaji cukup-cukup makan, sekarang dah mula naik pangkat, naik gaji. Kalau dulu hanya pakai kereta second-hand..sekarang dah mula bertukar kepada kereta yang lebih besar dan mahal regenya.

kalau dulu duduk menyewa di rumah teres 3 bilik, sekarang dah ada rumah sendiri, besar dan banyak bilik, dengan perabut yang elegan. Maklumla masa kat rumah sewa tak ada duit nak beli perabot.

kalau dulu penampilan nampak lekeh je, muka tak cukup vitamin dan muka tak konfiden... sekarang muka nampak matang, pembawakan diri juga nampak meyakinkan. Gaya jalan pun lain, gaya gelak pun gelak orang kaya ha ha ha!!!!

ohh....bila semuanya sudah lengkap sempurna, maka ada yang mula buat onar, nak pasang spare part atau buka cawangan. Katanya, bini kat rumah dah kendur, saham dah merudum..aisehh!!!!

Dan perempuan luar pulak, bila dah tengok lelaki 40-an ni dah lengkap dan cukup segalanya... mula la nak test power ye? Lagi-lagi kalau lelaki tu tak dimamah usia, macam muka Naseer Wahab, ataupun macam Hans Isaac (aku bagi contoh jeeee), pompuan mana yang tak teruja?

Heeee bahaya...bahayaa!!!!

makanya wanita-wanita sekalian, jadikan ini sebagai cabaran, kita pun kena ada motto jugak. Tak payahla 40-an baru nak start, 30-an boleh dan berterusan. Bukannya maksud aku nak start buang tabiat, tapi start ambil berat pasal diri kita, kesihatan kita dan segalanya..agar saham tak merudum huhuuuu. Mana aci kan, bila dah tua diorang start nak buang tabiat isk isk.....opss...bukan semua....tapi segelintir. Mintak simpang la wehh!!!

(penulis juga berasan ngeri tentang tajuk yang dibincangkan heeeee...)

Wednesday, November 2, 2011

Terima kasih Allah!

Dua hari lepas aku sedang menunggu hubby dan adik kat parking lot bersama Faiz. Masa tu pukul 9 malam dan angin bertiup, best!

Faiz : Wow bestnya angin ni ( and giggled)
Siapa buat angin?
Aku : Allah yang buat angin ni. (sambil memimpin tangannya ke bangunan supermarket)
Faiz : Pasal apa Allah buat angin?
Aku : Nak bagi Faiz sejukla...
Faiz : Terima kasih Allah! ( with a cute giggle)

Ntah kenapa I felt so touched....kids are always sincere when they say something....
Both of them always ask about Allah, where is Allah, why can't we see Allah, siapa buat pokok? Siapa buat burung? Bila aku kata Allah kat langit, dia tanya pulak, Allah naik roket ke? isk isk...
I try my best to answer, aku harap anak-anak aku dapat dididik mengenal Penciptanya dan selalu bersyukur. Dengan anak-anak, aku sendiri akan jadi budak-budak hehehe....I play with them, sing and chase them. Bila aku kejutkan mereka di waktu pagi, biasanya aku akan usik dulu, atau nyanyi to make them smile. They are soooo adorable! Thank you Allah for your blessing!

Neurovit

Petang kelmarin aku ke klinik Dr Adnan kat Jejawi. Hari sebelumnya dah pegi, tapi tengok-tengok klinik tutup dah, awal gila pukul 9 malam dah tutup. Jadi petang kelmarin pukul 6.30 petang pi jumpa doktor. Bagitau la yang rambut aku gugur teruk setiap kali sikat. Maka dia bagi aku sejenis supplement bernama Neurovit yang mengandungi Vitamin B1, B6 dan B12.

Aku berasa curiga dengan nama ubat tu lalu aku surf kat Internet. Cari punya cari, ya memang ada kaitan dengan rambut juga, di samping pelbagai fungsi lain seperti preventing short memory loss ..punnn sesuai dengan aku yang mudah lupa ni. Cuma bila dengar nama Neurovit tu, bunyinya macam lebih kepada sel saraf.

**********


B1

People take thiamine (B1) for conditions related to low levels of thiamine (thiamine deficiency syndromes), including beriberi and inflammation of the nerves outside the brain (peripheral neuritis) associated with pregnancy or with a vitamin-deficiency disease called pellagra.

Thiamine is also used for digestive problems including poor appetite, ulcerative colitis, and ongoing diarrhea.

Thiamine is also used for AIDS and boosting the immune system, diabetic pain, heart disease, alcoholism, aging, a type of brain damage called cerebellar syndrome, canker sores, vision problems such as cataracts and glaucoma, motion sickness, and improving athletic performance. Other uses include preventing cervical cancer and progression of kidney disease in patients with type 2 diabetes.

Some people use thiamine for maintaining a positive mental attitude; enhancing learning abilities; increasing energy; fighting stress; and preventing memory loss, including Alzheimer's disease.

Healthcare providers give thiamine shots for a memory disorder called Wernicke's encephalopathy syndrome, other thiamine deficiency syndromes in critically ill people, alcohol withdrawal, and coma.

B6
It is rare to have a significant deficiency of B6, although studies indicate many people may be mildly deficient, especially children and the elderly. Certain medications can also cause low levels of B6 in the body. Symptoms of serious deficiency include muscle weakness, nervousness, irritability, depression, difficulty concentrating, and short-term memory loss

B12

Vitamin B12 is used for treating and preventing vitamin B12 deficiency, a condition in which vitamin B12 levels in the blood are too low. It is also used to treat pernicious anemia, a serious type of anemia that is due to vitamin B12 deficiency and is found mostly in older people. For this purpose, people use either a supplement that is taken by mouth or a gel that is applied inside the nose.

Vitamin B12 is also used for memory loss; Alzheimer’s disease; boosting mood, energy, concentration and the immune system; and slowing aging. It is also used for heart disease, lowering high homocysteine levels (which may contribute to heart disease), male infertility, diabetes, sleep disorders, depression, mental disorders, weak bones (osteoporosis), swollen tendons, AIDS, inflammatory bowel disease, asthma, allergies, a skin disease called vitiligo, preventing cervical and other cancers, and skin infections.

Some people use vitamin B12 for amyotrophic lateral sclerosis (Lou Gehrig’s disease), multiple sclerosis, preventing the eye disease age-related macular degeneration (AMD), Lyme disease and gum disease. It is also used for ringing in the ears, bleeding, liver and kidney disease, and for protection against the poisons and allergens in tobacco smoke.

Tuesday, November 1, 2011

Tak sabar nak balik...


Tak sabar nak balik kampung weekend ni....nak ziarahi kubur Wan dan tengok pokok ros.
al-fatihah...dah 121 hari Wan pergi...4 bulan dah...aku tetap mendoakan Wan di setiap sujud solatku....semoga Wan aman di sana...amin....

Musim banjir kembali?

24-26 Disember ini dijangka akan berlaku banjir besar terutamanya di sebelah pantai timur. Ini kerana air pasang besar dijangka akan berlaku, ditambah-tambah pula memang musim tengkujuh waktu tu. Dan seperti selalu, musim tengkujuh membangkitkan nostalgia ketika aku kecil di kampung. Setiap tahun memang kami akan mengharung banjir, cuma kami bernasib baik sebab rumah di kampung tak pernah dinaiki air. Air di tali air melimpah hingga ke belakang rumah tapi tak pernah la kampung kami tenggelam, lebih-lebih lagi setelah tali air baru telah dibina pada tahun 1992. Sebelum tu memang kami akan bermain dan menyelam dalam air banjir la, sebab untuk ke kedai Wan kami kena merentasi sebuah padang kecil. Kat padang tu la penuh dengan air. Kadang-kadang kami buat rakit dan basikal diangkt diatasnya. Padahal ada je jalan alternatif yang tak tenggelam banjir, saja nak seronok-seronok. Yang paling syok adalah menangkap anak-anak ikan yang melompat-lompat hingga ke atas jalan.

Masih terbayang Wan mengayuh basikal tuanya sambil sebelah tangan memegang payung. Kadang-kadang Wan memakai baju hujan dengan but paras lutut ala-ala Phua Chu Kang, cuma warnanya kelabu je. Wan pernah membelikan but untuk aku dan abang. Warnanya biru. Weekened lepas ketika membeli joran di sebuah kedai cina, aku ternampak sepasang but kanak-kanak berwarna biru lalu kataku pada hubby, aku nak belikan untuk budak-budak ni, tapi masa tu tak rancang pun jadi kami tak beli. Lepas ni nak beli lah kat diorang, biar diorang pakai kat bendang tokwan nanti. Aku nak bagi diorang rasa main lumpur hehehe. Tak seronokla alam kanak-kanak zaman sekarang kalau asyik main kat playground je, tak real!

Musim banjir juga adalah di mana ikan kering goreng menjadi pilihan untuk dimakan bersama nasi yang panas..yum yum!!!! Tidak ketinggalan, Wan akan membeli pelbagai jenis ubi untuk direbus dan dimakan panas-panas. Wan suka makan ubi badak. Nostalgianya..huhuuuu......rindula nak merasa musim tengkujuh di kampung, dah masuk 6 tahun aku tak merasa. Wan akan mengenakan baju sejuknya dan menonton tv. Rindula kat Wan. Ada tak caranya aku nak jumpa Wan? ( start asking impossible thing!)

Dalam hidup ini kita mesti berhadapan dengan kehilangan, walaupun pahit, nak buat macam mana kan, that's life! Kita pasti akan berhadapan dengan kehilangan orang yang tersayang, sebabnya? Sebab kita ini milik Allah, dan mereka disekeliling kita termasuklah kita sendiri ni Allah bagi pinjam sekejap je, untuk kita berbuat baik padanya.

Life is short....live life to the fullest.......

Fuhhhh.......

Aku telah berjaya mengumpul duit poket sebanyak RM4k untuk percutian kami nanti. Selama setahun baru aku dapat kumpul sebanyak tu dan aku harap cukupla. Hubby tanggung kos flight, hotel, passport dan visa. Dan sebab nak kumpul duit poket tu la aku sanggup pakai baju buruk-buruk je hehehe. Setiap bulan aku rasa tercungap-cungap sebab nak saving. Nak jalan punya pasal! Dengan gaji aku yang kecik ni ( gaji bawah 2k! tapi aku tetap bersyukur sebab ada jugak kerja!), aku terpaksa menahan nafsu nak membeli belah sesuka hati. Mujur aku bukan jenis boros gila-gila. Aku bukan jenis beli baju mahal-mahal atau makan tempat mewah-mewah. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Duit aku dan hubby banyak habis untuk makan dan berjalan. Memang kami minat berjalan.

Hehee nakk jugak update entry walaupun pendek ehheh...