Thursday, July 14, 2011

11th day without you...

Raya 2009....my last raya with Wan (first raya).....1st raya 2010 kat Kedah....1st raya 2011 kat KB..but...this time will be the first time raya without you.....do you know how much I miss you Wan...more than words can say....

Al-Fatihah......11 hari telah berlalu.....

aku sering tertanya-tanya...adakah jasad Wan telah menjadi tanah? Wajah yang pipinya sering kucium, serta tangannya yang sering kucium.....bau wajah Wan masih segar diingatan....aku ada mengambil baju Wan, bila aku teringatkan Wan, aku cium baju itu....

Kelmarin, ada pengutip besi buruk datang ke rumah...mak telah menjual kesemuanya sebab banyak sangat kat bangsal di tepi rumah....dulu masa Wan masih ada, dia simpan kesemua besi buruk itu...termasuklah buaian yang dibeli pada tahun 1998 yang berharga RM370. Masih kuingat pada waktu itu ketika aku di tingkatan empat, aku meminta Wan membelikan buaian (yang bulat, ada 2 tempat duduk tu)..Wan pergi tempah di kedai Cina..... setelah lebih 10 tahun, buaian itu berkarat setelah diletakkan di tengah hujan panas...akhirnya mereput...

Begitu juga dengan kandang lembu di mana Wan simpan tilam kekabu lama. Aku nak bakar kandang lembu tu dengan tilam sekali, sebab dah nak runtuh dah kandang tu, tapi Wan kata ada tilam kat situ..kekabu tu masih boleh digunakan katanya...ketika tu sehari dua sebelum masuk wad. Wan sayang semua barang-barangnya. Sehari selepas Wan meninggal iaitu pada hari Selasa, abangku mengupah pemandu backhoe meratakan kesemua kawasan tersebut termasuklah kandang lembu tu sama...sedihh......tapi nak buat macam mana, selama mana nak tinggal dengan kenangan.....kalau ada Wan, dia akan simpan tilam tu..padahal bukan boleh guna pun..dah terlalu usang.....

Sebelum itu, aku dah pesan kat abang, jangan usik pokok duku yang Wan tanam di tepi kandang tu. Wan sayang pada pokok tu. Pesan kat driver backhoe tu jangan usik pokok tu. Dulu Wan bercucuk tanam di sekitar kawasan tersebut yang mana dah jadi semak samun dah...sebab tu biar backhoe ratakan je la sebab takut nanti jadi sarang ular pula...sedihhh....kalau ada Wan..dia takkan bagi.....

Ketika aku balik bulan Jun lepas, aku ada membawa pulang beberapa biji mempelam chukanan yang ditanam di tepi rumahku. Wan sangat sukakan buah mempelam. Buah yang manis-manis semua dia suka termasuklah nanas. Bila aku tengok buah mempelam atau nanas aku mesti teringatkan Wan. Wan kata buah mempelam yang kubawa tu sangat manis..lalu dia suruh mak aku semai bijinya..ketika tu dia dah tak larat nak turun ke luar rumah jadi dia suruh mak....kata mak, nak tanam buat apa lagi...kita bukan sempat nak makan pun...kata Wan, tak mengapalah..anak-anak boleh makan :-(

Ketika aku pulang menjaga Wan di wad...mak kata bijinya dah bercambah....kalau ikutkan pokok yang hubby ku tanam kat tepi rumah, dalam setahun dah berbuah..tapi yang tu anak pokok...yang ni daripada biji tak pasti la berapa lama boleh berbunga dan berbuah...yang pasti Wan tak sempat nak makan....kan dia kata untuk anak-anak makan....begitu juga pasal duit....bila mak kata, nak buat apa dengan duit banyak-banyak tu, kata Wan...untuk anak-anak la bila dia dah tak ada nanti.... :-( Tapi kami sepakat tak mau usik duit peninggalan Wan....ada rancangan lain untuk Wan :-)

Wan..I love you so much....sejak kecil hingga kami dah besar (dan tua), Wan masih ingat untuk menjaga kebajikan kami....hinggalah Wan sudah tiada lagi. Terima kasih kerana memberi kami makan dengan rezeki yang halal untuk menjadikan kami orang yang berguna...walaupun kami bukanlah seperti ustaz atau ustazah, tapi kami taklah seteruk mana..kan..hehe....masih menjalankan kewajipan sebagai seorang umat Islam....

I miss U Wan... Al-Fatihah.....semoga Allah menghiasi kubur Wan sebagaimana taman-taman syurga...amin....

Aku masih ada mak.....

Mak menangis ketika aku nak bertolak ke Perlis...don't cry mak...I'm coming!!

aku rasa aku kena balik kampung esok.....mak aku is not feeling well.....
InsyaAllah aku try cari tiket bas malam esok, balik sorang. Syukurla hubbyku memahami dan dia bagi aku balik...kalau balik malam esok, sampai pagi Sabtu...balik sini semula Ahad malam, sampai pagi Isnin.....

jangan lupa..aku masih ada mak...kesian mak aku..banyak tumpuan diberikan pada Wan yang telah tiada...sekarang hidup mesti diteruskan....aku masih ada mak yang masih muram...the one and only....aku nak balik masak untuk mak.....walaupun badan masih letih, tak mengapa, moga Allah permudahkan jalan.....

mak...I'm coming home soon....

Wednesday, July 13, 2011

Layannn je la....









Faiz ngan adik kat gerai buah tokwan...

Main buaian kat belakang rumah tokwan....

Kenduri kahwin seorang rakan bulan lepas....

Hari ni tak sempat nak tulis...sebab tengah standby untuk audit......layan je le gambar-gambar ni...sambil dok belek-belek gambar dalam pc, banyak jumpa gambar Wan..aduhh...heart wrenched!!!! al-fatihah.....

video budak-budak

Align Center

Sheikh Mishary Al afasy, Surat Al Mulk from studio

snap...snap 6

Weekend di Sg. Petani..bendang tokwan Kedah...dulu tokwe pun buat bendang, tapi bendang orang....macam-macam kerja tokwe buat...







Apa khabar Wan...aku rindu pada Wan .....9 nights without you..

ISO 9001/2008 is coming......

Hari ini kalut menyiapkan segala fail untuk lawatan ISO minggu hadapan....sambil siapkan fail sendiri, admin mintak tolong tengok fail kat bilik fail...

alhamdulillah suara aku dah okey sikit hari ni walaupun masih rock macam suara ramli sarip....at least aku boleh membaca Al-Quran untuk Wan...hanya bacaan Al-Quran yang mampu aku hulurkan buat Wan tersayang......dah 9 hari Wan pergi...ketika masih ada bagaikan tidak terasa kehadirannya, ketika sudah tiada baru terasa kehilangan....sekejap je masa berlalu....tak lama lagi nak puasa...mak masih bersedih...

aku plan nak balik seorang weekend ni tapi tak pasti...orang account kata nak potong sekaligus gaji aku sebab banyak hari unpaid leave baru-baru ni...damned you! bagus la..potong...jangan tak potong...aku ingatkan potong sikit-sikit...tak beli biskut raya le aku...

nak beli baju raya pun takde mood sebab aku tak rasa nak raya langsung....tarikan raya dah berkurangan sejak Wan tiada...selalunya apa sahaja berita gembira, mak dan Wan la orang yang mula-mula sekali dicari untuk diceritakan....tapi....sekarang...nak bercerita pun malas....biasanya mak dan Wan la pendengar yang sedia....they are always by my side....Wan is always by my side....selalu backing aku ketika orang lain condemned aku...anak bapak...hehe....

Bila raya, aku selalu belikan baju untuk mak dan Wan..tapi Wan jarang nak pakai...dia sayang semua pemberian anak-anaknya..semuanya disimpan dalam almari..hujung tahun lepas aku ke Langkawi...kubelikan baju t-shirt tapi tak pernah aku nampak Wan pakai...bulan 5 lepas aku ke Melaka..kubelikan tshirt...tak perasan pakai ke tak...nak pakai macam mana, Wan dah jarang keluar rumah, letih katanya....setakat duduk dalam kereta pusing-pusing bandar bolehla....

Alhamdulillah....aku bersyukur kerana Allah memberikan kekuatan untuk mengharungi kehilangan yang memeritkan ini....memang sedih..tapi aku masih boleh terima dan aku tidak meratap....

Setiap yang bernyawa akan merasai mati. (Ali Imran: 185).

Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh. (al-Nisa’: 78)

Kita pula bagaimana? Adalah sudah bersedia? Semoga masih berpeluang mencari keampunan-Nya...