Friday, September 30, 2011

Weekend...

Hari ni aku bangun pukul 8.30 dan kepala dah jadi mereng hehee....almaklumlah cuti hehee....
Lepas tu pukul 11 pagi sepatutnya ada workshop untuk final semester students...tapi bila baca portal katanya postpone ke minggu depan..kalau ikut logik pun mana sempat sebab sekarang ni berlangsungnya konvokesyen.
Sekarang ni dok bersiap-siap nak ke Alor Setar. Mr Hubby nak ke kedai elektronik nak beli barang untuk robot master dia. Sekarang tengah kekenyangan makan sup ekor ni...aku asyik snap gambar je tapi tak sempat nak upload.Lagipun aku online guna laptop hubby, tak syiokk!!! Kena pakai laptop aku baru best.

Tuesday, September 27, 2011

Terus dan terus terkenang.....

Wan dengan anakku....duduk di sisi katil kecilnya. Di belakangnya adalah kerusi rotan yang dah patah kakinya. Selepas aku mandikan Wan, Wan duduk di kerusi itu lalu aku pakaikan minyak rambut di kepalanya, kusikat rambutnya dan kupakaikan bedak. Kemudian Wan baring di katil dan kupakaikan pampers pula. Sungguh Wan, aku seronok berbuat demikian, dan aku sanggup melakukannya lagi andai Wan masih ada.

Di waktu malam ketika aku mahu tidur, aku terkenangkan katil dan kerusi itu yang tidak diduduki...tv yang tidak terbuka..kipas yang tidak terpasang..bilik Wan yang sepi..rumah yang tidak berpenghuni....sungguh...aku rindu Wan...

Di waktu hujan begini, aku teringatkan Wan. Wan suka makan ubi kayu rebus atau pisang rebus di musim hujan. Di kedai kopinya, kami bersama-sama melihat air yang membanjiri tanah yang lebih rendah di tepi kedai. Wan berborak-borak dengan rakan-rakannya, cerita kedai kopi!

Kadang-kadang Wan memanggilku. "Tolong tengok ni, masuk selumbar.." kata Wan sambil menunjukkan jarinya yang terkena selumbar. Lalu aku mencungkilnya dengan jarum, sambil Wan mengerut dahi menahan pedih. Kadang-kadang, "M..mari sini kejap, tolong tulis di sini.." panggil Wan, memintaku menulis di dalam buku berwarna oren bilangan kuih dan jumlah yang perlu dibayar kepada orang yang meletakkan kuih itu di kedai kopi. Ya, memang aku anak Wan, aku rapat dengan Wan. Tak kisahla apa orang nak labelkan aku, aku sentiasa menyokong Wan kerana Wan selalu betul. Walaupun pahit untuk diterima, tapi pandangan Wan senantiasa betul dan ada kebenarannya. Cuma ada pihak-pihak yang tidak mahu memikirkannya.

Wan juga istimewa di mata aku. Dia tak macam orang kampung yang tipikal, Wan tak percaya pada bomoh!!! Heheheee....i like that!!! Kalau orang kata bomoh tu hebat, bomoh tu terrer, Wan akan bangkang, atau dia buat tak tahu saja! Walaupun Wan tak pernah bersekolah (anak yatim piatu), tapi Wan lebih percayakan sains heheheee.....

Diwaktu petang, kalau aku tidak pulang bersama mak, aku akan pulang bersama-sama Wan pada pukul 6.30 petang. Aku akan menolong Wan menutup kedai dengan menyusun deretan papan panjang dari hujung ke hujung lantas menutupi seluruh kedai. Ohh...baru aku teringat, semalam aku mimpi Wan di kedai kopinya, sedang buat air. Selama 16 tahun Wan bekerja membancuh air di kedainya sehinggalah tahun 1996 apabila Wan kerap sakit. Selepas itu Wan duduk di rumah saja. Ya Allah..aku rindu betul kat suasana di waktu itu. Life goes on....mom is very lonely, so do I.......sad but true....

al-fatihah...dah 86 hari (4 Julai-28 sept)....kata mak, banyak daun tumbuh di pokok ros di atas pusara Wan...

Buat passport....

Tengahari tadi kami terkejar-kejar ke Jabatan Imigresen kat Wisma Persekutuan Kangar. Masa tu dekat pukul 1 tengahari dah. Kami kena isi borang di sana sebab borang yang dimuat turun dari Internet tu tak valid sebab tak ada nombor siri. Jadi kami isi kat sana la sambil kawal budak dua orang ni. Nasib baik kakitangan jabatan imigresen Perlis tu baik-baik belaka. Setiap orang kena bagi 2 keping gambar passport.

Selepas menyerahkan borang yang telah siap diisi ke kaunter, kami tunggu di ruang menunggu. Kelihatan kelibat seorang pakcik tua sebaya ayahku di kaunter bersebelahan. Pakcik itu kemudiannya duduk. Hubby berbual-bual dengan pakcik tu sambil sesekali aku menyampuk. Kan aku penah cerita dulu, aku ni tak buleh tengok orang tua-tua. Rasa belas dan kasihan. Kata pakcik tu, dia buat passport nak pergi haji. Aku mencapai dua keping duit sepuluh ringgit, dan dalam diam aku selitkan dalam tangan hubby. Hubby menoleh, aku mengisyaratkan supaya diberikan kepada pakcik tu. Hubby hanya tersenyum dah dimasukkan ke dalam poketnya...aikkk.....

"Pakcik buat bendang ka?" tanya hubby
"Tak lah, pakcik ada rumah sewa, tiap-tiap bulan kutip sewa." kata pakcik tu. Aku tak berapa nak paham sangat sebenarnya. Dia cakap perlahan dalam loghat utara. Aku perhatikan gerak gerinya, serta matanya.."Wann...huhuuu".....bisikku dalam hati...bila tengok orang tua, mesti teringat kat Wan...pakcik tu umur 80-an. Gaya berpakaian tipikal seorang tua, dengan berketayap, berkemeja serta berkasut ala-ala kasut kung fu macam Wan. Pakcik tu cakap perlahan sambil mukanya tersenyum. Sejuk je muka pakcik ni.

hubby ke kaunter untuk cap jari...

"Berapa kali dah pakcik pergi haji?" tanyaku...
"14....".....aaaa.........ternganga aku...
"14 ribu ringgit, dulu murah lagi." jawab pakcik tu...aku tanya lain, jawab lain.

Kemudian hubby duduk kembali dan sambung bersembang.
Aku pulak dok layan wrestling ngan budak-budak kecik ni. Tak mau duduk diam langsung.

"Berapa kali dah pakcik naik haji?" tanyaku lagi sambil menoleh ke arahnya, tak puas hati dengan jawapan tadi...

"bil air, bil api, lima ratus, enam ratus sebulan...."...jawab pakcik....

hubby menoleh ke arahku. Katanya, "pakcik ni tak dengar laa...." aku dan hubby tersengih. Dia merujuk kepada bil-bil untuk rumah sewanya kot.

Tapi apa yang kami paham, pakcik ni duit banyak sebab dia ada banyak rumah sewa. Dan ini bukan kali pertama dia pergi haji. Aku ingatkan tak ada uang tadi hihiiiii....patutla hubby masukkan duit tu dalam poketnya. Salah ke kalau tak jadi bagi duit tu? sebab pakcik tu kayooo!!!!

Jam dah dekat pukul 2 petang. Kami diminta datang sejam kemudian untuk ambil balik passport. Kira-kira 5 minit naik kereta, orang imigresen telefon. Katanya gambar passport yang kami beri tu bila scan jadi tak elok, nampak belang-belang dan kena bagi gambar lain. Hmmm...patutla, aku dah agak dah sebab gambar tu nampak macam kena air je. Gambar segera ni tak berapa nak elok.

So hari ni hubby cuma siapkan passport diorang 3 beranak je sebab aku kena balik ke tempat kerja, hubby cuti hari ni sebab dia kena diarrhea, jadi dia boleh settlekan passport diorang dulu selepas tangkap gambar baru. Alang-alang dah bawa budak sekali, so bagi settle passport diorang teruslah. Aku kena tunggu esok atau lusa sebab nak renew IC sekali. Baru minggu lepas kawan aku kata, kena renew IC secara berkala. Tak tau pulak aku. Bila kat kaunter tadi adik tu tu tanya pasal tu. Aku dan hubby tak pernah renew pun. Dia kata kena renew sebab muka kan dah berubah.

Ohh...esok atau lusa aku dan hubby kena ke wisma lagi sekali....
lepas ni nak settle visa pulak.

bila tengok mata pakcik tu, wajahnya, mulutnya ketika bercakap seperti grip gigi palsunya, seriuss!!! macam Wann!!!!! Memang aku berasa sayu....wajah orang-orang tua ni seakan-akan sama je....
i love you wan...
4 Julai-27 sept - dah 85 hari.....pantas sungguh Wan pergi...sepantas angin yang lalu....

Sunday, September 25, 2011

2nd meeting with supervisor.....

Kelmarin aku bertolak pulang dari Sungai Petani lebih awal, iaitu lepas lunch terus keluar. Sebab petangnya aku nak jumpa supervisor kat UUM. Pagi tu aku masak awal sikit. Gulai kari ikan je. Dah lulus la buat kari utara ni..boleh laaa....sebab aku dah boleh take over mak mertua aku kat dapur...

Masa nak balik, mak mertua cakap terima kasih sebab tolong masakkan lunch sebab dia sibuk dengan cucu baru lahir. "Alah.." kataku spontan tapi tak habis ayat, sebab masa tu kalut nak balik dah..."bukan orang lain nak makan, kami juga yang makan.." kataku dalam hati hehee....di atas meja mak mertua tapaw siap sekali dengan ulam dan sambal belacan untuk dibawa balik. Dia tau aku ni hantu ulam.

Hehe hari sebelumnya aku tolong mandikan baby yang berumur seminggu....heee...ngeri juga aku nak pegang...maklumlah anak aku yang kecik dah 3 tahun lebih. Ketika nak mandikan baby tu, aku mintak tolong hubby pegang.."eh....tak ingatlah..." katanya...kami ketawa dalam bilik air..."Dikya jangan tengok ya!" kataku kepada adik ipar yang tua 2 tahun daripada aku. Mesti dia risau bila aku mandikan anak dia hahaaaaa....."Mandi la macam mana pun.." katanya sambil tersengih...

Orang selalu tanya, bila lagi nak tambah anak yang ketiga..."Oh...aku nakkk..." kataku..".
Tapi bukan sekarang..hehee...tunggu anak aku besar sikit...aku baru nak tidur lena..nak melancong sana sini hehee...
" sambungku lagi.

Mana cukup anak 2 orang je, sedangkan anak ramai pun bukan semua boleh jaga mak bapak. Semoga anak-anakku dan anak yang akan datang menjadi anak yang takut pada Allah... amin... Dulu targetku bila umur 30 aku akan ada 3 orang anak, tak lama dah tu...tahun depan!!! hehee....seram masa beranak tu pun masih di ingatan.... ohh...bagi la aku repair body, makan makjun dulu aha! Lagipun tak lama lagi nak masuk rumah baru, lepas tu la kita kira lain....apa pun andai Tuhan nak bagi, aku terima dengan penuh gembira! Hmmm..tiba-tiba teringat kat mak dan wan yang membesarkan kami adik beradik yang ramai...susah payah tidak pernah merungut. Terima kasih mak dan wan kerana membesarkan kami. Aku tidak pernah menyesal mempunyai ibu dan ayah sepertimu. Dan aku tidak pernah minta ditukarkan ibu dan bapa lain walaupun hidup kita susah. Oh..sentimental pula....

Ohh...sambung cerita di atas pulak...
lalu kami ke UUM pada pukul 2.15 petang. Pukul 3 aku terlelap sebab mengantuk. Kira-kira pukul 4.15 petang aku sampai di perkarangan FTM UUM. Masa tu kanak-kanak ribena dah terlelap dah. Kataku kat hubby, nak jumpa sekejap saja. Lalu terus aku menaiki tangga ke tingkat 3. Bilik 3010. Pada 2 minggu lepas aku dah jumpa dah En . N. Tapi kenapa aku masih sesat tak jumpa-jumpa jugak ha?? Memang setiap kali nak cari bilik lecturer aku mesti akan sesat dulu hahaaa......pening aku nak cari, confuse! Lepas tercungap-cungap berlari-lari anak, akhirnya aku jumpa juga..err..rasanya aku dah lalu bilik ni tadi...

"Ingatkan tak datang dah.." kata En. N sambil tersengih sebaik saja aku memberi salam dan masuk. Aku hanya tersengih. "Saya tersesat.." kataku. Lalu kami pun berbincang pasal projek aku. Dia suruh aku guna Netbeans pulak instead of Eclipse. Lepas tu, buku yang aku baca tu buku lama, patutla aku ikut instruction dia buatkan aku lagi pening..adoiii.....

Tadi baru lepas save installer versi terbaru...lama jugak nak save...kejap lagi aku nak try install pulak...dulu aku download file tu dari website Sun Microsystem, sekarang Oracle dah amik alih, so masuk website Oracle la. Installer yang aku guna selama ni tu version lama, dari website lama. Oklah...aku nak sambung kerja. Harap semuanya ok kali ni...yuran dah bayar...tunggu nak mengaji bagi habis je...


Akhirnya pusara itu bernisan....

Bila tengok gambar ni...hati macam tersentak.....
macam tak percaya nama ayah aku dah terukir di batu nisan ni....
suatu hari nama kita pula.....
al-fatihah dah 84 hari....

Pengarang jantung..intan payung


Ini adalah gambar yang diambil pada petang jumaat lepas, 23 Sepember 2011. We are ready untuk buat passport. Lepas ni nak buat visa pula....tak sabarrrr!!!!!

Friday, September 23, 2011

Petang Jumaat....

Ohhh....
baru siap update proposal hari tu....belum boleh masuk bab 1 lagi sebab bagi settel proposal dulu...
sambil-sambil menaip dengar diorang ni dok tengok filem Hantu Bonceng...sensasi betul cerita ni sebab kes mengucap salah tu. Pada pendapat aku, that type of joke actually isn't a joke..that insults our Prophet Muhammad PBUH. Aku heran macam mana filem ni boleh lepas. Tak ada pulak ulama nak ban filem ni. Kalau orang putih buat lawak macam ni aku tak pelik sangat, tapi bila orang Islam sendiri yang memperlekehkan dua kalimah syahadah...no compromise ok! Buleh rosak akidah ni..apatah lagi filem ni digemari oleh kanak-kanak..mereka yang terlibat dalam filem ni memang bodoh dan sengal tahap kronik..tak sensitif langsung! You wanna go to hell ya? That's fine but don't drag others especially the children to be foolish like you! Huh!

Petang ni nak ambik gambar passport kat Kangar. Kami satu family nak ambik gambar untuk buat passport. The time is coming yay!!!

Hmmm...walaupun aku dok menaip dan menulis hari ni, tapi hati aku teringat sangat-sangat kat Wan..aku sangat mahukan saat-saat ketika Wan masih ada..isk..isk....I really miss those moments...Aku mahu jumpa Wan di syurga....semoga Allah ketemukan kami di syurga...bersama ibubapa, hubby, anak-anak dan kaum keluarga tercinta..amin....