Wednesday, February 29, 2012

Geli hati aku tengok gambar ni, mesti giggle!!!

Hahaha tu diaaaa..romantiknyaa macam dukung bini!!!. Sungguh-sungguh peluk tuan dia (ikat kaki kot).Tak lekat bau ke?

Bawa lembu makan angin?

Kahkahkahh!!! Aku tak dapat bayangkan perasaan tuan kambing tu. Macam mana ye kalau aku jadi dia, apa rasanya bila kambing dok atas belakang, mesti kepala dia kena muka aku kiri dan kanan hahahahaa....mesti dok mmbekkk mmbekkk atas belakang LOL!
Dan camna agaknya perasaan lembu naik motor kat depan warrhahahha lawakkkkk!!!!

Jatiii oh jatii



Bila round kat kedai perabot jati di Napoh, Kedah tadi.. fuhhh... semuanya rasa nak. Teringin weh!!! Tapi kena pentingkan yang lebih penting. Cuma kami berminat dengan kerusinya aja. Meja dah beli.


Aku nak ini aku nak iniii!!! Kerusi merahh!!!

Aku nak kerusi iniiii!!!!!


Ni macam kerusi Yang Dipertuan Agong pulak....

Survey aje.. balik kira duit dulu $$$$$$

Tuesday, February 28, 2012

Grrrr.... orang macam ni pun ada

Tersirap darah aku tengok paper metro hari ni. Sebenarnya aku dah tengok video tu semalam. Ia berkenaan pengasuh sakit otak yang membalut badan bayi macam mayat supaya bayi tidur tak bergerak dan tak menangis. Dililitnya badan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun tu macam pocong, lepas tu ditampalnya mulut dengan selotape... eiiii kalau aku jumpa memang aku nak tendang bagi mampus, sebelum tu aku nak bungkus dia macam lepat pisang, macam yang dia buat kat baby tu.

Memang dasyat la standard taska di Malaysia ni. Rata-rata yang aku dengar dan aku lihat, semua sama je. Kesian anak-anak kita. Bila hantar ke taska tu, diorang macam prisoner, dilayan macam pengemis.

Aku dah pernah kena kat Perlis ni, kat sebuah taska di Kangar. Taska ni ada beberapa cawangan.  Taska **i**h namanya. Aku sempat hantar anak aku dalam seminggu je sebab tak tahan dia buat Faiz macam tu. Masa tu Faiz umur 9 bulan. Dahla dia tak bagi kita masuk, dia kurung budak-budak tu macam dalam penjara. Aku dapat tau pun sebab aku biasa dok 'ambush' sebab aku pegi breastfeeding Faiz. Bila aku masuk ke, perghh... terkejut aku tengok dalam satu bilik tu penuh dengan kanak-kanak yang tidur dalam buaian dalam satu bilik kecil, tak ubah seperti kelawar. Yang aku heran tuh, pengasuh sorang je, budak berbelas-belas orang boleh tidur serentak??? Musykil.... musykil.... aku bukan buat cerita, ni aku nampak denga mata kepala aku sendiri.

Dahla bilik tu dikunci, pintu tak ada tombol, kalau nak bukak kena korek dengan sudu. Lepas tu ruang memasak tak diasingkan. Kanak-kanak bebas berlari di ruang memasak nak menuju ke bilik air.

Aku tau sikit demi sedikit keburukan taska tu. Nampak macam hebat sebab banyak cawangan, rupanya hampeh, like hell!!! Yang membuatkan aku berhenti hantar anak daripada taska tu, adalah kerana faktor-faktor tu la. Yang secara drastiknya sebab, pada suatu hari ketika aku nak breeastfeed Faiz, bila aku masuk dalam bilik kecik tu aku nampak seorang pengasuh tua (50-an) sedang menghayun Faiz dalam buaian dengan kuat tanpa henti. Faiz menangis dengan kuat dan tak berhenti, namun dia terus menerus menghayun dan hayun buaian macam takda perasaan. Nak bagi anak aku mereng ke???? Aku yang marah melihat kelakuan pengasuh yang sakit otak tu terus mengambil anak aku beserta barang-barang dan terus cabut tanpa berkata sepatah pun kepada pengasuh tu. Dia ingat anak aku ni tak ada harga ke? Anak aku tu wey!!! Susah payah aku beranakkan dia, senang-senang diorang buat anak aku macam anak kucing? anak kucing pun aku tak pernah buat macam tu tau!

Dahla aku tengok baby yang baru lepas pantang, diorang tinggal je botol susu kat mulut, lepas tu diorang suruh kanak-kanak yang bermur 2,3 tahun tolong hayun buaian baby. Tak ke gila? kalau tersedak baby tu dan lemas, satu sen pun tak guna, kasi cekik je pengusaha dan pengasuh yang mementingkan duit semata-mata. Arrgghhh emo betul aku, sebab aku tak tergamak nak buat macam tu kat anak orang.

Pernah sekali aku tengok baby terjatuh dari buaian, tapi aku cepat-cepat sambut kepala dia daripada terhantuk kat lantai simen. Pengasuh dia WTF dok buat apa la. Sebenarnya pengusaha tu tak fikir semua tu. Dia ambik pengasuh sorang dua je sebab nak jimat kos, lepas tu dia ambik budak ni tak ada had sebab nak untung banyak. Aku pernah jumpa bekas pengasuh dia, katanya, kanak-kanak di taska tu hanya dijamu dengan bihun goreng yang digoreng 'bodo-bodo' je. Kesian kan, patutla diorang bila balik rumah kelaparan.

Aku ada bertanya kepada kawan habibi yang turut menghantar anak di situ. Katanya, taska tu ok je. Hah ye lah! Korang hanya tau hantar anak di muka pintu taska, dan disambut girang oleh pengasuh yang bermuka manis. Lepas pintu taska ditutup, ada korang ambik tau apa dah jadi kat budak-budak yang tak berdosa tu? Dahla bila masak, diorang tak buka tingkap. Kelemasan budak-budak tu. Patutla tuan taska tu tak bagi ibubapa masuk ke dalam rumah, sebab tak mau terbongkar rupanya. Hah aku peduli apa sebab aku breastfeeding.

Bila balik di waktu petang, amboih pakai bedak wangi-wangi nampak macam anak-anak terjaga. Cisss hipokrit gila. Cukupla seminggu anak aku tersiksa kat situ. Aku takkan maafkan pengasuh dan pengusaha yang mementingkan diri sendiri seperti di taska S*i**h tu. Aku takkan maafkan korang sebab membahayakan nyawa anak aku dan anak-anak orang lain.

Kepada mak bapak semua, tolong ambil berat perihal taska anak anda. Jangan main hantar je. Siasat dulu sama ada ada kelulusan atau tidak. Kelulusan saja tak cukup, tengok cara dia handle budak. Tengok sama ada diorang jenis biarkan budak dengan botol susu masa tidur atau tidak. Jangan percaya dengan muka manis pengasuh. Sekali sekala ambush je taska tu nak tengok. Kalau diorang jujur, diorang bagi je kita masuk sampai ke dalam bilik. Tengok camna diorang susun bilik dan susun atur, selamat ke tak. Pengalaman hantar Faiz ke taska Hell tu memang mengerikan. Syukur anak-anak aku selamat. Semoga kita lebih cerewet dalam memilih taska anak.

Huhh tengok paper metro hari ni memang bikin aku panasss.....

Monday, February 27, 2012

Hari-hari tanpa gaji....

(Sebelum study, nak tulis satu entry dulu)

Kelmarin habibi dan aku cuti (aku memang cuti sebulan), jadi kami banyak uruskan hal-hal tergendala kelmarin. Pada mulanya aku rasa berat hati nak hantar budak-budak ni ke tadika, rasa sedih pulak sebab kami cuti. Tapi oleh kerana kami nak ke rumah baru buat kerja, maka tak sesuai la bawa diorang sebab banyak habuk, bising dan panas.

Pagi-pagi lagi kami ke JPN nak ambik IC yang aku buat bulan lepas. Rasa janggal pulak berjalan tanpa kanak-kanak dan tanpa yelling and screaming and shouting hehehe. Kat JPN tengok-tengok sistem down pulak, kena datang lain kali.

Masa keluar dari bangunan JPN, encik habibi tarik tangan aku dan dia pegang tangan sambil berjalan.. "Uwaahhhh.... romantik pulak sejak masuk 34 tahun nih... kihkihkih..." aku mengusiknya sambil tergelak. Hahaha bukan senang nak romantik nih. "Apsal pulak tiba-tiba romantik nih?" saja tanya soalan sengal hahaha... "Abih tu dok pegang anak je, masa sempat.." jawabnya hehehe.

Kami jarang nak duduk berdua sebab tak pernah sunyi daripada kanak-kanak. Kalau keluar ke mana-mana, mesti dok berkejaran dengan si adik dan si abang. Ke mana pergi mesti kami berempat. Mesti cuba sedaya upaya angkut sama.

Ada antara kawan-kawan yang akan mengambil cuti sehari dua tanpa anak-anak dan diorang menghabiskan masa berdua, tapi.... aku tak buleh buat macam tu, tak sampai hati aku, kesian diorang. Habibi pun sama, dia takkan tinggalkan budak-budak kecuali bila ada kerja penting. Kalau nak keluar dengan kawan-kawan dan tinggalkan budak-budak, memang jarang dibuatnya. Kecuali sekali sekala main futsal. Kami berempat sangat sinonim, macam irama dan lagu, ewahhh.....

Dalam kereta, aku rasa sunyi sebab tak dengar suara budak-budak, tak ada yang nak berebut duduk atas riba, tak ada yang nak panjat kerusi, tak ada yang nak bertekak, dan aku dan habibi tak payah nak jerit-jerit. Tapi rasa janggal pulak, kesian diorang kena tinggal. Ala, sehari je pun. Nak ke rumah baru cat grille. Aku pulak pergi jumpa supervisor dan bayar yuran kat Bank Islam. Selepas settle urusan kat UUM kami kembali ke rumah baru. Aku sambung kerja dengan mencuci tandas dan menyapu sampah dan habuk. Kata habibi, kami dah boleh mula angkut barang sikit-sikit.

Dan.. sekarang aku nak mula study... kalau aku dok di rumah tidur dan tengok tv, takda maknanya aku ambik unpaid leave sebulan, rugi woihhh......

Saturday, February 25, 2012

Ok darling tak mau paksa dah!!

Aku baru beli Colgate Plax mouthwash kelmarin. Aku cari Oral B mouthwash tak jumpa-jumpa, susahla cari brand Oral B kat Perlis ni.

Dan pada malamnya aku telah 'mengarahkan' habibi supaya gunakan mouthwash tu. Selama ni aku dok membebel-bebel suruh dia guna tapi dia tak mau, katanya nanti dia akan muntah.

Aku pun dengan kejamnya telah menyuruhnya berkumur dengan mouthwash sambil aku menunggu di pintu bilik air. "Ini satu arahan" kataku hehehe...

maka dengan terpaksa, encik habibi pun menuangkan mouthwash ke dalam bottle cap. Sebaik saja cecair mouthwash mencecah mulut, habibi terus termuntah habis keluar makanan yang dia makan masa dinner. Pada mulanya aku hanya tergelak. Jahat betul aku, masa tu Faiz dan adiknya pun gelak. Tapi nampak gayanya gelak tawa aku bertukar menjadi tangis apabila habibi muntah tak berhenti-henti sampai 20 minit sampai merah menyala mukanya huhuuu... nampak macam takleh breathing, macam choking. Waaaaaaa nyesal nyesal!!!!

Masa tu aku nak call one of his friends yang tinggal berdekatan sebab aku tengok lain macam je macam nak pengsan je. Tapi masa tu dia kata dia dah ok. Sambil menggosok belakangnya, sesekali aku marah sebab tak sangka nak jadi macam ni (huhuu bersalah sebenarnya).

Lepas tu dia duduk di kerusi dengan muka merah keletihan.

Huhuuu ok la darling, I won't force you anymore. Tak tau pulak sampai macam tu punya allergic kat mouthwash. Masa kat PPP Shah Alam pun katanya dia pernah muntah macam tu, sebab guna mouthwash kawannya.

Ok ok... lepas ni just jumpa dentist ok, tak payah guna mouthwash. Sebab aku sangat mementingkan kesihatan gigi, tu yang aku paksa dia semalam... huhuuuuu ok lepas ni tak suruh dah! sorry darling!

Friday, February 24, 2012

Another boring weekend....

En. Habibi ada kerja weekend ni. Well, he has been busy for months. Ada competition yang mana dia terlibat sama. Tinggalla kami tiga beranak. Katanya hari Ahad nak bawa kami pegi tengok sebab kanak-kanak ribena ni mesti excited nak tengok, lebih-lebih lagi si abang.

tapi yang bestnya, hari ni last day aku bekerja sebab aku cuti sebulan bermula Isnin ni, yahuuuu!!!!!

Thursday, February 23, 2012

Happy birthday darling!!!

(takde gambar lain daaa....lama tak keluar shooting)

zum geburstag fur dich!

Happy 34th birthday darling!!

today is your birthday, semoga panjang umur, sentiasa sihat, sentiasa sabar (as you are), sentiasa ceria, semoga dimurahkan rezeki, semoga jodoh kita berkekalan hingga ke syurga, amin...

Dah 11 tahun aku kenal this wonderful guy, dan dah lebih 6 tahun kawen, thanks for everything dear hubby! Kenal sejak umur aku 18 tahun, sampaila nak masuk 30 ni alhamdulillah masih setia, cewahh.....

Sesuai la lagu tema For The Rest of My Life-Maher Zain tu hehehe....
lagu tema zaman bercinta pulak adalah lagu Kasih Kekasih-Inteam, dan semua lagu Inteam yang lain hehehe....

Pagi tadi aku wish happy birthday, dia macam terpinga-pinga hahaaa... tak ingat birthday sendiri la tu. Masa turun dari kereta, lepas salam-salam, aku wish lagi sekali dan dia hanya tersengih.

Aku kata " hari ni kita celebrate kena beli kek secret recipe, tapi abah yang belanja.." hehehheheh buleh tak macam tu?

PS :Sebenarnya aku tak pernah bagi hadiah sejak kawen pada habibi, dia pun sama, adil tak?
Anyway, happy birthday darling!