Monday, January 30, 2012

Hugs!

Heee....
hari ni aku buat salah ngan Habibi, sending message to him, and he replied.
Lepas tu rasa bersalah sebab cari pasal.
Masa lunch tadi dia tepon ajak makan sekali dan pegi kedai Pak Long kabinet..

In the car, at the traffic light I hold his hand and said...
"I love you daddy!"..
"Ich liebe dich..." he said and smile.....

waaaaa nyesall nyesall....
Ich liebe dich so lieb....

Sunday, January 29, 2012

From kedai lalat with love

Bukan nak tunjuk budak baju putih ni, tapi kedai kopi kat belakang. I spotted Wan sitting there on 4th February last year

Ini namanya budu kampung.. ada berani?

Mak pesan kelapa, sebiji RM1.30

Lorong ikan kering

Doroyan...


Bangunan kedai yang baru dibina...

27 Januari lalu, pada hari Jumaat, aku ke Kedai Lalat / Pasar Kota Jembal dekat dengan Kampung Pulau Melaka (Dekat rumah Tuan Guru Hj. Nik Aziz).

Kunjungan aku ke sana adalah setelah hampir setahun sejak aku mengunjunginya bersama arwah Wan tercinta, iaitu pada 4 Februari 2011. Pada Jun 2011 aku ke sana tapi dengan mak, sebab Wan sudah tak larat nak ikut.

Lainnya rasa kali ni, bercampur sedih serta sayu, sebab it has been his favourite place during his lifetime. Kedai Lalat sinonim sangat dengan Wan. Selepas Wan pergi, aku dan mak belum berkesempatan ke sana. Baru-baru ni aku pergi tanpa Mak sebab she wasn't well. Hati jadi tak begitu teruja, hilang tarikannya tanpa Wan. Kalau dulu-dulu, Wan ke sana dengan menaiki motosikalnya sahaja. Bila dah uzur, anak-anak membawanya dengan menaiki kereta.

Kalau tanya adik beradik aku, mereka akan kata sedih ke Kedai Lalat sebab Wan dah tak ada.
I miss those moments so much.

Wednesday, January 25, 2012

Panjang umur.....

2 hari lepas aku baru bercerita pasal ular yang kerap dijumpai kat kawasan rumah aku ni.
Huh panjang umur dia, kelmarin terjumpa sekor kat DALAM BILIK!!!

Mak aku terserempak ketika dia nak masuk ke dalam bilik tu. Warnanya coklat cream+ kuning. Kami panggilnya sebagai ular sawa tikus. Kat belakangnya ada jalur hitam 2,3 line. Sebenarnya ular ni tak membahayakan orang. Tapi aku dan kakak aku ni memang tak boleh tengok ular, menakutkan! Terus panggil jiran sekampung.

Malangnya yang datang hanyalah perempuan warga emas dan kanak-kanak, ehhehee kelakar aku tengok!! Kaum lelaki tak ada di rumah. Masing-masing bawa batang ubi kayu. Mungkin aku memandang enteng pada kanak-kanak yang sebenarnya sedang meningkat remaja. Merekala yang menangkap ular tersebut dan membunuhnya. Abang aku yang datang pada sebelah malamnya mengatakan bahawa tidak perlu bunuh sebab tak bahaya. Tapi masa tu kami ketuk je kepala dia sebab ular tu besar dan panjang. Memang pendek umur la dia.....

Kami suspek ular tu masuk melalui lubang pada bumbung rumah sebab kat dalam bilik tu ada ruang antara bumbung. Kadang-kadang kucing masuk kat situ. Sebenarnya abang aku tak memagari keseluruhan rumah dengan jaring, hanya di sebelah kanan rumah sahaja untuk melindungi anak-anak ayam.

Habibi pun tak ada kat rumah. Sebenarnya Habibi hanya menghantar aku pulang dengan kereta, kemudian dia pulang ke Perlis dengan bas untuk kerja-kerja furnishing rumah baru. Malam ni dia naik bas kembali ke sini, sampai pagi esok.

Cepat pulak rasanya, dah 4 malam aku di sini. Jarang aku balik lama begini. Paling lama pun 2,3 malam. Hari-hari sapu sampah, bakar sampah. Dan setiap kali aku buat kerja, nampak je Wan kat mata aku ni. Oh, mungkin ada yang mula menyampah sebab aku tak pernah lari dari menyebut nama Wan. Mungkin ada yang kata aku meratap. Aku tidak meratap, cuma aku rindu gila dengan kehadirannya. Aku hanya menangis empat kali sejak pemergiannya, itupun ketika hari-hari pertama pemergiannya. Kali pertama ketika aku di sisinya ketika nazak, kali kedua ketika aku membacakan yasin di sisi jenazahnya, kali ketiga ketika aku tulis entry pemergiannya dalam blog ni dan kali terakhir ketika dalam kereta pulang ke Perlis selepas pengkebumiannya. Tapi kalau sebak tu, biasa la tu :p.

Blog ini merupakan isi hati aku bila aku rindu padanya. Sebab I can't keep telling people that I miss him, they might get annoyed. So I'd better write in here. Because people won't know how close I am to him when he was still alive. He was always on my side and I was always by his side. Like I said, I will always be his lucky girl!

Yes, I will always be your lucky girl Wan...

Tuesday, January 24, 2012

Day 3...

aaarr....... lenguh pinggangg!!!!

Tadi cuci toilet lagi, lepas tu kemas bilik yang banyak menempatkan barang abang aku. Bermacam-macam jenis joran ada. Abang aku seorang kaki pancing. Kat bilik tu, mesin rumput ada, chainsaw pun ada. Lepas tu ada kerusi urut Gintel yang dibelikan untuk mak. Lepas ni aku nak pegi duduk kat kerusi tu la, bagi hilang lenguh-lenguh pinggang aku ni. Bilik itu merupakan bilik aku ketika bujang dahulu. Bilik yang meninggalkan banyak kenangan ketika study untuk UPSR, PMR dan SPM. Bermacam-macam tulisan yang ada kat dinding, yang diconteng sejak zaman kakak aku SPM lagi. Selepas itu ia dicat bila abang aku kawen. Kalau sapa-sapa kawen, memang itulah bilik pengantin sebab ianya paling besar berbanding bilik lain. Tapi tak la sebesar mana pun.

Kat bilik yang setentang dengannya pun turut mengandungi dinding bersurat. Bila gaduh ngan adik beradik, siap panjat kat alang dan tulis, " **** gila!". Dan tulisan itu masih ada sampai sekarang hehehe....

Kat bilik depan pula merupakan bilik abang-abang aku ketika bujang. Pelbagai lukisan termasuk gambar pak dogol, logo adidas, tulisan penyanyi pujaan dan sebagainya di dinding dan pintu. Dulu biasa dok panjat alang senyap-senyap untuk skodeng abang aku. Bila kantoi, kena geletek sampai nangis! Hahaa abang aku tuh, kalau aku nangis, dia angkat bawa aku ke tebing belakang rumah, nak buang ke dalam paya! Gila la macam nak buang betul!

Kalau dulu, aku rasakan semua bilik ni besar dan lapang, tapi sekarang aku rasa ianya sempit. Mungkin sebab dulu saiz aku yang kecik. Lagipun dulu mana ada banyak sangat barang pun, sekarang ni banyak sangat kain baju, kotak-kotak, pinggan mangkuk hadiah kawen dll. Toto dan bantal pulak punya la banyak. Bila ramai anak cucu balik nanti jadi tak cukup selimut pulak walaupun ada banyak.

Semalam ketika budak-budak dah tidur pada pukul 12 malam, aku masih belum tidur. Cuaca agak sejuk serta gangguan nyamuk membuatkan aku kerap terjaga. Bila terjaga, aku termenung seketika. Aku terbayang suara Wan terbatuk-batuk di dalam biliknya. Sunyinya di waktu malam. Beberapa lampu di pasang untuk menerangi kawasan dapur, ruang depan rumah dan di sisi rumah. Kalau tak ada orang di waktu malam bila mak aku tidur di rumah abang, jiran sebelah pun rasa sunyi. Bayangkan keadaan malam yang senyap dan sunyi bila rumah ditinggalkan. Aku cuba bayangkan keadaan dulu dan sekarang, ketika Wan ada. Pada pukul 4 pagi aku terjaga lagi, dan aku terbayang semua itu. Kemudian aku tidur balik. Pada pukul 8 pagi abang aku datang untuk sama-sama menziarahi kubur Wan. Kakak aku pun menyusul pada pukul 8.30 pagi. Kata aku pada kakak aku, aku masih tak percaya bahawa Wan ada di bawah sana. Kakak aku turut mengangguk-anggukkan kepala. I don't have a feeling that he is there! I feel that he is at some other place. Ya, hanya jasadnya di situ. Aku berdoa agar Wan berada di tempat yang selamat dan berasa gembira, amin ya Rabbal alamin.

Malam ni lebih meriah sebab kakak aku bersama anak-anaknya akan tidur di sini. Bolehla berborak sampai pagi. Mak aku lebih ceria dan sihat bila ramai orang di rumah.

Monday, January 23, 2012

kat kampung....

alhamdulillah aku dah kat kampung....
lenguh pinggang rasanya sebab aku kemas-kemas rumah.
semalam aku sampai dalam pukul 10 malam. Lepas makan, terus sapu sampah satu rumah.
Rumah bau macam tak berpenghuni. Mak aku hanya duduk di waktu siang, dan kami tak benarkannya memasak. Disebabkan uzur, mak aku tak mampu nak kemaskan rumah. Sekali sekala abang aku atau kakak ipar akan mengemas mana yang patut. Kadang-kadang anak saudara aku turut membantu.

Rasa sedih pulak tengok rumah begini. Lain jadinya bila rumah yang ditinggalkan. Senang nak berhabuk.

Lalu pagi tadi aku mengemop seluruh rumah. Dari ruang tamu dan kesemua bilik. Kemudian sebelah petangnya aku buang segala macam 'sampah' dari dapur. Buang semua makanan expired kat dalam peti sejuk. Kata mak, dia terpijak seekor lipan besar pagi tadi kat dapur. Lalu petang tadi aku membuang segala macam sampah kat bawah dapur, sinki, peti ais dan segenap tempat kat dapur. Malangnya tak terjumpa lipan berkenaan (lega sebenarnya!). Selepas itu aku mop pula lantai dapur. Lenguh juga pinggang aku, berpeluh-peluh juga la.

Aku juga mencuci lantai dekat kawasan telaga serta bilik air. Semua orang gunakan bilik air kat atas dan jarang yang turun kat bawah tepi telaga. Aku buang segala barang tak berguna dan sekali lagi sental lantainya, jadi ianya tidakla nampak menakutkan kalau nak turun gunakan toilet bawah selepas ni. Syukurla tak ada encik lipan. Ngeri juga bila aku korek-korek sampah bawah rak barangan lama kat situ. So hari ni clear. Esok nak susun barang bagi ada space dan tersusun sikit. Rumah ni dah jadi tempat persinggahan jadi ianya sedikit berselerak. Abang aku banyak membantu mengemas kawasan sekitar rumah dan membaiki atap bocor. Kat belakang rumah aku ni paya.

Sebelum ni berbelas-belas ekor ayam Wan dibedal oleh ular sawa dan biawak. Besar gila ular sawa kat sini. Bukan setakat membahayakan ayam itik, tapi silap haribulan orang pun boleh jadi mangsa. Jadi abang aku telah memasang jaring/pukat di sekeliling rumah sebanyak 2 lapisan. Sejak abang aku pasang jaring, binatang tersebut dah tak boleh tembus masuk. Nampaknya ia lebih berkesan menghalang binatang berbisa berbanding kalau buat pagar kayu sebab ular tu boleh terlekat dan mati kat pukat. Jiran aku juga ada memasang pukat dan dah beberapa ekor ular senduk mati terlekat kat pukat. Heee... ngeri kan... macam-macam jenis binatang ada. Sejak aku kecik lagi memang kerap sangat jumpa ular sawa dan ular senduk. Ular senduk pernah masuk kat area telaga melalui lubang keluar air mesin basuh. Masa tu aku baru keluar dari toilet dan Wan sedang tunggu turn kat dapur. Bila aku keluar dari toilet dan melintasi 2 mesin basuh yang diletakkan bersebelahan, tiba-tiba aku terdengar bunyi daun kering bergesek di lantai. Aku berjalan seperti biasa, tapi bila aku sampai dekat Wan yang tengah tunggu nak masuk toilet, aku rasa curiga. Bila aku toleh kat mesin basuh rupa-rupanya ada seekor ular senduk di bawah mesin basuh. Badannya di antara dua mesin basuh tersebut. Apa lagi, panggil jiran berdekatan tolong 'katok'. Agak susah nak 'katok' ular tu sebab ia masuk ke dalam mesin basuh. Terpaksa heret mesin ke luar rumah. Mula-mula sembur ridsect nak bagi pening. Mujur la akhirnya ular itu berjaya dibunuh. Selepas itu kami menutup segala lubang air kat dapur. Syukur la dah tak jumpa ular senduk dah selepas itu, cuma beberapa tahun lepas mak aku yang sedang mengemas pinggan mangkuk menjerit ketakutan selepas terlihat seekor anak ular sawa sedang tidur melingkar di atas pinggan!!!

Ngeri kan. Kat paya belakang rumah aku ni ada kebun, tapi dah terbiar. Jadi habitat ular la gamaknya. Masa kecik-kecik pun aku dah terbiasa terserempak dengan ular senduk kat tepi rumah. Pernah aku dikejar ular yang besar, puuunn kat tepi rumah hehehe. Ular tu warnanya coklat dan panjang. Aku tak pasti la sama ada ular tikus atau ular apa. Gila ah lari macam tak cukup tanah! Tapi syukurla setakat ni tak pernah patuk atau belit orang. Semoga dijauhkan!

Berbeza sungguh keadaan rumah ini, dulu dan sekarang. Dulu Wan yang jaga sekitar rumah. Sekarang bila ada masa abang aku akan sapu dan bakar daun-daun yang berguguran di sekitar rumah.

Kadang-kadang aku seolah-olah berharap yang aku dapat undurkan masa di mana Wan keluar dari biliknya dan melihat aku menyapu sampah atau mop lantai. Bila aku mop lantai, biasanya Wan akan mengangkat kakinya dan menunggu aku selesai.

Terasa mau panggil namanya.. "Wannnn!!!".......

i miss him so much....

Thursday, January 19, 2012

200 hari sudah berlalu.....

Hari ni dah hari Jumaat balik. Sekejap je pejam pelik, pejam celik, dah seminggu. Tak lama lagi nak masuk bulan Februari. Aku akan pulang ke kampung pada hari Ahad ni insyaAllah. Duduk kat kampung lama sikit, temankan mak di rumah.

Sedar tak sedar dah 200 hari Wan pergi. Dan aku mesti 'melawat' Wan di pusaranya bila aku balik nanti, itu sudah satu kemestian bila aku pulang. Di samping itu aku nak singgah di rumah Pok Seng, kawan baik Wan yang rumahnya terletak berdekatan pagar kubur. Aku doakan semoga Pok Seng sihat sentiasa, kerana Pok Seng mengingatkan aku pada Wan.

I miss him, so much....and I am going to miss him, till I die...
al-fatihah...

Buah limau purut....


Aku suuukkaaaaa sangat bau buah limau purut. Baunya sangat harum dan fresh!! Bila terbau buah limau purut, aku teringat ketika dekat-dekat nak kawen dulu. Memang dalam bilik air bau limau purut je sebab setiap kali mandi dok sental dengan buah limau purut. Aku biasa beli buah limau purut ni kat pasar malam atau pasar minggu. Dan ianya bukan selalu ada.

Kadang-kadang saja-saja je aku genggam dan cucuk kulitnya dengan kuku nak bagi aromanya keluar. Bau dia macam relaxing aje. Kalau kita cucuk kulit limau purut ni, akan keluar sejenis essence yang wangi, nak kata berminyak sangat pun bukan, nak kata air pun bukan.

Bukan setakat buah limau purut yang bermacam-macam kegunaannya ( korang google sendiri la, aku malas heheh), malah daunnya juga wangi. Kalau makan tomyam, aku makan dengan daun limau purut tu sekali hehhhe. Teringat aku ketika bujang dulu, suka sangat masak tomyam. Wan pesan supaya jangan bubuh banyak sangat daunnya sebab nanti baunya kuat sangat dia tak boleh nak makan (dan aku tak mendengar kata Wan, degil kan aku ni!).

Tapi paling best buahnya kita gunakan ketika mandi. Macam aromatheraphy pulak, i like it!!!
boleh ganti deodorant ni korang tenyeh la masa mandi.

oh ya, lupa cerita pasal cili api kat sebelah tu. Pada mulanya aku memandang enteng padanya kerana ia kelihatan seolah-olah macam cili hiasan sebab teksturnya licin. Aku beli kat peniaga siam kat pasar malam, tentunya made in siam. Tapi rupa-rupanya pedas berdengunggggggg!!!!

oklah nanti cari buah limau purut dan cili api kat pasar malam okehh...